Welcome To My Life...

Monday, May 12, 2014

PSG Baitul Kacak

Assalamualaikum.
 
Lama dah tak kemas kini blog ni. Dah bersawang. Fuhh fuhh. Semalam (11 Mei 2014) telah berlangsung pertandingan futsal Muslim Society IMU dalam bulan Fundraising untuk mengumpul dana. Hasil kutipan ini akan digunakan untuk membiayai program homestay bulan depan.
 
Pertandingan diadakan dengan format liga. Sepatutnya perlawanan pembukaan dimulakan pada malam Sabtu (10 Mei) tetapi ditangguhkan ke pagi Ahad kerana hujan gerimis. Akhirnya pertandingan ini dijuarai pasukan Jingkalewa Jingkalak yang memenangi perlawanan akhir selepas pusingan liga tamat.
 
 
Lelaki Dari Marikh (jersi nombor 7) sedang mengawal pemain lawan.
 
Aku sedang membawa bola.

A moment frozen in time.

#825 angka keramat. Bisnes terbaik!

Semua pemain yang menjayakan pertandingan.

PSG Baitul Kacak 2014

Walaupun tak jadi juara, kami tetap kacak bergaya. Menang jersi. ^_^

People change, things end. Memories remain.

Full-time student. Part-time entrepreneur.

Alhamdulillah, dapat perah peluh setelah lama tak aktif bersukan. Lepas ni kena gabungkan riadah dan diet supaya dapat semula bentuk yang sempurna. InsyaAllah. Alhamdulillah, hari ni insentif bisnes 1.39%.




Sri Petaling
0725
12/05/2014


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif