Welcome To My Life...

Tuesday, May 21, 2013

Akhir Cerita Romantik


Pertemuan itu ketentuan, dan perpisahan itu pasti. Bermula sebuah cerita, pasti berakhir jua nanti. Setiap yang hidup pasti mati. Hanya Allah yang kekal abadi.

Berakhir sudah kisah cinta. Kelab bola sepak dan pengurus yang setia. 26 tahun menyulam asmara. Saat perpisahan sudah tiba.

Perlawanan terakhir Alex Ferguson menjadi memori yang sukar dilupakan. Seri 5-5 dengan West Bromwich Albion di gelanggang lawan. Mendahului 3-0 dan 5-2 belum mencukupi. Hatrik Romelu Lukaku menjadi mimpi ngeri. Alex Ferguson memimpin Manchester United buat kali yang ke-1500. 



The best manager of the century.


Bintang terakhir yang dibeli oleh Alex Ferguson dalam empayar gemilang miliknya. Menghadiahkan satu gol untuk pengurus yang kerjasama antara mereka hanya semusim. 


Dua bintang muda dan seorang legenda yang masih bertahan. Javier 'Chicharito' Hernandez dan Alex Buttner akan terus menerajui jentera United untuk jangka masa yang panjang ketika Ryan Giggs pada usia melebihi 40-an hanya ada semusim saja lagi.


Pakar hantaran jauh dan perancang unggul yang bukan saja sangat terkenal dengan hantaran tepatnya, tetapi juga dikenali kerana ketidakcekapannya dalam melakukan terjahan. Paul Scholes dan kad kuning tidak dapat dipisahkan. Memang lazim Scholes menerima kad kuning walaupun baru beberapa minit masuk menggantikan rakan sepasukan. Malah, memasuki permainan selaku pemain gantian dalam perlawanan terakhirnya, Scholes sekali lagi menerima kad kuning untuk mengakhiri karier gemilang. Typical Scholesy.


Meninggalkan padang buat kali terakhir selaku pengurus Manchester United. Kini United adalah antara kelab terhebat di dunia. Semuanya kerana jasa seorang lelaki yang tidak dikenali sebagai bekas pemain bola sepak, tetapi masyhur selaku pakar taktikal yang ulung dan terbilang. Senarai pengurus yang pernah ditewaskannya sudah lengkap satu ensiklopedia. Dia sudah biasa dengan kemenangan. Dia telah lali dengan kejayaan.

Alex Ferguson, symbol of Manchester United.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif