Welcome To My Life...

Thursday, June 22, 2017

Piala Konfederasi FIFA 2017 #6

Assalamualaikum.

Tuan rumah Piala Dunia 2018 menang perlawanan pembukaan ketika Portugal diikat Mexico dalam masa kecederaan separuh masa kedua. Pasukan manakah yang akan gembira selepas tamat perlawanan kedua masing-masing?

------------------------

RUSIA: Akinfeev; Djikia, Vasin, Kudryashov (Bukharov); Shishkin (Erokhin), Glushakov, Golovin, Kombarov (Poloz); Samedov, Smolov, Zhirkov

PORTUGAL: Patricio; Guerreiro (Eliseu), Pepe, Alves, Cedric; Bernardo Silva, William, Adrien Silva (Danilo), Gomes; Andre Silva (Gelson), Ronaldo

RUSIA 0-1 PORTUGAL
Gol: Cristiano Ronaldo (minit ke-8)
Penguasaan bola: 42-58
Percubaan: 10-12
Sepakan penjuru: 3-2 
Pemain terbaik perlawanan: Cristiano Ronaldo (Portugal)

Tuan rumah terpaksa akur tumbang kepada juara Eropah. Portugal selayaknya menang dengan menguasai sebahagian besar permainan dan mempunyai beberapa lagi peluang walaupun sekadar menang dengan satu gol saja.

Cristiano Ronaldo yang turut meledak dalam perlawanan pertama, dan beraksi cemerlang sepanjang musim untuk kelab Real Madrid, sekali lagi muncul pemain terbaik perlawanan dengan satu tandukan pemusnah berpunca dari hantaran silang dari sayap kiri. Aksi gemilang CR7 ketika ini tidak dapat disekat.

--------------------------

MEXICO: Talavera; Salcedo (Moreno [Marquez]), Araujo, Alanis (Herrera); Dos Santos, Reyes, Fabian, Aquino; Damm, Jimenez, Peralta

NEW ZEALAND: Marinovic; Boxall, Durante, Smith; Ingham (Patterson), Lewis (Tuiloma), McGlinchey, Thomas, Wynne; Rojas (Barbarouses), Wood

MEXICO 2-1 NEW ZEALAND
Gol: Chris Wood (minit ke-42), Raul Jimenez (minit ke-54), Oribe Peralta (minit ke-72)
Penguasaan bola: 66-34
Percubaan: 22-10
Sepakan penjuru: 7-5
Pemain terbaik perlawanan: Javier Aquino (Mexico)

Perlawanan yang sangat berat sebelah melihat kepada statistik perlawanan yang memihak Mexico. Namun keputusan perlawanan agak tipis. New Zealand terlebih dulu mendahului apabila kapten mereka, Chris Wood bijak menyudahkan lorongan cantik Clayton Lewis.

Mexico bangkit di separuh masa kedua. Raul Jimenez melakukan rembatan kencang cantik ke penjuru atas gawang untuk gol penyamaan berpunca dari larian kencang pemain terbaik perlawanan, Javier Aquino di sayap kiri. Aquino sekali lagi memainkan peranan penting mencetak gol kemenangan menerusi hantaran kepada yang Oribe Peralta yang disudahkan dengan ledakan kaki kiri. Peluang terbaik New Zealand menyamakan kedudukan apabila percubaan Ryan Thomas terkena palang.

------------------------------

Juara Eropah dan juara CONCACAF masing-masing mencatat kemenangan selepas terikat dalam perlawanan pertama untuk berkongsi mata di puncak kumpulan A.

Berikut adalah perlawanan kedua untuk Kumpulan B:
Cameroon vs Australia
Jerman vs Chile



Tuesday, June 20, 2017

Piala Konfederasi FIFA 2017 #5

Assalamualaikum.

Lengkap sudah perlawanan pertama peringkat kumpulan. Berikut adalah kedudukan dalam kedua-dua kumpulan:


Berikut adalah senarai penjaring bagi setiap pasukan untuk perlawanan pertama:
Rusia: Fedor Smolov, Michael Boxall (gol sendiri New Zealand)
Portugal: Ricardo Quaresma, Cedric Soares
Mexico: Javier Hernandez, Hector Moreno
Chile: Arturo Vidal, Eduardo Vargas
Jerman: Lars Stindl, Julian Draxler, Leon Goretzka
Australia: Tom Rogic, Tomi Juric

Perlawanan terbaik: Portugal vs Mexico

Piala Konfederasi kali ini penuh dengan kontroversi apabila sistem reviu video yang membantu keputusan pengadil diperkenalkan. Gol Pepe untuk Portugal sudah diraikan apabila pengadil meminta ulang tayang video sebelum membuat keputusan penting untuk membatalkan gol Pepe. Akibatnya, Portugal terpaksa akur berkongsi mata dengan Mexico yang bangkit dari ketinggalan dua kali.

Video-Assisted Referees (VAR) juga menggoncang perlawanan Chile menentang Cameroon. Gol pertama jaringan Eduardo Vargas dibatalkan kerana dia berada dalam posisi ofsaid dan itu keputusan yang tepat. Gol kedua Vargas dalam masa kecederaan babak kedua dicabar VAR namun disahkan pengadil perlawanan. 

Adakah VAR akan terus mempengaruhi keputusan edisi kali ini?

Perlawanan Kumpulan A yang kedua:
Rusia vs Portugal
Mexico vs New Zealand


Piala Konfederasi FIFA 2017 #4

Assalamualaikum.

Perlawanan kedua Kumpulan B berlangsung malam semalam untuk mengakhiri perlawanan pertama bagi semua pasukan yang bertanding.

Berikut adalah senarai pemain kedua-dua pasukan:

AUSTRALIA: Ryan; Wright, Sainsbury, Degenek; Leckie, Milligan, Mooy, Behich; Luongo (Kruse), Juric (Cahill), Rogic (Troisi)

JERMAN: Leno; Kimmich, Ruediger, Mustafi, Hector; Brandt (Sule), Stindl (Can), Rudy, Goretzka, Draxler; Wagner (Werner)

AUSTRALIA 2-3 JERMAN
Gol: Lars Stindly (minit ke-5), Tom Rogic (minit ke-41), Julian Draxler (penalti minit ke-44), Leon Goretzka (minit ke-48), Tomi Juric (minit ke-56)
Penguasaan bola: 41-59
Percubaan: 9-18
Sepakan penjuru: 1-4
Pemain terbaik perlawanan: Julian Draxler (Jerman)

Juara dunia bermula cemerlang. Lars Stindl mudah menyempurnakan hantaran silang Julian Brandt dari sebelah kanan seawal minit kelima. Tom Rogic membalas untuk Australia dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti selepas sepakan pertamanya dihadang. Kapten Jerman, Julian Draxler meletakkan pasukannya kembali di depan melalui sepakan penalti lewat di hujung babak pertama.

Leon Goretzka menjaringkan gol di awal babak kedua apabila menyudahkan hantaran lambung yang cantik dari Joshua Kimmich. Penjaga gol Jerman, Bernd Leno bertanggungjawab untuk gol kedua Australia apabila gagal menangkap kemas sepakan percuma. Bola muntah itu disambar pantas oleh Tomi Juric. Jerman mengekalkan kelebihan untuk memungut tiga mata penuh.

------------------------

Pertandingan berehat satu hari sebelum bersambung dengan dua perlawanan kedua Kumpulan A.



Monday, June 19, 2017

Piala Konfederasi FIFA 2017 #3

Assalamualaikum.

Dua perlawanan berlangsung dalam dua kumpulan berbeza. 

Kumpulan A

PORTUGAL: Patricio; Cedric, Pepe, Fonte, Guerreiro; Quaresma (Silva), William, Moutinho (Adrien), Gomes; Nani (Gelson), Ronaldo

MEXICO: Ochoa; Salcedo (Araujo), Reyes, Moreno, Layun; Guardado, J. Dos Santos, Herrera; Vela (G. Dos Santos), Hernandez, Jimenez (Peralta)

PORTUGAL 2-2 MEXICO
Gol: Ricardo Quaresma (minit ke-35), Javier Hernandez (minit ke-42), Cedric Soares (minit ke-86), Hector Moreno (minit ke-90+1)
Penguasaan bola: 41-59
Percubaan: 10-11
Sepakan penjuru: 2-3 
Pemain terbaik perlawanan: Cristiano Ronaldo (Portugal)

Pertembungan hebat yang berakhir dengan keputusan seri, adil untuk kedua-dua pasukan. Portugal dua kali mendahului, dan Mexico bangkit dua kali. Portugal pastinya kecewa apabila jaringan awal Pepe di babak pertama yang sudah diraikan tiba-tiba dibatalkan oleh pengadil selepas tayangan semula video (VAR) yang mendedahkan Nani berada dalam posisi ofsaid.

Portugal akhirnya mendapat gol pertama apabila kelicikan Cristiano Ronaldo dari sayap kiri gagal dikekang, melorongkan bola untuk disudahkan oleh Quaresma. Tandukan terbang Chicharito menyamakan kedudukan untuk Mexico. Bersambung babak kedua, juara Eropah terpaksa menunggu sehingga lewat permainan untuk Cedric sekali lagi meletakkan mereka di depan hasil hantaran silang Gelson Martins. Namun Portugal terpaksa akur berkongsi mata apabila Moreno menanduk masuk sepakan penjuru dalam masa kecederaan.

-----------------------------

Kumpulan B

CAMEROON: Ondoa; Mabouka, Ngadeu, Teikeu, Fai; Siani (Ngamaleu), Anguissa (Mandjeck), Djoum; Bassogog, Aboubakar, Moukandjo

CHILE: Herrera; Isla, Medel, Jara, Beausejour; Vidal, M. Diaz, Aranguiz (Silva); Fuenzalida (Valencia), Vargas, Puch (Sanchez)

CAMEROON 0-2 CHILE
Gol: Arturo Vidal (minit ke-81), Eduardo Vargas (minit ke 90+1)
Penguasaan bola: 38-62
Percubaan: 8-16
Sepakan penjuru: 5-5 
Pemain terbaik perlawanan: Arturo Vidal (Chile)

Penguasaan bola menunjukkan dominasi penuh juara Amerika Selatan ketika berdepan jaguh Afrika. Hasil tayangan video (VAR) sekali lagi digunakan ketika membatalkan jaringan Vargas di separuh masa pertama kerana dia sedikit ofsaid.

Gol yang dinanti-nanti Chile akhirnya dijaringkan menerusi tandukan Vidal hasil hantaran lintang dari sayap kiri. Gol kedua yang dijaringkan Vargas pada mulanya seperti dibatalkan penjaga garisan kerana Vargas berada dalam posisi ofsaid pada awalnya semasa bola itu digerakkan ke kotak penalti tetapi Vargas tidak ofsaid ketika menjaringkan gol itu dari jarak dekat.

------------------------------

Perlawanan seterusnya malam esok:
Australia vs Jerman

Pertembungan juara Asia dan juara dunia ini seperti perbezaan langit dengan bumi. Hanya keputusan seri sudah memadai untuk Australia mendabik dada bahawa mereka telah beraksi cemerlang.



Sunday, June 18, 2017

Piala Konfederasi FIFA 2017 #2

Assalamualaikum.

Perlawanan pembukaan antara tuan rumah Piala Dunia 2018 dan juara zon Oceania. Berikut adalah kesebelasan utama kedua-dua pasukan dan juga pemain gantian (dalam kurungan):

RUSIA: Akinfeev; Kudrjasov, Vasin, Djikia, Zhirkov; Samedov, Glushakov; Golovin, Erokhin (Tarasov), Poloz (Bukharov); Smolov (Miranchuk).

NEW ZEALAND: Marinovic; Durante, Bozall, Colvey (Patterson), Wynne; Rojas (Smeltz), Smith, McGlinchey, Thomas; Wood, Barbarouses (Tuiloma).

-------------------------

RUSIA 2-0 NEW ZEALAND
Gol: Michael Boxall (gol sendiri--minit ke-31), Fedor Smolov (minit ke-69)
Penguasaan bola: 57%-43%
Percubaan: 18-10
Sepakan penjuru: 12-2
Pemain terbaik perlawanan: Fedor Smolov (Rusia)

Tuan rumah bermula garang di hadapan penyokong sendiri dengan membenam wakil Oceania dengan satu gol dalam setiap separuh masa. Statistik juga menggambarkan permainan semalam dengan dominasi penuh dari Rusia yang diterjemahkan dengan dua gol tanpa balas.

Gol pertama dijaringkan pertahanan lawan, Boxall, selepas Denis Glushakov menewaskan Stefan Marinovic, penjaga gol New Zealand. Kemudian, Fedor Smolov menambah gol kedua selepas menyempurnakan hantaran silang Alexander Samedov dari sebelah kanan.

-----------------------

Perlawanan yang seterusnya akan berlangsung malam ini:
Kumpulan A: Portugal vs Mexico
Kumpulan B: Cameroon vs Chile

Pasukan manakah yang lebih baik antara juara Eropah dan juara CONCACAF? Pasukan manakah yang akan memungut mata pertama dari Kumpulan B? 



Saturday, June 17, 2017

Perpindahan Pemain Manchester United

Assalamualaikum.

Musim perpindahan pemain untuk Liga Perdana Inggeris dibuka secara rasmi pada 1 Julai 2017. Namun usaha membawa masuk pemain telah dimulakan sejak liga musim 2015/2016 berakhir. Manchester City begitu pantas merombak barisan mereka dengan melepaskan beberapa pemain dan menambah beberapa nama baru seperti Edison (penjaga gol), dan Bernardo Silva (pemain tengah). Di liga lain, AC Milan (Itali) dan Bayern Munich (Jerman) begitu pantas menambah pemain.

Nama-nama yang digosipkan dengan 'Syaitan Merah' setakat ini:
Ivan Perisic, Fabinho, Alvaro Morata, Cristiano Ronaldo

----------------------------

Kronologi perpindahan pemain Manchester United musim panas ini:

10 Jun: Laman web rasmi Manchester United mengesahkan persetujuan harga untuk membawa Victor Lindelof ke Old Trafford.

14 Jun: Victor Lindelof dilihat tiba di gelanggang latihan rasmi United, Carrington, menaiki kereta Chevrolet Bumblebee (penaja rasmi) berwarna merah untuk menjalani ujian perubatan. Lindelof kemudian menandatangani kontrak secara rasmi.

8 Julai: Laman web dan laman Twitter rasmi Manchester United mengesahkan persetujuan harga dengan kelab Everton. Romelu Lukaku akan diumumkan sebagai pemain selepas menjalani ujian perubatan.

10 Julai: Laman web dan laman Twitter rasmi Manchester United mengumumkan Romelu Lukaku menandatangani kontrak lima tahun. Lukaku dalam temuramah menyatakan dia telah meminta jersi nombor 9 dari pemain sebelum ini, Zlatan Ibrahimovic.

30 Julai: Kecoh di laman media sosial apabila tersebar gambar Nemanja Matic memakai jersi latihan Manchester United dengan nombor 31 yang telah dikosongkan sejak perpindahan Bastian Schweinsteiger. Ada yang mengatakan gambar itu disunting.

31 Julai: Laman web rasmi Manchester United mengumumkan pembelian Nemanja Matic dengan kontrak tiga tahun. Perpindahan berprofil besar dari London ke Manchester. Matic akan menggunakan jersi nombor 31 yang sebelum ini dipakai oleh Schweinsteiger.

---------------------------

PEMAIN MASUK

(1) Victor Lindelof 



Umur: 22 tahun
Posisi: Pertahanan tengah
Negara: Sweden
Kelab sebelum: Benfica (Portugal)

(2) Romelu Lukaku



Umur: 24 tahun
Posisi: Penyerang
Negara: Belgium
Kelab sebelum: Everton (England)

(4) Nemanja Matic


Umur: 29
Posisi: Pemain tengah bertahan
Negara: Serbia
Kelab sebelum: Chelsea (England)

-----------------------------

PEMAIN KELUAR

(1) Zlatan Ibrahimovic



Umur: 35 tahun
Posisi: Penyerang
Negara: Sweden
Kelab baru: - (dilepaskan)

(2) Wayne Rooney



Umur: 31 tahun
Posisi: Penyerang
Negara: England
Kelab baru: Everton (England)

(3) Adnan Januzaj


Umur: 22 tahun
Posisi: Pemain tengah
Negara: Belgium
Kelab baru: Real Sociedad (Sepanyol)





Piala Konfederasi FIFA 2017 #1

Assalamualaikum.


Piala Konfederasi FIFA 2017 akan berlangsung di Rusia bermula esok. 8 buah negara dari enam konfederasi yang bernaung di bawah FIFA akan bertanding.

negara (status kelayakan) [konfederasi]
1. Australia (juara Asia 2015) [AFC]
2. Cameroon (juara Afrika 2017) [CAF]
3. Chile (juara Amerika Selatan 20150 [CONMEBOL]
4. Jerman (juara dunia 2014) [UEFA]
5. Mexico (juara Amerika Utara, Tengah, dan Caribbean 2015) [CONCACAF]
6. New Zealand (juara Oceania 2016) [OFC]
7. Portugal (juara Eropah 2016) [UEFA]
8. Rusia (tuan rumah Piala Dunia 2018) [UEFA]

Konfederasi bola sepak benua Eropah (UEFA) akan diwakili tiga pasukan. Rusia selaku tuan rumah Piala Dunia 2018 tahun depan menjadi hos Piala Konfederasi secara automatik seperti tradisi sejak dulu. Juara benua Eropah yang ditabalkan tahun lepas iaitu Portugal akan mewakili benua tersebut. Satu lagi pasukan Eropah iaitu Jerman akan bertanding selaku juara bertahan Piala Dunia 2014. Edisi kali ini adalah penampilan kali ketiga bagi Jerman dalam pertandingan ini.

Lima lagi pasukan adalah juara benua masing-masing. Australia yang asalnya dari zon Oceania adalah juara bertahan benua Asia dengan memenangi Piala Asia 2015, untuk membuat kemunculan keempat. Cameroon pula akan mewakili benua Afrika selepas memenangi Piala Negara-Negara Afrika awal tahun ini untuk penampilan kali ketiga. Chile pula mewakili benua Amerika Selatan selaku juara Copa America 2015. 

Mexico yang memenangi Piala CONCACAF 2015 akan mewakili zon Amerika Utara, Amerika Tengah, dan Caribbean. Edisi 2017 adalah penampilan ketujuh untuk Mexico dan mereka pernah menjadi juara edisi 1999. Pasukan terakhir, New Zealand yang merupakan pemenang Piala Negara-Negara OFC 2016 akan membuat kemunculan kali keempat mewakili zon Oceania.

Tiga negara: Rusia, Portugal, dan Chile, akan membuat penampilan pertama (debut). Mexico (kali ketujuh) merupakan pasukan paling berpengalaman dalam Piala Konfederasi 2017. 

------------------------------

Lapan pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan:

Kumpulan A: Rusia; New Zealand; Portugal; Mexico
Kumpulan B: Cameroon; Chile; Australia; Jerman

Seperti tradisi mana-mana pertandingan berformat piala, perlawanan pembukaan akan menemukan tuan rumah dengan pasukan yang diundi dengan nombor A2:

Rusia vs New Zealand

Pertembungan Eropah dan Oceania. Pasukan manakah yang akan memungut mata berharga?




Sunday, June 4, 2017

Juara Lagi #12

Assalamualaikum.

3 Jun 2017, Cardiff.

Real Madrid 4-1 Juventus


Begitulah berakhirnya musim 2016/2017 untuk bola sepak Eropah dengan tamatnya perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah. Perlawanan yang sangat dinanti-nantikan seluruh peminat bola sepak dunia ini berakhir dengan kemenangan bergaya untuk skuad bimbingan Zinedine Zidane.

Selaku juara bertahan, Real Madrid tampil dalam aksi final untuk kali ketiga dalam tempoh empat tahun, dan kali kedua berturut-turut selepas muncul juara 2016. Juventus pula beraksi cemerlang sepanjang kempen musim ini untuk menghalang Madrid mempertahankan kejuaraan.

Babak pertama seimbang. Cristiano Ronaldo yang juga penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah sepanjang zaman meledak gol pertama apabila percubaannya tertampan pemain lawan untuk menewaskan penjaga gawang legenda, Gianluigi Buffon. Namun, tujuh minit berselang, gol penyamaan Juventus tiba apabila sepakan gunting Mario Mandzukic melambung melepasi capaian Keylor Navas. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Real Madrid lebih kemas dan garang. Hasilnya, rembatan kencang jarak jauh Casemiro meletakkan Madrid sekali lagi di depan. Malang sekali buat Buffon apabila rembatan Casemiro juga terbias pemain Juve, menyukarkan Buffon untuk menepis bola keluar. 

Belum sempat pemain Juventus memulihkan moral, satu lagi gol Real Madrid menyentak terus semangat mereka. Satu hantaran silang Luka Modric dari sebelah kanan disambar Cristiano Ronaldo untuk gol kedua peribadinya malam ini. Ronaldo begitu tajam, berada di antara dua orang pertahanan sebelum menewaskan Buffon.

Real Madrid selesa dengan kelebihan dua gol. Juventus memasukkan Juan Cuadrado untuk menghidupkan peluang. Cuadrado menerima kad kuning pertama apabila mengasari Cristiano Ronaldo dari belakang. Satu kesilapan yang amat sia-sia kerana ia sangat tidak perlu, jauh dari pintu gol. 

Kemudian berlaku satu insiden yang aneh. Sergio Ramos berpura-pura dikasari Cuadrado ketika situasi balingan bola ke dalam. Pengadil yang terpedaya terus melayangkan kad kuning kedua dan seterusnya kad merah sekali gus menunjukkan jalan keluar padang kepada Cuadrado yang baru saja dimasukkan. Amat hina sekali penjaga garisan gagal menilai insiden itu yang berlaku tepat di depan matanya. Lakonan Ramos selaku kapten Real Madrid amat menjijikkan kerana dia terus bangun selepas Cuadrado keluar.

Menuju akhir perlawanan, Real Madrid sempat menambah satu lagi gol untuk menambah derita Juventus dan Buffon apabila Marcelo memecah masuk dari sayap kiri sebelum menolak bola untuk disudahkan oleh pemain gantian, Marco Asensio.

Tamat perlawanan, ada dua nama yang begitu gah. Zinedine Zidane dengan karier gemilang selaku pemain kini meneruskan sentuhan 'Midas'nya selaku pengurus pasukan. Ketika dia mengambil alih Real Madrid musim lepas, dia membawa Real Madrid muncul juara Liga Juara-Juara Eropah, kemudiannya Piala Super UEFA dan seterusnya kejuaraan kelab dunia. Kejuaraan double La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah musim ini menjadikan koleksi Zidane sebagai pengurus sebanyak lima trofi.

CR7 (Cristiano Ronaldo) pula sudah hampir pasti dalam laluan merangkul anugerah pemain terbaik dunia (Ballon D'Or) buat kali kelima. Final malam ini adalah penampilan kali kelima bagi Ronaldo (dua bersama Manchester United dan tiga bersama Real Madrid). Kemenangan malam ini pula bermakna kejuaraan keempat untuk Ronaldo (satu bersama Manchester United). Ronaldo juga menjadi pemain pertama di planet Bumi yang meledak dalam tiga aksi final (2014, 2016, 2017).


Real Madrid menjadi pasukan pertama memenangi Liga Juara-Juara Eropah dua musim berturut-turut sejak AC Milan melakukannya pada tahun 1989 dan 1990. Real Madrid juga kini telah memenangi final Liga Juara-Juara Eropah tiga kali dalam empat tahun terakhir (dua kali mengalahkan Atletico Madrid). Real Madrid menunggu dua belas tahun (kali terakhir pada tahun 2002) untuk mendapat kejuaraan Eropah kali ke-10 (La Decima) yang dirangkul pada tahun 2014, tapi sejak itu mereka tidak menoleh ke belakang lagi, memperoleh kejuaraan ke-11 dan sekarang yang ke-12.

Mampukah Real Madrid menjulang kejuaraan hatrik Liga Juara-Juara Eropah musim depan?



Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif