Welcome To My Life...

Thursday, August 11, 2011

Lega Dalam Cuak


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi.. dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat lar aku menikmati kegembiraan hari nie.. huhu.. ayat skema gila kan.. bajet hot lar tu.. haha.. emm.. yang pasti ianya membawa maksud aku sedang berada dalam mood euforia kerana telah berjaya mengharungi satu hari daripada hari-hari yang mendebarkan di INTEC.. yer, hari di mana aku perlu menghadapi ujian yang menyumbang kepada peperiksaan akhir semester.. yeehawww!! Sekurangnya satu bala dah tamat.. =.=

Mungkin bala terlalu teruk untuk menggambarkan ujian.. hehe.. kosa kata yang salah.. erm.. satu masalah dah selesai.. satu daripada yang banyak.. pagi tadi aku telah menamatkan writing test untuk ALEL10 yang membawa 10% untuk peperiksaan akhir semester.. banyak ke? banyak lar kot.. huhu.. aku target okey.. sebab aku dah ikut semua format yang ada.. cara Model Berlian semua aku aplikasikan.. masa yang diberi sejam.. tapi aku habiskan setengah jam untuk fikir idea.. menyesal aku tak dengar cakap kawan aku semalam.. sebenarnya aku dah tanya, tapi aku tak fokus tajuk tu.. sadis sungguh.. nasib baik lar aku sempat habis jawab dengan dua minit saja yang tinggal.. cuak betul nak tunggu markah.. huhu..

Selepas itu, kitorang pun bersuka ria beramai-ramai.. memang seronok lar bila tengok persembahan daripada beberapa kumpulan.. mime act.. menari untuk menggambarkan lagu yang diberi kepada kitorang.. aku ada buat entri pasal nie sebelum nie.. jadi kalau nak tahu, sila lar selongkar entri aku.. huhu.. bajet best jer budak nie kan.. memang nak makan kasut agaknya.. ^_^ secara keseluruhan, boleh dikatakan perrsembahan semua kumpulan memuaskan.. dan koreografi yang matang walaupun ada campuran keanak-anakan.. ada rakaman tadi.. jadi dapat lar ditonton semula bersama cucu aku satu hari nanti.. uhuk2..

Aku rasa itu saja untuk entri kali nie.. masanya untuk tidur lena.. esok Jumaat.. lepas Jumaat?? hujung minggu.. masa untuk berehat.. selepas minggu yang memenatkan dengan assignment yang bertimbun.. sebenarnya ada lagi yang tak siap.. malas nak fikir.. huhu.. have a nice day everyone.. wassalam.. :)













p/s : Lega sangat.....

3 comments:

Aleen Aiden said...

jelas terpancar kelegaan itu.heh~

anez zamri said...

moga dapat result yang cemerlang okey..

M Fizan said...

@aleen aiden pemilihan gambar yang sesuai..huhu

@SweetLikeWhat insyaAllah..aminn..thanks akak :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif