Sunday, June 22, 2014

Qisya Delisya: Bab 1-01

Assalamualaikum.




QISYA DELISYA
Bab 1-01

"Aku dah nekad nak belajar sungguh-sungguh tahun ni." Riak wajah serius.

"Eh, Ilham! Baru seminggu mula Tingkatan Empat. This is our honeymoon year. Honeymoon!" Hanif membalas.

"Ah, kau. Aku nak main-main pun salah. Nak serius pun salah." Nada merajuk.

"Salah tu tidak. Tapi tak betul..." Hanif mengajuk dialog filem P. Ramlee.

Hakimi tersenyum dan menggeleng-geleng kepala. Tak kuasa nak melayan kerenah dua orang rakan baiknya. Fikirannya masih terbayang peristiwa tadi. Gadis itu. Indah. Menawan. Sungguh dia rasa aneh. Dia tak pernah peduli akan kehadiran mana-mana gadis. Perasaan apakah ini?

"Hai, diam je, Kimi. Takkanlah layan perasaan..." 

Azra menegur sambil menekan kalkulator. Masih dalam usaha untuk menyiapkan kerja rumah subjek Matematik Tambahan. Bila-bila masa saja Cikgu Khadijah akan masuk. Sifatnya garang meskipun baik hati. Hanif juga memandang Hakimi. Baru sedar yang Hakimi senyap sejak tadi. Biasanya Hakimi banyak bicara.

"Betul tu, Kimi. Apa yang tak kena?" Ilham juga ingin tahu.

"Aku rasa aku jatuh cinta pandang pertama." Senyum.

"Apa? Jatuh cinta??" Tanya mereka serentak.

"Wowowo.. wait. Hakimi jatuh cinta. Ilham nak serius belajar. Dunia dah terbalik." Azra tak percaya. 

"Nak kiamat dah ni..." Hanif menyambung.

--------------------------------------------

Bila diceritakan tentang cinta
segalanya muncul sekelip mata
semuanya di depan mata ada dia
makan tidur pun tak lena


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif