Monday, October 8, 2012

Spirometer

Assalamualaikum.


Korang nampak tak benda alah warna putih, ada lubang-lubang tu? Alaaa, yang kat sebelah tangan kanan aku dan kalkulator. Itulah benda alah yang diberi nama "spirometer" oleh mak ayah beliau. Benda tu digunakan untuk kira kadar jantung kita. Perggh, kemain lagi permainan makmal aku hari ni. Permainan? Yup, setiap kali waktu lab adalah masa untuk bermain bagi aku. Hoho, don't try this at home

Jangan tengok gambar tu lama-lama. Pelik sikit muka aku. Itulah Lelaki Dari Marikh dalam kelas makmal Biologi sedang mengira kadar jantungnya sendiri. Prosedur terlalu rumit untuk dijelaskan di sini. Mungkin korang akan pengsan, sedar semula, dan muntah hijau kalau aku cerita langkah demi langkah untuk bermain dengan spirometer tu. Cukuplah permainan tu menjadi rahsia aku dan rakan sekelas aku. 

Yang penting, main benda tu sangat best. Korang akan pakai satu "mouthpiece" untuk letak mulut korang dan hembus nafas. Aku terhibur hari ni. Muahahaha. Amaran: Makmal bukanlah tempat hiburan. Doktor Nazif (insya-Allah satu hari nanti) memang tak suka serius dan stres. Jadi aku bermain dan ceria ketika rakan lain begitu tekun dengan eksperimen. Okey, nampak benor nipunyer. 

Kalau tengok gambar kat atas tu, nampak sangat aku skema tengah kira-kira dengan kalkulator kan? Itu bukan dusta semata-mata. Aku memang suka Matematik. Jadi tak perlu lar aku berlakon untuk tangkap gambar. Gambar tu kawan aku tangkap curi. Tanpa sebarang amaran lisan. Sebab tu aku tak bersedia dan muka aku nampak pelik. Dem! 

Apa pun, aku tetap macho walaupun kandid. Kuikuikui. Ada gaya doktor tak? Moga-moga impian aku menjadi kenyataan. Moral of the story, jadi lar sorang yang bermoral. Nampak sangat takde moral. Ekceli aku nak bercerita kepada diari maya bahawasanya aku kira kadar jantung dalam makmal hari ni. What a Monday











p peluk s : Semakin sibuk...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif