Saturday, February 28, 2015

Satu Hari Satu Entri

Assalamualaikum.

Apakah kau fikir
cinta akan berakhir
mengabaikan takdir
ia tetap mengalir

Dah lama rasanya tak update blog ni. Bukan tak ada masa lapang. Tapi bila ada masa lapang lepas habis kelas, rasa tak ada mood pulak nak hapdet. Maka terbiarlah blog Lelaki dari Marikh bersawang tanpa kisah baru. Maaf kepada pembaca setia yang ternanti-nanti entri baru (bajet betul).

Alhamdulillah, aku sekarang sihat. Sedang ber'cuti' di Changlun. Cuti lah sangat. Sebenarnya tengah elective posting di Hospital Jitra selama tiga minggu. Esok minggu kedua. Aku akan belajar di wad medikal. Minggu lepas di wad kecemasan. Dapatlah tengok beberapa kes yang mencemaskan. Tapi kurang dramatik sebab tak ada situasi bertarung nyawa. Kecewa sikit di situ.

Maka tercetuslah semangat baru untuk menulis semula. Dengan aktiflah hendaknya. Mata pena lebih tajam dari pedang. Moga dengan penulisan dapatlah menjadi inspirasi dan membakar semangat. Secara tak rasminya, entri ni menjadi mukadimah kepada program 'Satu Hari Satu Entri'.

Mampukah aku terus aku komited? Time will tell.



Friday, February 27, 2015

Separuh Langkah

Assalamualaikum.

Lapan perlawanan berakhir. Tiga keputusan seri dicatatkan dan hanya dua tuan rumah merekodkan kemenangan. Tiga pasukan pelawat pulang dengan mata penuh dari gelanggang lawan.

PSG 1-1 Chelsea
Shakhtar 0-0 Bayern
Basel 1-1 Porto
Schalke 0-2 Real
Manchester City 1-2 Barcelona
Juventus 2-1 Dortmund
Arsenal 1-3 Monaco
Leverkusen 1-0 Atletico

Hanya Atletico Madrid dan Bayern Munich gagal menjaringkan gol di tempat lawan. Real Madrid, Barcelona dan Monaco selesa dengan menjaringkan lebih satu gol untuk dibawa pulang sebagai bekalan. Shakhtar Donetsk akan mara jika seri dengan jaringan apabila bertandang ke Jerman. Bayer Leverkusen juga akan layak jika tewas di Sepanyol dengan defisit satu gol DAN menjaringkan gol untuk terikat agregat.

Peluang Manchester City, Borussia Dortmund, dan Atletico Madrid masih belum tertutup tapi boleh dikatakan tipis. Arsenal hampir pasti tersingkir. Masih ada 90 minit lagi masa permainan. Tiada pasukan yang benar-benar selamat. Perjuangan masih belum tamat.



Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif