Welcome To My Life...

Saturday, October 20, 2012

Lightning Quick

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik. Sedar tak sedar aku dah di penghujung semester ketiga di INTEC. Sangat pantas masa berlari. Terlalu pantas. Satu semester lagi dan aku akan menamatkan A-Level. Sungguh sukar untuk dipercayai. Aku masih hidup, bermakna aku telah melepasi salah satu halangan terpenting dalam hidup. Dan aku masih di sini, mengutip memori, menghitung hari, mengenal diri sendiri.

Hati sebak tiba-tiba. Aku tak percaya aku sudah tua. Hanya tinggal enam bulan sebelum aku menghadapi peperiksaan besar yang akan menentukan sama ada aku mampu menggapai cita-cita menjadi seorang doktor. Semalam berakhir kelas untuk semester ini. Dan kitorang ada parti kelas 12M5. Guys, aku tak ada apa untuk korang. Aku abadikan kenangan kita di sini.

Tanggal 19 Oktober 2012, Jumaat, kenangan kita bersemi.


Ehem ehem. Dengan bangganya mengumumkan, itulah kelas 12M5 (dalam bulatan merah). Bilik W123. Tempat aku menuntut ilmu. Sangat bersebelahan dengan tandas perempuan. Sangat dekat dengan tangga yang jarang sekali aku naik. Boleh dikira dengan jari berapa kali aku pernah menjejakkan kaki ke tangga tu. 


Blok W. Ya, milik A-Level. Sebelum ni dikuasai A-Level Medicine. Tapi sebab JPA tak hantar junior ALM, maka kini blok ini didominasi oleh junior A-Level United Kingdom. Haizzz. Budak ALUK sekarang pegang blok W. Apa pun, A-Level sentiasa juara INTEC.


Okey, gambar kenangan bermula. Yang buat 'peace' sorang-sorang tu ensiklopedia mini INTEC. Dia tahu terlalu banyak sampai tak tahu nak cakap mengikut piawaian.


Okey, kali ni baru semua buat 'peace'. Haa, yang Lelaki Dari Marikh pegang tu lar time capsule. Apa mesej diorang untuk Lelaki Dari Marikh akan didedahkan dalam entri khas kelak.


Satu kelas buat isyarat 'lima'. Bukan high five tau. Ini adalah isyarat kelas. Kami semua doktor 12M5 and we are proud to be one.


Sepatutnya masa ni semua kena buat muka hodoh. Tapi ada yang tak faham bahasa buat muka comel dan ada yang buat tak tau je. Dem! Abaikan ekspresi muka Lelaki Dari Marikh yang macam alien dalam Men In Black 3. 


Masa ni kena gelak. Tapi ada jugak yang tak gelak. Well, yang gelak tu saja paham bahasa. Aku termasuk yang paham lar. Nampaknya aku ceria di situ. ^_^


Gambar ni semua kena lompat. Tapi ada jugak yang buat cool. Hoho. Aku je yang sangat serius di sini. Aku memang selalu take serious. Kalau nak melawak, kena bagitau awal-awal. Aku sensitif. Typical Mars guy.


Oh, gambar-gambar tadi tu semua pasca jamuan. Ni masa parti kelas. Menyambut hari lahir rakan-rakan sekelas yang akan berlangsung semasa cuti semester. Kek buah-buahan yang tak sempat aku sentuh. Happy birthday classmates!


Pensyarah ALEL30, dengan anak kesayangannya. Terima kasih kepada beliau kerana membelikan nasi lemak untuk jamuan. Aku berjaya membedal dua bungkus. Yeah, rosak diet. Wuwuwu. Memperkenalkan Cik Madu dan Hafiy.


Ni lar suasana bila semua tengah khusyuk tengok persembahan dari rakan-rakan sekelas. Tak perasan pulak Lelaki Dari Marikh menyelinap di belakang.


Miss Hanie and her Hafiy. Temah, kenapa kau interprem?? Haha. I'm kidding...


Bintang-bintang yang membuat persembahan khas. Kiri ke kanan, YX, Kim, Woon, dan Niro. Lagu yang dipersembahkan adalah You Belong With Me, dendangan asal Taylor Swift. Lagu kegemaran aku. Sangat menyeronokkan....


The little baby was amazed by the big baby. Dia nak jadi macam gitaris pakej 12M5. Haha. Hafiy jatuh hari tu, terpijak timun. Dia nangis kejap je. Strong boy, be a legendary guitarist


Oh, lupa pulak. Masa kitorang ambik gambar kelas di perkarangan blok, tiba-tiba Alau (lelaki jambu berbaju merah jambu) mengejutkan kitorang semua. Dia mengumumkan akan mengahwini si gadis merah jambu selepas tamat A-Level. Ramai yang terkejut dan mengambil masa untuk menghadam kebenaran fakta itu.

Rupa-rupanya... it's a joke. Dem! Nah ambik kau.


Alau dan Dilla, yang datang awal pagi sama-sama menimbulkan kegemparan.


Memori ini akan selalu aku ingat. Korang semua memang best. Bakal-bakal doktor yang sempoi. Aku doakan kita sama-sama akan mencapai cita-cita masing-masing. Walau di mana korang berada, ingatlah kenangan kita. Ingatlah aku, Lelaki Dari Marikh a.k.a Aaron Nazif.











p sepak s : Isk isk.. sebak..


3 comments:

Anonymous said...

insyaAllah dapat jadi doktor nnti.
tapi jangan buli chemay kat hospital nanti tau!
grrrr
:P

Anonymous said...

eh lupe nak cakap.

*hai pakwe! kite rinduuu :P

M Fizan said...

@chemay hehey.. harus buli lar.... doktor kena buli nurse :P

yeke rindu? :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif