Welcome To My Life...

Tuesday, January 31, 2012

Thank You Allah


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Thank you Allah..

Syukur alhamdulillah.. urusan percubaan IELTS aku yang membawa carry marks untuk subjek ALEL20 dipermudahkan Yang Maha Mendengar.. percubaan bercakap nie ada tiga bahagian.. bahagian pertama adalah pengenalan tentang diri.. bahagian kedua diberi waktu untuk berfikir selepas membaca satu senarai soalan.. bahagian ketiga pula adalah soalan respons terbuka..

Hari ni separuh jer kelas aku terlibat.. separuh lagi akan diuji dua hari berselang.. kitorang lega sebab satu kegusaran dah tamat.. separuh nama yang atas dalam senarai nama kelas bersedia di luar kelas petang tadi.. aku mendapat giliran kelapan daripada 12 orang yang berjuang untuk markah yang berharga..

Sorang demi sorang masuk.. aku mula-mula tenang jer.. kepada semua rakan yang sama menanti aku ingatkan satu benda.. masuk jer dengan konfiden.. 'goreng' jer jawapan cukup-cukup.. tahu ke tak belakang kira.. yang penting bantai jer sehabis baik.. masa tu aku memang rileks.. tapi makin dekat giliran aku, makin cuak jadinya.. lupa dah ketenangan dan konfiden yang aku laungkan tadi..

Tiba giliran aku, aku masuk dengan ucapan salam.. bismillah di dalam hati.. duduk dan baca bismillah lagi.. berdebar sikit.. tapi bila sepatah jer kata keluar dari penemu bual, aku dapat keyakinan semula.. bahagian pertama mengenai cuti.. aku disoal "apa yang anda tak suka buat masa cuti?", "adakah anda lebih suka cuti keseorangan atau bersama keluarga?" dan "adakah anda suka percutian di tepi pantai atau di tepi atas gunung?".. bahagian pengenalan diri yang tak terlalu sukar..

Bahagian kedua, aku perlu membaca satu senarai soalan dan diberikan masa satu minit untuk menulis isi yang akan aku cakapkan.. topik mengenai satu sekolah yang pernah aku pergi.. soalannya adalah "bagaimana rupa bilik darjah anda?", "bagaimana ketrampilan guru?", "bagaimana subjek diajar?" dan "adakah itu sekolah yang baik?".. aku bedal jer seboleh mungkin dalam masa dua minit yang ditetapkan..

Tiba masa bahagian ketiga yang menggusarkan aku.. soalan respons terbuka.. memerlukan pemikiran kreatif dan kritis.. tapi alhamdulillah..... topiknya tentang sistem pendidikan.. pernah dibincangkan dalam kelas.. dan aku memang dah fikir jawapan jika soalan nie diajukan.. mungkin berkat bismillah yang aku baca berkali-kali sebelum masuk.. alhamdulillah, aku dapat jawab.. tapi mengecewakan kerana tak berapa fasih.. kurang lancar kerana memikirkan ayat apa yang nak diucapkan selepas ayat yang aku cakapkan.. sedih.....

Keseluruhannya, aku berpuas hati untuk percubaan pertama ni.. aku dapat jawab.. tapi masih kurang fasih dan lancar.. banyak lagi perlu diperbaiki.. insya-Allah dengan latihan yang berterusan, aku akan dapat menguasai skil bercakap dengan baik..









p palang s : Berusahalah...

Debaran



Assalamualaikum..

Berdebar Lelaki Dari Marikh menantikan percubaan bercakap IELTS hari nie.. tak sampai 10 minit pun nak cakap tapi entah lar.. risau, risau, risau... sebab percubaan nie akan membawa carry marks untuk subjek ALEL20.. pelajar yang fasih bercakap dalam bahasa penjajah nie pun dapat band 7 daripada 9 jer.. jadi aku yang jarang speaking London agak resah lar..

Tapi percubaan tu tak akan lama.. cara berfikir tu yang penting.. isu nie aku akan kupas dalam entri yang seterusnya.. buat masa ni, aku nak fokus pada percubaan tu dulu.. sebab dalam masa dua minggu, aku akan ada topic test Biologi pulak.. macam tu lar hidup kat sini.. kena pandai bahagi masa..

Malam ni ada perlawanan Liga Perdana Inggeris.. pasukan kesayangan aku akan turun menentang Stoke City untuk mengubati kekecewaan tersingkir daripada Piala FA setelah ditumbangkan Liverpool.. pukul 4 pagi.. insyaAllah aku bangun..

Sekarang nak bersedia untuk percubaan IELTS.. whatever it will be, I would never settle for average.. aku akan buat yang terbaik.. aku harap semuanya berjalan lancar..

Minggu nie ada cuti 5 hari.. Maulidur Rasul + Thaipusam.. banyak filem nak dihabiskan nie.. haha.. have a nice day semuanya...









p palang s : Dup dap dup dap..

Monday, January 30, 2012

Awan Nano

Assalamualaikum..


sumber : TV3


Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
dan bibirmu

Bait-bait lirik yang begitu menyentuh sanubari..

Semalam Hafiz, penyanyi kelahiran Sarawak produk Akademi Fantasia 7 membuktikan karyanya berkualiti selepas mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.. mengalunkan lagu ciptaan M. Nasir dengan lirik dikarang Budi Hekayat, lagu dendangan Hafiz yang berjudul "Awan Nano" dinobatkan Lagu Terbaik AJL26..

Malah dengan penghayatan yang begitu menusuk kalbu, Hafiz mendapat bonus dengan dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik AJL26.. vokalnya memang menaikkan bulu roma Lelaki Dari Marikh setiap kali mendengar Awan Nano.. tidak hairanlah lagu ini menjadi lagu kegemaranku..

Tambah membuatkan aku teruja, Alyah menerusi lagunya, "Kisah Hati", telah memenangi anugerah Persembahan Terbaik dengan menampilkan kemunculan istimewa Remy Ishak sebagai gimik.. lagu ini juga merupakan lagu wajib dengar setiap kali aku ada masa lapang..

Tidak kurang hebatnya lagu "Beribu Sesalan" dan "Sedetik Lebih".. semuanya memang indah di telingaku.. mengasyikkan..... tahniah Hafiz dan para pemenang.. wassalam..










p tendang s : Masa untuk Awan Nano..


Dramatik





Assalamualaikum..

Final yang dramatik.. tiga patah perkataan yang cukup menggambarkan suasana perlawanan akhir Terbuka Australia 2012, yang pertama daripada empat Grand Slam dalam kalendar tenis dunia.. Novak Djokovic dari Serbia di ranking pertama dunia bertemu Rafael Nadal dari Sepanyol di ranking kedua.. buku bertemu ruas.. lima jam 53 minit.. perlawanan akhir paling lama dalam sejarah.. pembukaan yang menarik untuk tahun baru..

Masa aku sampai kolej dari stesen bas malam tadi, tetiba aku tengok bilik TV padat dan riuh-rendah.. aku pun hairan apa yang jakun sangat sebab tak ada perlawanan bola pun.. semerta aku teringat yang final Terbuka Australia masa tu.. patut lar... aku pun berdiri di tingkap saja sebab tak nak bersesak di dalam..

Memang hingar-bingar suasana tak dapat digambarkan kerana memang perlawanan ini dinanti-nantikan.. dua pemain terbaik dunia masa kini.. sama hebatnya dengan perlawanan Nadal bertemu Roger Federer satu ketika dulu.. dari gaya sorakan, aku dapat mengesan ramai penyokong Djokovic.. aku pula sudah lama meminati permainan Nadal..

Memang jeritan semalam bila-bila masa saja akan 'menjemput' pak cik polis dari balai yang menjadi jiran kolej kami.. macam konsert dah jadinya.. setiap kali Djokovic memungut mata, sorakan padu pun bergema.. akhirnya Djokovic menang setelah pertarungan hebat lima set 5-7, 6-4, 6-2, 6-7 (5/7) dan 7-5.. sebaik pukulan silangnya membuatkan Nadal terkaku, Djokovic terbaring keletihan dalam senyuman kepuasan..

Satu perlawanan akhir yang turut membuatkan aku tersenyum.. rali panjang yang berturut-turut.. two players that never settled for a defeat.. model unggul yang berjuang habis-habisan untuk setiap pukulan yang menggoncang otot.. kedua-duanya tidak mudah menyerah.. akhirnya Novak Djokovic keluar dari medan pertarungan sebagai pemenang kerana kesungguhannya sedikit lebih mengatasi Rafael Nadal..

Sekian laporan Buletin Marikh.. wassalam..









p peluk s : What a match....


Sunday, January 29, 2012

Teruskan Perjuangan



Assalamualaikum..

Argghhh.. kecewa sungguh aku semalam.. pasukan kesayangan aku iaitu Red Devils aka Manchester United telah tersingkir daripada saingan Piala FA musim 2011/2012.. lebih menyedihkan adalah kekalahan itu ditanggung selepas ditumbangkan musuh ketat zaman berzaman iaitu The Kops aka Liverpool.. penguasaan bola yang jelas namun gagal diterjemahkan kepada jaringan.. The Kops menghukum dua kali kesilapan defensif..

Semalam aku dah sempurnakan pembelian aksesori diri untuk semester kedua menggunakan wang biasiswa JPA.. adalah sikit barang-barang keperluan.. alhamdulillah, semua lengkap.. urusan aku dipermudahkan oleh-Nya.. syukur ke hadrat Ilahi..

Petang ini, pada jam 2.30, aku akan bergerak pulang semula ke INTEC menamatkan cuti raya Cina.. masih ada perjuangan yang belum selesai.. masih ada perhitungan yang belum terlangsai.. masih lagi ada impian yang ingin digapai.. masih ada harapan yang tidak terlerai.. maka aku mesti kembali melangkah gagah dan teguh..

Minggu ini aku akan menghadapi percubaan IELTS yang membawa carry marks untuk subjek ALEL20 (Bahasa Inggeris).. dan komponennya adalah SPEAKING.. sesuatu yang membuat aku sedikit gemuruh.. moga Allah mempermudahkan urusanku sekali lagi..

Dua bulan lagi aku akan kembali semula ke baiti jannati untuk cuti pertengahan semester.. i'm looking forwards for it.. haha.. tak sabar untuk menempuh cabaran lagi dan lagi..








p palang s : Semangat waja..


Saturday, January 28, 2012

Jangan Putus Asa


Assalamualaikum..

Aku sendiri dah lupa pernah atau tidak aku menggarap entri tentang putus asa.. banyak sangat dah entri Lelaki Dari Marikh.. mungkin pernah.. tapi aku akan mengupas satu lagi entri tentang isu ini..

Dalam hidup kita mudah sangat berputus asa.. melihat saja ada halangan atau aral melintang, kita pun berundur dengan rasa kecewa.. sedangkan kita tak pernah tahu.. benar, hanya Allah yang Maha Tahu.. kita tak sepatutnya begitu mudah mengalah.. ada satu madah terkenal berbunyi : "Mereka yang berputus asa tidak tahu betapa hampirnya mereka dengan kejayaan"..

Tepat sekali.. mungkin jarak kita dengan kejayaan hanya lima minit.. tetapi kita berputus asa dan menyerah.. memang kita tidak tahu berapa dekat kejayaan itu dengan kita.. siapa tahu? Mungkin jarak kejayaan itu masih lagi jauh... tetapi haruskah kita mengalah?

The quitters never win, the winners never quit

Itulah kata-kata pujangga yang menjadi inspirasi aku.. orang yang berputus asa tidak akan pernah menang kerana orang yang berjaya tidak akan berputus asa.. betapa berat cabaran menguji kita, kita harus kuat dan tabah untuk meneruskan perjuangan..

Oleh itu, jika kita rasa masih kuat dan sanggup, lupakan hasrat untuk menyerah.. biar putih tulang, jangan putih mata.. berusaha sehingga ke titisan peluh yang terakhir.. mungkin KEMENANGAN sudah begitu hampir.. :)











p palang s : Try to motivate others...


Thursday, January 26, 2012

Bila Bosan Bertakhta


tanya sama hati
benarkah merindu
ingat masa lena
apa mimpimu

masa berjauhan
apa nan dikenang
bila difahamkan
itulah sayang

Assalamualaikum..

Tadi adik aku yang paling kecik, Atip (6 tahun) tetiba nak layan lagu dendangan seniman agung P. Ramlee nie.. huhu.. maka kembalilah memori zaman muda-muda dulu.. terbayang bagaimana aku yang berusia 5 tahun sudah boleh menyanyi lagu nie dengan fasih.. adik aku pulak masih mengomel saja cuba melagukan bait-bait liriknya yang mendalam dan menyentuh hati..

Sebenarnya aku nak garap satu entri berat yang akan membuatkan korang semua berfikir.. tapi tak jadi sebab malas pulak rasa malam-malam nie.. mungkin esok lar.. tapi gerenti dan pasti tajuk tu memang killer.. trailer? Semua orang rasa sakit kan.. tapi tak perlu lar kita putus asa cepat sangat..

Esok hari Jumaat.. penghulu segala hari.. aku akan menghadiri kursus pra-L kereta.. emm.. malu lar cakap pasal nie.. baru nak ambik.. haha.. jangan gelakkan Lelaki Dari Marikh.. petang tadi main futsal lagi.. dah empat kali dalam cuti raya Cina nie.. study tak lagi.. buku pun tak sentuh.. aduhai..

Semoga hari esok lebih baik daripada hari ni.. insya-Allah.. wassalam..









p tendang s : Yeah, City kalah...



Wednesday, January 25, 2012

Sunday, January 22, 2012

Syaitan Merah

Assalamualaikum..

Malam nie dua perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris berlangsung berturut-turut.. aku pun dah tak sabar.. fokus peminat seluruh dunia akan tertumpu di Stadium Etihad pada pukul 9.30 malam waktu Malaysia sebelum berpindah ke Stadium Emirates pada pukul 12 tengah malam..

Lelaki Dari Marikh akan menyenaraikan trio dari setiap pasukan yang akan menentukan keputusan malam ini serta prebiu dan ramalan keputusan..

Manchester City vs Tottenham Hotspurs

Trio Penting
David Silva + Sergio Aguero + Joe Hart
vs
Gareth Bale + Rafael van der Vaart + Brad Friedel

Prebiu
City berkelebihan bermain di tempat sendiri.. tetapi Spurs pasti ingin membalas dendam selepas dibelasah 5-1 di White Hart Lane dalam pertemuan terdahulu.. City akan bergantung kepada kemampuan Silva mengawal bahagian tengah dan kepakaran Aguero menjaringkan gol manakala Spurs berharap kepantasan Bale akan dapat menembusi gawang dikawal Hart..

Ramalan Marikh
Manchester City 1-2 Tottenham Hotspurs


Arsenal vs Manchester United

Trio Penting
Robin van Persie + Theo Walcott + Thierry Henry
vs
Nani + Wayne Rooney + Antonio Valencia

Prebiu
Arsenal pasti begitu bersemangat untuk membalas dendam selepas dibelasah 8-2 dalam perlawanan awal musim ini.. United pula bermotivasi untuk memburu takhta.. penyudah van Persie dan Rooney akan membezakan siapa yang menang dan siapa yang akan berputih mata.. ancaman Nani dan Valencia dari kedua-dua sayap pasti menggusarkan pertahanan Arsenal.. legenda EPL, Henry bisa meruntuhkan kubu United jika cergas untuk beraksi..

Ramalan Marikh
Arsenal 1-3 Manchester United


Bermula 9.30 malam nie, mata aku akan terpaku di kaca televisyen.. tapi perlawanan yang paling aku nantikan sudah tentu melibatkan pasukan kesayangan aku (Syaitan Merah) tepat 12 tengah malam.. moh ler kite... :)










p cium s : Glory glory Red Devils..


Home Sweet Home


Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya aku masih lagi dapat bernafas dan menghirup udara di dunia pinjamannya pagi ini.. lewat malam tadi baru aku sampai ke baiti jannati walaupun perjalanan aku dari Shah Alam bermula 10 pagi.. perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa enam hingga tujuh jam menjadi perjalanan yang begitu menyeksakan semalam..

Hampir 12 jam aku berada dalam bas, menahan lenguh dan kebosanan.. dalam hujan rahmat, aku merupakan salah sorang yang menjadi mangsa kesesakan jalan raya tahap pergerakan semut.. selepas 3 jam bertolak, kira-kira pukul 1 petang, bas yang aku naiki masih lagi dalam negeri Selangor.. dan 2 jam kemudian, baru sampai Tanjung Malim.. sekali lagi terperangkap dalam kesesakan yang teruk dan dahsyat..

Akhirnya selepas mengharungi perjalanan paling panjang Shah Alam-Changlun, aku tiba jua pada pukul 9.30 malam.. tempoh perjalanan ini mengatasi perjalanan pulang aku pada tahun baru yang mengambil masa 10 jam.. mungkinkah perjalanan seterusnya akan memaksa aku bermastautin dalam bas selama satu hari??

Apa pun, aku bersyukur sangat sebab dah sampai dengan selamat.. ayah dan adik aku pun dah selamat sampai di Johor atas urusan keluarga.. lega sungguh dapat baring atas katil empuk kesayangan aku nie.. home sweet home...

Alhamdulillah, duit biasiswa JPA pun dah masuk.. memang Chinese New Year terbaik.... aku nak pergi shopping sakan.. haha.. nak beli jam tangan baru, kasut baru, sweater baru, kemeja baru.. isteri baru?? Oh, tidak! Tak sabar tunggu dua pertembungan EPL yang sangat dinanti-nantikan malam ini.. Manchester City vs Tottenham Hotspur dan paling penting, Manchester United vs Arsenal.. :)










p peluk s : Nak shopping...

Thursday, January 19, 2012

Aral Melintang


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari nie beberapa perkara penting telah diselesaikan sebelum cuti raya Cina.. aku dah bertekad untuk tidak mencari masalah dalam semester kedua nie.. hari nie aku dah siapkan laporan makmal untuk subjek Biologi yang perlu dihantar esok.. rasa sedikit lega kerana aku memang berusaha untuk mendapatkan carry marks setinggi yang mungkin.. pengajaran daripada semester pertama..

Tapi itu bukan tujuan entri ini ditulis.. aral yang melintang.. ya, semua berlaku petang tadi.. sehingga membuatkan aku stres.. semalam aku dan rakan-rakan sekelas rancang nak main futsal petang nie.. aku dah suruh kawan aku tolong tempah gelanggang dan bola.. aku ingat semuanya dah selesai.. pagi tadi dia bagitau dia tak tempah sebab budak kelas lain (kelas yang akan menjadi lawan kitorang) dah tempah.. aku rasa tak ada masalah dengan tu..

Lepas asar kitorang pergi lar gelanggang.. sebelum tu dah timbul kekeliruan sebab dikatakan budak kelas lawan pun tak tahu siapa yang tempah.. tapi aku masih berharap perlawanan tu akan menjadi kenyataan.. aku tak berhenti berharap.. tapi bila sampai gelanggang dan lihat orang lain dah masuk, aku rasa kecewa.. sebab aku dah pesan suruh kawan aku tu tempah semalam.. tempah satu hal, main satu hal.. kalau dah tempah percuma, tak main pun bukan ada masalah..

Aku dan kawan-kawan pun naik bas pulang ke Kolej Cendana dengan hati yang hampa.. aku tukar rancangan nak main badminton pulak.. kawan sekelas aku ada satu raket saja.. jadi aku cuba pinjam dari housemate kepada sorang lagi rakan sekelas aku.. sayangnya, housemate dia sedang dibuai mimpi.. sekali lagi aku kecewa.. teruk sungguh aral melintang.. aku sabarkan diri.. mungkin Allah ingin menguji aku..

Sudahnya, aku habiskan petang itu joging keliling tasik.. memang aku cuba sedaya upaya untuk kuruskan badan.. tapi masalahnya sekarang, kulit aku dah terbakar.. lepas ni aku kena guna sunblock..

Moral yang aku belajar hari ni, kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan.. mungkin joging itu adalah yang terbaik untuk aku hari ni.. supaya lebih banyak tenaga aku digunakan, maka lebih banyak kalori dibakar.. kedua, aku belajar untuk tidak bergantung kepada orang lain.. next time, aku sendiri akan tempah gelanggang tu..










p palang s : Tak sabar nak balik...


Wednesday, January 18, 2012

Monday, January 16, 2012

Wajib Tengok

Assalamualaikum..




Petang tadi tak ada kelas.. sementara menunggu waktu kelas makmal Biologi bermula, ada senior mintak tolong jawab beberapa soalan.. they ols nak siapkan Unit 6, salah satu unit peperiksaan Edexcel untuk subjek Biologi.. diorang kena buat eksperimen.. bukan diorang saja, aku sekali lar.. semua pelajar medik perlu buat..

Diorang buat pasal kesan warna terhadap daya ingatan seseorang.. diorang suruh hafal 20 perkataan yang ditulis dengan sesuatu warna... sebelum kitorang jawab, kitorang dihidangkan dengan aneka pengalih tumpuan.. salah satunya adalah video di atas..

Nampak kan? Bukan aku sebagai subjek uji kaji yang menjadi titik utama entri nie.. tapi video di atas tu.. salah satu pengalih tumpuan daya hafalan kitorang.. aku memang takjub dengan orang yang buat video tu.. rugi korang tak tengok..

Memang dahsyat lar.. tabik spring.. satu minit je.. tapi aku bagi lima bintang.. kreatif dan berseni.. it makes my day.. memang "Wow!!"..

Tengoklah ya.. wassalam.. :)









p tembak s : Pening tengok video tu...


Jagoan Bertakhta Lagi


Assalamualaikum..

Semalam adalah hari yang menggembirakan bagi keluarga badminton Malaysia dan para peminat di setiap pelosok tanah air kita yang tercinta.. Datuk Lee Chong Wei buat kesekian kalinya menguasai pentas final untuk menambah koleksi kejuaraan yang dimilikinya..

Tambah mengujakan adalah kemenangan LCW semalam meletakkan namanya sebaris dengan pemegang rekod pemenang kejuaraan Terbuka Malaysia terbanyak iaitu legenda badminton Malaysia, Wong Peng Soon.. kedua-duanya telah memenangi Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali.. itu adalah rekod yang bukan calang-calang orang boleh menciptanya..

Malah kemenangan mudah di perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2012 semalam membuktikan betapa jauhnya jarak yang membezakan antara LCW dengan pemain-pemain lain.. beliau berada di kelas yang tersendiri.. hanya Lin Dan saja yang berada di kelas lebih tinggi.. kini LCW perlu fokus untuk mengatasi seteru utama dari China itu..

Tahniah Datuk LCW kerana membelasah Kenichi Tago 21-6 21-13 dalam masa 37 minit di hadapan sorakan padu penyokong sendiri.. pasti pemain Jepun itu terkedu dibuli sedemikian rupa.. sekian dulu entri yang diupdate sambil menanti kelas pukul 11 pagi.. tiga jam lagi..

Sebentar lagi penyampaian hadiah untuk pertandingan futsal tempoh hari akan diadakan.. aku dah tak sabar nak merayakan kemenangan bermakna dalam hidup aku.. huhu.. gumbira.. senangnya dalam hati... wassalam..









p peluk s : Cepat lar raya Cina...


Saturday, January 14, 2012

Sabtu Yang Indah

Kasut baru yang aku pakai

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. hari minggu yang sangat indah buat aku.. setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pasukan kelas aku telah berjaya.. semalam aku ada post entri mengenai debaran menjelang pertandingan futsal hari nie.. dan pagi tadi pasukan kelas aku telah berjaya mendapat gelaran naib juara dengan limpah dan kurnia-Nya..

Aku puas hati lar sebab pasukan senior pun turut menyertai pertandingan.. pasukan yang terlibat pun kuat-kuat.. tapi dengan semangat, tekad dan kesungguhan kami semua, pasukan 12M5 telah merentas laluan sukar untuk mendapatkan sesuatu.. Alauddin, Ehsan, Dev, Sajid Nabiel, Zafran Adib dan Syahid Yasin merupakan rakan sepasukan aku yang sama-sama berjuang menghadapi detik-detik mencemaskan sebelum dinobatkan pasukan kedua terbaik..

Pasukan aku terlibat dalam perlawanan sulung.. aku memang cuak habis sebab takut sangat kalah awal.. tambah-tambah lawan pasukan yang dibarisi budak-budak Cina.. perlawanan tu macam tarik tali sebelum kitorang 'bungkus' diorang 5-3.. seperti biasa, Syahid adalah peledak utama yang berbisa dan boleh aku harapkan..

Ada 16 pasukan beraksi.. kemenangan sulung membawa kitorang ke suku akhir.. bertemu pasukan senior yang majoriti memakai jersi Malaysia dan berdasarkan aksi diorang dalam pusingan awal, kitorang ada sebab untuk risau.. perlawanan memang sengit.. aku masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua, menggerakkan gol yang dijaringkan Syahid Yasin dan membenarkan Dev masuk untuk 'tutup kedai' (istilah aku untuk bertahan habis-habisan).. kitorang berhasil menang 1-0.. kepuasan pada masa tu memang tak terkata..

Semi-final lawan pasukan kelas roommate aku.. diorang ada pemain cilik yang lincah, Usop (bukan nama sebenar).. dalam perlawanan sebelumnya, diorang buli pasukan senior.. jadi aku pesan Sajid dan Ehsan bertahan dengan kental macam selalu.. satu lagi perlawanan yang sengit.. kitorang mendahului tapi disamakan semula.. aku masuk pada babak kedua menggantikan Adib.. hujan rintik-rintik, memang kondisi yang paling aku suka.. basah dan licin.. ternyata keadaan yang sesuai untuk aku menjaringkan gol pendahuluan.. euforia masa tu tak dapat digambarkan.. aku suruh Dev gantikan aku untuk satu lagi situasi shut-up shop..

Tapi kesilapan pada saat terakhir membenarkan gol penyamaan dijaringkan.. 2-2.. terus ke penentuan sepakan penalti.. tiga orang saja.. Syahid skor dengan mudah dan Alauddin selamatkan sepakan Usop.. 1-0.. aku dah melutut sambil menadah tangan berdoa kepada Allah.. tapi Ehsan dan Sajid gagal.. begitu juga pemain kedua lawan.. dan pemain ketiga lawan skor untuk 1-1.. masuk situasi sudden death.. semua suruh aku yang ambik.. jadi aku beranikan diri untuk menapak.. selangkah saja kaki dihayun dan GOL!!! (alhamdulillah).. sepakan lawan pula gagal.. 12M5 ke final!!

Final pun lawan satu lagi pasukan kelas roommate aku.. mungkin kerana dah berpuas hati, kitorang tak dapat asak dengan baik.. sekali lagi aku masuk pada babak kedua untuk mengubah keadaan.. malangnya satu serangan pihak lawan terkena kaki Dev dan masuk ke gawang.. satu serangan akhir yang tinggal.. aku berjaya melepasi roommate aku tapi hantaran lintang aku kepada Sajid ditanduk sipi melepasi tiang dan....... wisel terakhir.. sedikit mengecewakan bagi aku yang sentiasa ingin menang..

Masa aku datang pagi tadi memang nak main semua perlawanan sampai final.. alhamdulillah, dengan izin Allah, hajat aku tercapai.. diorang panggil aku manager sebab aku semangat bagi instruction pada kawan-kawan aku.. pemain mana perlu dikawal, posisi mana perlu dijaga.. aku puji komitmen semua rakan-rakan sepasukan aku..

Tahniah korang semua.. aku cuma sebaris nama.. korang memang layak.. :)









p palang s : Manchester United menang 3-0....



Friday, January 13, 2012

Esok Yang Mendebarkan


Assalamualaikum...

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again....


Okey, intro yang langsung tak ada kaitan dengan tajuk ataupun titik utama entri aku kali nie.. saja-saja melayan perasaan kejap.. aku suka lirik tu.. melodi lagu OST 3 Idiots tu pun catchy di telinga aku.. eh, bukan tu yang aku nak cerita..

Sebenarnya, esok aku akan bermain dalam satu pertandingan futsal.. pertandingan dalaman INTEC lar.. antara budak-budak medik.. ingat doktor tak ada masa nak main ke? Hebat-hebat belaka.. aku dah pernah main dengan diorang.. mungkin tak sehebat pemain futsal tulen.. tapi tak lar teruk sangat.. pertandingan nie anjuran Jawatankuasa Tertinggi A-Level Medicine..

Aku dah tak sabar nie.. petang tadi aku beli kasut futsal baru kat Plaza Alam Sentral.. kedai kasut standard lar, al-Ikhsan.. aku pergi dengan kawan baik aku, Syahid Yasin.. eh, kalau ko jumpa entri aku nie, aku nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat.. aku terhutang budi dengan budak Syahid nie.. kalau dia ada masalah, gerenti aku tolong sedaya-upaya.. aku naik motor dia.. pinjam duit dia.. nanti aku bayar balik lar..

Memang semangat aku membara.. aku yakin dengan pasukan kelas aku.. sebab pertandingan inter-class.. tapi ada jugak pasukan yang ambik semua pemain yang 'boleh main'.. aku tak kisah.. itu diorang punya pasal lar.. yang penting, nanti kat Kolej Cendana nie pun akan ada satu lagi pertandingan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cendana (JPKC)..

Masa untuk rehat cukup-cukup.. esok akan menjadi hari yang sangat panjang..









p palang s : Lotto, jenama kasut baru aku..


Wednesday, January 11, 2012

Pengetahuan Allah


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya dalam kelas CTIS20 petang tadi, persoalan aku selama ini telah terjawab tanpa diduga.. kelas hari ini yang masih di peringkat permulaan habis terlalu awal.. dan ustaz membuka ruang untuk sebarang soalan.. salah sorang kawan aku bertanya tentang qada' dan qadar.. dia bertanya cara untuk menjawab sekiranya orang bukan Islam mempersoalkan tidak perlu lagi berusaha melakukan kebaikan jika nasib kita di akhirat kelak sudah ditentukan Allah..

Itulah persoalan yang sering bermain di minda aku.. bukan aku meragui Allah yang Maha Agung.. tetapi aku tertanya-tanya jika Allah yang Maha Mengetahui sudah pasti tahu nasib hamba-Nya yang telah ditetapkan, segalanya sudah ditentukan oleh Allah SWT.. adakah kita sekadar menjadi pelakon di dunia yang fana ini? Adakah dunia lain selepas ini yang hanya dalam pengetahuan Allah? Aku sering tinggalkan persoalan itu begitu saja agar tidak merosakkan akidah aku..

Hari nie aku berpeluang untuk mendapatkan jawapan.. ustaz sendiri kurang pasti dengan jawapannya.. mujurlah seorang hafizah Darul Quran yang merupakan salah sorang rakan sekelas aku dapat memberikan jawapan yang aku kira telah memuaskan minda aku yang sering berfikir nie dan hujahnya konkrit lagi bernas..

Kata Kak Nas (bukan nama sebenar), memang betul seperti yang semua orang ketahui, segala yang telah berlaku dan akan berlaku telah tersurat di Luh Mahfuz.. tetapi itu bukanlah KETETAPAN Allah sebaliknya PENGETAHUAN Allah tentang apa yang akan terjadi kepada manusia.. sememangnya Allah tahu siapa yang akan masuk ke syurga dan ke neraka kerana Dia Maha Berkuasa..

Kita biasa dengar Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.. jika di Luh Mahfuz itu adalah ketetapan, dan sesuatu kaum itu mengubah nasib mereka, pasti tidak menepati sifat Allah yang Maha Mengetahui dan salahlah 'ketetapan'-Nya.. tetapi di Luh Mahfuz itu adalah pengetahuan Allah tentang ciptaan-Nya.. maka apabila sesuatu kaum berusaha mengubah nasib mereka, itu juga dalam pengetahuan Allah..

Walaupun Allah telah tahu, tapi kita tidak tahu.. maka wajarlah bagi kita sentiasa melakukan kebaikan kerana kita tidak tahu kesudahan kita.. Allah SWT pula tahu segala-galanya.. Dia tahu bila kita akan mengubah hidup kita, apa yang akan terjadi kepada kita, adakah kita akan mengubah nasib kita.. semua tidak terlepas daripada pengetahuan-Nya.. apa yang tersurat di Luh Mahfuz bukanlah ketetapan sebaliknya ilmu Allah..

Syurga atau neraka adalah penamat bagi makhluk ciptaan Allah.. Allah tahu siapa yang akan menghuninya.. kita pula tidak tahu dan mestilah berusaha mengubah kehidupan kita untuk mendapatkan kesudahan yang baik.. wallahualam...









p palang s : Tak reti buat entri ilmiah..


WW #23 : A Pic Says It All



Tuesday, January 10, 2012

Help Others




Assalamualaikum..

Buat rakan-rakan yang belum pernah menonton video nie, aku sarankan korang tengok lar.. memang tak rugi masa korang.. malah korang mungkin akan menitiskan air mata kerana tersentuh, terharu dan perkataan-perkataan yang sama makna dengannya..

Sesuai dengan tajuknya, korang mungkin akan terasa nak share kat Facebook sebaik saja selesai menonton.. aku tak share kat Facebook kerana aku tak nak orang nampak aku patuh pada tajuk tu.. jadi aku share kat blog aka diari tercinta aku.. tapi dikira share jugak kan.. ada aku kisah? Haha..

Dah memang best.. kalau best, seperti biasa, akan aku kongsikan untuk tatapan semua yang singgah dengan rela mahupun tersinggah secara paksa aka mengejut ke blog aku nie.. video nie sangat menarik kerana lagunya yang santai dan penceritaannya yang menyentuh sanubari..

Moral of the story, kalau kita tolong orang, nanti orang akan tolong kita balik.. what you give you get back.. selamat menonton.. :)










p peluk s : Very nice video..

Crème de la Crème

Assalamualaikum..

Crème de la crème.. the best of the best.. malam tadi majlis Anugerah Ballon d'Or FIFA 2011 telah dilangsungkan di Zurich (Switzerland), untuk menghargai bintang-bintang bergemerlapan yang telah menyinari planet Bumi sepanjang tahun lepas.. Lelaki Dari Marikh turut berbangga kerana pasukan kesayanganku juga mempunyai wakil di pentas termasyhur anugerah bola sepak berprestij di dunia..

Seperti dijangka, Lionel Messi dinobatkan menjadi raja bola sepak dan Pep Guardiola yang membimbing Barcelona menguasai dunia dipilih sebagai pakar taktikal mengatasi Jose Mourinho (Real Madrid) dan Sir Alex Ferguson (Manchester United).. Sir Alex Ferguson pula diberi penghormatan menerima Anugerah Presiden FIFA atas kejayaan tiada tolok bandingnya menerajui Manchester United memenangi deretan kejuaraan selama 25 tahun..

Pasukan impian 2011 pula melibatkan hanya tiga kelab saja apabila dibarisi pemain-pemain Barcelona, Real Madrid dan Manchester United.. Norio Sasaki menjadi jurulatih terbaik wanita selepas membimbing Jepun menjuarai Piala Dunia Wanita dan Persatuan Bola Sepak Jepun memenangi Fair Play Award dengan semangat mereka bangkit daripada tragedi gempa bumi..

Red Devils' Trio

Magnificent Mastermind

The King and The Queen

The Best Goal's Scorer


The best goal of 2011

Aku sedih jugak sebab sepakan gunting Wayne Rooney menentang Manchester City tewas kepada jaringan solo Neymar.. tetapi tahniah diucapkan kepada semua pemenang.. terbaik antara yang terbaik..

SENARAI PENUH PEMENANG
ANUGERAH BALLON D'OR FIFA 2011

FIFPRO WORLD XI
Iker Casillas; Daniel Alves, Gerard Piques, Sergio Ramos, Nemanja Vidic; Andres Iniesta, Xabi Alonso, Xavi; Lionel Messi, Christiano Ronaldo, Wayne Rooney

PRESIDENTIAL AWARD
Sir Alex Ferguson

WOMEN'S COACH OF THE YEAR
Norio Sasaki

MEN'S COACH OF THE YEAR
Pep Guardiola

PUSKAS AWARD
Neymar

FAIR PLAY AWARD
Japanese Football Association (JFA)

WOMEN'S PLAYER OF THE YEAR
Homare Sawa

MEN'S PLAYER OF THE YEAR
Lionel Messi


Begitulah berakhirnya majlis gilang-gemilang buat mengiktiraf kehebatan bakat-bakat terunggul bola sepak dunia 2011.. semoga kita dapat melihat bakat baru lahir dalam tahun 2012 dan memukau dunia dengan aksi mengagumkan.. sekian dulu, wassalam..










p palang s : Red Devils forever..

Monday, January 9, 2012

Improvisation


Assalamualaikum..

Design 1
Design 2

Okey, lepas dua percubaan mencorak invitation pic untuk majlis reunion Mei ini, aku melakukan penambahbaikan sekali lagi.. dan aku puas hati walaupun aku cuba menggunakan font yang berbeza dengan dua hasil sebelum nie.. selepas design pertama dikritik agak jambu dan design kedua dikritik kerana menggunakan tagline Bahasa Melayu yang dikatakan tidak elegan, aku mengubah suai beberapa aspek untuk memperkemaskan karya.. dan inilah hasilnya..

Selepas dua karya sebelum nie menggunakan warna merah jambu dan biru muda, kali nie aku menggunakan warna hitam sebagai warna latar.. selaku warna universal, hitam sesuai digandingkan dengan aneka warna.. dan aku pun suka warna hitam kerana nampak ekslusif dalam dunia yang tersendiri..

Perkataan "5 Alfa 2010" aku rasa sangat menyerlah dengan penulisan ala kapur di atas papan hitam di bilik darjah.. aku cuba tonjolkan sejelas-jelasnya main focus aku nie.. dan aku harap korang pun nampak apa yang aku cuba serlahkan.. seperti dua karya aku sebelum nie, tulisan tu aku biarkan paling besar agar nampak sangat signifikan..

Begitu juga perkataan "Return To The Memories" tu bagi aku, tulisannya cantik.. pada perspektif aku lar.. cantik kan sesuatu yang subjektif.. aku kekalkan tarikh, tempat dan bingkai.. maka sempurnalah hasil yang telah memuaskan hati aku..

Mungkin akan ada penambahbaikan selepas nie kerana rakan sekelas mahukan karya watermark.. kalau ada, aku terbitkan di sini.. wassalam.. :)










p palang s : #901, not guilty.. Allahuakbar!


Doktor Kulinari


Assalamualaikum..

Persatuan Doktor Semarikh dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Medical Doctor Ezani Farhana kerana telah menjuarai satu pertandingan di luar bidang kedoktoran iaitu pertandingan masakan dalam bidang kulinari.. kejayaan beliau membuktikan tidak mustahil bagi seorang doktor untuk berkebolehan memasak.. hehe..

Aku senyum seketika apabila mengetahui kemenangan beliau kerana aku pernah berkata kepada adik lelakiku beberapa minggu lepas, "Ezani nak menang ni".. tak sangka pemerhatian aku sangat tepat.. walaupun Ezani jarang memenangi pusingan tetapi beliau juga jarang ke pusingan penyingkiran.. pandai jugak aku menilai (perasan kejap)..

Apa pun, tahniah kepada Doktor Ezani kerana telah bergelar Masterchef Malaysia yang pertama.. nama anda akan terus terpahat dalam lembaran sejarah Masterchef Malaysia.. lain kali ingat doktor, ingatlah masakan yang lazat dan enak-enak belaka.. :)

Semalam memang hari yang menggembirakan bagi aku.. Lee Chong Wei berjaya menjuarai Terbuka Korea dengan mengalahkan seteru utama, Lin Dan, dalam tiga set.. dan pasukan kesayangan aku, Manchester United, mara ke pusingan seterusnya dalam Piala FA apabila menewaskan Manchester City.. an ugly win is still a win.. ^_^










p peluk s : Semalam yang indah...


Sunday, January 8, 2012

Conteng Lagi


Assalamualaikum...

Dalam entri lepas aku dah letakkan sampel contengan aku yang pertama, KLIK SINI.. aku saja bukak paint, conteng-conteng maka terhasillah dua karya nie.. tak secantik mana pun.. tapi nak jugak aku kongsikan di diari Marikh kesayangan aku nie untuk tatapan semua.. untuk makluman, kitorang rancang reunion nie 5 bulan lebih awal supaya menjadi majlis gilang-gemilang.. aku berasa bangga selaku pencetus idea kerana telah menghidupkan kembali alumni kelas yang kelihatan tak bernyawa..

Dalam sampel pertama, aku guna warna merah jambu sebagai warna latar dan dikritik oleh budak-budak perempuan.. eh, aku ingat laki yang akan bising.. huhu.. jadi dalam sampel kedua nie aku guna satu lagi warna latar yang lembut iaitu biru muda.. harapnya tidak lagi menimbulkan kontroversi.. tapi panas tak sampai ke petang seperti diharapkan.. hujan di tengah hari..

Aku rasa perkataan "Malam Gala" tu dah habis elegan coraknya.. kan? ^_^
Dalam sampel pertama, aku gunakan perkataan "Annual Reunion" sebab contengan tu dalam Bahasa Inggeris.. sampel kedua aku gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dengan cubaan menyerlahkan idea "Malam Gala" yang diilhamkan salah seorang bekas rakan sekelas yang nak buat pada waktu malam.. corak perkataan "Malam Gala" tu ekslusif bagi aku..

Tulisan "5 Alfa 2010" yang besar, beralun dengan warna terang.. besar dan beralun supaya ia menonjol.. dan aku kira berhasil kerana disedari oleh sorang lagi bekas rakan sekelas.. hehe.. warna gelap aku guna supaya kontra dengan warna latar yang lembut.. semuanya dengan niat menyerlahkan perkataan itu sebagai titik utama.. :)

Tagline "Kembali Kepada Kenangan" aku terjemahkan daripada tagline dalam Bahasa Inggeris dalam sampel pertama iaitu "Return To The Memories".. nampak menarik dengan ritma "KKK".. Koo Kien Keat.. huhu.. tapi budak kelas kata lagi suka tagline dalam Bahasa Inggeris kerana lebih elegan..

Pembaharuan dalam sampel kedua aku dah buang emoticon yang ada dalam sampel pertama dan aku tambah bulan program dan tempat.. baru nampak macam jemputan sikit.. amacam? Dan aku tambah frame di tepi yang dah nampak macam kad jemputan ke kenduri kahwin.. haha.. tapi aku suka..

Budak-budak kelas nak tagline dalam Bahasa Inggeris.. jadi aku main conteng-conteng lagi buat kali ketiga.. nanti aku terbitkan hasilnya di sini dalam entri yang akan datang.. have a nice weekend.. wassalam.. ^_^











p cium s : Semangat membara...


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif