Welcome To My Life...

Sunday, November 27, 2011

Doaku Buat Harimau


Assalamualaikum..

Stadium Nasional Bukit Jalil, 8.45 malam
Kelayakan Sukan Olimpik 2012
Malaysia vs Bahrain

Oh yeah! Seperti yang korang dah ketahui dan dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang patriotik sejak pasukan negara tunduk kepada Syria empat hari lepas, malam ini pasukan Harimau Muda akan turun lagi untuk kembali menyalakan impian memburu satu kegemilangan untuk layak semula ke Sukan Olimpik.. selepas kejayaan ke Munich 1976 dan Moscow 1980, pasukan negara tidak pernah layak lagi.. walaupun misi kali ini tampak sukar dengan dua kekalahan 0-2 berturut-turut kepada Jepun dan Syria, peluang masih lagi terbuka.. masih ada empat perlawanan untuk dilalui bermula dengan misi 'mesti menang' bertemu Bahrain malam ini..

Atas kertas, peluang kedua-dua pasukan seimbang.. kedua-dua pasukan telah kalah dua kali kepada Syria dan Jepun.. perlawanan hari ini penting kerana Syria dan Jepun bertemu sesama sendiri.. walaupun untuk bersikap realistik, peluang itu kelihatan tipis, dalam bola sepak apa jua boleh berlaku.. bola itu bulat.. pada hari perlawanan, sering aku katakan, sejarah tidak lagi bermakna.. prestasi pada hari perlawanan adalah segalanya.. segala rekod silam di atas kertas hanyalah sekadar neraca perbandingan dan bukan penanda.. jadi tidak mustahil Harimau Muda akan menang malam ini jika beraksi dengan baik seperti mana yang kita semua doakan..

Dengan syarat, pasukan negara tidak hilang konsentrasi lagi seperti berlaku ketika tunduk kepada Syria empat hari lepas di gelanggang yang sama.. aksi bertenaga tidak langsung menggambarkan Malaysia keletihan selepas final Sukan Sea 2011 dua hari sebelumnya.. cuma pada babak kedua nampak tanda-tanda pemain mula lesu dan hilang tumpuan.. kelalaian barisan pertahanan dimanfaatkan sepenuhnya pasukan Syria yang menguasai bola.. yang berlalu tetap berlalu.. diharapkan kehadiran semula nama-nama penting seperti Fadhli Shas, Syahrul Azwari dan Irfan Fazail yang kurang cergas menentang Syria akan menambah sengat dalam permainan pasukan Malaysia..

Sekali lagi, selamat berjuang Harimau Muda!











p peluk s : Tak sabar..

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif