Tuesday, June 24, 2014

Qisya Delisya: Bab 1-03

Assalamualaikum.




QISYA DELISYA
Bab 1-03

"Tak nak, mama."

Menghempaskan tubuh di sofa. Tanda membantah. Mencebikkan muka. Tanda tak puas hati. Puan Noraini hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. Sudah biasa dengan sikap memberontak anaknya. Puan Noraini sudah lali dengan protes dari anak yang bongsu dan manja.

"It's not even a question, darling. It's a statement."

"Mama ni. Diktator." Masam.

"Qisya mesti suka."

"Tapi Qisya tak nak pindah sekolah..." Mengambil bantal dan menutup muka.

Mulut masih muncung. Puan Noraini faham ribut di hati Qisya. Pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah di sekolah yang menjadi tempat dia bermain sejak Tingkatan Satu lagi. Sebenarnya dia lebih suka jika Qisya meneruskan pelajaran di situ. Dia tak mahu Qisya ke sekolah berasrama penuh.  

"Sayang, kan ayah kena tolong cawangan sana."

"Ayah tu... Kenapa nak tukar cawangan? Qisya suka sekolah ni."

Puan Noraini duduk di sebelah Qisya. Menarik Qisya ke pelukannya.

"Qisya."

" Ya saya, cikgu."

"Jauh termenung. Jom, kita ke kelas baru awak." Senyum.

Qisya menurut saja langkah penolong kanan hal ehwal pelajar yang kebetulan kawan lama Puan Noraini. Ibunya telah pulang. Meninggalkan dia bersama Puan Mashitah. Usai keluar dari pejabat pentadbiran dan menyarung kasutnya, Qisya terpandang seseorang di hujung koridor. Hatinya tersentak.

Pandangan bertaut.

-------------------------------

Kita berdua kian bermesra
rindu makin membara
Kita berdua bermain kata
pasang surut tak endah



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif