Welcome To My Life...

Friday, April 27, 2012

Formula Chelsea untuk Muslim


Assalamualaikum..

Berat tajuknya. Formula Chelsea untuk orang Islam. Sesungguhnya kemenangan Chelsea itu Allah berikan supaya orang Islam berfikir. Fikirlah bagaimana gergasi bola sepak dunia boleh ditumbangkan. Apa caranya? Sesungguhnya tanda-tanda kebesaran Allah itu ada di mana-mana dan terpulanglah kepada kehendak kita untuk berfikir. Banyak ayat al-Quran di mana firman Allah mempersoalkan adakah kita berfikir.

Banyak yang kita dapat rungkaikan rahsia Chelsea membenam ego Barcelona, satu pasukan yang dibarisi pemain-pemain terbaik dunia dan diiktiraf generasi bola sepak terhebat sepanjang zaman. Lantas di mana silapnya mereka gagal layak ke final Liga Juara-Juara Eropah sekali lagi? Sedangkan lawan mereka, Chelsea, bergelut dalam liga domestik. Terumbang-ambing, terkapar-kapar kelemasan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pertama sekali adalah, taktikal genius jurulatih sementara Chelsea, Roberto di Matteo. Inilah yang perlu kita fotokopi. Penggunaan AKAL yang dikurniakan Allah. Pemimpin seperti inilah yang Islam perlukan untuk kembali menakluk dunia dan membina pemerintahan khalifah. Sedar keupayaan pemain Barca, di Matteo menggunakan pendekatan bertahan dan serang balas yang efektif. Masih ingat taktik gerila (serang hendap) Hizbullah ketika berperang dengan Israel di Lebanon? Inilah yang dimaksudkan bijaksana. Menggunakan strategi yang sesuai mengikut kondisi. Perang tidak semestinya agresif dan melulu. 

Kemudian, kita lihat KESUNGGUHAN dan KEAZAMAN kental dalam diri pemain Chelsea. Walaupun kehilangan kapten dan jeneral mereka di padang, mereka tetap utuh berjuang untuk menuju matlamat. Inilah yang perlu diterapkan dalam diri pejuang-pejuang agama Allah. Azam yang membara sehingga menggentarkan musuh.

Seterusnya, DISIPLIN barisan pertahanan Chelsea. Walaupun diserang bertalu-talu, digempur dari segenap penjuru, diasak dengan serangan padu, unit defensif Chelsea kekal teguh dan PATUH pada arahan pengurus tanpa cuba melakukan sesuatu yang bodoh. Disiplin ini yang menjatuhkan moral pemain Barca yang semakin kepenatan dalam menyerang. Peluang ini diambil pemain Chelsea melakukan serangan balas. Nampak iktibarnya?

Satu lagi yang dapat kita lihat adalah KURANG TIDAK BERMAKNA LEMAH. Lihat saja sejarah Islam di mana tentera Islam yang sedikit dapat menumbangkan tentera kafir dengan jumlah yang berkali ganda lebih ramai. Dengan semangat yang jitu, musuh yang ramai pasti akan dapat ditewaskan. PERCAYA dan YAKIN Allah bersama orang yang benar. Kekurangan seorang pemain, Chelsea masih ampuh menyaingi barisan bintang Barcelona yang memiliki kelebihan.

Di atas semua itu, kita lihat kelebihan yang dimiliki FC Barcelona. Kelebihan seorang pemain, mendahului dua gol, mendapat sepakan penalti, bintang-bintang bergemerlapan. Namun mereka masih gagal. Di mana silapnya? Kapten Chelsea, John Terry dibuang padang. Sepakan penalti Lionel Messi terkena palang. Rembatan Messi kemudiannya sekali lagi terkena tiang. Sedangkan Messi adalah pemain terbaik dunia yang sangat digeruni kemahirannya. Apa maksudnya yang cuba disampaikan? Ya, QADA' dan QADAR ALLAH

Malam itu, pemain terbaik dunia sekalipun gagal menghalang takdir Allah. Barisan idaman Barca - Messi terutamanya - melihat segala bukti menjelaskan malam itu bukan milik mereka. Palang menjadi penghalang impian. Sekuat mana pun kuasa manusia, kuasa Allah tiada bandingan. Mereka tidak dapat menandingi takdir yang telah ditetapkan Allah bahawa malam itu tidak akan membawa kegembiraan bagi mereka. 

Sejarah Islam sendiri banyak iktibar yang boleh kita pelajari. Kita ambil yang baik daripada kemenangan pasukan kafir ini. Allah memberi petunjuk untuk orang yang berfikir. Renung-renungkan. Janji Allah pasti tiba. 











p palang s : Harap mesej sampai..

 

Syurga Menantimu

MESTI KLIK

Assalamualaikum..

Aku menyaksikan video bagaimana seorang syuhada ditanam hidup-hidup. Kalau korang belum tengok, sila klik laju-laju. Seperti kisah keluarga Yasir dan Sumaiyah yang ditikam dengan tombak di tengah padang pasir kerana taat pada Allah.

Peristiwa moden ini pula berlaku di Syria. Rejim tentera pimpinan Bashar al-Assad. Tentera-tentera itu mahu syuhada itu mengaku Bashar sebagai tuhan. Tetapi syuhada itu tetap mengesakan Allah. Subhanallah. Allahukbar. Allah Maha Besar.

Kejam. Gila. Tidak berperikemanusiaan. Zalim. Insane. Tak masuk akal. Itulah kata-kata yang bermain di minda aku apabila melihat kezaliman syaitan bertopengkan manusia sedemikian rupa. Begitu jauh manusia boleh melampaui batas pemikiran normal. Nauzubillah.

Syuhada itu ditanam hidup-hidup. Video itu jelas menunjukkan kepalanya ditimbus dengan tanah selepas dia enggan mengakui Bashar sebagai tuhannya. Dia berpegang teguh dengan kalimah syahadah walaupun nyawa menjadi taruhan. Lafaz-lafaz akhir dari mulutnya adalah kalimah mengagungkan Allah yang Maha Esa tanpa sedikit goyah hatinya pada tawaran hidup di dunia.

Pilu hati aku melihat saudara seagama mati syahid di Syria. Kekejaman dunia ini membunuhnya. Tapi syuhada itu dikambus dan dibunuh kerana taat pada Allah. Syurga Allah menantimu, syuhada. Takbir!











p peluk s : Moga aku teguh berpegang pada kalimah syahadah..


Tuesday, April 24, 2012

Malam Kisah Dongeng

Assalamualaikum...

Satu malam biasa yang kelam.
Berlaku kisah dongeng 1001 malam.

Torres dipeluk rakan sepasukan


Aku bangun untuk bertemu janji dengan Yang Maha Mencipta. Menikmati sepertiga malam dan menghirup kemanisannya. Tanpa diduga, aku menjadi saksi kejatuhan kuasa bola sepak dunia. Apa yang mustahil telah pun berlaku. Kini ia akan menjadi satu kisah dongeng dalam lembaran sejarah di mana sang gergasi dijinakkan orang kerdil biru.

Barcelona, pasukan yang diiktiraf barisan terbaik sepanjang zaman. Dibarisi nama-nama bintang bergemerlapan seperti Xavi, Andres Iniesta, dan Lionel Messi, Barca dipuja dan diagungkan selaku generasi terhebat pernah dilahirkan bola sepak Eropah. Mereka bertakhta di timur dan barat. Mereka merajai pentas tertinggi bola sepak dunia. Dipelopori si genius Pep Guardiola, mereka begitu sukar dikalahkan.

Chelsea, pasukan yang terumbang-ambing dalam liga domestik. Kedudukan terkini dalam liga tidak melayakkan mereka untuk berentap dalam Liga Juara-Juara Eropah lagi musim depan. Jurulatih bersilih ganti. Kini dibimbing sementara pembantu Andre Villas-Boas, Roberto di Matteo. Pembelian termahal, Fernando Torres dengan reputasi buruk gagal menjaringkan gol walaupun pintu gol terbuka luas.

Tapi itu semua sejarah. Malam ini segalanya berubah.

Barcelona 2-2 Chelsea

Perlawanan pertama di Stamford Bridge berakhir memihak Chelsea yang menang 1-0. Chelsea boleh dikatakan bertuah kerana berjaya keluar selaku pemenang walaupun digempur dari segenap sudut. Palang menjadi penghalang Barcelona. Cerita yang sama di Nou Camp, kubu kuat Barca. Palang tidak mahu melihat Barcelona bergaya lagi. Malam ini untuk kisah dongeng seribu generasi.

Chelsea dirempuh dari kiri kanan. Akhirnya pertahanan kental Chelsea dihancurkan Sergio Busquets pada minit ke-35. Dua minit berselang, situasi Chelsea bertambah parah apabila kapten, John Terry dibuang padang. Bermain dengan 10 orang menentang gergasi di laman sendiri, Chelsea tahu mereka berdepan dengan misi mustahil. Impian The Blues bagaikan musnah ranap apabila Andres Iniesta menyudahkan hantaran Lionel Messi pada minit ke-43 untuk Barca mendahului agregat 2-1. Mission impossible.

Tetapi 'skrip' menulis malam ini bukan milik Barca. Sebelum separuh masa pertama tamat, Frank Lampard memecahkan kubu kebal Barcelona untuk melakukan hantaran sempurna kepada Ramires. Pemain Brazil itu tidak mengecewakan Pele dan Romario apabila melambungkan bola melepasi kemaraan Victor Valdes. Advantage Chelsea. Chelsea ketinggalan 2-1 di gelanggang lawan dan agregat terikat 2-2. Namun peraturan gol di tempat lawan meletakkan Chelsea di kerusi pemandu. Satu gol jaringan Ramires memberikan nyawa kepada barisan Chelsea yang kekurangan seorang pemain.

Beberapa minit memasuki babak kedua, harapan Chelsea yang kembali bernyala bagaikan menuju kekecewaan apabila Cesc Fabregas berjaya mendapatkan sepakan penalti untuk Barcelona. Malangnya, malam ini bukan milik Lionel Messi. Sepakannya terkena tiang. Selepas itu, permainan Chelsea hanya dengan satu motif : bertahan bermati-matian dan menanti peluang serangan balas. Setiap bola yang datang ditendang sejauh yang mungkin. Falsafah mereka hanyalah memastikan bola tidak menghampiri gawang gol. Barcelona semakin tertekan.

Minit ke-80, Fernando Torres masuk menggantikan wira perlawanan pertama, Didier Drogba. Torres memiliki rekod baik menentang Barca. Messi tidak mahu kisah sensasi malam itu ditunjangi nama Torres. Dia hampir memusnahkan mimpi indah Chelsea apabila rembatannya dari luar kotak penalti sekali lagi terkena tiang. Sememangnya Messi tidak dapat melawan takdir bahawa malam ini tidak akan menjadi miliknya.

Semasa Barca menyerang bertali arus, satu clearance dari kotak penalti Chelsea menuju kawasan Barcelona dan Torres menyambut bola itu dalam posisi onsaid. Sempat melihat ke belakang untuk meninjau hanya seorang pertahanan yang tinggal untuk mengejarnya, Torres berlari dengan tenang untuk pertembungan satu lawan satu dengan Victor Valdes. Dia mengelilingi Valdes untuk berhadapan dengan gawang yang ternganga luas. Kali ini Torres tidak mahu kisah sensasinya berkisar tentang kegagalan. Torres menyempurnakan peluang itu dengan tenang dan berlari ke penjuru padang untuk dipeluk rakan-rakan sepasukan yang teramat gembira.

Chelsea seri 2-2 dengan Barca. Chelsea menang agregat 3-2. Chelsea memang layak dengan kesungguhan dan disiplin pertahanan mereka. Barcelona tumbang di hadapan jutaan penyokong setia. Barca terkulai layu akhirnya. Sepuluh orang kerdil menjinakkan sebelas orang gergasi. Malam ini Roberto di Matteo memimpin Chelsea menggapai mimpi. Malam ini kisah sensasi Chelsea menjadi cerita dongeng sejuta generasi.










p palang s : Tahniah di Matteo..

Monday, April 23, 2012

Aurat Yang Sebenar

Assalamualaikum..




Aku nak kongsikan satu video yang dihasilkan oleh pelajar INTEC yang sama batch dengan aku. Karya bermutu tinggi yang dihasilkan dengan kreatif oleh pelajar Fargo program ADFP (American Degree Foundation Program). Tahniah akhi Zul, Fattah dan Fadhli.

Hanya bersumberkan surah an-Nur ayat 31, diorang menghasilkan satu video dengan durasi 10 minit tentang aurat lelaki dan wanita. Apa yang menarik adalah animasi kartun yang dihasilkan di atas papan putih. Itu yang aku rasa membuatkan penyampaian dakwah diorang berkesan dan lain daripada yang lain.

Aku bangga menjadi rakan sesama INTEC dan kolej Cendana. Video 9/10. Effort 10/10. Rugi kalau korang tak tengok. Boleh disebarkan untuk renungan bersama. Mana aurat yang sebenar jika dirujuk kalam Allah dalam kitab suci al-Quran? Watch it...











p palang s : Very nice effort..


Saturday, April 21, 2012

Tiba Masa



Assalamualaikum..

Pagi tadi aku bangun dengan kesyukuran ke hadrat Allah. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia pinjamannya yang fana. Ada orang lain yang ditarik nikmat hidup ketika sedang lena dibuai mimpi.

Aku pun online untuk melihat berita terkini dunia. Bola sepak secara khususnya. Ketika melayani panggilan fb, aku terkedu apabila melihat ucapan takziah seorang rakan buat rakan yang aku kenali di notifikasi. Aku sangka ahli keluarga terdekat rakan aku telah meninggalkan dunia ini mendahului mereka yang masih hidup.

Apa yang membuatkan aku terkejut adalah rakan aku itu sendiri yang telah kembali ke rahmatullah. :-(

Arwah masih muda. Hanya senior setahun berbanding umurku. Benar, ajal tidak mengenal usia. Bila tiba masanya, kita akan dijemput. Tidak cepat atau lewat walau sesaat pun. Aku takut. Adakah amalku sudah cukup untuk dijemput Ilahi?

Salam takziah buat keluarga sahabat, Muhammad Faiz Fizry Ghazali, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya berhampiran tol Jitra, Kedah. Al-fatihah.









p cium s : Kenalan rapat..

Menjadi Artis Youtube

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..




Baru-baru ini aku dan dua orang rakan sekelas melakukan penggambaran untuk pembentangan satu tajuk untuk subjek Islamic Studies. Malangnya kami tidak mempunyai cukup masa untuk mempersembahkan hasil kerja kami kepada kelas memandangkan semester telah tamat dan kelas terakhir kebetulan pula bertembung dengan satu acara penting program A-Level Medicine.

Jadi aku pun upload video itu ke youtube untuk tontonan umum. Moga-moga pendidikan santai yang kami cuba sampaikan kepada saudara sesama ciptaan Allah itu diterima dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT. Yang lemah itu kekhilafan kami jua.

Sudi-sudi lar korang sebar-sebarkan di mana-mana. Insya-Allah pahala yang korang dapat akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan. Ilmu yang diamalkan, mudah-mudahan. Kalau korang nak bagi adik-adik korang tengok pun boleh. Anak saudara ke, suami ke, jirang ke. Sesuai untuk tontonan umum tanpa sebarang tapisan. Label 'U'. :)

So, kami dikira artis Youtube kan? ^_^










p peluk s : Online di syurga..


Thursday, April 19, 2012

Ujian Senang dan Susah



Assalamualaikum.
Salam sejahtera.

Alhamdulillah, sejak balik daripada kem kerohanian Ahad lepas, aku semakin tenang menghadapi nasib yang kurang baik. Aku anggap itu sebagai ujian buatku. Begitu juga apabila bernasib baik, aku juga kira itu sebagai ujian.

Tapi aku takut bila diuji dengan keuntungan. Aku takut hati aku tersasar menjadi riak dan takbur. Syirik kecil tu. Sukar mengawal perasaan itu. Apa yang aku termampu cuma menyebut nama Allah dan berdoa hati aku tidak riak.

Semalam dan hari ni aku melihat ujian. Tengah hari semalam kesabaran aku tergugat. Video presentation CTIS yang aku masukkan sari kata dari jam 8 pagi akhirnya tidak dapat dihasilkan dek kerana kesilapan teknikal. Ketika itu, jam 1 tengah hari, aku seperti tidak percaya. Kemudian aku tak merasa marah. Aku tahu ada hikmah di sebalik semua itu.

Petang semalam pula, alhamdulillah, aku menang pertandingan dodgeball. Kemengan ini juga aku lihat sebagai ujian. Ujian Allah untuk melihat sama ada aku ingat atau lupa kepada-Nya.

Ingatlah. Nasib malang yang kita hadapi itu ujian. Musibah itu ujian. Malah keuntungan atau kejayaan itu juga ujian. Sabarlah. Tabahlah. Allah ada bersama kita. Pasti ada hikmah yang menanti. Wallahualam.











p peluk s : Sabarlah baiti jannati...


Tuesday, April 17, 2012

Kem Asahan Part 1


Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Aku nak ceritakan pengalaman aku di kem I-ProKhas di Kem PLKN Asahan, Melaka. Kem Program Khas Pemantapan Rohani. Bahagian pertama ini berkisar pada hari pertama iaitu Jumaat, 13 April 2012.

Selepas solat Jumaat, aku bertolak ke sana lebih kurang pukul 3 petang. Kitorang seramai hampir 90 orang daripada aneka program tiba di sana hampir jam 7 malam. Selepas mendaftar, makan malam dan solat maghrib berjemaah, kitorang memulakan program pertama pada pukul 8 malam. Kitorang menyanyikan lagu rasmi I-ProKhas iaitu Demi Matahari yang berkisar tentang kebesaran Allah dan dinukilkan daripada surah as-Syams.

Kemudian kitorang bermain satu permainan "Angin Bertiup" untuk menentukan kumpulan. Aku pun tak sangka. I thought it was just for fun. Ada 9 kumpulan yang akan membina ukhwah sepanjang tiga hari program, 5 kumpulan muslimah dan 4 kumpulan muslimin. Bukan memupuk semangat assabiah tapi membina kerjasama antara sesama saudara seagama. Seperti mafhum firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10 :

"Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara."

Selepas kumpulan dibahagikan, setiap kumpulan diperkenalkan dengan fasilitator masing-masing yang dibarisi ustaz dan ustazah yang dijemput khas dari INTEC dan UiTM induk. Maka ceramah pertama dimulakan oleh Timbalan Pengarah HEP, Cikgu Hassan yang bergegas jauh dari program sebelumnya bersama anak lelakinya. Beliau berceramah tentang cabaran hidup pelajar Muslim di luar negara. Seperti biasa, aku menikmati ceramahnya yang lucu dan tidak membosankan. Beliau bercerita tentang pengalaman dan peristiwa yang pernah berlaku.

Banyak masalah dan persoalan tentang situasi-situasi yang diberikan tapi sengaja tidak dijawab. Bukan kerana tiada ilmu tapi kerana jawapan akan diberikan dalam sesi ceramah seterusnya pada hari kedua. Contohnya, bagaimana menentukan kiblat jika berada di atas kapal terbang? Mahu tahu jawapannya? Nantikan sambungan bahagian kedua. :)

Kami dibenarkan pulang ke bilik masing-masing pada pukul 11.30 untuk beristirehat sebelum memulakan hari kedua dengan qiamullail..

BERSAMBUNG........










p peluk s : Terimalah taubatku ya Allah..


Monday, April 16, 2012

Pengalaman Baru


Assalamualaikum..

Semalam aku pulang dari kem pemantapan rohani di Majlis Sukan Negara, Asahan, Melaka. Alhamdulillah, Allah memberikan aku petunjuk untuk sedar dan masih membuka peluang untuk aku bertaubat. Sungguh aku insaf. Sudah terlalu jauh aku menyimpang dari kehidupan yang diredhai-Nya. Terlalu banyak dosaku.

Aku benar-benar menyesal dengan apa yang telah aku lakukan. Moga taubatku diterima Ilahi. Banyak yang aku belajar di sana dan akan aku kongsikan dalam entri seterusnya. Aku tidak mahu lagi terus sesat jauh.

Moga aku dapat terus istiqamah dalam perubahan ini. Aku ingin berhijrah menjadi lebih baik. Jihad melawan nafsu. Aku tidak mahu diazab Allah. Maha Suci Allah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Allahuakbar.











p peluk s : Insaf..

Wednesday, April 11, 2012

Kebetulan



Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

T-S-U-NA-M-I. Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Insaf. Huhu.

Semalam aku ke Tanjung Bidara, Melaka. Menjalankan kajian lapangan. Random sampling. Aku sempat bergurau dengan rakan sekelas. Aku tunjuk kejauhan. Aku cakap tsunami datang. Hehe. Sekadar bergurau menghiburkan hati di terik mentari. 11 pagi hingga 2 petang berpanas di tepi laut.

Hari ini. Gempa bumi di Acheh sekuat 8.9 skala Richter. Terkejut aku. Inalillah. Moga-moga kerosakan tidak sekuat 26 Disember 2004. Selamatkanlah saudara-saudara di Acheh. Kebetulan kan. Gurauan aku menjadi kenyataan.

Mujurlah tsunami tidak menyerang aku semalam. Jika tidak, aku tidak lagi dapat menaip di blog ini lagi. Terima kasih ya Allah kerana memanjangkan usiaku. Alhamdulillah.

Marilah sama-sama kita mendoakan saudara kita di seberang..








p palang s : Allahuakbar!


WW #32 : Save Acheh 9.0




Sunday, April 8, 2012

Kenapa Dengan Bawaku Pergi?


Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Tadi Lelaki Dari Marikh terkejut membaca berita lagu kegemaran aku iaitu "Bawaku Pergi" dendangan Kaka dan Zizan akan diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana lirik yang mengandungi unsur-unsur negatif. Apa dia? Mendorong remaja lari dari rumah? Kalau remaja nak lari dari rumah, bukan sebab lirik lagu. Lagu tu cuma dicipta untuk hiburan rakyat Malaysia. Ada apa dengan lirik lagu tersebut?

Penulis lirik (Malique) menjelaskan beliau bercerita tentang impian menawan puncak Himalaya dan mencari yeti di sana. Lirik tersebut juga ada menyebut tentang "buku merah" yang dikatakan merujuk kepada pasport.

Hmm. Secara peribadi, aku rasa tiada apa yang tak kena dengan lagu tersebut. Melodinya 'menangkap' (catchy), liriknya puitis dan mempunyai maksud tersirat. Gabungan seni yang aku nikmati setiap hari. Alunan muzik yang menenangkan.

"Bawa aku pergi, pacu laju lagi, kita lari dari realiti". Langsung tak mengajak remaja lari dari rumah. Pemikiran tu janganlah terlalu sempit. Persoalan dalam konteks lebih luas, macam mana remaja nak lari dari rumah ke luar negara? Apa yang mereka ada?










p tendang s : Macam-macam hal..


Saturday, April 7, 2012

Sangat Bermakna


Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Mungkin ayat dalam gambar di atas kurang tepat. Cuba kita fikirkan. Kita sering saja mengeluh apabila diberikan ujian. Kita lupa. Kita lupa apa yang kita dapat selepas melepasi cabaran. Kita lupa apa yang diajar oleh pengalaman. Kita lupa nikmat tersirat yang Tuhan berikan.

Seperti juga ibu kita semasa kecil menggunakan cara yang kreatif untuk mengajar kita berjalan. Mungkin ibu kita bergurau untuk memaksa kita bertatih. Mungkin kita terjatuh dalam proses pembelajaran. Jika tidak, kita tak mungkin dapat berjalan dan berlari.

Bila jatuh, bangkit. Jatuh lagi, bangkit kembali. Gagah dan berani. Renung-renungkan.









p palang s : Mengingatkan diri sendiri jua..

Thursday, April 5, 2012

Suci Niatku


Assalamualaikum..

Hari-hari yang aku lalui ketika ini agak sibuk. Terlalu banyak yang perlu difikirkan. Menjadi seorang pelajar A-Level dengan cabaran yang menduga. Namun cabaran adalah lumrah kehidupan yang mesti dilalui. Aku mencari jua masa untuk memberikan motivasi kepada orang lain.

Ramai orang bertanya kepada aku. Mengapa status facebook yang aku kemas kini penuh madah-madah pujangga? Dan kebanyakannya dalam bahasa penjajah. Adakah aku mencari populariti? Tidak. Jawapan aku mudah dan konsisten.

Aku cuba mencari sesuatu yang menyumbang kepada orang lain. Aku mahu orang lain tersenyum apabila mereka membaca ayat motivasi yang aku kongsi. Aku mencari kata-kata hikmat yang terkenal, aku tapis, aku pilih yang terbaik untuk dikongsikan. Bagi aku, senyuman mereka yang bersemangat selepas membaca status aku adalah kegembiraan buatku.

Kalau korang nak baca kata-kata hikmat yang aku tapis, add lar aku.. ^_^
senyuman korang inspirasi aku untuk terus memotivasikan..









p peluk s : Nampak sangat tak ada idea.. haha..


Sunday, April 1, 2012

Be Yourself




Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Be yourself. Everyone else is already taken.

Sedikit pepatah omputeh membuka bicara. Malas nak bermadah pujangga. Gambar telah menyimpul kata. Tiada apa lagi tersirat di jiwa. Segala tersurat di depan mata yang membaca. Untuk renungan saudara manusia.

Seringkali kita tak berpuas hati dengan apa yang ada pada kita. Sedangkan kita memiliki keunikan tersendiri. Keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. Potensi itu ada dalam diri kita. Terpulang pada kita bagaimana untuk mengembangkannya.

Kenapa kita sibuk nak menjadi orang lain? Sepatutnya kita berusaha untuk membuatkan orang lain sibuk untuk menjadi diri kita.

Yang penting jangan sia-siakan kelebihan yang kita ada. Siapa tahu satu hari nama kita terpahat dalam lembaran sejarah. Bukan untuk perkara buruk, tapi kejayaan kita menggegar dunia. Kenapa tidak? Siapa tahu??










p peluk s : IELTS.. be nice to me...


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif