Welcome To My Life...

Saturday, October 13, 2012

Rest For A While

Assalamualaikum.

Penatnya....


Alhamdulillah.... 13 Oktober 2012. Jam 9-12 pagi. Aku melepasi satu lagi ujian dalam hidup aku. Ujian yang tak penting untuk akhirat aku tapi penting untuk masa depan aku di dunia. IELTS singkatannya. Nama sebenar beliau International English Language Testing System. Telah berulang-ulang kali aku sebutkan dalam entri-entri aku yang lepas. Selalu sangat membebani fikiran aku.

IELTS terbahagi kepada empat bahagian. Pertama, Speaking. Bahagian tu telah aku sempurnakan minggu lepas pada hari yang sama. Hari ni aku habiskan baki ujian iaitu Listening, Reading dan Writing. Tiga jam berturut-turut. Tiga jam yang sangat menyeksakan. Aku terpaksa tahan kencing, itulah pengorbanan aku untuk membanggakan umi dan ayah.

 Kini aku dengan bangga mengatakan aku telah merdeka. Aku telah bebas dari belenggu penjajahan IELTS. Aku tak lagi dicengkam bebanan IELTS yang membuatkan kepala aku sakit. Tapi sama ada aku bebas sepenuhnya ataupun tidak akan terjawab pada 25 Oktober ini. Keputusan IELTS akan dikeluarkan pada hari tersebut.

Pastinya akan sangat mendebarkan. Tapi buat sementara waktu ni (sekurangnya sampai Isnin tiba lagi), aku nak rehat puas-puas. Aku nak enjoy weekend ni. Peperiksaan akhir semester menanti awal bulan depan. Dan seterusnya projek individu untuk subjek Biologi. Masih banyak ujian yang menanti. Isnin ni, Statistik. Speaking MUET pulak pada hari Khamis. Sabtu pulak ada peperiksaan akhir semester untuk subjek agama. 

Aku tak kira. Aku nak tengok movie malam ni. Speaking MUET next. Lepas tu..... aku study leave bermula hari Sabtu. Malam Sabtu, aku akan bertolak pulang ke baiti jannati. Rumahku yang dicintai. Aku tak sabar menantikan detik tersebut walaupun banyak ujian menghalang.










p sepak s : Nak tido...

7 comments:

Unamn said...

saya ada muet je.. btw kalau dah ambik muet boleh ambik IELTS kan? rasa macam nak ambik... :)

Anonymous said...

waaa...bgusnya....
gud luck for muet ye..
tgk movie lepas2 nie takpe..hahaha

Hidayu Bolia said...

IELTS...first tyme dengar...macam MUET jugak la ek?

moga dpt result yang best~

a said...

hmm btw, what's d purpose of u taking d ielts? boleh mya tahu? just utk prep or gonna further kat luar? :)

nazirah said...

insyaAllah chaiyok2 ye..

M Fizan said...

@izzati husna hoho, boleh je. dipersilakan dengan segala hormatnya. :)

@auni shahira haha, nak tengok movie dah ni. sudah lepas dengan jayanya ^^

@Ayumi Comot insya-Allah. thanks ayuni. yup, macma muet :)

M Fizan said...

@Mya well, nak further kat overseas. jpa scholar, medic :)

@nazirah thanks nazirah :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif