Saturday, June 28, 2014

Qisya Delisya: Bab 2-02

Assalamualaikum.




QISYA DELISYA
Bab 2-02

"Milo ais empat!"

"Beres." Ibu jari diangkat.

Pembancuh minuman sudah lali dengan suara itu. Minuman biasa. Empat sekawan. Irfan Hakimi, Fitri Ilham, Hanif Firdaus, dan Azra Syakirin. Selalu lepak di kedai makan itu. Mereka berkongsi minuman kegemaran yang sama. Unik. Dia pasti tercari-cari kelibat mereka apabila tidak kelihatan. 

"Kimi mana?" Hanif memandang Azra.

"Ah, macam kau tak kenal! Budak tu kan jaga penampilan."

"Gaya, mutu, keunggulan." Ilham menambah. 

Berderai ketawa mereka. 'Gaya, mutu, keunggulan' adalah ayat yang selalu disebut Hakimi apabila diusik. Hakimi dan ayat itu sinonim. Sudah menjadi tagline. Mereka faham Hakimi sangat menjaga kekemasan penampilan. Kalau bersiap, lambat macam orang perempuan. Setiap kali mereka janji untuk bertemu, pasti Hakimi yang paling lewat sampai.

"Dah, dah. Korang ada nampak Abang Zafin?" Giliran Ilham menyoal.

"Lama dah tak nampak dia. Kenapa tiba-tiba kau tanya?" Hanif hairan.

"Adalah..."

"Takkan dengan kami pun nak berahsia..." Azra memujuk.

"Nak mintak ayat bunga-bunga sikit." Sengih. 

"Amboi. Nak minta ayat? Tak cukup lagi ke ilmu di dada?"

Azra mengusik. Mereka sekawan kenal benar perangai Ilham yang dipanggil 'mat bunga'. Sudah beberapa kali bertukar kekasih. Bukan mereka tak beri nasihat. Cuma Ilham ni jenis tak makan saman. Semakin dilarang, semakin dia buat. Rupanya yang kacak dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencuri hati gadis-gadis remaja yang masih belum matang. 'Nak suka-suka' itu alasan Ilham.

"Budak mana pulak kau nak try?" Hanif menyedut milo ais yang baru sampai.

"Budak barulah, bro."

"Siapa?" Azra tak sabar ingin tahu.

"Dengar kata, namanya Qisya..."

--------------------------------------

Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja
yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu




No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif