Monday, June 30, 2014

Qisya Delisya: Bab 3-01

Assalamualaikum.





QISYA DELISYA
Bab 3-01 

"Mimpi adalah kunci
untuk kita
menaklukkan dunia."

'Ah, bisingnya!' Qisya menarik bantal menutup telinganya. Masih malas untuk membuka kelopak mata. Terasa geram di hati. Siapa pula bising tengah malam ni? Mengganggu orang nak tidur. Tiba-tiba, seorang jejaka muncul di depan mata. Aduhai, kacak sungguh!

"Qisya, bangun." Suara lembut.

Manis senyuman putera impian. Qisya membalas. Bahagia. Inilah salah satu anugerah kehidupan. Menyayangi dan disayangi. Bunyi pintu diketuk. 'Aduh, potong betul.'

"Qisya!" Tok! Tok! Tok!

Mata dibuka. Malas.

"Ye... kenapa?" Menguap.

"Siap. Pergi sekolah. Dah lambat ni." Jeritan dari luar.

'Hah?!'

Baru Qisya perasan lagu tadi adalah nada dering penggera telefon bimbitnya. Bingkas Qisya bangun. Berlari mencapai tuala dan masuk ke bilik air. Qisya hanya mandi ala kadar. Mandi kerbau saja. Dia tak mahu namanya tersenarai dalam buku pelajar lewat. Dia tak mahu rekodnya tercalar. Dia baru seminggu bersekolah di situ. Qisya menyesal tidur lewat kerana menonton rancangan 'Running Man' di komputer ribanya.

--------------------------------

Say something, i'm giving up on you
I'll be the one, if you want me to
Anywhere i would've followed you
Say something, i'm giving up on you


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif