Monday, June 23, 2014

Qisya Delisya: Bab 1-02

Assalamualaikum.




QISYA DELISYA
Bab 1-02

"Hai, Kimi. Buat apa tu?"

Dia hanya tersenyum untuk menjawab pertanyaan sukar tahap dewa dari rakannya yang tua setahun. Dia pasti teguran itu hanya untuk berbasa-basi. Idea spontan dari minda terzahir di lidah. Rasionalnya mungkin tak difikirkan dulu. Dia baru saja keluar dari tandas. Soalan yang aneh.

Ketika dia baru saja hendak memanjat tangga di sebelah tandas itu, terdetik monolog nakal di hatinya. 'Ah, masa Cikgu Najwa tinggal sikit lagi.'

Hakimi melihat jam tangan kesayangan. Dia membuat keputusan untuk mengambil jalan yang sedikit jauh untuk kembali ke kelasnya. Masa belajar subjek Sejarah akan tamat beberapa minit lagi. Dia sebenarnya kurang selesa. Cara mengajar Cikgu Najwa membuatkan dia mengantuk. 

Itu sebabnya dia ke tandas untuk membasuh mukanya agar kembali segar. Sepanjang sesi subjek Sejarah tadi dia mengangguk-angguk mengiyakan saja apa yang diajar oleh Cikgu Najwa. Sedangkan matanya layu.

Tangga paling dekat dengan kelasnya hanya di depan pejabat pentadbiran. Tiba-tiba hatinya berdebar. Pelik. Dia terus melangkah tanpa mempedulikan perasaan itu. Sehingga matanya mengesan sesuatu. Tak pernah dilihat. Ganjil.

Pandangan bertaut.

-----------------------------------

Kamu yang bawa ku terbang
kamulah jua yang membawa cinta
ke jalannya
kamu yang bawa ku terbang
ke bintang kejora cinta kita
kekal untuk selamanya



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif