Thursday, June 26, 2014

Qisya Delisya: Bab 2-01

Assalamualaikum.




QISYA DELISYA
Bab 2-01

"Anakanda Irfan Hakimi."

"Ya, bonda. Kenapakah?"

Hakimi masih menyelak akhbar di tangan. Meneliti ruangan sukan. Ruangan wajib bagi majoriti kaum lelaki. 'Alamak.' Hakimi mula gusar kerana bimbang dia ada melakukan kesalahan terhadap ibunya. Biasanya apabila ibunya memanggil 'anakanda', pasti ada sesuatu yang tak kena.

"Umi tengok kamu happy semacam je."

'Tahu saja umi ni.' Terkejut juga Hakimi dengan teguran ibunya. Dia tak sangka kegembiraannya hari ini dapat dihidu. Benarlah kata orang, naluri ibu itu sungguh luar biasa. Hakimi berkira-kira untuk memberikan jawapan. Tipu dosa, mati seksa, masuk neraka.

"Erm.. hari ni Kimi jumpa kawan baru."

"Siapa namanya?"

"Qisya." Menanti respons.

"Muhammad Qisya?"

'Apa pulak Muhammad.' Hakimi keliru. Dalam banyak nama wanita, nama lelaki juga yang ingin disoal ibunya. Ini pelik bin ajaib. Hakimi melipat akhbar yang dipegang. Memandang ibunya yang sedang fokus memandu. Ibunya pantas menyedari pandangan Hakimi.

"Kenapa tengok umi macam tu?"

"Umi, nama dia Nur Qisya."

Dahi Puan Sharmili berkerut. Cuba menghadam jawapan yang diberikan anak ketiganya. 'Nama macam perempuan.' Puan Sharmili tak percaya dengan rumusan yang dilakukan mindanya. Mustahil. Tak mungkin. Boleh jadi Nur Qisya memang sama jantina dengan Hakimi.

"Nama Nur Qisya. Dah macam perempuan nama kawan laki kamu tu."

Hakimi tergelak. "Puan Sharmili, nama kawan Kimi tu Nur Qisya Delisya. Dia perempuanlah, umi."

"Oh, perempuan!"

"Ya, perempuan. Kenapa, umi?"

"Kimi tak pernah seronok jumpa kawan perempuan pun..." Puan Sharmili menduga.

Diam. Hanya senyuman menjawab persoalan.

---------------------------

Kadangkala ku rasa ingin luahkan segalanya
rahsia yang tersimpan di dada sekian lama
Namun kelu terus membisu menatap wajahmu
Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif