Welcome To My Life...

Saturday, May 31, 2014

Murah Rezeki

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, murah rezeki hari Jumaat ni. Makan tengah hari orang belanja. Makan malam pun percuma. Segala puji-pujian hanya bagi Allah. Alhamdulillah...

Lepas solat Jumaat, aku dan tiga orang rakan serumah ke NSK Supermarket, Kuchai Lama. Ipan dari pagi masa sesi klinikal lagi dah beritahu nak belanja. Katanya sebab gembira. Aku tertanya-tanya jugak betul ke mamat ni... Tapi orang kata 'rezeki jangan ditolak'. Kata Sudin dalam filem 'Seniman Bujang Lapok', "orang dah bagi tu kebas aje le..."

Yeah... makan tengah hari di.... Marrybrown!! Lama dah aku tak makan di sini. Rupa-rupanya si Ipan ni ada kad pelajar untuk diskaun. Harga satu set makanan RM 5. Patutlah.... semangat nak belanja. Alhamdulillah, tetap duit dia. Terima kasih, Ipan. ^_^

Anep dan Azra

Ipan ada banyak kad tu. Kami guna lima. Empat pinggan nasi lemak ayam. Satu pinggan lagi ada ayam goreng dan kentang. Dan lima air Pepsi. Memang sedap nasi tu. Tambah sedap lagi sebab orang belanja. Yee-haa!

 Selfie

 Kami remaja riang

Semalam jugak Marrybrown ada berikan makanan percuma untuk rakyat Malaysia sempena kejayaan skuad badminton Piala Thomas melayakkan diri ke perlawanan akhir. Fries dan air Revive. Kami tunggu sampai pukul 3 sebab nak ambik jugak. Kataku kepada Anep, "kalau Malaysia menang Piala Thomas hari tu, boleh dapat Marrybrown percuma seminggu."


Terima kasih Ipan sebab murah hati nak belanja orang yang lapar. ^_^

---------------------------------------------

Malam pun makan percuma. Alhamdulillah.


Syahid (nama samaran) bawak balik ikan dari Pahang yang dipancing di kolam di rumahnya. Orang nak jamu. Kita janganlah tolak rezeki. Tak baik... Haaaa, apa benda pulak tu bawah telur dadar tu? Nampak macam.... macam.... 


Haaaaa, nah kau. Ikan tilapia lima rasa. Sebut je rasa apa. Semua ada.


Nah sup sayur kobis. Aku selalunya tak makan sayur. Tapi bedal ni dengan sepenuh hati. Makan nasi dalam bekas aiskrim. Penuh sebekas. Dua orang makan. Ada tiga bekas untuk enam orang. Mula-mula ingat tak boleh habis. Sudahnya..... selesai!


Ni bukan cawan tau. Dalam jag ni. Optical illusion. Air ni kata pembuatnya entahlah apa nama. Main campur-campur kordial terhasillah air ni. Cawan pun tak ada. Minum terus dari jag. Terbaik....

-------------------------------------------------

Lepas kenyang makan malam, ingat nak tidur. Tapi nasib baik semangat pergi main futsal. Bakar lemak sebelum diternak. Sekurang-kurangnya tak banyak sangat lemak yang disimpan. 

Alhamdulillah, murah rezeki di hari Jumaat, penghulu segala hari.




Sri Petaling
0015
31/05/2014


Friday, May 30, 2014

Memori Air Manis : D2P1

Assalamualaikum.

#mcskampunggetaway
Day 2 Part 1

Entri sebelum: Mengintai kunang-kunang

Selesai sudah cerita hari pertama. Kita sambung pula dengan cerita hari kedua di homestay Air Manis. Kami bangun mandi, solat Subuh. Ada yang menyambung aktiviti tidur. Aku memilih untuk menunggu sarapan. Perlukan tenaga untuk sukaneka.

Suami Kak Lela (aku lupa namanya) belikan donat dan nasi lemak. Dan minum air teh. Memang enak. Lepas sarapan, kami mula berkaraoke. Sebelum balik, tangkap gambar dengan Kak Lela dan suaminya dulu.

 
Sepatutnya jam 9 pagi kami perlu ada di pusat homestay. Tapi lima minit sebelum pukul 9 baru bertolak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sepuluh minit. Aku ingatkan kami yang paling lewat. Tapi rupanya.... ada lagi yang lebih lewat (masa sukaneka berlangsung baru sampai).

-----------------------------------------------------------------


Inilah dia pemilik homestay, Wak S, menunjukkan joran yang digunakan untuk pertandingan memancing. Wak memberikan beberapa nasihat supaya mata kail tak mencederakan rakan-rakan terutama bagi yang masih amatur (termasuk aku). Kita pendekkan cerita. Kami pun mula memancing. Antara umpan yang digunakan adalah ikan dan jagung. 10 ekor ikan berjaya ditangkap.

Macha dengan hasil tangkapan

-----------------------------------------------------

Pada masa yang sama hero-hero memancing, gadis-gadis bermain acara lain.

 

Gambar atas tu, pukul sarang tebuan. Air digantung pada ketinggian yang emmm... agak tinggilah. Sorang wakil dari setiap kumpulan akan ditutup matanya. Ahli kumpulan yang lain akan buat bising untuk mengganggu arahan yang diberikan kepada wakil tadi oleh ahli kumpulannya sendiri. Suara yang banyak akan mengelirukan wakil kumpulan. Hanya taktik yang tepat akan membantu wakil tersebut memukul sarang tebuan. Masa lima minit diberikan dan kumpulan terpantas memecahkan 'sarang tebuan' tu dikira pemenang.

Gambar bawah sekali pulak, acara boling kelapa. Setiap kumpulan diberikan lima percubaan untuk menjatuhkan kesemua 'pin' (botol).


Incik Nazmi dengan kameranya menangkap memori. Kreatif sungguh.

----------------------------------------------------------------


Selesai acara memancing, giliran hero-hero pulak main pukul sarang tebuan dan boling kelapa. Walaupun panas terik, memang seronok dapat main sukaneka. Agak penat sikit untuk cuba kelirukan wakil kumpulan yang ditutup mata tapi hampa. Semua wakil kumpulan berjaya sampai di depan 'sarang tebuan'

Srikandi pun dapat ikan. Aku? Lalala~

--------------------------------------------------------

Destinasi seterusnya adalah kandang kambing. Makanan belum siap. Kami tak dapat makan tengah hari lagi walaupun aku dah lapar sangat masa tu.


Nama budak ni Yoi. Oleh sebab dia sorang je budak kecik yang ada kat situ, dan dia agak 'sihat' (macam aku), dia menjadi perhatian akak-akak yang teruja dan geram nak cubit pipinya yang gebu. Abang-abang pun suka kacau Yoi yang suka dapat main guli. 

Jom ke kandang kambing, Yoi!



-BERSAMBUNG-


Thursday, May 29, 2014

Lima Enam Satu

Assalamualaikum.

29 Mei 1453. 

Sebaik-baik raja memimpin sebaik-baik tentera menakluk kubu kuat Kristian dengan tembok kota yang tak pernah berjaya ditembusi. Hasil perancangan teliti dengan pertolongan Allah, Sultan Muhammad al-Fateh berjaya melakukan apa yang gagal dilakukan moyangnya selama beratus-ratus tahun dalam beberapa kali percubaan.

Konstantinopel, atau kini Istanbul, dirampas dari kerajaan Byzantine.

----------------------------------------------


29 Mei 2014.

561 tahun berlalu dari tarikh keramat yang terpahat abadi dalam lembaran sejarah perang antara Islam dan orang kafir. Yang takkan dilupakan mereka kerana kekebalan tembok kota itu dimalukan dengan satu serangan luar biasa yang telah pun diberikan tanda-tandanya.

Kapal belayar di daratan adalah kisah besar.

Tapi pembentukan Sultan Muhammad al-Fateh sudah dimulakan sejak kecil lagi. Bagaimana beliau diajar ilmu perang, astronomi, dan beberapa cabang ilmu lagi. Bagaimana beliau dilatih menguasai tujuh bahasa. Bagaimana beliau melakukan perancangan teliti bersama para pembesarnya. Bagaimana meriam Urban menghentam tembok Konstantinopel. Dan banyak lagi faktor kejayaan beliau yang aku baca semasa melakukan kajian untuk tugasan Islamic Studies.

Benar, kemenangan itu daripada Allah. Tapi pertolongan Allah hanya tiba selepas beliau ikhtiar bersungguh-sungguh. 

---------------------------------------

Itu sejarah kegemilangan moyang kita.

Pada sejarah itu, ada iktibar bagi kita yang perlu diteladani. Betapa sistem pendidikan Usmaniah yang holistik yang mengadunkan ilmu agama dan sains telah melahirkan figura-figura hebat yang menggoncang dunia. Ada pengajaran yang boleh kita dapat jika kita melihat dengan mata hati.

Apa yang telah berlaku sudah tentu tak mustahil untuk diulang semula. Itu sunatullah. Islam akan kembali naik. Imam Mahdi dan tenteranya akan menakluk semula Konstantinopel pada akhir zaman seperti yang disebut dalam hadis Nabi.

---------------------------------------

Selepas 561 tahun, orang kafir tak perlu lagi menggunakan senjata untuk menewaskan umat Islam. Dengan tiga S (sex, sport, song), mereka telah melumpuhkan anak-anak muda secara halus. Permainan mereka hari ini adalah 'perang saraf'. Pentasnya bukan lagi medan perang. Sudah bertukar menjadi perang pemikiran. Dengan hiburan yang melampau, mereka menjauhkan anak-anak muda dari landasan agama.

Tanpa benteng agama, robohlah kekuatan umat Islam. Tanpa pergantungan kepada Allah, umat Islam sudah hilang sumber utama kemenangan. Umat Islam sudah lemah seperti buih-buih di lautan. Banyak tapi tak bermakna.

------------------------------------

Tugas kita? Jadilah al-Fateh yang membuka pemikiran umat Islam untuk kembali menjadikan agama sebagai asas kehidupan. Bentuklah diri kita dan masyarakat sekeliling untuk meletakkan Allah sebagai Yang Maha Tinggi, lebih utama dari segalanya.

Wallahualam.



Sri Petaling
2240
29/05/2014
 

Memori Air Manis : D1P3

Assalamualaikum.

#mcskampunggetaway
Day 1 Part 3

Entri sebelum: Nasi ambeng dan lelayang

Kami pulang semula ke homestay usai puas mencari remis dan bermain lelayang dengan cerianya. Melupakan tekanan belajar yang memerah otak. Mengabaikan hakikat bahawa kami hanya dua hari menikmati keindahan alam di Sabak Bernam dan akan kembali tenggelam dalam kesibukan kota raya semula. Kami tak peduli semua tu.

Minum petang sudah tersedia apabila kami sampai. Sejenis kuih yang aku tak pasti namanya. Kuihnya berwarna hijau. Tapi berbentuk karipap. Mungkin kuih 'Hulk'. Ni kalau saintis jumpa kuih aneh macam ni, boleh dapat nama-nama pelik dia bagi.

Kami tak buang masa dan segera bergerak untuk memerhati enggang. Dalam bas, ketua rombongan membuka peluang untuk kami menamakan kuih 'Hulk' tadi kerana belum ada nama. Selepas beberapa cadangan, 'Yayapap' yang dicadangkan oleh pemandu pelancong kami mendapat sambutan hangat. Kuih tu memang sebenarnya ketayap tapi berbentuk karipap. Haaaa itulah asal-usul namanya.

-----------------------------------------------

Pemandangan dari atas menara tinjau

Malangnya, apabila kami sampai melewati jam enam petang, tiada enggang kelihatan. Penat aku memanjat tangga-tangga ke pintu bahagia. Eh. Tangga menara tinjau yang tingginya beberapa tingkat tu. Ada sorang rakan bergurau. Katanya, hari itu public holiday bagi enggang. Nak tengok esok bolehlah. Itu dialog lucu dari filem P. Ramlee, 'Ali Baba Bujang Lapok'.

---------------------------------------------------

Kami singgah di masjid untuk solat jamak Maghrib dan Isyak sebelum ke destinasi seterusnya untuk melihat kelip-kelip. Itulah antara tarikan utama program kali ini. Berhibur tu berhibur jugak. Jangan lupa Pencipta kita.

Usai solat, kami menyambung perjalanan ke Sungai Bernam.

----------------------------------------

Last trip

Aku naik trip pertama. Mula-mula cuak jugak. Aku trauma dengan air ni. Omputeh kata, overcome the fear. Jadi aku gagahkan jua kerana Allah. "Aku lelaki, aku berani" monologku sendirian. Memang gelap sangat. Kalau terang, tak nampaklah kelip-kelip kan....

Atas bot tu, aku tawakal je. Walaupun pakai jaket keselamatan, aku malaslah nak basah-basah. Nasib baik bot tak bergoyang sangat. Alhamdulillah, terpesona melihat keindahan ciptaan Allah. Ciptaan sekecik kelip-kelip tu bila banyak boleh menjadi cahaya seperti lampu di pokok-pokok. Subhanallah.

Hasil memori tu, aku tulis entri ni.

Selepas semua dapat merasai sendiri pengalaman melihat kunang-kunang, kami bersedia untuk BBQ. Semasa menanti rakan-rakan dalam last trip bot tu, aku dapat tahu yang kelip-kelip rupanya tak banyak malam ni. Aku perasan jugak. Cuma tak berapa kisah sebab agak memuaskan hati. Tapi katanya memang berkurangan sejak akhir-akhir ni. Dah dimaklumkan pada pihak homestay. Kalau lagi banyak kunang-kunang, mesti lagi cantik....

----------------------------------------------------

Kami pulang ke homestay untuk sesi BBQ. Yang meremis tak sudah dalam Part 2, dapat la makan hasil cari gali mereka tu. Aku tak makan pun remis. Cuma makan nasi goreng dan ayam. Ada jugak kerang tapi tak rasa nak menyambar. Sambil kami makan tu biasalah ada persembahan karaoke. Bestnya dekat pusat homestay ni ada set karaoke. Memang selalulah 'artis-artis' buat persembahan. Terutama M. Samarsaid (nama timangan) dengan suara emasnya.

Patutnya ada forum bertajuk 'Milik Siapakah Hati Ini?' masa kami makan tapi tak sempat. Malam tu jugak kami diserahkan kepada keluarga angkat. Ada yang tinggal di pusat dengan Wak Subani. Beberapa kumpulan lagi akan bermalam di rumah keluarga angkat. Kumpulan aku dapat bermalam di rumah Kak Lela (nama manja).

-------------------------------------------

Sampai saja rumah Kak Lela, letak beg dan terus lompat atas katil. Kami menghuni dua bilik dengan dipisahkan satu bilik di tengah. Malam tu ada final Liga Juara-Juara Eropah. Pada mulanya, aku rasa nak tinggal di pusat sebab ada talian internet. Nak bangun tengok bola.

Tapi alhamdulillah, rumah Kak Lela ada Astro! Yeahh. Memang semangat malam tu nak bangun untuk tengok final. Tapi... tapi... tapi... benarlah kata Abang Sidi (pun bukan nama sebenar) yang cerita pengalamannya ke homestay tahun lepas. Mereka tak bangun pun untuk tengok final sebab penat seharian jalan-jalan.

Aku memang bangun. Tapi... buat keputusan untuk tidur balik. Sebab esoknya ada aktiviti sukaneka yang memerlukan tenaga. Kalau aku tengok jugak final tu, nanti tak cukup rehat. Pengsan pulak tengah panas nanti.

Keputusannya... aku sambung tidur.



-BERSAMBUNG-


Memori Air Manis : D1P2

Assalamualaikum.

#mcskampunggetaway
Day 1 Part 2

Entri sebelum: Ke kilang ke kita

Dari kilang Nata De Coco, kami terus ke Homestay Air Manis. Disambut oleh pemiliknya, Wak Subani. Masa untuk makan tengah hari. Menu: Nasi Ambeng!


Makanan orang Jawa ini dikatakan sudah diwartakan menjadi makanan tradisi negeri Selangor. Tak puas hati juga abang naqib usrah aku yang berasal dari Johor. Selaku anak orang Johor, aku memahami perasaannya. Hmm, let's agree to disagree.

Menikmati jamuan yang enak.

Main congkak sebelum jalan-jalan lagi.

-------------------------------------------------

Kenyang perut, sukalah hati. Kami pun bergerak menuju ke destinasi seterusnya, PANTAI! Masa ni aku dah penat. Tapi bila sampai, lupa terus rasa penat tu. Hilang...


Walaupun baru lepas makan, benda pertama yang aku sambar adalah potato ring berharga RM 2. Yang menariknya, kami bawa layang-layang untuk diterbangkan. Yang tak berapa menarik, kayu yang menjadi tulang belakang tertinggal... sadis sungguh. Sementara menanti kayu tu dihantar, ada yang meneruskan sesi fotografi di bawah terik mentari. Dan ada yang sanggup beli layang-layang sebab dah tak sabar.

Potato ring di tangan

Jom main layang-layang

Selain bermain layang-layang, tujuan kami ke pantai adalah untuk mencari remis. Malam tu ada sesi barbecue (BBQ). Pada mulanya aku hanya bersiar-siar menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan sambil memerhati gelagat budak-budak ni bergambar. Tapi, akhirnya aku pun turut serta mencari remis.


Gali dan gali lagi sampai air mengalir. Kemudian kais-kais pasir tu. Banyak remis yang kami (baca: mereka) temui di beberapa lokasi. Bila tak jumpa, pindah tempat. Bila jumpa banyak, gali seluas kolam yang boleh memuatkan sorang dewasa.


Haaaa mak cik tu Leeya (bukan nama sebenar). Sejak dapat layang-layang tu, dia dah tak ada kerja lain. Itu kerja tetap dia sampailah kami balik. Masa orang lain sibuk cari remis, dia sorang-sorang bawak lelayang sampai ke tengah laut.


Yeah, dapat main layang-layang. Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku main. Memang seronok bila tengok lelayang tu tak jatuh. Angin pun kuat. Tapi nak kawal bila lelayang tu hampir jatuh memerlukan skil dan kemahiran. ^_^

Kembali mencari remis

Macam belangkas

Ya, inilah dia pasangan yang sedang berasmara. Mereka berjaya ditangkap ketika Syahid (nama samaran) sedang mengejar belacak dengan bersungguh-sungguh. Benda sekecik tu pun dia nak cuba tangkap. Sabar je lah.... 

----------------------------------

Tak lengkap percutian tanpa fotografi. Kami bergambar sebelum bergerak pulang ke homestay. Macam-macam aksi dilakukan. Ini yang sempat diabadikan menjadi memori.

Melompat lebih tinggi




-BERSAMBUNG-


Wednesday, May 28, 2014

Breathing Space

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, got some breathing space.

Semalam dah siapkan reflective writing untuk lawatan ke klinik. Tentang keselamatan pesakit. Walaupun hanya 5%, tetapi sangat bermakna untuk penilaian tahun pertama. Deadline 31 Mei nanti, tapi selalunya aku hantar sehari sebelum atau pada hari deadline

Syukur alhamdulillah, kali ni dapat hantar lebih awal. Rasa lega sangat-sangat. Kesian juga tengok housemates yang baru nak mula dan tanya macam mana nak buat. Aku pun dah tak ingat dan malas nak ingat lagi. Aku tulis saja selepas baca rujukan dari sahabat sem 3 yang sebaya.

--------------------------------------

Hari ni (Rabu) aku tak ada kelas atau apa-apa sesi. Orang lain ada. Esok pun sama jugak. Housemate aku yang sama Kumpulan 1 batch ME213 dah balik Perak. Jumaat ni baru sambung kuliah. Walaupun banyak nak kena ulang kaji, tapi rasa tenang sikit tak kena pergi IMU. Walaupun sebenarnya sebelum ni pun satu hari ada satu je sesi. ^_^

Peperiksaan akhir semester. Hmm. Tinggal dua bulan lebih saja. Memang banyak nak kena ulang kaji. Kalau biarkan bertimbun, boleh setinggi Gunung Everest. Nak kena mula pecut dah ni. Sebab ujian skil klinikal pun kena lepas di samping bahagian teori.

------------------------------------

InsyaAllah sehari dua ni nak update entri tentang rombongan ke homestay Air Manis. Moga Allah permudahkan urusan.



Sri Petaling
2340
28/05/2014


IM

Assalamualaikum.

Bukan Imam Muda.
Bukan juga Internet Messenger.

Tapi.. Isra' Mikraj. 


Alhamdulillah, Subuh tadi usai solat berjemaah dapat kuliah subuh dari housemate Syeikh Azra (nama samaran). Berkenaan perjalanan baginda Nabi Muhammad SAW pada tahun kesedihan apabila baginda kehilangan bapa saudaranya dan isteri yang tercinta. Dakwah Rasulullah SAW di Taif juga dilanda ujian.
Peristiwa bersejarah ini berlangsung dalam masa yang singkat sehingga tempat tidur Rasulullah dikatakan masih panas.

Kita tahu bahawa Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk membawa syariat solat 50 waktu sehari semalam dari Allah kepada umatnya. Apabila bertemu Nabi Musa, baginda dinasihatkan untuk bertemu Allah semula dan meminta dikurangkan kerana umat baginda pasti tidak mampu. 

Selepas berkali-kali naik turun bertemu Allah minta diringankan, akhirnya baginda malu untuk meminta lagi dan turun membawa syariat solat lima waktu sehari semalam.

Pengajarannya, kita lihat hari ini solat fardhu lima waktu itu saja sudah cukup berat bagi umat akhir zaman. Belum lagi 50 waktu. Cuba bayangkan jika Rasulullah tidak minta dikurangkan, sudah tentu umat Islam tak dapat menyempurnakan syariat tersebut.

Dengan lima waktu saja, tak semua umat akhir zaman mampu menunaikan solat pada awal waktu. Sedangkan itu adalah seruan Allah untuk menyembahnya.

Renungkanlah.



Sri Petaling
1400
28/05/2014


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif