Saturday, June 30, 2012

A Day With Them

Assalamualaikum.

Hari ni 30 Jun. Ya, memang. 30 Jun la. Hari terakhir bulan Jun. Bulan enam ada tiga puluh hari je cik kak. Esok 1 Julai. Haaa, bukan 31 Jun. Aduss, apa aku merepek ni. Tengah pikir punya pikir punya pikir lagi nak buat mukadimah. See. Aku dah taip pun mukadimah aku. Memang selalu gagal pun part ni. Sadis.

Seminggu lagi je sebelum aku berangkat pulang meneruskan perjuangan semester baru pengajian. Keputusan peperiksaaan dah keluar pun. Jadi aku tahu aku perlu lakukan sesuatu yang lebih. Demi masa depan, aku perlu berusaha lebih gigih. Aduhai, mudahnya bercakap kan. 

Issue report untuk subjek Biologi aku tadi dalam proses nak 94% siap. Tapi tengah hari aku outing dengan empat orang sahabat. Member kamceng gua beb. Ini kawan karib a.k.a adik-beradik gua. Lu orang sentuh diorang, bersepai tulang. Haha. Dah sampai lu gua tu memang rapat sangat aku dengan diorang semua.

Rancangan awal nak main boling. Ada je C-Mart di Changlun ni. Tapi gagah jugak diorang ni nak makan angin. Yeah, naik motor, nganga luas-luas, telan angin selama hampir setengah jam. Kitorang menuju pasaraya Aneka. Just a shopping complex. Nothing much. Oh ya, ada pawagam. *Macam lar kat tempat lain takde.

Lepas main boling, we ols pegi karaoke. Cuba melalak selama satu jam. Tapi sepuluh minit awal tergendala kerna sistem yang macam pfftttt. Haaa dah kena censored. Ayat tak lepas tapisan FINAS tu. Masa main boling pun asyik hang je. Rosak mood nak main plus nyanyi pun. Dem!

Selepas sakit tekak menjerit, we ols bergerak ke Taman Tasik Darulaman. Kesian abang yang amik order tu. Mula-mula pesan cendol pulut, then cendol biasa. Akhirnya ABC yang menjadi pilihan. Sori lar yer abang. We ols memang suka menyakat. Hak hak hak. Seterusnya cubaan naik golf cart gagal because kitorang takde lesen P. Sorang pun takde. Cis punya abang yang tak nak kompromi tu.

Akhirnya Plan B terlaksana. Photoshoot sebagai tanda kenangan untuk memahat memori selamanya. Itulah kenangan indah bersama diorang sebelum aku balik ke Shah Alam menuju cita. Oh ya, kitorang semua berbaju seragam hitam. Tak lar seragam ekceli. Tak rancang pun. Tapi semua pakai t-shirt hitam yang bermacam jenis.

We ols lar MEN IN BLACK. Lepas ni boleh buat filem dengan MIG atau Skop Productions. Tapi bukan dua orang lar ejen tu. Kitorang berlima. So hero dah jadik lima orang. Boleh macam tu? Hoho. Pening penonton nak minat hero yang mana satu. Panjang pulak cerita aku. 

11.52 malam. Wassalam.










p palang s : Had so much fun...


Friday, June 29, 2012

Sekadar Itu Kumampu

Assalamualaikum.

Entri pembuka selera : Kerana PHD

Semalam masa aku berFB, ada sorang kawan INTEC update status dia dah dapat result. Aku terus jadi cuak dan tertanya-tanya. "Biar betul ni? Tak mungkin...." hati aku bermonolog sendirian. Aku ada sebab untuk mengatakan tak mungkin. Juga kerana aku takut berdepan kemungkinan. Harhar.

Bukan apa. Keputusan sem pertama dulu aku dapat lepas bukak semester kedua. Kitorang bincang dalam kelas dan baru keputusan dimasukkan dalam sistem. Kali ni keputusan dah masuk sistem. Aik, biar bonar.

Aku pun terus bukak portal pelajar. Periksa je kan. Mana tahu memang dah keluar. Bukan rugi pun periksa. Dengan tangan yang menggeletar, aku bukak Exam Result dan pilih semester. Ada dua untuk Jan-Jun 2012. Aku pilih yang bawah. Dan End of Semester Examination.

Tettt. No results found. Aku tak puas hati. Aku pilih pulak yang atas.


Jeng jeng jeng. Fuhh, seperti yang dijangka. Alhamdulillah, meningkat sikit.

Walaupun tak melepasi cut-off point yang dikehendaki penaja (satu mata tak cukup), aku masih bersyukur kerana itu saja yang aku termampu. Untuk pengetahuan korang, aku tak pakai sistem pointer 4 rata. Setiap gred A membawa lima mata, B empat, C tiga dan begitulah seterusnya. Aku ambik tiga subjek saja. Jadi mata maksimum seharusnya lima belas. Tapi aku dapat tetttt. Terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. *Nampak sangat rendah.


Alhamdulillah subjek Matematik meningkat. Ekceli sem pertama yang di luar jangkaan. Terkejut aku bila sem lepas dapat B. Final exam semester pertama aku buat teruk sangat. Syukur kali ni dapat gred A. Aku tahu kemampuan aku. Subjek ni feberet aku. 

Biologi, agak kuciwa sikit. Sebab aku target satu gred lebih tinggi. Mungkin sikit lagi nak dapat. Nanti bukak sem baru dapat lar aku tengok. Kimia, ini yang aku rasa bertuah. Aku risau gagal sebab final exam semester kedua memang sangat killer dan thriller sampai aku nak giler! Aku risau sangat-sangat plus cuak tahap terakhir. Akhirnya aku menghembuskan nafas kelegaan. Terima kasih ya Allah.

Aku akan cuba untuk melakukan lebih baik untuk sem ketiga. Aku masih belum memuaskan hati umi dan ayahku. Aku tau aku boleh buat lebih daripada ni. Tapi keputusan sem lepas tak dapat aku ubah lagi. Sekadar itu kumampu. Setimpal dengan usaha aku. 

Cuma tinggal dua sem lagi. Tak ada masa untuk aku main-main. Chaiyok chaiyok Nazif!

Klik sini, sana, sinun untuk tolong aku.
Trimas geng! ^_^










p palang s : Kuciwa dalam lega..

Jerman Tersungkur

Assalamualaikum.

Musnah sudah mimpi indah Jerman sepanjang kejohanan Euro 2012. Itali menyebabkan pilihan utama itu kembali berpijak di bumi nyata dan menghantar Die Mannschaft pulang ke tanah air. Gli Azzuri mara selepas melakukan kejutan.

Malam yang diharapkan menjadi kenangan Jerman sudah menjadi milik Itali dan penyerang sensasinya, Mario Balotelli. Dua gol daripada penyerang yang sering menjadi mangsa cemuhan penyokong yang melaungkan ejekan berbaur perkauman. Balotelli membalas kritikan yang dilemparkan selepas aksi buruk pada awal kejohanan. Kini Balotelli bangkit pada saat yang tepat untuk menghantar Itali ke final kejohanan utama pertama selepas Piala Dunia 2006.

Mario a.k.a King Kong

Jerman memasuki perlawanan selaku pilihan selepas mencatat rekod dunia 15 kemenangan antarabangsa berturut-turut termasuk empat dalam Euro 2012. Namun Itali adalah igauan buat Jerman kerana Jerman tidak pernah menang menentang lawan diorang semalam dalam tujuh percubaan. Mungkin gemuruh rekod silam menggugat keyakinan Jerman.

Jerman menguasai aksi awal permainan. Dua kali gawang Itali diancam bahaya. Menerusi satu sepakan sudut, percubaan Mats Hummels melepasi Gianluigi Buffon tetapi diselamatkan Andrea Pirlo di atas garisan gol. Satu lagi detik mencemaskan berlaku apabila Buffon menepis hantaran lintang Jerome Boateng ke arah Andrea Barzagli yang hampir menjaringkan gol sendiri. 

Selepas itu, Itali mula mencabar dan mengimbangi penguasaan Jerman. Riccardo Montolivo melakukan percubaan jarak jauh tetapi Manuel Neuer menangkap selesa. Kemudian Antonio Cassano juga mencuba nasib. Sekali lagi tiada masalah bagi Neuer. Toni Kroos mengambil giliran bagi Jerman apabila menguji Buffon juga dari jarak jauh. Rembatan kencangnya tepat ke arah Buffon yang berjaya menepis keluar. Mesut Ozil juga mahu mencuba nasib dari luar kotak penalti tetapi sepakannya lemah dan mudah ditangkap Buffon. 

Itali membalas dan berjaya mendapatkan gol pendahuluan. Andrea Pirlo yang cemerlang sepanjang kejohanan melakukan hantaran bijak dari tengah padang kepada Giorgio Chiellini di sayap kiri. Chiellini menolak kepada Antonio Cassano yang berjaya memperdaya Mats Hummels untuk melakukan hantaran silang menarik melepasi Holger Badstuber. Menanti di belakang Badstuber adalah penyerang berpotensi tinggi, Balotelli yang melihat gawang terbuka luas. Tandukan tepat Balotelli memukau Neuer. 

Sami Khedira tidak mahu ketinggalan, cuba untuk mengulangi gol cantiknya menentang Greece. Khedira mendada bola dan melepaskan tendangan padu. Sepakannya cuba mencari penjuru atas sebelah kanan gawang tetapi Buffon melayangkan badannya untuk menyelamatkan gawang Itali. Sebelum separuh masa pertama ditamatkan, Itali mendapat gol kedua. Berpunca daripada sepakan sudut Jerman, Itali melancarkan serangan balas pantas apabila hantaran jauh Montolivo berjaya menemui sasarannya, Balotelli yang berada dalam posisi onsaid selepas perangkap ofsaid Jerman digagalkan kapten, Philipp Lahm.

Balotelli menyambut hantaran dengan kemas, berlari deras beberapa langkah, melihat sasarannya dan melepaskan sepakan tak tertahankan walaupun Lahm cuba menghadang. Neuer hanya mampu melihat dan mengangkat tangan kiri apabila bola menuju tanpa dapat dihentikan ke arah penjuru atas sebelah kiri gawang. Neuer terkesima melihat aksi hebat penyerang prolifik, Balotelli. Tepukan tangannya menandakan penghargaan menentang peledak unggul.

Aksi meraikan gol akan diingati buat masa yang lama oleh penonton yang menyaksikan keangkuhan Balotelli berterusan. Bakatnya tidak dapat dinafikan. Penyudahnya tajam dan kejam. Balotelli dihina dalam karikatur satu media Itali yang menggambarkannya sebagai King Kong dan turut tidak diiktiraf sebagai warganegara Itali. Reaksi Balotelli pasti terpahat lama dalam memori para penyokong. Sebaik melihat rembatannya menerjah jaring, Balotelli menanggalkan bajunya dan terus berdiri tegak, menunjukkan muka bengis dan badannya yang sasa. Para pemain Itali berlari untuk memeluk pemain yang memiliki ego tinggi itu. Balotelli menerima kad kuning kerana menanggalkan baju untuk meraikan gol. Dia tahu dia akan menerima hukuman tersebut tapi ianya berbaloi selepas mendiamkan semua pengkritiknya.

Babak pertama berakhir tamat dengan Balotelli meletakkan Itali mendahului selesa 2-0. Joachim Low, jurulatih Jerman, membuat pertukaran drastik selepas masa rehat. Low menggantikan Mario Gomez dan Lukas Podolski dengan Miroslav Klose dan Marco Reus. Tindak balas Reus pantas. Sentuhan awal Reus termasuk percubaan tepat menguji Buffon. Kemudian Klose pula terlibat dalam gerakan berbahaya. Klose menolak bola kepada Lahm dalam kotak penalti. Dengan ruang yang banyak, Lahm melepaskan sepakan yang meliar tinggi. Reus terus mempamerkan bakatnya menerusi sepakan percuma. Sepakannya hampir masuk di bawah palang jika Buffon tidak menepis bola melepasi palang.

Selepas penguasaan awal Jerman, Itali pula mengambil alih. Dalam arus serangan Jerman yang cuba mengurangkan defisit, benteng pertahanan diorang terdedah dan dimanfaatkan jentera serangan Itali. Claudio Marchisio dua kali hampir memusnahkan harapan Jerman. Sedikit luar dari kotak penalti, Marchisio hampir mengulangi kualiti penyudah Balotelli tetapi rembatannya sipi ke luar tiang dari posisi yang hampir sama Balotelli meledak. Seterusnya Marchisio mendapat satu lagi peluang selepas mengatasi pertahanan Jerman dalam kotak penalti melalui satu lagi serangan balas. Ketika rakan sepasukannya menanti di seberang untuk tap in, Marchisio lebih kepada mencuba nasib daripada melakukan hantaran silang. Sikap pentingkan diri sendiri Marchisio mengecewakan rakan sepasukannya. 

Drama berterusan. Balotelli mengalami kekejangan otot dan digantikan Antonio Di Natale. Di Natale hampir menamatkan debaran apabila berada dalam situasi sama dengan Marchisio. Seperti rakan sepasukannya, Di Natale juga gagal meranapkan cabaran Jerman. Empat minit masa kecederaan diberikan. Penyudah dramatik hampir berlaku apabila serangan bertali arus Jerman akhirnya berhasil. Bola terkena tangan Federico Balzaretti dalam kotak penalti dan pengadil tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti. Ozil mara, memilih sebelah kiri gawang dengan ketinggian yang cukup untuk menewaskan Buffon walaupun penjaga gawang Itali meneka tepat.

Itali terpaksa bertahan dalam seminit setengah yang sangat mendebarkan sebelum wisel akhir melegakan seluruh kem Itali yang bersorak riang. Jerman hampir melakukan kebangkitan yang akan dikenang. Malangnya, kebangkitan Jerman sudah terlalu lewat. Jerman tewas sekali lagi dalam perlawanan kompetitif menentang Itali. Kehampaan Low berterusan apabila Jerman tewas buat kali keempat dalam separuh akhir kejohanan utama. Seperti edisi Piala Dunia 2006, Itali adalah pemusnah impian Jerman.

Statistik menunjukkan penguasaan Jerman yang mendominasi 54% permainan. Jerman memiliki lebih percubaan gol dan percubaan tepat. Malah 14 sepakan sudut Jerman langsung tidak berbalas. Statistik tidak dikira dalam menentukan pemenang. Balotelli memanfaatkan peluang dan Itali lebih layak keluar sebagai pemenang untuk mengulangi perlawanan pembukaan peringkat kumpulan di mana diorang terikat dengan Sepanyol.

Ternyata adunan pengalaman dan bakat muda Itali berjaya mengatasi kematangan barisan muda Jerman. Mimpi ngeri Jerman berterusan. Barisan muda ini terpaksa menanti dua tahun lagi untuk kejohanan besar seterusnya di Brazil. Buat masa ini, Jerman kekurangan sedikit ramuan untuk mara ke final. Pengalaman Buffon dan Pirlo serta kehandalan Balotelli yang memuncak pada masanya meleburkan harapan tinggi rakyat Jerman.

Die Mannschaft tersungkur lagi. Tahniah Gli Azzuri.











p palang s : Seronok tengok Mario Balotelli...



Thursday, June 28, 2012

Kerana PHD

"Semalam tak bukak kedai ke?"

 "Eh, bukak lar. Kenapa tanya?"

"Tak bukak lar, dik. Dah dua tiga hari akak datang nak beli."

"Tak lar, akak. Saya bukak tak pernah tutup lagi."

"Adik biar betul. Kedai adik tutup dua tiga hari lepas."
 
".........."

Erk? Ada kaitan ke gambar ni?

Assalamualaikum.

Adik kembar entri ni : Sekejap Pun Susah

Bukan kerana PHD yang Doctor of Philosophy. Tapi kerna penyakit 'Perasaan Hasad Dengki'. Wabak yang membarah dalam diri manusia. Dek kerana termakan hasutan syaitan. Tak boleh tengok bisnes orang maju sikit. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit.

Cerita sebelum gambar di atas adalah kisah benar yang bukan direka-reka untuk menjadi skrip filem mencari keuntungan. Kisah itu diceritakan oleh Kak Nurul (memang nama sebenar), selaku pencerita ketika aku menjalani terapi percuma Alpha One. Semua ini berkaitan kehadiran terapi yang jatuh merudum, dijangka kerna saingan daripada pemilik bisnes lebih kurang sama iaitu terapi menggunakan mesin. Bezanya terapi Alpha One ni percuma.

Aku hanya menyampaikan, tidak berburuk sangka. Tapi ayah aku sendiri ada cerita kat aku. Dua tiga tahun lepas, kawan dia jual sate. Kedai kecik je, tepi jalan. Bukan besar mana pun. Tu pun orang buat khianat. Cuba korang bayangkan. Lalat tak mati atas api. Tak kan lalat dari neraka. Dem!

Kalau nampak kedai tak bukak tapi tuan dia kata bukak tu, memang nak kata apa lagi kan? Oh, tuan dia saja nak buat cerita misteri nusantara. Mungkin. Tapi kisah ketidaksepakatan orang Melayu tak perlu dihebahkan lagi. Sudah cukup terkenal. Pantang tengok orang lain untung. Mula lar nak dengki.

Tak perlu cerita jauh, dalam famili aku sendiri, ayah aku terkena buatan orang. Lantaran dengki dengan jawatan ayah aku dulu. Dah lima tahun ayah aku menderita. Ke sana sini mencari penyembuh, masih belum diizinkan Allah. Aku hanya mampu bercerita, ayah aku yang menanggung seksa. Apa yang aku nak cakap, manusia macam ni memang ada.

Dalam bisnes dah jadi perkara biasa. Sejak lahir memang tak diajar bersaing secara sihat agaknya. Kalau cemburu untuk menjadi lebih baik takpe. Ni hasad dengki sampai santau-menyantau. Kurang diajar betul. Kurang asam boi. Cis cus cas.

Tak tau aku nak huraikan macam mana lagi. Aku dah putus asa dengan orang macam ni.  Kalau boleh, aku nak hantar orang hina macam ni ke Palestin. Biar mati ditembus peluru Zionis, daripada hidup menyusahkan orang lain. Sengsara tau tak?? Kerana hasad dengki, manusia hilang kewarasannya.


Tolong klik sini, sana, sinun.
Trimas, Allah balas jasa kalian ^_^











p peluk s : Biar cemburu jangan dengki..


Ledakan Pemusnah

Assalamualaikum.

Seberapa hebat Portugal berusaha, La Furia Roja jua tetap mara.



 Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan barisan yang hampir tidak berubah daripada perlawanan suku akhir sebelum ini. Tetapi Portugal melakukan satu pertukaran 'terpaksa' kerana kecederaaan penyerang, Helder Postiga. Tempat Postiga digantikan Hugo Almeida. Jurulatih Sepanyol pula melakukan pertukaran taktikal. Vicente del Bosque menggantikan pemain tengah Cesc Fabregas dengan Alvaro Negredo sebagai fokus serangan dalam formasi 4-3-3.

Saingan bermula rancak dengan Portugal menyerang awal dari sepak mula dengan mendapat dua sepakan sudut berturut-turut. Sepanyol cuba memulakan penguasaan bola yang sangat sinonim dan telah sebati dengan diorang. Tapi Portugal tak nak membiarkan Sepanyol terus bersuka ria dan turut cuba menyimpan bola apabila berpeluang. Persoalan berterusan sama ada malam ini milik Cristiano Ronaldo dan berapa lamakah Portugal mampu bertahan menentang arus tiki-taka.

Sepanyol begitu bersungguh-sungguh ingin membuktikan diorang masih kuasa bola sepak utama yang menyandang gelaran Eropah dan dunia. Selepas bertukar-tukar hantaran, Alvaro Arbeloa dan Andres Iniesta mencuba nasib dari jarak jauh. Portugal juga tidak mahu sekadar bertahan dan melihat Sepanyol cuba merobohkan kubu diorang tanpa melawan. Diorang turut menyerang dengan fokus serangan tertumpu kepada kapten, Cristiano Ronaldo.

Babak pertama berlangsung seperti yang dijangka. Sepanyol selesa menguasai bola. Apabila berpeluang, Portugal cuba sedaya upaya menyimpan bola daripada dirampas. Situasi yang sama berterusan dengan Sepanyol bermain mengikut falsafah yang membentuk diorang sebagai juara. Portugal yang lebih kelihatan akan menjaringkan gol apabila suku perlawanan telah pun dimainkan. Namun Andres Iniesta hampir menjaringkan gol dari penjuru kotak penalti apabila diberikan begitu banyak ruang dan masa ketika perlawanan menghampiri detik setengah jam.

Ronaldo membalas untuk Portugal apabila rembatan leret dari luar kotak penalti memaksa Iker Casillas melayang ke sebelah kirinya untuk menutup pintu gol. Perlawanan semakin tegang menghampiri penghujung babak pertama. Pemain kedua-dua pasukan mula melakukan kekasaran dan akibatnya Sergio Ramos menerima kad kuning selepas mengasari Ronaldo. Babak pertama ditamatkan dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Tidak mengejutkan melihat statistik Sepanyol menguasai 56% permainan. Tetapi agak mengejutkan apabila Portugal melakukan empat percubaan dengan dua daripadanya tepat ke sasaran. Manakala Sepanyol hanya melakukan tiga dan tiada satu pun mengenai sasaran. Tidak salah lagi Portugal lebih berkemungkinan untuk menjaringkan gol sepanjang saingan separuh masa pertama. Vicente del Bosque perlu mengerah anak buahnya untuk melakukan penetrasi ekstra.

Awal babak kedua tidak memperlihatkan banyak perbezaan. Skrip yang sama. Sepanyol menguasai bola seperti makan nasik gayanya. Mudah dan berkesan. Lima minit sebelum perlawanan menghampiri detik satu jam, Sepanyol melakukan pertukaran. Cesc Fabregas menggantikan Alvaro Negredo. Apakah strategi del Bosque akan berjaya? Mampukah Fabregas menghancurkan keutuhan pertahanan Portugal? Masih banyak persoalan yang belum terjawab.

Dua minit berselang dan Portugal mara lagi. Hugo Almeida mencuba nasib dari jarak jauh. Beberapa saaat sebelum detik satu jam, Ronaldo cuba mendapatkan sepakan penalti untuk Portugal. Tetapi dia jatuh terlalu mudah. Sergio Busquets dilayangkan kad kuning kerana cuba mempengaruhi pengadil dengan mengatakan Ronaldo melakukan diving dan wajar dihukum. Sepanyol melakukan pertukaran kedua. Jesus Navas masuk mengambil tempat David Silva.

Sepanyol terus melakukan penetrasi dan empat minit selepas insiden diving Ronaldo, Iniesta melakukan hantaran cantik kepada Fabregas yang terpaksa dikasari oleh Joao Pereira hanya sedikit di luar kotak penalti. Pengadil Turki melayangkan kad kuning kepada Pereira tanpa sebarang keraguan dalam hatinya. Tiga minit kemudian, Xavi Hernandez melancarkan serangan dari tengah padang. Begitu banyak ruang dimilikinya dan sokongan di kiri dan kanan memberi pilihan. Xavi memilih untuk merembat terus ke dakapan Rui Patricio.

Hanya tinggal dua puluh minit masa permainan sebenar ketika Ronaldo dikasari Arbeloa dan mendapat sepakan percuma di posisi kegemarannya, lebih kurang 30 meter dari pintu gol. Penjaga gol dan rakan sepasukan kelab Real Madrid, Casillas terpaksa mengangkat sebelah tangan memastikan bola Ronaldo dalam kawalan apabila sepakan percuma berbahaya itu hanya sedikit melewati palang gol. Skrip perlawanan tidak berubah tetapi Portugal kelihatan tidak mahu merelakan Sepanyol terus bermaharajalela. Fabregas kemudiannya mencuba nasib sekali lagi dari jarak 30 meter.

Sepuluh minit sebelum masa permainan sebenar ditamatkan, jurulatih Portugal, Paulo Bento melakukan pertukaran pemain yang pertama. Hugo Almeida digantikan oleh Nelson Oliveira. Tiga minit kemudian, Ronaldo dikasari oleh Xabi Alonso. Sepakan percumanya yang diambil 35 meter dari pintu gol terkena tangan Arbeloa yang membentuk dinding pertahanan. Arbeloa menerima kad kuning. Sepakan Ronaldo melepasi palang gol buat kesekian kalinya. Bruno Alves turut menerima kad kuning selepas itu.

Vicente del Bosque melakukan pertukaran berani dan meragukan apabila menggantikan perancang genius, Xavi Hernandez dengan Pedro Rodriguez empat minit sebelum masa permainan sebenar berakhir. Beberapa saat sebelum masa permainan sebenar tamat, Portugal melancarkan serangan balas pantas selepas Sepanyol mendapat sepakan percuma. Hantaran Raul Meireles menemui Ronaldo di penjuru kotak penalti sebelah kanan. Namun rembatan kaki kiri Ronaldo sekali lagi tinggi meliar. Sangat mengecewakan. Portugal mungkin tidak akan mendapat peluang sebaik itu lagi.

Tiga minit masa kecederaan diberikan sebelum babak masa tambahan meneruskan drama. Sebelum pengadil meniupkan wisel terakhir, Miguel Veloso dilayangkan kad kuning kerana menerjah Jordi Alba. Setengah jam lagi diperlukan apabila kedudukan masih terikat tanpa sebarang jaringan. Perjuangan akan diteruskan untuk slot ke final dan peluang menjulang trofi idaman negara-negara Eropah. Pemain-pemain Sepanyol pernah merasainya empat tahun lalu. Ronaldo dilihat hampa dengan pembaziran yang dilakukannya melepaskan beberapa peluang keemasan yang terhidang.

Babak pertama masa tambahan juga dengan skrip yang tak berubah. Sepanyol mengasak kubu Portugal.  Separuh masa pertama menuju penamat ketika Alba melakukan larian overlapping dan hantaran silang kepada Iniesta. Ketika gol dilihat lebih berkemungkinan, sepakan Iniesta dinafikan Rui Patricio. Dalam masa kecederaan, Sepanyol mendapakan sepakan percuma yang diambil Sergio Ramos. Sepakan kencang itu hanya sipi di atas palang gol. Separuh masa pertama ditamatkan dan Miguel Veloso memberi laluan kepada Custodio untuk meneruskan gerakan jentera tengah Portugal. Hanya suku jam sebelum penentuan sepakan penalti akan memisahkan final dan pulang ke tanah air.

Silvestre Varela menjadi pemain gantian Portugal dan seluruh permainan apabila dia masuk menggantikan Raul Meireles enam minit memasuki babak kedua masa tambahan. Seminit kemudian Xabi Alonso pula menerima kad kuning kerana menjatuhkan Ronaldo dalam bulatan tengah padang. Sepakan percuma itu menghasilkan serangan balas pantas yang hampir menghasilkan gol buat Sepanyol namun larian pantas Pedro berjaya disekat dan Sepanyol hanya mendapat sepakan penjuru.

Separuh masa kedua ditamatkan dan tamat jua masa permainan. Perlawanan memasuki penentuan sepakan penalti. Gemuruh dan ketenangan akan menentukan pemenang. Tuah akan membezakan kedua-dua pasukan. Siapa yang akan tersungkur dalam pemisah yang kejam dan mendebarkan? Penentuan sepakan penalti adalah cara paling kejam untuk tewas. Namun, terikat tanpa sebarang jaringan, kedua-dua pasukan telah memilih laluan ini. 120 minit yang panjang telah dilepasi. Pasukan yang lebih bertuah akan keluar sebagai pemenang.

Sepanyol memulakan penentuan sepakan penalti dan Xabi Alonso menjadi pemain pertama yang berani menyahut cabaran. Alonso menyepak deras ke penjuru bawah sebelah kiri gawang tetapi ditepis dengan cemerlang oleh Rui Patricio. Portugal mengambil giliran. Joao Moutinho memilih arah bertentangan dengan Alonso dan memilih untuk menyepak sedikit tinggi. Namun Casillas tetap juga dapat menyelamatkan sepakan penalti tersebut.

Andres Iniesta menyambung tugas Alonso dan memilih arah yang sama dengan rakan sepasukannya. Kali ini Iniesta berjaya memperdaya Patricio yang tersilap arah. Pepe menuruti jejak Iniesta. Arah sepakannya sama dengan Moutinho tetapi lebih rendah dan tepat ke sasaran. Hampir ditepis Casillas yang meneka arah dengan tepat. Gerard Pique memilih arah yang sama untuk sepakan seterusnya. Dia juga berjaya menewaskan penjaga gol yang turut membuat tekaan tepat.

Bruno Alves melangkah ke kotak penalti untuk Portugal. Tetapi Nani berlari dan menggantikannya di saat akhir. Nani meledak kencang ke penjuru atas sebelah kanan gawang. Casillas tersalah langkah, melayangkan badannya ke sebelah kiri. Sergio Ramos mengambil gilirannya untuk Sepanyol dan menyungkit bola ala Panenka dan Pirlo ke arah tengah ketika Patricio merebahkan badannya ke sebelah kiri. Sepanyol mendahului 3-2. Bruno Alves akhirnya mara ke titik penentuan.

Ternyata gemuruh di dadanya terlalu berat untuk ditanggung. Rembatannya ke sebelah kiri gawang ditujukan mencari penjuru atas. Malangnya sepakan itu terkena palang walaupun Casillas telah tertewas, merebahkan badannya ke arah yang tepat. Jika Sepanyol menjaringkan sepakan penalti kelima, diorang akan mara tanpa perlu menanti sepakan kelima Portugal. Cesc Fabregas mara untuk menjalankan tugasnya. Adakah detik ini miliknya?

Fabregas memilih sebelah kanan gawang. Sepakannya rendah dan mencari tiang gol. Patricio merebahkan badan ke arah yang tepat, melayang setakat termampu untuk menepis bola. Apabila dia gagal dan bola melepasi tangannya dan terkena tiang, bola bergolek masuk untuk memberikan kemenangan 4-2 kepada Sepanyol. Perlawanan Euro 2012 kedua berturut-turut selepas suku akhir keempat yang ditentukan melalui sepakan penalti dan keputusannya juga sama dan serupa.

Alves menjadi mangsa terbaru kekejaman penentuan sepakan penalti. Teramat sangat mendebarkan. Peminat pun sampai nak luruh jantung, apa lagi pemain. Terutama diorang yang berani mara ke titik penentuan dan mengambil sepakan. Gagal atau berjaya itu bergantung pada tuah. Cristiano Ronaldo kelihatan tidak percaya apabila langsung tidak berpeluang mengambil sepakan. Dijangka dia akan mengambil sepakan kelima selaku pemain paling utama dan kapten pasukan negara. Namun jaringan Fabregas menamatkan segala drama dalam perlawanan penuh aksi.

Ronaldo memiliki deretan peluang untuk membuktikan nilainya kepada dunia. Tetapi dia mempersiakan segala peluang yang ada dan terpaksa berputih mata. Begitulah berakhirnya mimpi Portugal untuk menakluk benua. Pasukan pimpinan Paulo Bento menjadi mangsa penentuan sepakan penalti yang sememangnya cara zalim untuk tewas pusingan kalah mati. Itulah bola sepak. Itulah yang membezakan sukan ini daripada sukan lain. Inilah sebabnya sukan ini menjadi sukan nombor satu dunia. Kekejaman menentukan pemenang.

Keputusan mungkin telah dijangka. Kejutan gagal dilakukan Portugal. Pujian harus diberikan atas segala ancaman dan cabaran yang meribut di kawasan Sepanyol. Pada akhirnya, segala cubaan diorang hanya tinggal sejarah. Nampaknya malam ini milik Sepanyol. Dan Cesc Fabregas memiliki ledakan pemusnah. Walaupun hanya dari satu titik yang berasaskan nasib. Tahniah Sepanyol. Jerman atau Itali bakal menyusul.









p sepak s : Kuciwa...


Wednesday, June 27, 2012

Sekejap Pun Susah

Assalamualaikum.

Dapat tak apa yang aku cuba nak sampaikan daripada tajuk tu? Belum lagi? Okey, cuba baca ayat kat bawah ni. Agak-agak boleh faham tak?

Berhentilah sebelum kamu diberhentikan. Tettt...

Masa meneka dah tamat. Berhentilah korang di simpang jalan sebelum korang diberhentikan daripada bernafas. Beberapa hari ni aku selalu melihat ragam manusia yang tak reti nak berhenti di simpang jalan sama ada terdapat papan tanda BERHENTI ataupun tidak.

Tak sayang nyawa betul diorang ni. Sekurangnya berhentilah sekejap. Bukan pemandu kereta saja yang berlagak urat dawai tulang besi, penunggang motosikal pun angkuh macam nyawa ada sembilan puluh belas ratus juta. Masya Allah. Aku kesian kat diorang ni.

Pagi tadi sorang uncle yang berbangsa India nyaris dilanggar oleh kereta ayah aku. Dia keluar dari simpang melulu je. Macam konfiden dia akan hidup selama-lamanya. Cuba bayangkan kereta ayah aku laju sikit. Tahlil terus pak cik tu. Haha. Aku bukan apa. Kalau nak bunuh diri pun, jangan depan aku.

Penunggang motor ni kena ingat. Langgar pun sakit, kena langgar pun sakit. Kita ni dah lar 'kecik'. Pemandu kereta pun jangan jual ikan (selfish) sangat. Kalau langgar motor selamat lagi. Kereta dengan kereta pun dah sakit kalau laju. Kalau langgar lori, ke batu dua lar jawabnya.

Kita hidup ni biar jadi manusia. Jangan buat jalan tu macam bapak kita punya. Kalau bapak kita Perdana Menteri pun, ajal maut Allah tentukan. Mati katak tengah jalan? Nauzubillah, mintak simpang malaikat 44. Bukan nak doakan. Tapi kalau dah lama sangat buat kerja macam tu, sepandai-pandai mat motor merempit, akhirnya kojol di bawah lori.

Bukannya susah sangat pun nak berhenti sekejap. Itulah masalah orang kita. Kat simpang tak nak berhenti. Bila eksiden, marah orang. Tu pun kalau selamat. Kalau dah arwah, nak marah siapa. Bukan orang tak guna akal tu je susah, pengguna jalan raya lain yang berhemah pun terbabit. 

Cuba bayangkan. Kita dah bawak kereta atau tunggang motosikal dengan cermat, dek kerana kecuaian pengguna lain, kita dapat susah. Tak ke teraniaya macam tu? Tak berhenti kat simpang ni salah satu punca kemalangan selalu berlaku. Berhenti walau seketika membawa beza. Anda mampu mengubahnya. ^_^












p palang s : Selalu macam ni..



WW #36 : Thriller

Assalamualaikum.



Tuesday, June 26, 2012

Jom Tengok Wayang

Assalamualaikum.

Adakah aku ajak tengok wayang kerna Malaysia menang? Atau kerana aku dah nak habis cuti? Biarkan semua itu menjadi persoalan. Sebab aku tak ada jawapan. Harharhar.

Ekceli aku nak tanya korang. Korang suka tonton filem terbaru dan terkini kat mana? Aku tau mesti ramai yang suka tengok filem baru keluar di pawagam. Situasi yang lebih happening, gambar besar baik punya cilok, dan kepuasan lebih terasa. Eh, aku cerita soal kepuasan? Dem! Kalau untung, boleh layan 'wayang' ekstra. Hikhik.



Kepuasan tu kan subjektif. Ada yang lebih puas tengok kat rumah. Beli VCD atau DVD. Eh, puhlisss... Sekarang dah ada Astro First. Beli movie, dah boleh tengok kat rumah. Apa ada hal? Ditambah pulak TV 90 inci besar macam gajah, memang terbaik dari ladang lar. Mau tak puas lagi macam tu?

Ada jugak orang macam aku. Seumur hidup aku, sekali jer aku pernah pergi pawagam tengok wayang. Korang tak percaya? Sob sob. Memang sadis. Bagi aku, tak ada apa pun kat pawagam tu. Gelap. Memang sesuai nak buat 'wayang'.

Aku lagi suka download filem dan tengok bersendirian. Lambat sikit lar. Tak macam kat pawagam tu boleh tengok filem paling terbaru. Latest aku tengok filem X : Janda-Jandaku Gangster. Sekarang aku tunggu filem Bohsia 2, Mael Lambung dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang. 

Eh, nak tau tak? Sedih siot filem Gerimis Mengundang. Aku tacing habis. Tajuk macam hari nak hujan. Aku layan sorang-sorang sampai rasa sebak gila. Tak kan aku a.k.a lelaki Melayu terakhir nak nangis kat pawagam? Tak macho lar beb. Aku nangis kat bilik kan senang. Eh, serius doh! Gerimis Mengundang macam Titanic. Apa yang sama? Tengok sendiri eh...

Masing-masing ada tempat kegemaran nak tengok movie. Aku tak kata pergi pawagam tu salah, berdosa, haram atau sebagainya. Setiap orang ada pendapat sendiri. Bak kata siapa entah, rambut sama hitam, hati warna-warni. Chill. Wassalam ^_^











p palang s : Lambatnya JieAzz upload....



Preview Semi Final Euro 2012

Assalamualaikum.

Pusingan separuh akhir akan bermula malam esok di Ukraine sebelum Poland menjadi venue perlawanan separuh akhir kedua. Semi final kali ini mempertemukan wakil dua kumpulan sahaja. Juara dan naib juara kumpulan B dan C akan berentap ketika juara dan naib juara kumpulan A dan D tersungkur di halangan sebelumnya. 

Sukar untuk membezakan pasukan mana yang lebih layak ke perlawanan akhir 1 Julai nanti kerana kesemua empat pasukan pastinya memiliki ramuan hebat untuk mara sejauh ini. Juara kumpulan B, Jerman, akan menentang naib juara kumpulan C, Itali. Manakala juara kumpulan C, Sepanyol, akan beradu tenaga dengan naib juara kumpulan B, Portugal.

Inilah ramalan pra-perlawanan daripada Lelaki Dari Marikh.


PORTUGAL vs SEPANYOL

Donetsk akan menyaksikan pertembungan berprofil tinggi adiwira-adiwira bola sepak berpangkalan dalam liga terbaik dunia. La Liga adalah taman permainan diorang. Cristiano Ronaldo, Pepe dan Fabio Coentrao sudah tidak asing lagi bagi peminat Real Madrid ketika sebahagian besar pemain yang membentuk skuad Sepanyol adalah para pemain dua kelab utama La Liga saja, Real Marid dan Barcelona.

Ramai mendefinisikan pasukan Portugal sebagai one-man team. Walaupun Cristiano Ronaldo adalah tonggak utama yang mengetuai barisan Portugal, bakat lain yang ada tidak kurang hebatnya. Penjaga gol, Rui Patricio boleh diharapkan. Pepe dan Bruno Alves mengukuhkan pertahanan. Miguel Veloso dan Joao Moutinho menggerakkan jentera tengah. Nani juga menggerunkan di bahagian serangan. 

Juara bertahan, Sepanyol terlalu hebat di semua posisi. Penjaga gol terbaik dunia, Iker Casillas di antara dua tiang. Barisan tengah diterajui dua perancang terhandal generasi ini, Xavi dan Andres Iniesta. Sepanyol terkenal dengan falsafah permainan tiki-taka, sejenis gaya menyimpan bola dengan hantaran pendek. Sukar untuk bola dirampas. Tetapi barisan pertahanan diorang agak rapuh tanpa Carles Puyol yang cedera.

Kekuatan Portugal terletak pada semangat sepasukan dan ketajaman Cristiano Ronaldo, pencabar Lionel Messi untuk memegang status pemain terhebat era ini. Tetapi kelemahan diorang juga berpunca daripada kebergantungan kepada Cristiano Ronaldo. Titik utama serangan Portugal adalah Ronaldo dan jika kapten diorang gagal menyerlah, Portugal sukar mencari jaringan. Berita baiknya, Ronaldo berada pada tahap prestasi terbaik ketika ini.

Kekuatan Sepanyol pula adalah penguasaan bola yang sangat menjengkelkan. Mengapa? Diorang sangat dominan dan menjadikan perlawanan sangat membosankan. Portugal dijangka tidak dapat mencabar daripada segi menyimpan bola. Tetapi kerapuhan benteng dek kerana kehilangan tonggak utama iaitu Puyol akan menjadi titik kelemahan utama yang dapat dimanfaatkan. Portugal terlalu bahaya melancarkan serangan balas pantas dengan adanya Ronaldo dan Nani.

Kunci perlawanan ini adalah pertembungan Cristiano Ronaldo vs Alvaro Arbeloa, Nani vs Jordi Alba dan persaingan jentera tengah. Dengan Portugal mengharapkan serangan balas pantas, Arbeloa perlu mengekang rakan sepasukannya dari kelab Real Madrid ketika permusuhan Nani dan Alba adalah pertemuan dua liga utama dunia. Nani dari kelab Manchester United (Liga Perdana Inggeris) menentang Alba dari kelab Barcelona (La Liga). 

Perlawanan ini bagi Sepanyol adalah mengenai Iker Casillas, Xavi, Andres Iniesta dan Fernando Torres. Portugal pula mengharapkan Rui Patricio, Joao Moutinho, Cristiano Ronaldo dan Nani. Jika kuartet utama negara masing-masing efektif, barisan lawan akan pulang awal.

Ramalan 
Portugal 2-1 Sepanyol


JERMAN vs ITALI

Sehari selepas calon juara pertama layak ke final, Warsaw akan menjadi saksi pertemuan dua seteru utama bola sepak dunia yang merajai dunia bersilih ganti. Skuad muda Die Mannschaft akan menentang skuad berpengalaman Gli Azzuri. Ini adalah persaingan experience vs energy (pengalaman versus tenaga). Mampukah kepantasan dan keazaman wira-wira muda Jerman menentang ketenangan dan pengetahuan orang lama a.k.a kuda tua a.k.a senior diorang dalam skuad Itali?

Pada 2008, Jerman ke semi final Euro. Itu adalah kali terakhir generasi sebelumnya mewakili negara. Piala Dunia 2010 menyaksikan kebangkitan kuasa utama bola sepak dunia satu ketika dahulu apabila generasi muda mara ke separuh akhir. Generasi itu sudah matang kali ini. Adunan resepi rahsia Jerman begitu meyakinkan. Manuel Neuer menjaga gawang. Philipp Lahm memimpin pertahanan. Bastian Schweinsteiger jeneral di tengah padang. Mario Gomez penyerang disegani. Ditambah kehadiran watak-watak utama seperti Mesut Ozil, Sami Khedira, Thomas Muller, Miroslav Klose dan Lukas Podolski, Jerman serba lengkap.

Itali dibarisi majoriti pemain berpangkalan di liga utama negara sendiri. Kebanyakan tonggak adalah wakil dari kelab juara Serie A, Juventus. Gianluigi Buffon adalah salah sorang penjaga gol terbaik dunia dan masih lagi utuh mempertahankan gawang. Danielle De Rossi kental di benteng walaupun bermain di luar posisi lazimnnya. Andrea Pirlo adalah antara perancang tersohor dunia yang bukan berasal dari negara Sepanyol. Mario Balotelli dan Antonio Cassano melengkapkan jentera serangan Itali yang lebih defensif. Tidak dilupakan Antonio di Natale, penjaring gol cantik menentang Sepanyol.

Kekuatan Jerman adalah tenaga dan kualiti yang dimiliki barisan serangan. Skuad Jerman adalah skuad termuda dalam Euro 2012. Mesut Ozil dan Sami Khedira merupakan tonggak barisan tengah kelab Real Madrid. Bastian Schweinsteiger dan Thomas Muller pula ialah tunjang kekuatan Bayern Munich. Kelemahan Jerman adalah keghairahan menyerang yang akan mendedahkan barisan belakang kepada ancaman bahaya. Namun dengan adanya Philipp Lahm dan Manuel Neuer, risiko dikejutkan masih rendah.

Kekuatan Itali pula adalah unit defensif berkualiti tinggi. Buffon yang menjaga gol adalah tonggak barisan invicible Juventus yang tidak kalah sepanjang saingan musim lalu. De Rossi adalah pemain tengah bertahan tetapi bermain di barisan pertahanan seperti beliau adalah pertahanan sejak lahir. Genius veteran, Andrea Pirlo, pula adalah figura menakutkan di tengah padang. Hantaran pintarnya, penguasaan bolanya dan ketenangannya (seperti ketika menjaringkan sepakan penalti cantik menentang England dalam perlawanan suku akhir) sukar ditandingi. Namun seperti dibuktikan Croatia, kubu Itali tidak kebal. Dan itulah berita baik bagi jentera penggempur Jerman.

Kunci perlawanan ini adalah serangan vs defensif. Berbeza dengan lumrah bola sepak, serangan Jerman dan pertahanan Itali adalah yang terbaik di dunia. Kelicikan Mesut Ozil, kelincahan Schweinsteiger, ketajaman Mario Gomez dan sengat berbisa veteran Miroslav Klose mewakili Jerman. Ketangkasan Gianluigi Buffon, ketahanan Danielle De Rossi, kepintaran Andrea Pirlo dan kekuatan defensif mewakili Itali.

Penentu perlawanan adalah dua perancang berbeza generasi. Perancang muda Jerman, Mesut Ozil yang sangat kreatif berdepan seteru setanding yang jauh lebih senior. Andrea Pirlo telah merasai kemanisan bergelar juara dunia dan bakal berdepan anak muda berjiwa besar yang cuba menyaingi kemahirannya. Tenaga atau pengalaman? Pirlo akan mengajar Ozil cara bermain bola sepak atau Ozil membuktikan tenaga dan pengalamannya mengatasi Pirlo? Jangan dilupakan kelibat penyerang bermasalah, Mario Balotelli. Jika Balotelli menggegar, Jerman akan tergugat. Namun dengan adanya abang Mario beliau iaitu Mario Gomez, ketajamannya akan menggoncang kubu utuh Itali.

Ramalan 
Jerman 2-1 Itali


Pemain terbaik dunia, penguasaan bola dominan, jentera serangan bermutu tinggi dan benteng pertahanan yang kukuh. Rencah unik semi final Euro 2012. Dua perlawanan yang pastinya sangat menghiburkan. Jika hiburan yang dicari, pasti tidak kurang dalam dua perlawanan ini. Mampukah Cristiano Ronaldo menentang tiki-taka? Mampukah Ozil dan rakan-rakan meranapkan kubu Gli Azzuri? Semuanya akan terjawab pada malam 27 Jun di Ukraine (awal pagi 28 Jun waktu Malaysia) dan malam 28 Jun di Poland (awal pagi 29 Jun waktu Malaysia). Nantikanlah. ^_^











 p peluk s : Tak sabarnya...


Monday, June 25, 2012

Harimau Garang

Assalamualaikum.

Entri wajib singgah baca komen : Dah Nak Habis~

Lelaki Dari Marikh dalam mood ceria ketika ini. Hoyeah! Bangga aku menjadi rakyat Malaysia. Korang pun mesti dah tau kan. Berita gumbira tersebar seluruh jagat raya. Harimau mengaum garang menggegar seantero negara. Skuad muda bawah-22 tahun Malaysia mencipta kemenangan bergaya.

Malaysia 7-0 Filipina

Sekali dengar macam April Fool. Tapi sedar-sedar sekarang ni dah nak masuk Julai. Ya, itulah hakikatnya. Malaysia bangkit dari kekalahan 2-3 kepada Korea Selatan untuk membelasah jiran serantau dalam perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia B-22.


Wira tak didendang dalam perlawanan pertama menentang Korea Selatan ialah A. Thamil Arasu yang meledak dua gol. Dan kali ni giliran pemain muda berbakat Sabah pula mencuri nama. Rozaimi Abdul Rahman nama diberi. Nampaknya Nazmi Faiz mempunyai penyerang unggul yang akan menerima hantarannya. Kombinasi gemilang. Masa depan yang cerah untuk bola sepak Malaysia.

Nak tahu kenapa Filipina teruk dibelasah sedangkan skuad senior diorang setanding kita? Ekceli kita pun tahu skuad senior Filipina dibarisi pemain asing yang diberikan taraf kerakyatan melalui proses naturalisasi. Macam jugak jiran seberang, Singapura. Kalau harapkan pemain tempatan diorang, macam keputusan hari ni lar jadinya.

7-0 tu adalah keputusan paling adil untuk menunjukkan perbezaan kualiti Malaysia dan Filipina yang sebenar. Jika Singapura beraksi dengan pemain tempatan seperti Filipina, tak menghairankan kalau kita menang 9-0. 

FANDI + ROZAIMI
Future heroes

Malaysia mendahului Filipina 4-0 ketika babak pertama berakhir. Rozaimi Abdul Rahman meledak dua gol ketika Fandi Othman dan Wan Zaharulnizam turut mencetak nama selaku penjaring. Malaysia belum berpuas hati dan menambah tiga lagi jaringan selepas rehat. Rozaimi menyumbat dua lagi gol sebelum D. Saarvindran menyempurnakan kemenangan selesa buat Malaysia.

Empat gol. Wira Borneo. Rozaimi Abdul Rahman. Next-to-be superstar. Permata yang perlu digilap. Bintang baru dalam pembikinan.

Mampukah Malaysia melangkah jauh dan layak ke Piala Asia? Semuanya akan terjawab selepas Malaysia menamatkan cabaran menentang Taiwan, Vietnam dan Myanmar. Sekian dulu laporan peminat gembira. M Fizan melaporkan dari Marikh. Wassalam.










p palang s : Emphatic victory..


Nak Habis Dah

Assalamualaikum.

Apa yang dah nak habis? Pertama sekali cos of lar Euro 2012. Sedar tak sedar dah masuk separuh akhir. Rasa macam semalam baru mula. Okey, tak hairan pun!

Ekceli aku nak cakap pasal cuti semester. Dua bulan cuti. Sekarang dah tinggal dua minggu. Adusss, cuti nak habis dah ooi! Reaksi aku? 

What the fish?

Arggh, cuti ni tak ada apa sangat pun. Aku cuma 'bina badan'. Harhar. Rehat punya rehat punya rehat punya rehat... dey, berapa banyak rehat daaa? Tup tup dah nak masuk semester baru. Cis, aku belum puas lagi cuti ni!! u_u

Aku dah tengok jadual semester baru. Jadi apa yang aku cari? Tepat sekali tekaan korang. Aku dah sedia nak cuti semester semula bulan November nanti. Haha. Teruk betul student macam ni kan. Tapi adess, semester tiga ni ada IELTS dan MUET serentak. Headache!! SOS!!!! Mayday!!

Nanti bukak semester baru nak fikir. Ni issue report pun belum siap lagi. Adoi, adoi dan adoi lagi. Macam tak ada motif pulak entri aku kali ni. Eh, ada lar motif. Cuti aku dah nak habis ooi......

Rasa macam baru semalam aku cuti. Eh, tak. Rasa macam semalam aku masuk INTEC. Pejam celik dah nak masuk semester tiga. Aku cakap pasal masa lagi eh? Dem!

Buat korang yang baru bercuti, beware! Cuti korang akan habis jua. Haha. Buat korang yang menanti cuti, sama jugak. Cuti korang pun akan habis. Harhar. Bagi aku? Peduli apa? Kita enjoy.... ^_^










p cium s : Entri mintak penyepak.. harhar..


Lengkap Sudah

Assalamualaikum.


Tamat masa tambahan. Perlawanan berakhir tanpa jaringan. Penalti yang menentukan. Debaran memuncak dalam perlawanan. Hanya yang tenang dapat bertahan. Yang kecundang memberi laluan.

Perlawanan bermula hangat bila penyokong England dicemaskan seketika oleh Daniele De Rossi. Rembatan yang cuba dilakukan ketika bola berada di udara sebenarnya tidak mengenai kaki kirinya dengan tepat tetapi melencong cantik untuk menggegar tiang gol ketika Joe Hart telah pun tertewas. England membalas dengan Glen Johnson menerima bola hantaran lintang James Milner di tengah kotak penalti.

Berada di antara dua pertahanan dari jarak enam ela, Johnson hanya perlu menewaskan penjaga gol, Gianluigi Buffon, tetapi Buffon melakukan aksi menyelamat refleks berkelas dunia untuk menafikan gol bagi Johnson. Beberapa minit kemudian, Johnson melakukan hantaran lambung yang melencong cantik untuk ditanduk oleh Wayne Rooney. Sayangnya pertahanan Itali berjaya mencabar cubaan itu.

Itali tidak berdiam diri. Andrea Pirlo melakukan lorongan-memecah-pertahanan yang sering dilakukan Andres Iniesta (Barcelona/Sepanyol) untuk Mario Balotelli. Sama seperti ketika menentang Sepanyol dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, Balotelli mengambil masa terlalu lama sehingga John Terry berjaya menjejaknya semula.

Balotelli mendapat peluang sekali lagi beberapa minit berselang. Namun rembatan volinya tepat ke arah Joe Hart. Danny Welbeck membalas bagi pihak England apabila kombinasi cemerlang dengan dua rakan dari kelab Manchester United iaitu Ashley Young dan Wayne Rooney mencipta peluang di luar kotak penalti. Rooney melakukan back-heel yang cantik tetapi penyudah Welbeck menghampakan, sedikit melepasi palang gol.

Antonio Cassano pula hampir menjaringkan gol pertama Itali ketika perlawanan menghampiri lima minit terakhir. Rembatannya dari luar kotak penalti ditepis Joe Hart ketika bola itu melayang menuju penjuru atas sebelah kiri Hart. Itali mencipta peluang lagi selang tiga minit kemudian. Pirlo melambungkan bola yang ditanduk Cassano ke laluan Balotelli, enam ela dari pintu gol. Mujur Lescott sempat menyepak bola keluar. 

Balotelli masih belum berpuas hati. Seminit kemudian, Balotelli mencuba nasib dari luar kotak penalti. Rembatan derasnya melambung tinggi melewati palang gol. Tiada masa kecederaan memandangkan perlawanan sengit berjalan lancar. Tiada insiden ganas dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Diorang bermain dengan sangat profesional. Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Awal babak kedua bermula, De Rossi sekali lagi terlepas peluang keemasan ketika hanya berdepan Hart. Semua pertahanan England tertewas, bendera ofsaid tidak diangkat, De Rossi tidak menemui jaring. Balotelli gagal menewaskan Hart dari jarak lapan ela seminit berselang dan tendangan susulan Riccardo Montolivo meliar tinggi ketika pintu gol kelihatan terbuka.

Seminit sebelum detik satu jam, Balotelli menggunakan bakatnya untuk melakukan sepakan akrobatik yang sekali lagi melepasi palang gol. Lima minit kemudian, Young mendapat peluang apabila hantaran silang pemain gantian, Theo Walcott, jatuh di hadapannya. Namun sepakan Young dihalang pertahanan untuk mendapat sekadar sepakan sudut.

Beberapa minit sebelum perlawanan memasuki sepuluh minit yang terakhir, England mendapat sepakan percuma berhampiran garisan tengah padang. Steven Gerrard melambungkan bola yang hampir ditanduk Rooney tetapi tidak mengenai kepalanya dan terus ditangkap kemas oleh Buffon. Kedua-dua pasukan berbalas serangan sebelum Rooney hampir memberikan kemenangan kepada England di minit terakhir masa kecederaan. Malangnya sepakan gunting Rooney dari jarak enam ela tersasar tinggi. Masa tambahan diperlukan dalam perlawanan suku akhir yang terakhir ini.

Sepuluh minit masa tambahan masih dikuasai Itali. Balotelli dua kali mencuba dari jarak jauh namun Hart menangkap bola dengan selesa. Situasi terus mendebarkan apabila perlawanan bersambung ke babak kedua masa tambahan. Hanya sedikit masa lagi sebelum penentuan sepakan penalti akan memisahkan slot ke separuh akhir dan tiket pulang ke tanah air. Sebaik pengadil meniupkan wisel penamat, sepakan penalti akan menentukan pemenang.

Sepakan pertama untuk Itali, Balotelli vs Hart. Begitu tepat ke penjuru bawah sebelah kanan gawang walaupun Hart meneka tepat. Itali 1-0 England. Sepakan pertama untuk England, Gerrard vs Buffon. Tempat yang sama seperti Balotelli, juga tekaan yang tekat daripada Buffon. Seperti Balotelli, Gerrard menemui sasaran. Riccardo Montolivo mengambil tugas daripada Balotelli. Cuba mencari sasaran yang sama, Montolivo tersasar sedikit. Rooney menapak dan meneruskan arah yang sama dicari tiga pemain sebelumnya. Buffon tersalah membuat agakan.

Andrea Pirlo melakukan sepakan ketiga yang begitu cantik, perlahan dan tidak dijangka. Ashley Young menyusul dengan sepakan yang terkena palang. Kedudukan kembali terikat 2-2. Antonio Nocerino menuruti jejak Balotelli dan Gerrard, menemui sasaran yang sama. Hart juga tersilap langkah. Ashley Cole menanggung harapan seluruh rakyat England. Dan ternyata bebanan itu terlalu berat untuk dipikul Cole yang memilih untuk melawan arus. Memilih penjuru bawah sebelah kiri, Buffon sudah bersedia untuk risiko tersalah langkah lagi. Kali ini Buffon menangkap kemas, Itali mendahului 3-2.

Sepakan kelima untuk Itali, jaringan akan mengesahkan diorang mara tanpa perlu pemain kelima England melakukan sepakan. Dan Alessandro Diamanti sekali lagi mengikuti jejak Balotelli dan Nocerino. Hart tersilap buat kesekian kalinya. Pemain Itali bersorak keriangan, menang penentuan sepakan penalti 4-2. Pasukan kegemaran aku telah tersingkir. England sememangnya bernasib malang apabila tersingkir buat kali keempat dalam kejohanan utama melalui penentuan sepakan penalti.

Strategi England dari awal telah pun silap. Diorang bermain secara bertahan dengan harapan akan menang penentuan sepakan penalti. Selama ini diorang tak ada penjaga gol yang hebat. Tetapi dengan adanya Hart kali ini, pengurus England (Roy Hodgson) yakin defensif adalah permainan terbaik untuk mengatasi Itali. Itali sememangnya layak. Itali melancarkan lebih 30 serangan bertali arus dengan lebih 20 daripadanya tepat menemui sasaran. Hanya gol yang tidak dapat dijaringkan menyebabkan kedudukan seri tanpa jaringan kekal sehingga tamat masa tambahan.

Tiada pemenang yang lebih layak daripada Itali. England tersingkir kerana kesilapan taktik sendiri. Hanya lebih 10 percubaan dilancarkan ketika Itali melakukan lebih 700 hantaran tepat berbalas hanya kurang 400 daripada England. Itali menguasai lebih 60% permainan. Siapa yang lebih layak? Statistik menunjukkan Itali dan akal logik juga tidak dapat menafikan hak Itali untuk menang. Dan Itali telah layak. Walaupun memiliki Buffon, England pulang kerna kegagalan pemain sendiri.

Young menyepak ke tiang dan Cole mengambil gilirannya dengan sepakan lemah dan terlalu mudah dibaca. Kini diorang harus meratapi kesilapan dan belajar daripada kegagalan ini. Dramatik dan mendebarkan. Itulah kisah perlawanan dengan skrip ulangan. England tersingkir lagi. Itali melengkapkan jadual pusingan separuh akhir dengan mengatur pertemuan menentang pilihan hangat, Jerman. Jika Itali menguasai bola seperti hari ini, diorang berpeluang cerah. Tetapi menentang Jerman, Itali dalam bahaya.









p palang s : Oh my England....


Sunday, June 24, 2012

Azab vs Rahmat

Assalamualaikum.

Renungan semalam : Pentingkan Diri

Orang kata sakit itu penghapus dosa. Benarkah?

Sakit yang kita tanggung itu azab? Atau sakit itu rahmat Allah?


Aku tau majoriti korang dah pernah dengar tentang perkara ni. Tapi sebab aku pun agak baru tahu, aku nak kongsikan jugak. Sekurangnya untuk renungan semula bila aku membelek diari aku ni satu hari nanti. Insya-Allah.

Apabila hamba Allah jatuh sakit, Allah utuskan empat malaikat. Yang pertama mengambil selera makan, yang kedua mengambil rezeki, yang ketiga mengambil keindahan wajah, dan yang keempat mengambil dosa.

Apabila ditakdirkan sihat semula, Allah mengutuskan tiga malaikat pertama memulangkan semula apa yang diambil mereka tetapi tidak malaikat keempat. Dosa kita tidak dikembalikan. ^_^

Begitu agung kasih Allah kepada hamba-Nya. Sayang sekali kita merungut bila ditimpa kesakitan yang sedikit (ingatan buat diri ini jua). Sedangkan dosa itu menghapuskan dosa kecil kita yang sering kita buat tanpa kita sedari. Kita bukan maksum seperti para nabi. Sedar atau tidak, kita melakukan dosa setiap hari.

Apakah kita mahu mengaku beriman sedangkan kita tidak diuji? Ingatlah kita tidak tahu perkara yang tersembunyi. Sedangkan Allah Maha Mengetahui. Allah tahu segala sesuatu di langit dan di bumi. Bila kita sakit, kita sedang diuji. Dosa kita diangkat pergi, tapi tidak dipulangkan kembali. Begitulah hebatnya kasih Ilahi.

Cuma kita yang tak pernah melihat itu semua. Yang kita tahu, kita nak sihat sepanjang masa. Kalau tak sakit, kita tak kan menghargai nikmat sihat. Jika tak diuji, kita akan terus leka dan melakukan maksiat.

Bila kita sakit lagi, bersabarlah.

Jom nasyid sikit. Ucaplah alhamdulillah, syukur kita kepada Allah. 










p palang s : Blessing in disguise..

Terus Mara

Assalamualaikum.

Sepanyol terus mara. Gagah dan perkasa. 


Malam tadi aku tengok perlawanan suku akhir ketiga ni sikit-sikit. Kenapa begitu? Sebabnya aku tertidur sepanjang sebahagian besar perlawanan. Pertama, aku bukanlah peminat tegar Sepanyol. Aku hanyalah peminat bola sepak dan permainan cantik. Kedua, aku tahu Sepanyol akan menguasai bola dengan begitu dominan sekali. Ketiga, Perancis bukanlah lawan Sepanyol. Gabungkan semua faktor itu maka terhasillah sebab utama aku mengantuk : perlawanan itu membosankan...

Terbukti pengamatan aku tidak salah.

Perancis diakui memiliki jentera penggempur dihormati dan disegani di seluruh dunia. Memiliki trio Franck Ribery, Samir Nasri dan Karim Benzema sudah cukup untuk menggentarkan mana-mana lawan. Ditambah reputasi Hugo Lloris di pintu gol, sukar untuk menidakkan peluang Perancis. Tetapi lawan diorang sememangnya jauh lebih handal. 

Juara bertahan dunia dan Eropah, Sepanyol, memiliki satu skuad serba mantap dengan majoriti hanya dikumpulkan dari dua kelab utama La Liga, Real Madrid dan Barcelona. Negara yang terkenal dengan identiti permainan tiki-taka dan memiliki sekumpulan pemain tengah terhebat untuk generasi ini. Penguasaan bola adalah falsafah permainan Sepanyol. Itulah puncanya skuad ini memiliki rekod pertahanan yang baik. Bagaimana lagi caranya bertahan tanpa menggunakan pertahanan? Ya, benar. Bertahan dengan menyerang.

Hantaran pendek adalah rahsia Sepanyol untuk terus menguasai pentas dunia. Diketuai pakar 'penyimpan' bola, Xavi dan Andres Iniesta selaku perancang tersohor era ini, bola sukar dirampas dari kaki para pemain Sepanyol. Seperti biasa, Sepanyol menguasai bola dari sepak mula perlawanan. Itulah gaya permainan diorang yang telah sebati dengan skuad pimpinan Vicente del Bosque ini.

Malam tadi milik Sepanyol. Dan malam tadi milik Xabi Alonso.

Memasuki perlawanan mengutip kaps ke-100 baginya, Alonso pasti mahukan perlawanan itu menjadi perlawanan yang akan dikenang sehingga akhir hayatnya. Dan hajat beliau tercapai. Perlawanan malam tadi menjadi memori gemilang yang tertulis indah sebagai sejarah hidupnya. Alonso menjaringkan dua gol. Dan kedua-dua gol itu membawa Sepanyol ke pusingan separuh akhir. Jaringan beliau dalam setiap babak menjadi detik penting kemaraan Sepanyol dalam hasrat mencipta hatrik kejohanan utama bola sepak dunia.

Gol pertama terhasil daripada kombinasi menyerang yang sukar difotokopi. Andres Iniesta mengesan larian overlapping daripada bek kiri, Jordi Alba, lalu menolak bola kepada Alba. Bek kiri itu melepasi kawalan bek kanan Perancis yang tergelincir. Alba begitu tenang melihat sasarannya dan berjaya menghidu kehadiran seorang pemain tidak dikawal di seberang sana. Hantaran lintangnya begitu sempurna untuk ditanduk oleh Alonso dari sebelah kiri menuju penjuru bawah di sebelah kanan gawang. Tandukan menyeberang gawang itu begitu pintar dan mengejutkan Lloris dan seorang pertahanan di hadapannya. Alonso 1-0 Perancis.

Sepanyol terpaksa menanti sehingga lewat permainan sebelum kemaraan mereka disahkan pada minit terakhir masa permainan sebenar. Selepas berhempas pulas menangani ancaman serangan balas pantas daripada Perancis, pemain gantian Sepanyol menjalankan tugasnya. Pedro, seorang pemain lincah menggunakan kepantasan kakinya untuk memperdaya pertahanan Perancis di dalam kotak penalti dan menuju pertembungan satu lawan satu dengan penjaga gol Perancis. Anthony Reveillere terpaksa menjatuhkan Pedro.

Menghormati pemain yang memungut kaps antarabangsa ke-100, para pemain Sepanyol sedar ini adalah perlawanan penting dalam karier bola sepak Xabi Alonso. Beliau diberikan laluan untuk menyempurnakan kemenangan Sepanyol dan membawa mereka menuju perlawanan menentang Portugal. Alonso tidak mengecewakan apabila merembat sepakan penalti itu ke sebelah kanan pintu gol untuk memberikan kemenangan selesa. Alonso 2-0 Perancis.

Kebimbangan Sepanyol hanya sekali apabila sepakan percuma Yohan Cabaye hampir menemui penjuru atas gawang kawalan Iker Casillas. Namun penjaga gol terbaik dunia itu berjaya menyelamatkannya. Sepanjang perlawanan, Casillas menyelamatkan beberapa percubaan dengan tenang untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi buat kali ketiga berturut-turut. Hanya sekali Casillas ditewaskan apabila Antonio di Natale menjaringkan gol cantik ketika Sepanyol seri 1-1 dengan Itali dalam perlawanan pertama.

Selepas itu, Casillas ternyata kebal apabila mengekang setiap serangan lawan ketika Sepanyol membenam Republik Ireland 4-0, menumbangkan Croatia 1-0 dan terbaru mengecewakan Perancis 2-0. Casillas adalah figura penting di gawang Sepanyol untuk mengemudi barisan pertahanan yang sebenarnya goyah. Namun kelemahan pertahanan Sepanyol dilindungi penguasaan bola oleh barisan tengah diorang. Falsafah permainan Sepanyol sama seperti kelab utama negara itu, Barcelona. Diorang bertahan dengan menyerang. Apabila bola dikuasai di kaki diorang, macam mana pihak lawan mampu melancarkan serangan? Itulah resepi utama kejayaan Sepanyol.

Selamat tinggal Les Bleus. Tahniah La Furia Roja. Cristiano Ronaldo dan barisan Portugal menanti di separuh akhir. Sepanyol hanya dapat digugat oleh serangan balas pantas memandangkan mereka pakar menyimpan bola. Dan Ronaldo lebih daripada berkebolehan untuk meruntuhkan benteng pertahanan Sepanyol yang rapuh. Bantuan Nani di sayap bertentangan akan menyaksikan pertembungan klasik di mana Portugal akan bertahan dan mengharapkan ketajaman Ronaldo yang menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan berterusan.

Portugal memiliki kelebihan rehat dua hari berbanding Sepanyol. Jika hari perlawanan menjadi milik Ronaldo, Sepanyol boleh melupakan hasrat untuk mempertahankan kejuaraan. Tetapi dengan penguasaan bola yang sangat dominan, sukar untuk memperkatakan tentang Ronaldo. Xavi dan Andres Iniesta akan memainkan peranan. Pertembungan separuh akhir pertama seimbang dengan kedua-dua pasukan memiliki peluang yang sama rata. 










p peluk s : Cuti dah nak habis ooi..

Saturday, June 23, 2012

Pentingkan Diri

Assalamualaikum.

Siapa yang pentingkan diri? Aku ke 'dia'? Dia atau aku? 

Itu bukan persoalan di sini. Persoalannya, salah ke kalau kita pentingkan diri? Tak boleh ke kita nak pentingkan diri sendiri? Kerana dirimu begitu berharga.

Begitu ramai dalam kalangan kita yang sangat baik hati. Sampai orang lain pijak. Orang lain tak ada rasa hormat pada dia. Orang lain pergunakan. Sehingga dia jadi mangsa atas kebaikan dirinya. Salahkah dia menjadi seorang yang baik?

Well, that is a question for another day. Bukan korang yang aku maksudkan 'orang lain' tu. Orang Malaysia baik-baik belaka. Orang lain tu kat negara Jamaica, Nicaragua dan Guyana. Korang jangan risau. Aku tau korang semua takkan ambik kesempatan atas kebaikan teramat sangat orang lain. 

Kita selalu jumpa orang yang terlalu baik ni. Ada je di sekeliling kita. Kalau kita tak tengok diri sendiri je, mesti nampak orang macam ni. Dia cuba memuaskan hati orang lain sampai diri sendiri terjejas. Orang suruh buat itu, dia buat. Orang suruh buat ini pun dia buat. Tak sanggup mengecewakan orang lain. Sehingga dia berada dalam kesusahan.

Aku masih ingat kata-kata Mat Luthfi. Ada beza antara pengorbanan dan kebodohan. Ada garisan antara baik hati dan terlalu baik. Orang yang baik hati pun tolong orang lain jugak. Tapi tak sampai menyusahkan diri macam orang yang terlalu baik. 

Sebelum aku merapu lebih panjang. Mari kita menuju konklusi. Topik ini subjektif. Bagi aku, kadang-kadang kita perlu pentingkan diri. Bukan bermaksud kita hanya pentingkan diri sendiri sampai tak pedulikan orang lain. Apa yang aku cuba sampaikan, ada ketika dan situasinya, kita perlu juga fikirkan diri kita. Sebab apa? Kerana dirimu begitu berharga...











p cium s : Nak tengok Doraemon...


Terlalu Hebat


Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan kepada para peminat setia Die Mannschaft di Malaysia amnya dan seantero dunia khususnya. Malam tadi, Jerman memberi amaran kepada para pencabar diorang terutama penyandang juara dunia dan Eropah iaitu Sepanyol bahawa Jerman tidak rela lagi membiarkan negara lain merampas trofi paling berprestij di Eropah daripada genggaman diorang. 

Greece memasuki perlawanan dengan reputasi pembunuh gergasi (giant killer). Diorang telah mengejutkan pilihan hangat, Rusia, lalu menyingkirkan negara kuasa besar dunia itu. Tidak perlu diingatkan lagi Greece adalah juara Euro edisi 2004 ketika mereka turut melakukan kejutan. Negara yang sangat terkenal dengan corak permainan bertahan yang begitu liat untuk ditembusi. 

Namun malam tadi, sejarah hanyalah sejarah. Satu lagi sejarah terlakar kemas dalam lembaran gemilang Jerman. Sehebat kubu Greece akhirnya hancur roboh diranapkan generasi menyerang paling mengagumkan era ini. Diorang mungkin tak mampu menguasai bola sehebat Sepanyol. Tetapi maaf buat para penyokong Sepanyol, barisan serangan Jerman jauh lebih menggerunkan. Dinamik, agresif dan tanpa henti. 

Jerman memulakan perlawanan dari sepak mula dengan serangan bertali arus menggempur tembok utuh Greece yang sangat terkenal. Bola dilintangkan, pemain bertukar hantaran, rembatan dilancarkan. Namun setiap gerakan ofensif menemui jalan buntu. Penjaga gol Greece, Michalis Sifakis, menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Jerman walaupun aksinya tidak begitu meyakinkan. Melihatkan situasi awal permainan, Jerman hanya menanti masa ketahanan Greece berakhir.

Tetapi itu tidak berlaku sehingga tinggal lebih kurang lima minit untuk separuh masa pertama berakhir. Kesukaran memecah pertahanan Greece memaksa percubaan jarak jauh dilakukan dan ianya membuahkan hasil. Pertahanan legenda, Philipp Lahm, menghiburkan penyokong negaranya apabila melakukan rembatan menarik dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan Sifakis.

Greece tidak mengalah. Diorang tetap cuba menyerang dan akhirnya usaha itu berbalas. Satu serangan balas pantas di awal babak kedua menyaksikan Dimitris Salpingidis melakukan larian bersemangat di sayap kanan dan melintangkan bola untuk ditolak masuk Georgios Samaras walaupun penjaga gol Jerman, Manuel Neuer, cuba menghalang. Greece sememangnya pakar dalam melakukan sesuatu di luar jangkaan. Diorang boleh menjaringkan gol secara tiba-tiba.

Pemain Greece semakin bersemangat dengan gol penyamaan tersebut. Pemain Jerman memerlukan satu jaringan menarik untuk membunuh keazaman pemain Greece. Dan sekali lagi diorang berjaya melakukannya. Terima kasih kepada pemain tengah kelab Real Madrid, Sami Khedira. Beliau menyambut hantaran lintang dari sayap kanan dengan satu teknik rembatan sukar yang begitu deras untuk ditepis Sifakis. Bola yang tinggi di udara ditampan masuk dengan begitu mudah sekali. 

Perjuangan Greece semakin lemah. Berpunca daripada satu sepakan percuma dari sayap kanan, sekali lagi gawang Greece bocor. Sifakis melakukan percubaan sia-sia untuk keluar dari gawangnya dan cuba menangkap bola di udara. Malang sekali, Miroslav Klose berada di hadapannya dan menanduk masuk ke pintu gol yang terbuka. Seorang penyerang legenda, satu gol yang memberi ruang untuk Jerman bernafas dan semakin selesa menuju pusingan separuh akhir.

Kegigihan Greece hancur lebur apabila Jerman meledak gol keempat. Apabila rembatan Klose ditepis Sifakis, Marco Reus menyambar dengan satu lagi rembatan menarik. Teknik yang berkualiti menyaksikan first-timer itu mencium tiang atas dan terus menyentuh jaring. Pemain Greece terkedu melihat amukan barisan serangan Jerman. Benteng pertahanan yang begitu masyhur telah runtuh. 

Pemain Greece masih berusaha melakukan keajaiban yang begitu mustahil dalam sepuluh minit terakhir. Tiga gol diperlukan menentang salah satu pilihan utama kejohanan. Keghairahan Jerman menyerang ada harganya. Barisan belakang mereka terdedah dan sepakan penalti dihadiahkan apabila bola terkena tangan Jerome Boateng. Dimitris Salpingidis menjaringkan gol sagu hati.

Perlawanan berkesudahan Jerman menang 4-2. Aksi serangan yang menghiburkan. Pada akhirnya, kualiti yang dimiliki Jerman tidak dapat dijawab oleh Greece. Satu tandukan dan tiga rembatan kencang yang sangat teknikal merobohkan keutuhan kubu Greece. Diorang terpaksa mengakui Jerman terlalu hebat untuk ditentang.

Mampukah Jerman ditewaskan selepas mencatat kemenangan keempat berturut-turut? Mampukah Sepanyol mempertahankan kejuaraan yang disandang? Siapakah juara yang paling layak? Malam ini Sepanyol akan turun menentang Perancis. Selepas malam ini, segalanya akan lebih jelas.










p peluk s : Suka gaya Jerman..
 

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif