Wednesday, June 25, 2014

Qisya Delisya: Bab 1-04

Assalamualaikum.




QISYA DELISYA
Bab 1-04

Langkah diatur kemas. Semakin hampir. Jantung berdetak laju.

"Haaa, kamu Hakimi. Mari sini."

'Ah, kenapa pulak panggil dia?' Qisya kurang senang. Tetap jua memandang. Menilai ciptaan Tuhan. Mata ke mata. Ke hati. Hati ke hati. Eh, jadi lirik lagu Fabulous Cats pula. Ini tanda hati tak menentu. Digoda syaitan. Qisya memejamkan mata. Istighfar.

"Ya saya, cikgu. Ada apa boleh saya bantu?"

'Sopannya mamat ni. Natural ke berlakon?' hati Qisya terus bermonolog. 'Aduh.' Qisya kecewa dengan hatinya. Begitu cepat menghukum. Mudah bersangka buruk.

"Kenalkan, ini Irfan Hakimi. Pelajar cemerlang sekolah ni."

Hakimi senyum. Terdetik rasa bangga. Segera beristighfar. Takut juga perasaan takbur menguasai diri. Qisya sekadar mengangguk sebagai respons. 'Kacak juga. Bahaya ni.'

"Hakimi, ini Qisya Delisya Ashraf. Pelajar baru."

'Kenapa beritahu nama penuh...' Merah muka Qisya. Malu. Hakimi sekadar mengangguk. Lega. Tak perlu lagi dia merisik untuk mengetahui nama gerangan puteri jelita di hadapannya. Percuma saja dapat. Tak payah susah-susah 'jual minyak'.

----------------------------

Mata hati jiwaku
seluas Antartik
sebesar Jupiter
Namun Segitiga Bermuda
ku ganti Sungai Merah
dengan darahku


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif