Wednesday, June 25, 2014

Qisya Delisya: Bab 1-05

Assalamualaikum.




QISYA DELISYA
Bab 1-05

"Cikgu nak saya hantarkan dia ke kelas baru?"

"Pandai pun kamu, Hakimi. Tunjukkan dia kelas 4 Melur."

Puan Mashitah masuk semula ke pejabat pentadbiran. Hakimi baru menapak selangkah dua ketika dia sedar Qisya masih terpaku di tempat yang sama. Hakimi menoleh dan senyum. Memberi isyarat dengan kepala supaya Qisya mengikutinya. Qisya terpaksa mengalah.

'Nampak macam baik.' Qisya Positif bersuara. 'Ah, nampak je baik. Pandangan mata kasar selalu menipu.' Qisya Negatif membantah. Qisya dan monolog dalaman tak dapat dipisahkan. Bagai irama dan lagu. Perang di hati membuatkan dia sering di persimpangan dilema.

'Guna jalan jauh. Lama sikit dengan dia.' Hati Hakimi berbisik. Qisya hanya menurut langkah Hakimi walaupun dirasakan lama nak sampai ke kelas. Hairan juga Qisya. Dia cuma percaya kata-kata Puan Mashitah bahawa Hakimi pelajar baik. Warna bajunya biru. Mesti pengawas sekolah.

"Jauh lagi ke?" Qisya mula hilang sabar.

"Dekat dah ni." Tenang.

"Awak jangan main-main dengan saya."

Qisya memberi amaran. Geram. Tiada respons dari Hakimi. Jejaka itu pura-pura tak dengar ketika hatinya ketawa. Cepat juga budak ni melenting. 'Muka suci macam kanak-kanak Ribena.' Penilaian itu tak terluah oleh Hakimi.

"Mana kelas 4 Melur?" Qisya melajukan langkah.

"Dekat blok C." Masih tenang.

"Mana blok C?"

Hakimi memandang Qisya di sebelahnya. "Dekat kelas 4 Melur."

Senyum lagi. Qisya berhenti.

"Monyet..."

-----------------------------------

Ku bukan tempat
dua ketiga
di hatiku cuma
kau yang satu



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif