Sunday, June 29, 2014

Qisya Delisya: Bab 2-04

Assalamualaikum.




QISYA DELISYA
Bab 2-04

"How do you look at the girl you love and tell yourself it's time to walk away?" Sebak.

Menekan butang "pause". Sudah beberapa kali Hakimi khatam filem asing itu. Setiap kali sampai dialog oleh watak bernama Leo itu, dia merasakan hatinya tersentuh. Seperti dialah Leo dan dialah yang sedang memikat semula hati isterinya yang hilang ingatan. 'The Vow'. Salah satu filem kegemaran.

Hakimi memegang pen. Memutar pen di jarinya. Mindanya ligat. Otak diperah. Cuba mencari idea untuk mengarang puisi. Kosong. Sukar pula malam ini. Selalunya ilham mengalir seperti air sungai. Tak tertahankan. 

Teringat peristiwa pagi tadi. 'Berani awak panggil saya monyet?' Senyum sendiri. Sebenarnya dia tak marah. Reaksi seperti terguris hati memang disengajakan. Dia berkelakuan seperti dikuasai emosi. Hakikatnya dia tahu kata-kata itu terpacul spontan. 'Atau apakah Qisya memang sengaja?' Dia sendiri kurang pasti.

Entah apa sebabnya. Dia ingin bertemu gadis itu lagi. Qisya Delisya Ashraf. Sekali disebut, melekat nama di minda. Cantik namanya, semanis orangnya. Senyum lagi, dan lagi.

'Apa yang tak kena dengan aku ni?'

Hakimi mencoret tajuk puisi yang ingin cuba ditulis.

'Qisya Delisya'.

-------------------------------------------

Andai daku kau terima
lebih dari teman biasa
daku kan setia
tak ku benarkan kau berairmata

Andai kau terima cintaku
daku kan belaikan tanganmu
di penghujung waktu 
kau dan aku
di dunia...



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif