Sunday, March 30, 2014

Tiring Week

Assalamualaikum.

Minggu pertama sem kedua yang sangat memenatkan. Satu minggu yang panjang.

Hari pertama (Isnin) saja sudah ada tiga sesi kuliah dan satu sesi Muzium Medik. Aku kini sedang belajar sistem kardiovaskular. Tentang jantung.

Esoknya (Selasa), aku belajar skil klinikal tentang pemeriksaan fizikal. Mengesan di mana kedudukan jantung dan cuba mendengar sebarang bunyi yang tak normal. Pelajaran yang menarik. Hari tersebut juga aku dapat baucer buku seantero negara (BB1M). Alhamdulillah.


Hari seterusnya (Rabu), tak ada sebarang sesi. Tiada kuliah. Tapi aku pergi jugak sesi Muzium Medik sekali lagi untuk menonton video tentang jantung dan mendapatkan jawapan kepada soalan yang diberikan pada hari Isnin.

Hari Khamis, ada lagi kuliah dan sesi Latihan Berdasarkan Masalah (PBL). Kami diberikan klu (trigger) dan perlu mendapatkan solusi (penyakit) dari diskusi antara beberapa orang pelajar sambil diperhatikan oleh fasilitator (pensyarah). Kami berbincang di landasan tepat dan sampai kepada konklusinya, Peripheral Artery Disease.

Jumaat ada satu kuliah saja dan berakhirlah minggu pertama. Fuhh fuhh. Minggu depan kena pergi lawatan ke klinik yang pertama untuk semester ni. Dengar kata kena buat history taking di klinik. Lalala. Oh ya, minggu depan jugak ada majlis menyambut saudara baru yang masuk Islam. Alhamdulillah, dia mendapat hidayah dari Allah yang Maha Berkuasa. 

A long week awaits. Sekian dulu buat masa ini.



Sri Petaling
1410
30/03/2014



Sunday, March 23, 2014

Buka Buku Baru

Assalamualaikum.

Semester baru, cerita baru. Tamat semester pertama, tutup cerita lama. Sem kedua yang lebih mencabar akan bermula esok. Tak ada masa lagi nak fikir soal hati. Yang sem lepas nak kena ulang kaji. Yang sem ni kena buat persediaan awal. Bukan harus lagi. MESTI.

Sem lepas 35% saja untuk penilaian tahun pertama. Baki peratusnya dalam sem kedua ini. Pasti sangat menguji fizikal dan mental. Fuhh fuhh. Aku baru saja tiba di kediaman sewa petang tadi.

Untuk sem kedua ni, nama aku berada di atas senarai yang mungkin disusun secara rawak. Tapi yang aku suka, aku berada dalam kumpulan pertama untuk semua sesi. Lawatan ke klinik, Medical Museum Session, Problem-Based Learning, dan kemahiran klinikal.

Satu yang tak menarik, aku akan menjadi yang terawal dalam peperiksaan kemahiran klinikal. Itu bermaksud tekanan juga. Tapi dapat habis lebih awal dari orang lain. Itu mungkin satu motivasi. >.<

InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja. Semangat untuk memulakan semester baru. Fighting!



Sri Petaling
2202
23/03/2014


Thursday, March 20, 2014

Never Give Up

Assalamualaikum.

"Or watch the things you gave your life to,
broken,
And stoop and build 'em up
with worn-out tools."

Aku pernah kongsikan sajak "If" oleh Rudyard Kipling di laman blog aku. Dan aku suka untuk berkongsi sekali lagi. Kerana dalam sajak ini terdapat banyak pedoman menjadi seorang manusia.

Bila kita dah bina Rom (baca: usaha gila-gila) yang tak mengambil masa sehari, tiba-tiba apa yang kita bina sejak sekian lama runtuh. Hancur musnah. Ranapkah semangat kita bersama leburnya impian itu? Masihkah kita mampu berdiri selepas jatuh rebah ke bumi?

Jawapannya ada pada kita.

Bangkitlah. Orang bijak pandai kata: Jatuh tujuh kali, bangun lapan kali. Jangan takut untuk berlari bila tersadung sekali. Ujian itu mematangkan. Kegagalan itu memberi pengajaran.

Bertahanlah. Walau apa yang kita bina hancur dalam sekelip mata, bina ia semula. Meski jiwa kita begitu lemah kerna banyak masa kita terbazir begitu saja, jangan pernah mengalah. Remember this: Allah give the hardest battles to His strongest warriors. 

Renunglah. Pandanglah menembusi apa yang terzahir. Kerna tak semua jelas dari yang terlahir. Bukan semua terjawab dengan apa yang terukir. 
Semoga terus gagah menghadapi dugaan hidup.

Wallahualam.



Taman Resak
1930
20/03/2014


Wednesday, March 19, 2014

Bukan Masa Seronok

Assalamualaikum.

Insaf lepas tengok tazkirah ni.

Rasa takut yang amat sangat apabila terkenang banyak dosa. Apakah telah diampunkan? Apakah ibadat aku diterima? Allahu.

Betul. Sekarang bukan masa nak seronok-seronok dah. Bertaubatlah sementara masih ada kesempatan. Jika benar telahan NASA tentang 'fenomena alam' bagi mereka, matahari akan terbit dari tempat ia terbenam. 

Itu bukan perkara biasa. Itu telah dijanjikan Allah. Bahawa ia tanda yang membenarkan hari kebangkitan. Pesan ustaz dalam tazkirah ni: Bersegeralah kita bertaubat. Dan takutlah kita bila taubat kita tak diterima. Ada orang yang langsung tak bertaubat. Ada orang yang sudah pun bertaubat tapi taubatnya tak diterima Allah. Sia-sia. >.<

Fitnah akhir zaman merupakan janji Allah. Kepada Dia jualah kita berlindung. Marilah kita amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi. Moga-moga dengan sedikit amalan yang tak seberapa ini, Allah melindungi kita semua dari fitnah besar yang dahsyat.

Pesan ustaz itu lagi: Jika jauh dari al-Quran, mulalah selak al-Quran. Jika jauh tersesat dari agama Allah, kembalilah. Jika sudah lama menolak hukum Allah, kembalilah mentaati-Nya. Bersegeralah. Sebelum pintu taubat tertutup, sia-sialah semuanya. 

Saya sudah menyampaikan pesan. 

Wallahualam.


Taman Resak
1502
19/03/2014


Tuesday, March 18, 2014

Janji Allah

Assalamualaikum

Semakin cuak dengan percaturan misteri MH370 yang semakin terbongkar. Kisah di sebaliknya yang begitu mengejutkan. Bersediakah kita untuk segala kemungkinan?

Janji Allah itu pasti. Kita wajib yakin dan percaya.

Sekadar perkongsian. Lapan janji Allah yang takkan dimungkiri:

1. Apa yang disedekahkan dan dikorbankan dengan ikhlas
Allah akan kembalikan

2. Mereka yang sakit dan SABAR
Allah akan menghapuskan dosa-dosa yang lalu

3. Mereka yang ditimpa musibah dan SABAR
Allah akan mengangkat darjatnya

4.  Mereka yang menutup aib orang lain
Allah akan menutup aibnya dunia akhirat

5.  Mereka yang berdoa kepada Allah dengan ikhlas
Allah akan memakbulkan sama ada cepat atau lambat

6.  Mereka yang memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya
Allah akan memuliakannya

7. Mereka yang cukup solat lima waktu dengan sempurna
Allah akan memasukkannya ke dalam syurga

8.  Mereka yang berdosa, kemudian bertaubat dan beramal soleh
Allah akan menggantikan dosa mereka dengan hasanah

 Wallahualam.


Changlun
2230
18/03/2014



Tanggung dan Jawab

Assalamualaikum.

'Pemerintah mesti bertanggungjawab dengan kematian remaja di konsert hiburan syaitan neraka dunia.'

Okey. Itu ayat contoh.

Tanggungjawab. Satu perkataan yang nampak berat.


Dulu masa kecik, tak nak jadi orang dewasa sebab kena pening kepala fikir tentang tanggungjawab. Kena tanggung semua perbuatan. Tak macam kanak-kanak. Kalau buat salah pun, orang tak sampai hati nak marah lebih-lebih. Berbeza dengan remaja atau orang dewasa.

Haaa, tapi bila dah dewasa, aku rasa tak lah teruk sangat tanggungjawab. Walaupun kadang-kadang rasa nak jadi kanak-kanak semula. Carefree. Tak perlu risau akan masalah dunia. Tak perlu gusar soal cinta. Apa lagi soal kerjaya. Rumit. 

Persoalannya, apakah itu tanggungjawab? Kena tanggung dan jawab? Mungkin.

Bagi aku blogger picisan dan hamba Allah yang kerdil, tanggungjawab itu sesuatu yang membuatkan kita akan melakukannya walaupun jika terpaksa. Contohnya, tengah lazat tidur di waktu tengah hari, kena bangun untuk jemput adik di sekolah. Itu tanggungjawab seorang abang.

Tanggungjawab kita sebagai pelajar kena bangun pagi untuk pergi kuliah walaupun malam sebelum tu tidur lewat sebab ulang kaji. Tanggungjawab sebagai kerajaan pula mestilah melengkapi keperluan rakyat yang memilih mereka dalam pilihan raya.

Tanggungjawab kita sebagai hamba Allah pula untuk beribadat kepada-Nya dan memakmurkan bumi Allah ini. Itu tujuan penciptaan kita. Itu amanah buat kita.

Sebab itu tanggungjawab, kita kena tanggung dan jawab kalau kita tak buat. Kan?

Wallahualam.



Taman Resak
1310
18/03/2014



Sunday, March 16, 2014

Axe Brother

Assalamualaikum.

Ya, saya memang maksudkan Brado Kapak. Usai membaca entri ini.

Sejujurnya aku bukan pengikut dia. Aku hanya mengenali brader tersebut hari ini. Selepas membaca entri tentang klu kehilangan MH370. 

Aku membelek komen di bawah. 'Nampak macam Syiah'. Aku pun rasa begitu apabila membaca hadis yang disebut dalam artikel. Sangat meragukan. Tetapi bagi aku, aku lebih fokus kepada tujuan asal entri tersebut. Berkenaan punca rampasan MH370.

Terbongkar sudah hakikat bahawa kehilangan MH370 bukan kerana terhempas. Ia adalah perancangan teliti yang begitu sulit untuk mencetuskan kacau-bilau di bumi bertuah ini. Rampasan berprofil tinggi. Angkara siapa? Itu menjadi persoalan pokok. 

Malaysia memang kaya dengan hasil bumi dengan kedudukan yang teramat strategik. Itu yang tercatat dalam lembaran buku teks 'Sejarah' di sekolah menengah. Itulah sebabnya kuasa-kuasa besar mahu campur tangan seperti yang pernah berlaku dulu. 446 tahun kita dijajah. Empat abad lamanya.

Janganlah kita lupa sejarah. Ambil iktibar. Jangan biar kuasa asing campur tangan dalam pemerintahan negara kita lagi. Cukuplah sekali. 

Bagi aku, teori yang dibawa oleh Brado Kapak ada benarnya. Aku tidak mengatakan aku bersetuju 100%. Tetapi segala konspirasi ini telah lama dirancang Yahudi Zionis laknatullah.

Bagi sesiapa yang tak percaya atau tak tahu teori konspirasi, yakinlah fitnah akhir zaman adalah janji Allah. Zionis sedang merancang New World Order. Amerika Syarikat menjadi boneka Israel. Itu terang lagi bersuluh.

Doakanlah negara kita terus aman makmur. Jangan kerana maksiat yang kita lakukan, Allah turunkan bala kepada kita semua.

Wallahualam.


Taman Resak
1922
16/03/2014


Hujan Rahmat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini dan semalam, hujan rahmat membasahi bumi Changlun. Dan dari berita di laman sosial, kebanyakan tempat di seluruh negara yang kemarau sejak sekian lama juga sudah menerima hujan.


Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Yang Maha Esa. Syukur Ya Rabb.

Inilah berkat munajat kepada Pencipta. Selepas begitu lama kemarau, umat Islam di seluruh pelosok tanah air melakukan solat istisqa' tanda pengharapan terakhir kepada Allah. Bahawa tawakal kita sebagai hamba hanya kepada Dia. 

Dan Allah menurunkan rahmat-Nya berkat keikhlasan hati-hati di antara kita sang pendosa. Jika kita yakin dan ikhlas meminta kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan yang terbaik. 

Nak berkongsi sikit tentang solat istisqa' yang aku baru tahu apabila khatib sampaikan dalam khutbah Jumaat minggu lepas. Bahawa solat ini bukanlah untuk orang dewasa saja. Anak kecil yang masih menyusu pun mesti dibawa.

Binatang ternakan juga. Bukan lembu dan kerbau saja. Ikan juga mesti dibawa. Supaya semua makhluk dapat bermunajat kepada Allah. Apabila maksiat dibiarkan berleluasa dalam kalangan kita, Allah akan turunkan azab.

Jangan kita lupa bahawa bukan pembuat maksiat saja ditimpa bala. Seluruh masyarakat akan menerima akibat yang sama. Maka itu cegahlah maksiat dengan keupayaan kita. Moga amukan alam yang semakin 'marah' menyedarkan kita untuk memperbanyak amal ibadat. 

Wallahualam.


Changlun
1909
16/03/2014



Wednesday, March 12, 2014

MH370

Assalamualaikum.

Kehilangan kapal terbang MH370 masih menjadi misteri. Belum terungkai lagi.

Banyak teori telah dibincangkan. Banyak pakar cuba menarik perhatian. Dari False Flag sehinggalah ulangan kisah Bario 2004.


Sama ada meletup, ditembak jatuh, atau di'sembunyi'kan.

Marilah sama-sama kita berdoa juga agar peristiwa ini bukanlah alasan untuk kuasa asing campur tangan dan menceroboh negara kita lagi seperti dulu. Cukuplah sekali perang saudara antara kita menjadi punca negara kita dijajah. Belajarlah dari sejarah. Ambil iktibar. Jangan takbur.


Sehebat mana ilmu manusia terpintar di dunia, tidak sebesar zarah pun jika dibandingkan ilmu Allah yang maha luas. Melangkaui logik akal. Melampaui batasan fikiran. Melepasi ilmu sains dan teknologi.

Hanya Allah yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin bukan salinan fotokopi Bario 2004 kerana kapal terbang ini tidak bertujuan sama dengan helikopter tersebut. Ini adalah laluan biasa.

Tapi rahsia Allah tak siapa dapat menduga. Di mana sains berakhir, di situlah tanda-tanda kekuasaan Allah terlihat. Jika sains tak dapat menjelaskannya, apa lagi? Kembalilah kepada mukjizat Rasulullah, al-Quran dan sunah.

Teruskan berdoa. Teruskan berusaha. Ikhtiar dalam tawakal.

Masihkah kau ingat Bario 2004? Minta pertolongan orang alim. Mungkin doa mereka dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.



Changlun
1335
12/03/2014


Tuesday, March 4, 2014

Rindu

Assalamualaikum.
 
Allahu. Rindunya nak menulis. 
 
Alhamdulillah. Petang tadi baru saja sampai ke baiti jannati. A place where my heart belongs. A heaven i call 'home'.
 
Melihat wajah ibu bapa tercinta. Melihat famili yang sentiasa dirindui. Inilah kedamaian.
 
I'm back, Changlun. Kembali untuk berehat sepanjang cuti semester. Cuti yang agak panjang. Tiga minggu lamanya. Peralihan dari semester satu ke semester dua.
 
Aku baru saja menyempurnakan projek komuniti untuk semester depan. Aku menyampaikan ceramah motivasi di Melaka bersama dua orang rakan. Di sekolah salah seorang dari mereka. Berbagai kesukaran ditempuhi. Akan aku simpulkan dalam pendedahan bersiri tentang pengalaman yang sangat berharga bagi aku.
 
Semester baru akan bermula 24 Mac ini. Aku hanya mahu menikmati momen ini. Cuti semester. 
 
I just wanna rest.
 
 
 
Changlun
2050
04/03/2014 




Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif