Tuesday, October 23, 2012

Family Time in Chennai

Assalamualaikum.

Semalam keluarga aku menghabiskan masa di Chennai. Kitorang tak ke India pun walaupun Chennai di sana. Apa yang perlu adalah ke Sungai Petani dari Changloon. Yup, tak menghairankan kerana kitorang pergi Chennai Curry House. Siapa yang pernah pergi akan tahu tempat yang kitorang tuju.

Kitorang pergi lebih kurang jam 5.50 petang kerana menanti kepulangan ibunda tercinta dari tempat kerja. Tujuh orang manusia - umi, ayah, dua orang budak kecik, dan tiga orang budak besar - mula terbayang nasi briyani di sana yang sedap. Yeah, lupakan diet aku seketika. Bukan selalu aku mendapat peluang ni.

Apa-apa hal, kita posing dulu.


Tapi, kitorang tak terus menuju ke Chennai. Lebih kurang jam 7 petang, kitorang singgah di pasaraya Giant Sungai Petani memandangkan umi dan ayah aku nak beli jeruk untuk sanak saudara di Kelatan. We'ols akan balik ke sana esok. Oleh sebab waktu Maghrib telah pun masuk, aku terus menuju ke surau untuk menunaikan solat jamak.

Selepas tu..... shopping time! Ayah aku beli tablet untuk adik-adik kecik aku yang manja nak main game. Oh, sudah tentu aku akan tangkap gambar bersama beliau. Harganya dirahsiakan. Tak lar mahal sangat. Sekurang-kurangnya tablet ni boleh masuk FB. Hoyeah~



Sementara menunggu umi dan ayah solat selepas memborong jeruk, aku berehat seketika di kerusi Rest n Go. Malam semalam tidur atas lantai. Belakang aku sakit. Maka terpaksa lar biarkan kerusi ni mengurut. Sedap pulak rasanya. Aku duduk untuk enam minit. Puas hati!



Sebelum bergerak ke Chennai Curry House, aku bergambar di luar Giant bersama tablet baru. Tak kisah lar orang nak kata aku baru ada tablet atau apa pun. I don't care. Orang boleh cakap macam-macam, itu je diorang boleh buat. Sikit pun aku tak rugi. ^_^


Gambar ni aku jadikan profile picture FB yang baru. Aku bersama Acip, dengan tablet yang direbut sepanjang perjalanan dengan adik bongsu aku. Aku tak main lar berebut ni. Aku kan kanak-kanak yang dah membesar. Harus menjadi teladan yang dapat dicontohi. 


Pandai jugak Acip ni posing. Siap kenyit-kenyit mata lagi tu. Nanti kau dah besar aku nak tunjuk kat kau, budak. Macam ni lar kau masa kecik. Untuk pengetahuan, dia ni pemalu. Tak ada harapan jadi buaya. Perlu lebih banyak menimba ilmu daripada pakar a.k.a Lelaki Dari Marikh. 



Lepas pesan makanan, aku rasa tandas memanggil. Selepas tunaikan hajat, aku TERnampak cermin. Rasa macam cermin tu tak ada masa aku masuk. Hebat kan alasan aku? Tanpa ditunggu lagi, aku segera tangkap gambar kenangan. Bukan perempuan saja gila cermin, dan bukan sebarang lelaki. Aku Lelaki Dari Marikh.


Setelah puas bergaya depan cermin pun, makanan yang dipesan belum sampai lagi. Lelaki Dari Marikh sudah jemu. Kelaparan tahap nak makan orang. Tapi mood nak posing belum surut. Kakak sulung jadi mangsa. Mujurlah beliau sangat sabar dengan kerenah beta.


Jus tembikai dan jus epal. Kedua-duanya bukan milik aku. aku tetap pesan minuman kegemaran aku, MILO AIS. Air ni kepunyaan adik-beradik aku. Saja nak bagi peluang air berdua interprem dalam diari maya aku.


Au cak! Rupa sebelum dan selepas penutup dibuka. Chicken Pot Briyani. Hoyeah! Memang kegemaran aku setiap kali berkunjung ke Rumah Kari Chennai. Sangat enak dan menyelerakan. Isi ayam yang tersorok di sebalik nasi sangat lazat. Ya, aku lupakan diet aku seketika.


Bismillah. Eh, kejap. Ada lagi.


Pot sedia depan mata. Mana tahu aku nak belasah satu pusingan lagi. Dan jus tembikai tu menyibuk sekali lagi. Takpe, dalam entri ni saja jus tembikai jadi pelakon ekstra. 


Sebelum meneruskan perjalanan pulang, kitorang singgah di hentian rehat dan rawat Gurun untuk minum-minum. Aku masih lagi sempat menculik adik bongsu aku yang sangat manja. Apa pun, abang lagi comel. 

Itulah kisahnya masa aku bersama keluarga di Chennai. Bukan di India, hanya di Sungai Petani. Kalau korang ke sana, jemputlah aku dulu. Boleh kita sembang-sembang. Aku makan, korang belanja guna duit korang. Fair and square. ^_^

Terima kasih yang tak terhingga kepada kakak sulung aku yang sabar tangkap gambar-gambar aku dalam dia membebel. You rock, sis! Semoga bertemu lagi dalam entri akan datang. Sekian dulu, wassalam.












p sepak s : Enjoy...


2 comments:

teha said...

fuhh.. happy nye muke.. hahahah !

M Fizan said...

@teha haha. cos of ! :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif