Welcome To My Life...

Thursday, May 29, 2014

Memori Air Manis : D1P3

Assalamualaikum.

#mcskampunggetaway
Day 1 Part 3

Entri sebelum: Nasi ambeng dan lelayang

Kami pulang semula ke homestay usai puas mencari remis dan bermain lelayang dengan cerianya. Melupakan tekanan belajar yang memerah otak. Mengabaikan hakikat bahawa kami hanya dua hari menikmati keindahan alam di Sabak Bernam dan akan kembali tenggelam dalam kesibukan kota raya semula. Kami tak peduli semua tu.

Minum petang sudah tersedia apabila kami sampai. Sejenis kuih yang aku tak pasti namanya. Kuihnya berwarna hijau. Tapi berbentuk karipap. Mungkin kuih 'Hulk'. Ni kalau saintis jumpa kuih aneh macam ni, boleh dapat nama-nama pelik dia bagi.

Kami tak buang masa dan segera bergerak untuk memerhati enggang. Dalam bas, ketua rombongan membuka peluang untuk kami menamakan kuih 'Hulk' tadi kerana belum ada nama. Selepas beberapa cadangan, 'Yayapap' yang dicadangkan oleh pemandu pelancong kami mendapat sambutan hangat. Kuih tu memang sebenarnya ketayap tapi berbentuk karipap. Haaaa itulah asal-usul namanya.

-----------------------------------------------

Pemandangan dari atas menara tinjau

Malangnya, apabila kami sampai melewati jam enam petang, tiada enggang kelihatan. Penat aku memanjat tangga-tangga ke pintu bahagia. Eh. Tangga menara tinjau yang tingginya beberapa tingkat tu. Ada sorang rakan bergurau. Katanya, hari itu public holiday bagi enggang. Nak tengok esok bolehlah. Itu dialog lucu dari filem P. Ramlee, 'Ali Baba Bujang Lapok'.

---------------------------------------------------

Kami singgah di masjid untuk solat jamak Maghrib dan Isyak sebelum ke destinasi seterusnya untuk melihat kelip-kelip. Itulah antara tarikan utama program kali ini. Berhibur tu berhibur jugak. Jangan lupa Pencipta kita.

Usai solat, kami menyambung perjalanan ke Sungai Bernam.

----------------------------------------

Last trip

Aku naik trip pertama. Mula-mula cuak jugak. Aku trauma dengan air ni. Omputeh kata, overcome the fear. Jadi aku gagahkan jua kerana Allah. "Aku lelaki, aku berani" monologku sendirian. Memang gelap sangat. Kalau terang, tak nampaklah kelip-kelip kan....

Atas bot tu, aku tawakal je. Walaupun pakai jaket keselamatan, aku malaslah nak basah-basah. Nasib baik bot tak bergoyang sangat. Alhamdulillah, terpesona melihat keindahan ciptaan Allah. Ciptaan sekecik kelip-kelip tu bila banyak boleh menjadi cahaya seperti lampu di pokok-pokok. Subhanallah.

Hasil memori tu, aku tulis entri ni.

Selepas semua dapat merasai sendiri pengalaman melihat kunang-kunang, kami bersedia untuk BBQ. Semasa menanti rakan-rakan dalam last trip bot tu, aku dapat tahu yang kelip-kelip rupanya tak banyak malam ni. Aku perasan jugak. Cuma tak berapa kisah sebab agak memuaskan hati. Tapi katanya memang berkurangan sejak akhir-akhir ni. Dah dimaklumkan pada pihak homestay. Kalau lagi banyak kunang-kunang, mesti lagi cantik....

----------------------------------------------------

Kami pulang ke homestay untuk sesi BBQ. Yang meremis tak sudah dalam Part 2, dapat la makan hasil cari gali mereka tu. Aku tak makan pun remis. Cuma makan nasi goreng dan ayam. Ada jugak kerang tapi tak rasa nak menyambar. Sambil kami makan tu biasalah ada persembahan karaoke. Bestnya dekat pusat homestay ni ada set karaoke. Memang selalulah 'artis-artis' buat persembahan. Terutama M. Samarsaid (nama timangan) dengan suara emasnya.

Patutnya ada forum bertajuk 'Milik Siapakah Hati Ini?' masa kami makan tapi tak sempat. Malam tu jugak kami diserahkan kepada keluarga angkat. Ada yang tinggal di pusat dengan Wak Subani. Beberapa kumpulan lagi akan bermalam di rumah keluarga angkat. Kumpulan aku dapat bermalam di rumah Kak Lela (nama manja).

-------------------------------------------

Sampai saja rumah Kak Lela, letak beg dan terus lompat atas katil. Kami menghuni dua bilik dengan dipisahkan satu bilik di tengah. Malam tu ada final Liga Juara-Juara Eropah. Pada mulanya, aku rasa nak tinggal di pusat sebab ada talian internet. Nak bangun tengok bola.

Tapi alhamdulillah, rumah Kak Lela ada Astro! Yeahh. Memang semangat malam tu nak bangun untuk tengok final. Tapi... tapi... tapi... benarlah kata Abang Sidi (pun bukan nama sebenar) yang cerita pengalamannya ke homestay tahun lepas. Mereka tak bangun pun untuk tengok final sebab penat seharian jalan-jalan.

Aku memang bangun. Tapi... buat keputusan untuk tidur balik. Sebab esoknya ada aktiviti sukaneka yang memerlukan tenaga. Kalau aku tengok jugak final tu, nanti tak cukup rehat. Pengsan pulak tengah panas nanti.

Keputusannya... aku sambung tidur.



-BERSAMBUNG-


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif