Assalamualaikum.
Bismillah.
Muhasabah diri: Ayuh tahajud.
Wahai sekalian hamba-hamba Allah yang beriman. Kita hidup di dunia hanyalah sebagai hamba-Nya dengan nikmat yang tak terhitung banyaknya. Tidakkah kita mahu bersyukur?
Tahajud adalah amalan figura-figura besar dalam sejarah Islam. Rasulullah SAW sentiasa solat malam sehingga bengkak kakinya. Apabila ditanya Aishah r.a. tentang sebab Baginda berbuat demikian, jawab Baginda: "Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?". Ini hadis riwayat Imam Bukhari.
Allahuakbar.
Satu lagi contoh: Penakluk Konstantinopel. Figura terkenal, sebaik-baik raja iaitu Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau tak pernah meninggalkan solat tahajud.
Apabila figura-figura hebat ini menjadikan tahajud sebagai amalan, tidak dapat tidak kita juga perlu berusaha untuk menjadikannya rutin harian.
Penulis juga masih berusaha untuk mengamalkan solat malam. Kadang-kadang terlanjur tidur lewat. Tak terjaga untuk tahajud. Kadang-kadang tersedar, tapi tidur semula.
Kita bukan meyakini tahajud ini yang berkuasa memberikan kita sesuatu. Sebenarnya tahajud ini membentuk kekuatan spiritual. Betapa kita sebagai hamba-Nya yang lemah hanya bergantung harap kepada Yang Maha Esa.
Bukan mudah. Tak ramai yang dipilih oleh Allah untuk meninggalkan keselesaan tempat tidur dan berkomunikasi dengan-Nya. Bersyukurlah apabila kita dikejutkan oleh Allah. Tunaikanlah solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat.
Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang hanya bergantung harap kepada-Mu. Dan jadikanlah kami hamba-Mu yang bersyukur.
Changloon
1635
16/02/2014
No comments:
Post a Comment