Sunday, June 29, 2014

Qisya Delisya: Bab 2-03

Assalamualaikum.




QISYA DELISYA
Bab 2-03

'Awak, saya bukannya sengaja panggil awak dengan nama haiwan tu. Saya cakap tu spontan je terpacul dari mulut. Takkanlah saya nak samakan awak dengan monyet. Hewhew. Saya tahu awak marah. Lepas saya cakap macam tu, awak terus masam. Terus hilang senyuman awak yang manis tu. Esok saya minta maaf pada awak. Saya nak tengok awak senyum lagi.'


Panjang lebar. Qisya menyelitkan sedikit nota buat pengawas sekolah yang baru ditemuinya hari ini selepas siap menulis diari hariannya. Walaupun ditulis untuk pengawas tersebut, skrip itu hanya akan abadi di kertas. Qisya meletakkan pen dan menutup diari kesayangan berwarna merah jambu. Hadiah hari lahir dari kakaknya. Qisya yang sedang meniarap meletakkan kepalanya di bantal.

"I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing
if you leave me..."

Qisya menyanyi mengikut lirik lagu 'Big Big World' yang bermain di komputer ribanya. Fikiran melayang mengingati peristiwa pagi tadi. Teringat reaksi Hakimi apabila dipanggil 'monyet'. Qisya senyum. Mengeluh. Sedikit menyesal. Qisya sendiri kurang pasti apa sebabnya perkataan itu terpacul dari mulutnya.

"Delisya!" Tersentak.

"Kak ngah! Terkejut Qisya tau...."

Qisya mengurut dadanya sambil mulut mencebik. Gadis yang dipanggil 'kak ngah' duduk di sebelahnya. Gadis itu cuba mengambil diari di depan Qisya. Pantas tangan Qisya menepis. Mereka berebut. Begitulah rutin 'kak ngah'. Suka mengusik adik bongsu kesayangan. Dia lebih rapat dengan Qisya berbanding adiknya yang seorang lagi.

"Hai adik sayang. Macam mana sekolah hari ni?"

"Biasa je, kak ngah. First day. What do you expect?"

"Biasa je? Tak jumpa Romeo?"

"Mana ada, kak ngah. Qisya bukan Juliet."

"Eh, bukan Qisya Juliet?"

"Kak ngah yang Misya Aleesya Juliet." Gelak.

"Mama kata Qisya ceria semacam hari ni...."

Diam. Hanya senyuman menjawab persoalan.

--------------------------------------

Dan kadangkala kita
hanya sedar keindahannya
Apabila ia sudah tiada
di depan mata


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif