Assalamualaikum.
Satu lagi hari yang penting. Dan satu lagi telah aku lepasi. Aku masih hidup. Bermakna aku telah berjaya menyelamatkan diri daripada ujian bahasa asing kedua dalam tempoh kurang seminggu. Sabtu lepas aku menghadapi written test IELTS. Dan pagi tadi, aku telah mengatasi dugaan MUET Speaking.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah.. Dengan izin-Nya, hari ni menjadi hari yang sangat menggembirakan bagi aku. Sekurang-kurangnya setakat penulisan entri ini. Hidup umpama roda. Mungkin sebelah petang dan malam ini mendukacitakan. Hanya Allah yang tahu. Tapi, setakat tengah hari ni, semua urusan dipermudahkan Ilahi.
Aku datang ke INTEC pagi tadi dengan penuh harapan untuk pulang dengan kejayaan. Giliran aku tiba pagi tadi untuk menduduki peperiksaan MUET. Sesi 7.30 pagi. Kitorang diminta masuk ke waiting room sebelum jam 7.45 pagi. Segala 'hajat' perlu ditunaikan sebelum masuk kerana tiada jalan keluar selepas berada di dalam. Debaran makin memuncak. Mujurlah Mr. Eustace (pemeriksa berbangsa India) sangat humorous (kelakar) dan bijak menenangkan suasana yang agak tegang.
Lawaknya spontan dan bijak. Memang kena pada masanya untuk menghilangkan tekanan buat seketika. Ada lima kumpulan untuk sesi pagi. Aku ahli kumpulan kedua. Angka giliran 5043. Aku sorang dari kelas M5. Bakinya dari kelas M4 iaitu Marsaid, Sajid R, dan Hydeer. Oh ya, aku Candidate C ^_^
Ketika dipanggil masuk, aku rasa tenang. Tak gemuruh seperti selalu. Aku yakin semuanya akan berlalu dengan pantas. Aku hanya mahu menamatkan semuanya dengan baik seperti latihan malam semalam. Kitorang dah berlatih bersama-sama untuk memastikan kelancaran diskusi. Kedudukan kitorang seperti dalam gambar di bawah.
Begitulah lebih kurang. Aku di sebelah kiri Pemeriksa 2 (Mr. Eustace). Marsaid di depan aku selaku Candidate B, Sajid di kiri sebagai Candidate D, dan Hydeer sudah semestinya Candidate A. Seperti yang telah kitorang sedia maklum, 1 minit diberikan untuk meneliti Task A yang diberikan. Tugasan ini adalah untuk penilaian individu. Selepas itu, dua minit diberikan untuk menyiapkan isi. Aku memilih untuk menghuraikan tiga isi walaupun hanya dua yang diperlukan.
Dan.... peperiksaan pun bermula. Untuk tugasan individu, kitorang diberikan topik jenayah terhadap kanak-kanak. Setiap sorang perlu menjelaskan pihak yang diwakili masing-masing. Aku perlu menerangkan peranan KOMUNITI. Hydeer bercerita tentang SEKOLAH, Marsaid perlu menjelaskan peranan KELUARGA, dan Sajid pula PIHAK BERKUASA. Bermula dengan Candidate A, semua calon diberikan dua minit untuk membentangkan huraian masing-masing.
Selepas pembentangan Candidate D, tibalah masanya untuk diskusi kumpulan. Cerita yang sama cuma tugasan itu akan dibincangkan berbanding sekadar pembentangan santai untuk individu. Setiap calon ada peluang untuk membangkang hujah calon lain dan boleh juga menyokong. Malah tidak ada kemestian untuk mempertahankan hujah sendiri. Calon akan dinilai dari aspek kerjasama dan penyertaan. Tidak boleh mendominasi dan tidak juga sekadar menjadi penumpang dalam perbincangan.
Alhamdulillah, jika disoal sama ada aku puas hati atau tidak, jawapan aku positif. Aku sangat puas hati. Hari ni merupakan hari yang sangat ceria. Aku dapat pensel KLCC dari Dr. Noraini (pensyarah Biologi) sebab aku antara best presenter secara individu minggu lepas. Ada tiga orang je. Aku, Dev, dan Kim. Melayu, India dan Cina. Aku sangat bersyukur kerna usaha gigih yang aku curahkan disedari dan dihargai. Thanks a lot, madam. It really made my day. ^_^
Dua hari lagi, pada sebelah malam, aku akan pulang ke rumahku syurgaku. Tapi, sebelum tu, aku ada peperiksaan akhir semester untuk subjek Agama. Aku nak rehat dulu. Kertas topic test Kimia pun dah dapat tadi. Alhamdulillah, aku dapat 90 walaupun boleh dapat 98. Kecuaian..... Mungkin itulah titik hitam hari ni. Selebihnya, aku bersyukur kerana aku terselamat dari cabaran 18 Oktober.
p sepak s : Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment