Assalamualaikum.
Ahaaa. Alhamdulillah, tadi masa di hentian rehat dan rawat (R&R) Gurun, aku timbang berat badan aku. Dah turung 9kg. Sebelum ni 84kg, tapi sekarang dah 75kg. Tak kisah lar tepat atau tidak, yang penting dah turun. Dan, walaupun sikit, aku tak kisah jugak. Aku tak ada keperluan atau desakan untuk menurunkan berat badan. Aku lakukan kerana kesedaran diri. Obesiti menambahkan risiko penyakit. Itu yang aku belajar dalam bidang medik.
Menyambung bahagian pertama, aku nak tolong orang yang mencari tips kuruskan badan dengan cepat atau how to lose weight fast. Ya, orang yang cari mesti marah aku kerna aku takkan bantu kuruskan badan dalam masa dua minggu. Aku dah jalani proses diet ni tiga bulan. Sekali lagi aku tekankan, cara aku tak guna dadah atau segala macam pil.
Meskipun makan masa, rejim diet aku secara semula jadi. Tidak ada kesan sampingan. Diet secara santai sambil menikmati masa berlari pantas. Tiga bulan tak terasa pun. Tup tup, seluar yang dulunya ketat tiba-tiba dah longgar sangat. Apa rahsianya? Selepas mindset, aku akan dedahkan elemen kedua.
2. Pengorbanan
Yup, apa pun kejayaan, mesti ada pengorbanan untuk mencapainya. Kita lihat pemain bola sepak yang memukau dunia seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Adakah diorang akan berjaya tanpa usaha? Mungkinkah diorang lahir untuk menjadi pemain ternama? Ya, mungkin diorang lahir dengan bakat. semua orang ada bakat terpendam. Tapi bergantung kepada kita untuk menggali dan mengasah bakat tu.
Untuk mengasah bakat, bukanlah mudah. Diorang berlatih berjam-jam. That's the point. Perlu berkorban masa untuk berjaya. Bukan saja masa, malah tenaga. Omputeh pun ada kata-kata. Ringkas, "no pain, no gain". Tak ada jalan pintas untuk kejayaan yang bermaruah. Memang ada cara kotor, tapi untuk apa? Kalau menang, biar secara bermaruah.
Aku banyak berkorban untuk mencapai apa yang aku dah ada sekarang. Aku tak makan apa-apa pil. I use natural way. Aku hanya tak makan nasik. Ya, makanan ruji aku selama 18 tahun. Sebelum ni, aku tak dapat bayangkan hidup tanpa nasi. Aku percaya aku perlukan nasi untuk hidup. Jadi... apa yang berkorban?
Ramai orang cakap, diorang tak boleh elak makan nasi. Itu sudah cukup menggambarkan betapa susahnya menghindarkan diri daripada nasi. Tapi kenapa aku boleh? Aku tak peduli apa orang kurus kata. Dengan bersaiz agak besar, aku tahu aku perlu berkorban. Aku perlu ketepikan rasa cinta kepada nasi untuk kecilkan saiz.
Tidak semudah itu. 18 hidup bergelumang dengan nasi. Sememangnya amat sukar dan payah bagi aku untuk meninggalkan nasi dari menu seharian. Korang rasa mudah? Cubalah tak makan nasi. Nak tengok berapa lama korang boleh bertahan. Try it first, then insult me back. I double dare you. Aku dah melaluinya. Aku tahu kesukarannya. Terlalu mudah untuk berbicara.
Tidak semudah itu. 18 hidup bergelumang dengan nasi. Sememangnya amat sukar dan payah bagi aku untuk meninggalkan nasi dari menu seharian. Korang rasa mudah? Cubalah tak makan nasi. Nak tengok berapa lama korang boleh bertahan. Try it first, then insult me back. I double dare you. Aku dah melaluinya. Aku tahu kesukarannya. Terlalu mudah untuk berbicara.
Bukan senang nak elak makan nasi. Bila orang di sekeliling kita semua makan nasi dengan sangat rileks, hati kita kadang-kadang rasa goyah. Malaysia ni negara yang aman damai. Tak ada desakan untuk makan ubi kayu macam zaman Jepun. Dan aku tak makan ubi kayu pun. Orang cakap boleh je makan nasi, dalam kuantiti yang sikit. Lebihkan lauk. Tapi, pada awal rejim diet, aku ambik inisiatif untuk elak nasi terus.
Rejim aku dibantu oleh bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Aku boleh elak nasi dengan agak mudah. Selepas Ramadhan, aku belasah ketupat dalam seminggu raya di kampung sebelum kembali ke medan menuntut ilmu di Shah Alam. Aku kembali bermusuh dengan nasi. Aku cuma makan bihun. Aku isytihar perang dengan nasi.
Rejim aku dibantu oleh bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Aku boleh elak nasi dengan agak mudah. Selepas Ramadhan, aku belasah ketupat dalam seminggu raya di kampung sebelum kembali ke medan menuntut ilmu di Shah Alam. Aku kembali bermusuh dengan nasi. Aku cuma makan bihun. Aku isytihar perang dengan nasi.
Selepas melihat perubahan positif, baru aku berdamai dengan nasi. Tapi, aku masih tak bercinta. Aku cuma makan nasi sekali-sekala, dalam kuantiti yang sikit. Aku tak elak nasi sepenuhnya. Tapi aku tak biarkan hidup aku dibelenggu nasi. Cukup sekadar itu soal pengorbanan.
Aku akan teruskan pendedahan rahsia diet dalam bahagian seterusnya. Buat sementara, renungkanlah pegangan aku, "Diet bukan perubahan jangka pendek, tapi diet adalah perubahan gaya hidup buat selamanya."
p sepak s : Berkorban apa saja...
6 comments:
wahh semangat betull :)
besarnya harapan nak diet . semoga berjaya
Tips gain weight ada tak. Ee underweight lah sekarang T___T hm hm.
terbaiklah..teruskan usaha anda.. saya suka membacanya. Terima kasih.
Cara Kuruskan Badan Dan Mengatasi Masalah Perut Buncit
@izzati husna mesti lar semangat! :)
@ஜ miss klanika ஜ huhu, tenkiu2 :)
@Nurulee takde. underweight makan banyak2 lar :D
@Noor Azreen Ben Abon thanks. double thanks for the tips :)
Post a Comment