Welcome To My Life...

Monday, October 29, 2012

Wake Up

Assalamualaikum.

Wake me up when September ends....

Terasa baru saja aku menyanyikan bait lirik lagu Taylor Swift itu di penghujung September. Sedar tak sedar kini aku berada di akhir Oktober. Terlalu pantas masa berlari. Sangat laju. Aku sudah pun berada di penghujung semester ketiga. Lebih setahun aku berjuang untuk melepasi A-Level di INTEC dengan gemilang.

Esok, bermulalah perjuangan aku untuk peperiksaan akhir semester. Subjek Statistik dan Biologi Unit 1 & 2. Aku baru memulakan pecutan Biologi pagi tadi. Masih ada tiga topik yang perlu aku khatam malam ini. Sesuatu yang normal bagi aku. Walaupun aku sendiri kurang gemar cara ini. Cuti semester ini akan aku gunakan untuk ulang kaji sebelum semester terakhir.

Kesuntukan masa seperti ini, khatam AS Biologi (tahun pertama) nampak sangat mustahil. Aku suka satu madah: Miracles are what seem impossible but happen anyway. Mustahil bagi manusia tidak pernah mustahil bagi Allah. Aku harap keajaiban akan berlaku malam ni. Jika aku berjaya, aku akan dapat khatam Biologi dalam satu malam. Pencapaian membanggakan yang boleh diceritakan kepada cucu.

Aku harap segala yang aku baca tak berserabut dan bercampur. Aku tak risau Statistik. Kalau aku tak cuai, insya-Allah aku akan cemerlang dengan izin-Nya. Biologi sangat penting dalam bidang medik. Dan peperiksaan esok penting bagi aku. Aku harus skor, aku mesti skor. 

Aku update blog sebelum menyambung pecutan. Orang lain mungkin telah mengalah. Aku tidak mungkin. Aku akan terus mencuba sehingga tiba waktu memulakan peperiksaan. Aku akan terus berusaha selagi terdaya. Selebihnya, aku tawakal kepada yang Maha Esa. Semoga berjaya diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan. 













p sayang s : Bittaufiq wannajah..



Menang Tetap Menang

Assalamualaikum.

Kalau penyokong The Blues baca entri aku, diorang mesti tau aku sedang melakukan provokasi terhadap diorang. Harharhar. Menang tetap menang. Aku tak kisah apa diorang nak cakap, Manchester United sudah mengalahkan Chelsea malam tadi. Kali pertama dalam tempoh sedekad di kubu lawan, Stamford Bridge. Keputusan akhir?

Chelsea 2-3 Manchester United

Walau apa pun tuduhan penyokong Chelsea yang berang dan terluka, perlawanan semalam telah menjadi sejarah. Orang tak akan ingat secara detail apa yang terjadi dalam satu-satu perlawanan. Orang hanya akan ingat siapa yang keluar sebagai pemenang. Lazimnya, orang tak akan ingat siapa yang dapat kad merah ataupun gol ofsaid ataupun tidak. Mungkin hanya penyokong Chelsea yang akan menjadikan perlawanan malam tadi sebagai modal alasan.

Dan pemenang malam tadi adalah Manchester United. Itu adalah satu-satunya hakikat yang bukan kepalsuan. Keputusan pengadil mungkin memihak Manchester United. Bagi aku, tiada konspirasi. Sepanjang dekad yang lepas, banyak keputusan pengadil memihak Chelsea selaku tuan rumah. Jadi itu bergantung kepada tuah. Bukannya membeli pengadil atau rasuah atau macam-macam lagi kata-kata yang tidak masuk akal.

Kedua-dua pengurus menurunkan barisan terkuatnya malam tadi membayangkan betapa pentingnya perlawanan tersebut. Roberto di Matteo meletakkan Petr Cech di pintu gol. Branislav Ivanovic - David Luiz - Gary Cahill - Ashley Cole membentuk kubu di hadapan Cech. Ramires - John Obi Mikel membentengi pertahanan. Eden Hazard - Juan Mata - Oscar membentuk trio kreatif dan inovatif di belakang penyerang tunggal, Fernando Torres.

Sir Alex Ferguson membayangi formasi Chelsea dengan formasi yang sama, 4-2-3-1, walaupun di atas kertas, barisan United membentuk formasi 4-4-2. David De Gea diberi kepercayaan mengawal gawang di hadapan Rafael - Rio Ferdinand - Jonny Evans - Patrice Evra. Michael Carrick - Tom Cleverley pula mengawal tengah padang ketika Antonio Valencia - Wayne Rooney - Ashley Young menjadi tiga serangkai di belakang Robin van Persie. Hasilnya?


United mendahului 1-0 seawal minit keempat. Syaitan Merah bermula pantas selepas beberapa perlawanan terpaksa bangkit. Rooney menyerang dari sayap kanan dan menolak bola kepada Van Persie yang menemui ruang di tengah kotak penalti, antara beberapa orang pertahanan Chelsea. Sepakannya terkena tiang, melantun dan terkena badan Luiz lalu masuk ke gawang. Gol sendiri. Tetapi serangan berkualiti United musim ini terus terbukti berkesan.


Minit ke-12, United di depan 2-0. Lihatlah betapa gembiranya Rafael yang melompat. Dan reaksi Cleverley di belakang Van Persie. Perlawanan ini sangat penting dan mendahului adalah kunci kemenangan. Satu lagi ancaman dari sebelah kanan menyaksikan hantaran silang Valencia disudahkan Van Persie. Gol yang sangat lazim bagi legenda baru United.


Harus diakui, selepas itu Chelsea mendapat rentak dan mengasak bertubi-tubi. Diorang mendominasi bola dan mengancam kubu United tanpa henti. Kepintaran Oscar, Hazard, dan Mata menimbulkan kekacauan. Jika bukan kerana De Gea yang beraksi cemerlang, beberapa gol mungkin telah dijaringkan sebelum gol pertama Chelsea benar-benar tiba. De Gea melakukan beberapa aksi menyelamat yang spontan dan refleks. 

Seminit sebelum separuh masa tamat, akhirnya penguasaan Chelsea membuahkan hasil. Hazard bersedia untuk merembat, sedikit di luar kotak penalti United, ketika Rooney mengasarinya. Pada pengamatan aku, terjahan Rooney tidak perlu kerana Hazard belum tentu dapat meledakkan rembatan padu. Akibatnya, Rooney menerima kad kuning. Dan lebih teruk lagi, gol pertama Chelsea mengurangkan defisit. Sepakan percuma Mata melepasi benteng dan tepat ke sasaran.

Chelsea memulakan babak kedua sepertimana diorang mengakhiri babak pertama. Menguasai bola dan terus mara mengasak tembok pertahanan United. Kubu United akhirnya runtuh jua buat kali kedua. Hantaran lambung Hazard kelihatan gagal dikawal Mata yang hampir memberikan sepakan gol, Tetapi Mata melarikan bola ke sayap kanan sebelum melintangkan bola. Oscar menerima bola di sebelah kiri kotak penalti dan hantaran silangnya ditanduk Ramires yang mengatasi Cleverley. 2-2, game on!

Musim ini, United sering bangkit daripada ketinggalan. Dan dalam pertemuan sama di sini musim lepas, United bangkit daripada ketinggalan 0-3 untuk seri 3-3. Kelihatan situasi akan terbalik. Chelsea akan bangkit dan membunuh Syaitan Merah. Sehinggalah detik penting perlawanan tiba...


Ivanovic terpaksa mengasari Young yang sedang berlari selesa untuk menjaringkan gol. Selaku pertahanan terakhir atau last man, kekasaran itu adalah kesalahan kad merah. Clattenburg tidak teragak-agak melayangkan kad merah untuk menyingkirkan Ivanovic. United memiliki kelebihan seorang pemain. Di Matteo mengorbankan Oscar untuk memberi ruang kepada Cesar Izpilicueta.

Penguasaan bola mula berubah. United mula mengasak ketika Chelsea tetap berbahaya menerusi serangan balas yang diketuai Mata dan Hazard.


Dua orang pakar taktikal. Sir Alex Ferguson yang sudah mengalahkan satu ensiklopedia pengurus yang cuba mengatasi kepintarannya. Roberto Di Matteo yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim lepas setelah menggantikan Andre Villas-Boas. Kedudukan sedang terikat 2-2, dengan 11 pemain United menentang hanya 10 pemain Chelsea.

Sehingga peristiwa di bawah berlaku...


Torres jatuh ketika sedang selesa berlari untuk merembat. Situasi Evans sama seperti Ivanovic, last man challenge. Bezanya, Torres dilayangkan kad kuning kedua dan dibuang padang kerana dituduh melakukan diving. Ulang tayang menunjukkan Torres lewat menjatuhkan badannya. Sentuhan Evans begitu tipis atau mungkin tidak kena sedikit pun. 11 vs 9. United mesti menang. Fergie memasukkan Javier Hernandez menggantikan Cleverley yang kelihatan hilang punca.


Inilah dia, wira kemenangan sekali lagi beraksi. Chicarito meneruskan reputasi gemilang selaku pemusnah Chelsea. Selepas menjaringkan gol penyamaan dalam keputusan seri 3-3 musim lepas, dan menanduk masuk gol kemenangan ketika menentang Braga minggu lepas, Hernandez sekali lagi menjaringkan gol kemenangan. Naluri pemusnah Hernandez sekali lagi meletakkannya di tempat yang tepat pada masa yang tepat.

Rembatan kaki kiri Van Persie ditepis Cech ke tiang. Keadaan menjadi kelam kabut dan clearance Cech sampai tepat ke kaki Rafael yang merembat. Chicharito, dari posisi ofsaid, menampan bola ke gawang. Harus diakui, Chicharito memang ofsaid. Tuah menyebelahinya malam ni. Situasi seperti ini selalu berlaku. Awal malam semalam, gol kemenangan Luis Suarez dibatalkan sedangkan dia berada dalam posisi onsaid. Akibatnya, Liverpool seri 2-2 dengan Everton walaupun mendahului 2-0.

Selepas gol itu, United mula bermain dengan waspada. Chelsea tetap mengasak walaupun beraksi kurang dua orang pemain. Tetapi United boleh menambah dua lagi gol jika voli kaki kiri Hernandez tidak tinggi melepasi palang gol dan rembatan kaki kanan Valencia yang berlari selesa tidak meliar. Keputusan mungkin lebih teruk buat Chelsea.

Aku malas nak layan apa pun kata-kata kurang enak dari penyokong Chelsea yang kecewa. United kini hanya ketinggalan satu mata di belakang Chelsea dengan pertemuan menentang Arsenal hujung minggu ini menanti. Hanya ada satu hakikat malam tadi, Manchester United membenam Chelsea 3-2 di tempat lawan.












p peluk s : Gumbira...


Sunday, October 28, 2012

Another Day In KB

Assalamualaikum.

Jumaat lepas aku check-out dari Hotel Ridel, dan check-in pula di Hotel Grand Riverview. Ada saja rumah saudara-mara. Cuma adik-adik kecik nak berendam dalam kolam renang. Kebetulan menyambut hari lahir kakak aku, maka apalah salahnya tidur di hotel sekali-sekala.

Pagi Sabtu, aku sarapan sepuas hati. Diet? Aduh, lupa lagi. Mendukacitakan.


Tarikan nasik lemak dan ayam terlalu kuat. Hingga kekentalan hati tergugat.


Koko Krunch. Mango juice. Marvellous.

Lepas sarapan, rehat sebentar. Tak sampai sejam kemudian, terus berendam di kolam renang. Walaupun tak pernah pergi belajar berenang, ada jugak hati nak jadi Daniel Bego. Kuak punya kuak, lima meter pun tak bergerak daa... Nasib baik tak ada orang sangat. Cuma adik-beradik aku dan dua tiga orang budak lain. 

Puas lar kitorang conquer kolam tu. Macam kolam renang di rumah sendiri. Sebenarnya petang tu mandi lagi. Tapi tangan aku cramp. Puncanya, sebelum mandi pergi lunch KFC. Ya, lunch jam 5.30 petang. Lunch lah sangat... Memang sakit sangat tangan aku. Sabor jer lar...

Malam tu....

Sekali lagi makan di Restoran Kengsom. Hari pertama yang disinari kesedapan masakan di sana memanggil kitorang ke sana lagi. Sempena menyambut hari lahir kakak aku yang sepatutnya pada hari esok (Ahad).


Bosan sangat tunggu makanan lambat sampai. Sempat lagi baca Lawak Kampus jilid ke-15. Dem! Tak sedar diri lagi ada peperiksaan menanti.


Sebelum bergerak balik, sempat lagi posing. Tak tahu apa punca. Cuti ni kerja bergambar je. Kemain lagi Lelaki Dari Marikh. Birthday girl jugak jadi mangsa. Maap ye, kakak sulungku.

Kitorang tak terus balik hotel. Jalan-jalan pusing bandar Kota Bharu. Dan.... yeeha! Ariba andre. Aku berjaya beli baju. 


Tu baju umi dan kakak aku sekali. Baju aku sehelai je. Ceh, gaya tu bajet cool je. Semenjak dua menjak jadi model tak berdaftar ni. 

Itulah kisah semalam. Satu lagi malam di Kota Bharu. Cuti sakan sempena raya haji. Lupa habis diet dan peperiksaan akhir semester. Aku perlu fokus sungguh-sungguh dua minggu ni. Ada satu lagi percutian menanti. Jeng jeng jeng.












p sepak s : Sangat enjoy...


Saturday, October 27, 2012

Kapsul Masa Part 3

Assalamualaikum.

Semalam berlalu hari raya Aidiladha. Check-out dari Hotel Ridel dan check-in di Hotel Grand Riverview. Semata-mata memenuhi keinginan adik-adik kecik yang nak mandi kolam renang. Menjamu selera nasik dagang pada sebelah pagi dan makan daging korban pada sebelah petang.

Tiba masanya kisah kapsul masa memasuki bahagian terakhir. Mendedahkan mesej awal semester rakan-rakan sekelas untukku dan komen balas untuk diorang. If they ever read this..


I know by the time you get this you had successfully reduce weight and looking as handsome as ever. 

Sup, sup, sup, sup, sup

Sincerely, Aisha

Pesanan dari Aisha. Dia seorang lelaki. Rakan serumah aku. Nampaknya memiliki kuasa pandangan jauh yang luar biasa kerna berjaya meramalkan aku akan mengurangkan berat badan seperti yang aku mahukan. "Sup, sup, sup" tu trademark aku. Sama macam panggilan "Aaron". Ada kisahnya. ^_^


Dear Nazif,
You have a great personality. Your FB status are very nice. Congrats.

Pesanan dari Anon 6. Sorang lagi yang ingat aku disebabkan oleh status FB aku yang berbunga-bunga. Great personality? Harap-harap begitulah. Tak berani nak kata apa-apa. Terima kasih atas pujian dan panggilan Aaron. ^_^


Dear Nazif, or should I say Aaronazif? 
 
I'm not sure if I know you much but I do know this. You're courageous and sensitive at the same time. (in a good way okay) It's nice to know you.

Pesanan dari Liyana. Sorang gadis yang kenal aku sebagai Aaron pada awal semester. Sorang gadis yang aku kenal semakin rapat sepanjang semester. I hope towards the end of this semester, your view on me has changed. Sekarang kau kenal aku lebih. Aku suka madah pujangga dengan tulisan berwarna oren.


HI BOY,
 I DON'T REALLY KNOW U SO I THINK MAYBE U'RE A NICE BOY. ANYWAY, GOOD LUCK FOR YOUR LOVE STORY AND YOUR CAREER.

Pesanan dari Anon 7 yang kurang mengenali siapa aku pada permulaan semester ketiga walaupun sudah dua semester berkongsi kelas. Aku memang nice boy. Masuk bakul angkat sendiri. Terima kasih untuk ucapan selamat berjaya dalam kisah cinta walaupun nasib masih tak berubah.


Dear Nazif,
Good Luck in IELTS n A-LEVEL.

Pesanan dari Anon 8. Ringkas tapi bermakna. Thanks a lot. ^_^


All the best in what you love to do ~ Follow your passion (I heard you love blogging) You will become a wonderful someday ~

Pesanan dari Anon 9 atau mungkin Kim. Dia tahu aku suka berblog. Semoga kata-kata akhirnya menjadi kenyataan...


To Nazif ...
Thanks for everything and hope you'll forgive me if I've done anything wrong ... All the best for your IELTS and may Allah bless you ...

Pesanan dari Kak Nas, rakan sekelas yang setahun lebih matang. Seorang hafizah yang sangat aku hormati. Akak tak ada buat salah apa pun. Tak ada apa yang perlu saya maafkan. Semoga Allah merahmati hidup akak sepanjang masa. ^_^



You are romantic. Everyone know that. Girls love to hangout with you. I envy you. You are good with Math. They seems to never bored you.

Pesanan dari rakan sebilik aku di kolej, Adib. Kalau kau baca balik apa yang kau tulis, mesti kau tak nak tulis ni lagi. Menuju ke akhir semester tiga, kau sedar girls lagi suka lepak dengan kau. Aku memang romantik, itu hakikat. Sila muntah kuning. Dan aku memang suka Matematik. Pandai kau teka. ^_^


HI NICE BOY

- Thanks for being a good fren to us
- Please do smile MORE and stop making face .. haha "Joke"
- Hope our friendship last ...

Pesanan dari Anon 10. First of all, sama-sama. Kedua, insya-Allah aku akan cuba senyum lebih. Akhir sekali, aku pun harap benda yang sama. Cuma aku tak tau siapa kau sebab kau tak tulis nama. Walaupun kau unknown, kau tetap kawan sekelas aku. Haha.


Dear Nazif,
A very fast learner. Wanna be your menti soon ..

Pesanan dari Anon 11. Sorang lagi hamba Allah yang tak tulis nama. Nak jadi menti? Tapi... siapakah anda? Yang penting, betul ke ayat pertama tu? o_0


Hi Nazif, 
You can't leave your laptop even for a minute don't you ? haha *kidding! Btw, I wish you good luck for your future k! 

Pesanan dari Anon 12. Dia ingat aku kerana aku selalu bersama netbook kesayangan aku yang bernama Tosheen. Anyway, thanks for your wish ^_^


A wise man is superior to any insults which can be put upon him, and the best reply to unseemly behaviour is patience and moderation.

Pesanan dari Anon 13. Woww, bahasa Inggeris memang mantap. Mungkin maksud mesej ni adalah respons aku yang kurang matang menghadapi kritikan. Aku akan ingat tu. Sabar dan sederhana.

Mesej terakhir dari Unknown 13 melengkapkan 24 mesej yang aku terima dari 24 orang rakan sekelas aku. Ya, termasuk aku, kelas 12M5 mengumpulkan 25 orang pelajar bakal doktor. 13 orang yang tak dikenali bermakna 13 orang merahsiakan identiti diorang dan berselindung di sebalik kertas.

13 orang yang tidak mahu siapa diorang dikenali dan membiarkan misteri identiti itu menjadi permainan "Catch Me If You Can" yang sangat menarik. Aku tak berminat untuk tahu. Aku maklum diorang rakan sekelas aku. Hanya 11 orang yang berani dan berbangga dengan nama sendiri.

Ada satu lagi mesej yang aku nantikan. Mesej dari pensyarah Bahasa Inggeris sendiri. Kalau ada, nanti aku dedahkan dan aku balas di blog aku ni. Siapa Aaron? Kenapa Aaron? Lelaki Dari Marikh akan jelaskan.













p peluk s : Seronok baca mesej..



Thursday, October 25, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Pagi tadi, bila aku bukak group FB kelas aku di INTEC, aku diingatkan oleh diorang yang risau dengan keputusan IELTS. Maka, aku yang sudah terlupa bahawasanya hari ni keputusan IELTS sudah boleh direnung pun mula cuak. Dem! Aku dah lar baru nak gumbira tidur di hotel. Walaupun kesejukan penghawa dingin berjaya membuatkan aku hampir sakit tekak.

Lantas adrenalin mengalir kencang. Jari-jemari mula menghubungi pak cik Google dan menaip 'British Council'. Sebaik saja membuka laman web rasminya, adrenalin memecut laju dalam aliran darah. Kadar denyutan jantung mula terasa menyentak dada. Tangan tidak perlu diletakkan di dada. Debaran begitu membara.

Bila dah masukkan semua maklumat, bismillah dilafazkan, dan.... "No results found". Apakah?? Bukan aku nak buat dramatik. Itulah hakikatnya. Aku mula tenang sikit, ketika hati masih risau apakah bayangnya keputusan aku. Aku perlukan 7.5 sebagai passing band. Keseluruhan maksimum band 9. Agak tinggi di situ. Program aku je nak passing band setinggi tu. Program lain cuma perlu 6.5.

Aku baca buku teks Statistik dulu. Ada peperiksaan akhir semester yang menanti minggu depan. Kemudian, aku turun sarapan bersama keluarga.


Nampak kan debaran di situ? Sangat teruja nak tahu keputusan.

Aih, panjang berjela cerita. Okey, straight to the point, aku naik ke bilik hotel lepas sarapan. Famili aku pergi bersiar-siar. Aku bukak FB dan mula news feed dipenuhi dengan ucapan kegembiraan rakan-rakan Medicine.

Aku tekan semula Find dan..... alhamdulillah.. syukur sangat-sangat...


Tapi.. aku masih belum gembira sepenuhnya. Overall passing band yang diperlukan aku dah lepas. Cuma, ada ura-ura mengatakan semua empat komponen perlu band 7.5. Errr. Korang boleh tengok Writing dan Speaking aku agak rendah. Mujurlah komponen Listening dan Reading menyelamatkan aku. Tahniah kepada semua kawan-kawan yang berjaya melepasi passing band. Kepada yang kurang bernasib baik, boleh cuba lagi.

Nak cuba lagi? RM 590. Aku harap sangat-sangat tak perlu ulang. Moga khabar angin cuma sepintas bisik di angin lalu. Yang penting, aku dah lepas 7.5. Setakat ni, aku nak tumpukan peperiksaan akhir semester dan MUET dulu. Tentang requirement IMU, nanti perlu rujuk kepada JPA. Alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan urusanku.












p peluk s : Tenang seketika..


Road To Kelantan

Assalamualaikum.

Pagi semalam, jam 8.30 pagi, aku menaiki bas Shamisha Holiday untuk pulang beraya ke Kelantan. Kitorang keluar agak lewat memandangkan aku kemas beg pagi tu jugak. Agak kelam-kabut sikit. Moralnya, jangan buat kerja saat-saat akhir. Aku dah tahu tu. Tetap jugak buat. Dem!

Sebelum ke stesen bas, sempat lagi posing. Apa dah jadi dengan aku?  Sob sobs.


Walaupun dah lambat, kita harus tenang. Seperti Lelaki Dari Marikh.


Maaf, gambar agak macho. Sila jangan muntah hijau.

Pukul 8.15 baru sampai dan pesan makanan untuk sarapan pagi. Memang gelojoh lar makan sarapan. Cis betul. Terpaksa lah demi mengejar masa... Nasib baik sempat belasah roti sardin dalam kesuntukan masa.

Setelah hampir 10 jam dalam perjalanan yang panjang dan memenatkan, akhirnya aku sampai di Kota Bharu. Menunggu kira-kira 20 minit sebelum dijemput oleh adik kepada umi aku merangkap ayah saudara yang aku panggil Pok Su Li. Aku dan adik lelaki yang akan mengambil SPM pada 5 November ni dibawa ke pejabatnya di TNB.

Tunggu Pok Su Li habis kerja sebelum dibawa ke hotel yang ditempah oleh umi dan ayah iaitu Hotel Ridel. Sebelum dibawa oleh Pok Su Li untuk makan malam, aku hantar beg dulu. Dan... cos of sempat tangkap gambar dulu.


Oh, aku tahu aku kiut.

Destinasi seterusnya ialah restoran Kengsom. Namanya mungkin begitu, kurang pasti. Tapi memang sedap. Apa yang aku makan?


Air laici sebab milo ais kegemaran aku tak dijual di situ. Demyu betul. 


Nasi goreng ayam. 

Sebenarnya banyak lagi makanan sampingan lain. Tapi terlalu banyak nak dimuatkan dalam diari maya. Cukuplah makanan utama yang aku makan. Memang sedap. Sangat puas hati. Hancur, punah ranah diet aku. Tiga pinggan nasik aku bedal. Qada makan nasik tiga bulan. Alasan semata-mata.

Selepas penat makan, masa untuk pulang ke bilik hotel. Niat suci asal untuk ulang kaji sebagai persediaan untuk peperiksaan akhir semester musnah dek kerana adanya wi-fi. Cuti ni pun cuti belajar. Mentaliti lazim, "esok masih ada!". Apa yang aku buat menjelang tengah malam?


Selamat malam semua. Lelaki Dari Marikh dah mengantuk.

Itulah kisah hari pertama tiba di Kelantan setelah sekian lama tak menjejakkan kaki di bumi Serambi Mekah. Kenapa tak tidur di rumah saudara-mara? Nantikan sambungan perjalanan Lelaki Dari Marikh untuk hari seterusnya dalam entri akan datang. Wassalam.












p peluk s : Cuti yang indah..


Delicious Cross

Assalamualaikum.

Awal pagi semalam, pasukan kegemaran aku, Manchester United menang tipis di tempat sendiri. Walaupun benteng pertahanan terus rapuh dan membuatkan United terdedah kepada ancaman bahaya, jentera serangan yang mantap terus garang meruntuhkan setiap kubu yang cuba menyekat arus ketajaman diorang. Malangnya, aku terlepas perlawanan tu. Dem!

Aku dah kunci jam sebelum aku tidur jam 12 malam. Aku dah terjaga akibat deringan amaran pertama jam 2 pagi dan tidur semula. Hoyeah, bila aku terjaga untuk kali yang seterusnya, dah tamat perlawanan, jam lima pagi. Pagi tu aku menaiki bas untuk bertolak ke kampung sebelah umi, Kelantan Darul Naim. 

David De Gea mengawal gawang kerana ibu jari Anders Lindegaard tercedera. Rafael - Michael Carrick - Jonny Evans - Alexander Buttner membentuk tembok pertahanan. Carrick menggantikan Rio Ferdinand, dan Buttner menggantikan Patrice Evra yang direhatkan sebagai persediaan menentang Chelsea. Darren Fletcher dan Tom Cleverley mengawal tengah padang ketika tiga serangkai Shinji Kagawa - Wayne Rooney - Robin van Persie menyokong penyerang tunggal, Javier Hernandez. 

Hasilnya, Manchester United 3-2 SC Braga.

Buat kesekian kalinya, United melepaskan gol awal dalam tempoh 20 minit pertama perlawanan. Kapten Braga, Alan, menghukum kelalaian pertahanan United untuk menghempapkan beban ketinggalan dua gol kepada United. Manchester United perlu bangkit dan diorang melakukannya sekali lagi. Bangkit seperti dalam skrip biasa. Sudah sebati menjadi tradisi Syaitan Merah. 

Shinji Kagawa melambungkan bola dari sebelah kiri kotak penalti untuk Chicharito melakukan tandukan menjunam yang berjaya disentuh penjaga gol Braga, Beto, tetapi terlalu kuat untuk diselamatkan. Chicharito berada pada masa dan tempat yang tepat untuk melakukan tandukan bebas tanpa cabaran.

Dua minit selepas detik satu jam perlawanan, bek tengah, Jonny Evans, menyamakan kedudukan untuk United. Pertahanan Braga gagal mengeluarkan bola hasil sepakan sudut yang disambung oleh tandukan Carrick. Sepakan pertama Evans tidak kena, tetapi bola kembali kepadanya untuk kali kedua. Evans tidak mensia-siakan peluang untuk menolak masuk.


Kemampuan Evans meledak gol memberikan kelebihan kepada United. Setiap kali sepakan sudut milik United, pertahanan lawan perlu berwaspada.


Barisan yang tetap mantap tanpa beberapa pemain utama. Kagawa yang tercedera pada babak pertama. Ferdinand dan Evra yang direhatkan. Danny Welbeck di bangku simpanan. Melepaskan gol awal. Masih keluar sebagai pemenang.


Suku jam sebelum tamat perlawanan, penyerang yang sering disisihkan musim ini muncul wira. Setelah menjaringkan gol pertama United untuk mengurangkan defisit, Chicharito menggegar lagi.


Chicharito dan ayam tambatan United, Rooney, begitu ceria setelah bangkit dari ketinggalan. Hantaran silang Cleverley dari sayap kanan begitu cantik. Terlalu cantik untuk dibiarkan oleh seorang penyerang berkaliber seperti Chicharito.

Sekali lagi menempatkan dirinya di tempat yang sempurna, Chicharito yang tidak terlalu tinggi melonjak untuk menanduk tanpa cabaran. Ketepatan tandukannya membuatkan layangan Beto untuk menepis tidak berjaya.


Wira malam semalam. Penyerang licik dan lincah dari Mexico.

Kini Sir Alex Ferguson dalam dilema. Empat penyerang seniornya di kemuncak prestasi. Wayne Rooney, Robin van Persie, dan Danny Welbeck membenam Stoke. Dan dua gol Chicharito membunuh harapan Braga. Pertemuan penting menentang Chelsea hujung minggu ini menanti.

Siapakah yang akan dipilih oleh Fergie untuk menggalas kepercayaannya? Semua persoalan akan terjawab hujung minggu ni. Glory glory Manchester United. ^_^












p sepak s : Gumbira...


Tuesday, October 23, 2012

Away

Assalamualaikum.

Esok aku akan pulang ke Kelantan. Kampung sebelah umi aku. Aku tak ingat bila kali terakhir aku menjejakkan kaki di sana. Aku akan menyambut hari raya Aidiladha di bumi Serambi Mekah. Aku akan menaiki bas pada jam 8.30 pagi bersama adik aku yang akan menduduki peperiksaan SPM awal bulan depan.

Tak sabar rasanya untuk beraya bersama keluarga. Walaupun peperiksaan akhir semester menanti aku satu minggu dari sekarang, aku malas nak fikir lagi. Aku nak tenangkan minda dan menikmati setiap saat. Terpaksa lar aku beraya sambil membaca buku. Dem!

Mungkin aku tak dapat online sepanjang berada di sana. Jadi mungkin jua diari maya aku ni akan bersawang. Sebelum aku biarkan blog aku ni tak berhapdet, aku nak kongsikan tiga benda yang aku dapat semester ni. Hadiah yang aku hargai.

1. Sweater


Aku baru saja dapat sebaik sampai ke rumah. Hadiah ni dihantar melalui pos ke alamat rumah aku. Selama aku berada di Shah Alam, aku hanya dapat membayangkan rupanya. Apabila memakainya, memang sesuai di badan aku walaupun sedikit singkat. Aku suka.

Terima kasih kepada hamba Allah tersebut. Seorang insan bernama wanita. Maafkan diri ini kerana tidak mampu membalas kasihmu. Apa yang perlu kau tahu, diri ini sangat menghargai pemberianmu ini. Thanks a lot.

2. Key-chain Manchester United


Aku tak kisah berapa nilainya. Walaupun tak mahal, itu tak mengapa. Oh, bukan dari insan berlainan jantina. Pemberinya adalah ensiklopedia mini INTEC. Seorang yang sangat berpengetahuan luas, Viknesh Dev. Thank you, man! I really appreciate this.

Dev hadiahkan sempena hari lahir aku. Key-chain pasukan kesayangan aku. I love it so much, bro! Kau tahu macam mana nak buat aku gembira. Aku akan simpan baik-baik. Kau jangan risau. Thanks very much. ^_^

3. Pensel KLCC


Sebatang pensel. Mungkin remeh bagi korang. Tapi sangat bermakna bagi aku. Pensel ni dihadiahkan oleh pensyarah Biologi aku, Dr. Noraini. Tiga orang saja dapat ni sebagai best presenter selepas satu tugasan yang memerlukan pembentangan.

Seorang gadis berbangsa Cina, seorang jejaka berbangsa India (Dev), dan aku sendiri berbangsa Melayu menerima penghormatan ini atas usaha yang kami curahkan. Terima kasih Dr. Saya sangat menghargainya. It means a lot for me. ^_^


Itulah dia tiga hadiah yang aku kira bermakna. Tidak ada apa-apa nilai sentimental bagi korang. Namun sangat penting bagi aku. Aku sangat suka memberikan penghargaan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pemberi hadiah yang baik hati.

Lelaki Dari Marikh tidak mampu membalas jasa kalian. Biarlah Tuhan membayar kebaikan kalian. No words can describe how i appreciate your gift. Sekali lagi terima kasih. Wassalam.












p cium s : Ringkas tapi bermakna...


Kapsul Masa Part 2

Assalamualaikum.

Tempoh hari, dalam bahagian pertama, aku cakap aku dapat kurang satu pesanan. Sepatutnya aku ada 24 mesej dari 24 orang rakan. Aku kira hari tu cuma ada 23. Tapi hari ni aku dah jumpa mesej terakhir. Dah lengkap pesanan dari semua rakan sekelas aku dalam KAPSUL MASA. Apa benda tu? Korang kena baca bahagian satu untuk tahu lebih lanjut.


Sampul surat yang menyimpan semua kapsul masa untuk aku.

Secara ringkas, kapsul masa tu adalah pesanan awal semester yang diberikan kepada penerima mesej baru-baru ini (penghujung semester). Satu semester membawa banyak perubahan dalam penilaian kita terhadap seseorang. Malangnya, mesej telah ditulis dan disampaikan.

Kini tiba masa untuk aku menunjukkan separuh mesej yang aku terima dan jawapan balas untuk diorang. Check it out!


Nazif
Here comes the Romeo of the class. Hurmm nothing much to say and in my opinion you are unpredictable and full with mystery. 

Pesanan ini dari Irfan. Aku harap satu semester membuatkan kau lebih mengenali aku. Romeo? Aku terima tu sebagai satu pujian. Aku memang sukar dijangka dan misteri. Aku suka pandangan kau.
 

Nazif: Person loaded with 'superpositive' charge. Have eagerness that can lead you to success. Be fastest in going back. Always.

Pesanan dari Anon 1. Tak dapat dikesan pengirimnya. Nampaknya beliau sangat peka dengan kecenderungan aku untuk menjadi orang pertama keluar dari kelas sebaik saja lecture tamat. Terbaik!


Dear Nazif,
You're a nice guy actually, aren't you? 

Pesanan dari Anon 2. Sekali lagi gagal diketahui pengirim mesej ni. Itu soalankah? Kalau soalan, jawapannya pasti ya. Haha. Bagi sesiapa yang kenal aku, akan tahu aku lelaki jenis macam mana. No comment. ^_^


Nazif,
You are nice, hardworking, loving, peaceful and the undisputed leader of your troop. You have to guide your friends towards success and you are capable of doing it, Dev says it !!! Take care and may God bless you. 

Pesanan dari Viknesh Dev. One of the most enthusiastic guy i have ever met. Kalau tulus semua pandangan tu, terima kasih yang tidak terhingga, kawan. You are awesome too, ensiklopedia mini INTEC! No words can describe your amazing characteristics. ^_^
 

Hey Nazif !! The doctor Love in INTEC! Haha! I'm happy that u are in Love now! Be happy always! N when u talk speak louder as it is difficult to hear u. 

Pesanan dari Anon 3. Doctor Love? I'll take that as a compliment. ^_^ Orang yang keberapa juta ratus suruh aku cakap lebih kuat. Maaf ya, tak perasan suara saya perlahan. Arrrr...
 

To : Nazif (Aaron)
Smile more often, because I rarely see your smile ... 

Pesanan dari Woon Woon, model Brands. Ini masa awal semester. I think you seen my smile week in week out right? I hope i do smile because i never know my facial expression. LOL ^_^


To : Nazif
Good luck for your IELTS exam and all the best. Thanks for being my friend.

Pesanan dari Thulasi. Peminat setia K-pop. Habis semua drama Korea dia dah hafal. Errr. Sedih betul baca ucapan semoga berjaya bila IELTS dah habis. Dan, sama-sama. Thanks for being my friend too. ^_^


Nazif The Boltz,
Tries hard and do his best, always has something to say, cooperative, helpful, funny, a really nice friend, a good boy, and good at futsal and Counter Strike.

Pesanan dari Zulkifli Omar Nasir a.k.a Nakaruddin al-INTEC. Sahabat senegeri dengan aku, asal Kedah Darul Aman, sekolah menengah di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Pesanan Zul ni semua ditulis malam sebelum kapsul masa dikirim. Terima kasih banyak-banyak tak terhingga banyaknya atas semua kepositifan yang kau nampak. ^_^


To : A Guy From Mars
- alien
- casanova 

Pesanan dari Anon 4 yang nampaknya tahu kewujudan blog aku sejak awal semester lagi. Aku tak pasti adakah persepsi beliau berupa tuduhan atau pujian. Aku terima alien tu. Tapi kasanova.... dem!


You are a very kind and sweet guy. Sometimes you can be a little bit cheezy but it's okay. haha... I always wonder whether you actually create your own quotes on fb or just copy paste them... haha... Anyways, the quotes are very inspiring just like you! TQ for being such a good friend :)

Pesanan dari Anon 5 yang aku suka sebab panjang berjela dan nampak cubaan nak menilai aku. Ada disebut pasal status FB aku. Memang aku cuba memotivasikan orang lain. Kalau berjaya, alhamdulillah. Terima kasih daun keladi untuk mesej ni. ^_^


Nazif
The ever so serious Nazif that I don't understand most of the time what are you saying. and the person who always brings his laptop. everyday. 

Pesanan dari Niroshini. I'm glad those things make you remember about me, Niro. LOL. If you are close with me, you'll know i'm not serious at all. I know i speak quite too fast. But i hope one semester does change your view on me. ^_^
 

To : Nazif (Aaron)
 The famous blogger, I have never been to your blog before but I will go once I have a chance. So, in order to encourage me, write something about me and post it on your blog! 

Sorry S'ng Yun Xuan, i've just read your letter. Well, you have slow-like-whisper and cute voice. I'll remember you always badminton player. You can be the next Wong Mew Choo. ^_^


Okey, itu saja untuk pendedahan bahagian pertama. Separuh lagi mesej untuk aku akan didedahkan dalam entri akan datang. Best jugak kapsul masa ni. Hoyeah! 












p peluk s : Memorable..


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif