Welcome To My Life...

Tuesday, January 29, 2013

Symbolic Jacket


Aku makin stres. Belum sudah rajuk sang puteri yang masih mahu bersendirian, kini aku sedang menguruskan satu projek khas untuk menjadi tanda kenangan kelas. Memandangkan sem ini adalah yang terakhir untuk program A-Level Medicine dua tahun di INTEC, aku sedang mengendalikan projek pembikinan jaket varsiti untuk disimpan selaku wakil kelas (class rep).

Terdapat beberapa kekangan untuk ianya dimiliki semua. Pertama, kewangan. Tidak dapat dinafikan, jaket ini agak mahal. Ada rakan sekelas mencadangkan dibuat jersi atau baju kelas saja. Aku bukan tidak setuju. Cuma baju kelas terlalu mainstream. Aku mahukan sesuatu di luar kebiasaan.

Masalah kedua, kesatuan. Untuk memuaskan hati semua dengan warna dan corak rekaan masing-masing memang tidak berdaya aku dibuatnya. Maka, aku perlu membuat keputusan pada masa yang sama mengizinkan semua pihak untuk rasa senang hati.

Satu yang aku pasti, ini bukan main-main. Jadi tetap jadi. Aku akan buat yang terbaik. Walaupun aku stres, aku akan pastikan projek ni berjaya. Walaupun mahal, aku tak berkira soal memori. Tak ternilai harga sebuah kenangan. 


Satu yang pasti, memang tidak semua rakan sekelas akan memilikinya. Aku faham soal wang ringgit. Ada yang kekurangan, dan ada juga urusan lebih penting perlu didahulukan. Aku tidak memaksa. Ada juga rakan kaum hawa yang katanya tak tahu bila nak guna jaket. Jika dibandingkan dengan baju, sudah tentu baju sering dipakai. Ada betulnya.

Apa pun, aku telah nekad dengan projek jaket varsiti ni. Great things take time. Be patient. Moga Allah permudahkan.













p sepak s : Harap sangat berjaya...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif