Menuju Kalah Mati
Assalamualaikum.
Lama benar penulis tidak mencoret di ruangan ini. Sibuk dengan urusan kerja. Bagi para peminat bola sepak yang mengikuti perkembangan bola sepak Eropah, pastinya maklum tentang berakhir sudah peringkat kumpulan untuk Liga Juara-Juara Eropah.
Tidaklah terlalu mengejutkan, tetapi pasukan ternama seperti Borussia Dortmund (Jerman) dan Barcelona (Sepanyol) menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan masing-masing sekali gus tersingkir ke Liga Europa.
Peringkat kalah mati akan menyusul.
APA SETERUSNYA?
Undian untuk pusingan 16 belas terbaik akan diadakan di ibu pejabat UEFA di Switzerland pada 13 Disember ini, jam 7 petang waktu Malaysia.
FORMAT
Seperti biasa, juara dan naib juara setiap 8 kumpulan akan bersaing untuk merebut 8 tempat ke pusingan suku akhir.
Mereka akan bertanding dengan format timbal balas di mana pasukan pilihan (juara-juara kumpulan) akan menentang pasukan bukan pilihan (naib juara kumpulan). Pasukan pilihan akan beraksi di tempat lawan pada perlawanan pertama, sebelum menyambut pasukan bukan pilihan di gelanggang sendiri.
Untuk rekod, peraturan di pusingan 16 belas terbaik ini menyatakan pasukan-pasukan dari negara yang sama tidak akan bertemu sesama sendiri. Juara dan naib juara kumpulan sama juga tidak boleh bertemu lagi di pusingan ini. Peraturan pengecualian ini hanya terpakai di pusingan 16 belas terbaik.
TARIKH
Perlawanan pertama untuk pusingan 16 belas terbaik dijadualkan pada separuh kedua bulan Februari 2022, diikuti perlawanan kedua pula pada awal bulan Mac 2022.
PASUKAN YANG LAYAK
1. Manchester City (England) - pemenang Kumpulan A2. Liverpool (England) - pemenang Kumpulan B3. Ajax Amsterdam (Belanda) - pemenang Kumpulan C4. Real Madrid (Sepanyol) - pemenang Kumpulan D5. Bayern Munich (Jerman) - pemenang Kumpulan E6. Manchester United (England) - pemenang Kumpulan F7. Lille (Perancis) - pemenang Kumpulan G8. Juventus (Itali) - pemenang Kumpulan H
9. Paris Saint-Germain (Perancis) - naib juara Kumpulan A10. Atletico Madrid (Sepanyol) - naib juara Kumpulan B11. Sporting Lisbon (Portugal) - naib juara Kumpulan C12. Inter Milan (Itali) - naib juara Kumpulan D13. Benfica (Portugal) - naib juara Kumpulan E14. Villarreal (Sepanyol) - naib juara Kumpulan F15. RB Salzburg (Austria) - naib juara Kumpulan G16. Chelsea (England) - naib juara Kumpulan H
England memikili wakil terbanyak (4) diikuti oleh Sepanyol (3).
Perancis, Itali dan Portugal masing-masing akan diwakili oleh 2 kelab. Belanda, Jerman dan Austria pula memiliki wakil tunggal.
Agak menggentarkan bagi pasukan pilihan bukan Perancis kerana PSG berada di posisi bukan pilihan. PSG menamatkan aksi Kumpulan A di belakang Manchester City. Begitu juga pasukan pilihan bukan England akan goyang kerana gergasi Liga Perdana Inggeris dan juara bertahan kelab Eropah, Chelsea menamatkan saingan Kumpulan H di belakang Juventus.
SIAPA LAWAN SIAPA?
1. Manchester City Ada 6 lawan yang mungkin bagi City, iaitu selain PSG (kedua Kumpulan A), dan Chelsea (England).
2. Liverpool6 juga lawan yang mungkin bagi Liverpool, selain Atletico Madrid (kedua Kumpulan B), dan Chelsea (England).
3. Ajax AmsterdamSelaku wakil tunggal Belanda, lawan yang tidak mungkin bagi Ajax hanyalah Sporting Lisbon (kedua Kumpulan C)
4. Real Madrid Lawan yang tidak akan diundi bagi Real ialah Inter Milan (kedua Kumpulan D) dan juga 2 kelab Sepanyol (Atletico Madrid & Villarreal).
5. Bayern Munich Situasi Bayern sama seperti Ajax sebagai wakil tunggal Jerman. Hanya Benfica (kedua Kumpulan E) tidak mungkin diundi sebagai lawan.
6. Manchester UnitedSituasi sama seperti Manchester City dan Liverpool. United pasti tidak akan menentang Chelsea (England), dan juga Villarreal (kedua Kumpulan F)
7. LillePasti tidak perlu menentang PSG (Perancis) dan Salzburg (kedua Kumpulan G). Masih ada 6 lawan yang mungkin termasuk Chelsea.
8. JuventusDapat mengelak Chelsea (kedua Kumpulan H) dan Inter Milan (Itali) untuk psuingan ini. Masih ada kemungkinan Juventus berdepan PSG.
----
9. Paris Saint-GermainSebagai gergasi di kelompok bukan pilihan, pastinya PSG tidak gentar berdepan sesiapa pun. Hanya tidak mungkin berdepan Lille (Perancis) dan Manchester City (pemenang Kumpulan A).
10. Atletico MadridAtletico tidak mungkin berdepan Liverpool (pemenang Kumpulan B) atau Real Madrid (Sepanyol).
11. Sporting LisbonSporting boleh menentang salah satu daripada 7 pasukan selain Ajax (pemenang Kumpulan C).
12. Inter Milan Inter hanya tidak boleh menentang Juventus (Itali) dan Real Madrid (pemenang Kumpulan D).
13. Benfica Situasi sama dengan Sporting. Hanya Bayern Munich (pemenang Kumpulan E) tidak mungkin diundi sebagai lawan.
14. VillarrealDua lawan yang pasti tidak diundi menjadi lawan ialah Manchester United (pemenang Kumpulan F) dan Real Madrid (Sepanyol).
15. SalzburgSituasi wakil tunggal. Ada 7 pasukan yang berkemungkinan menjadi lawan selain Lille (pemenang Kumpulan G).
16. ChelseaSeperti juga PSG, sebagai gergasi yang tersesat dalam kalangan bukan pilihan, juara bertahan ini menjadi lawan yang mahu dielak semua pasukan pilihan.
Chelsea hanya mempunyai 4 lawan yang mungkin kerana mereka tidak boleh berdepan dengan 3 pemenang kumpulan dari England serta Juventus (pemenang Kumpulan H).
HARAPAN
Sebagai peminat bola sepak yang neutral, sudah tentu saya mahu menyaksikan perlawanan hebat di pusingan 16 terbaik lagi.
Perlawanan terbesar yang bakal menarik perhatian adalah kemungkinan Liverpool atau Bayern Munich berdepan PSG!
Saya juga teruja untuk mengetahui lawan Chelsea. Selain Lille, tiga lagi lawan yang mungkin bagi Chelsea ialah Real Madrid, Bayern Munich, dan Ajax Amsterdam. Satu perlawanan yang terlalu hebat untuk pusingan kedua tetapi boleh berlaku!
Sebagai peminat setia Manchester United pula, sudah tentu saya mengharapkan lawan yang paling mudah bagi United di antara 6 pasukan selain Chelsea / Villarreal. Lawan yang ideal pastinya Salzburg atau Benfica.
------
Sekian dulu untuk kali ini.
Glory glory Manchester United!
Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif
No comments:
Post a Comment