Welcome To My Life...

Wednesday, May 28, 2014

Belanja

Assalamualaikum.

Orang berbudi, kita berbahasa. Kita jadi SP, orang pun belanja. 

Para senior sem 5 baru saja menamatkan peperiksaan skil klinikal minggu lepas. Semasa persediaan mereka, aku dan beberapa orang rakan telah menjadi pesakit simulasi (simulated patients aka SP) untuk mereka berlatih. Sebenarnya beberapa orang rakan tu yang banyak membantu. Aku cuma jadi sekali dua saja.

Alhamdulillah, semalam mereka berbesar hati untuk belanja kami para SP makan di Restoran Belanga di Mid Valley. Sebelum ke sana lagi kami dah pesan makanan. Kami berkumpul di perhentian bas IMU pada jam 6 petang sebelum bergerak dengan tiga buah kereta sejam kemudian.

Dipendekkan kisahnya, kami sampai beberapa minit sebelum solat Maghrib. Maka baiklah kiranya kami solat dulu supaya nak makan pun senang hati dah selesai sujud pada Pencipta. Kan? 

------------------------------------------------

Lepas solat, serang!!


Ni nasi kerabu. Bukan aku punya. Pinjam dari kawan untuk tujuan fotografi.


Haaaa ni aku punya. Nasi dagang dan kari ayam. Harganya RM 13.90. Agak mewah. Biasalah, orang belanja kan.. ^_^ Memang sedap. Lepas aku siap makan, semua sayur tu tinggal menjadi hiasan.


Perut pun dah kenyang. Hati pun senang. 
Alhamdulillah...

Dessert

Kek hari jadi akak senior. Dapatlah merasa sikit kek Secret Recipe.
-------------------------


Alhamdulillah. Nak ucapkan selamat maju jaya kepada akak-akak dan abang-abang senior. Terima kasih daun keladi sebab belanja kami. Nanti belanja lagi.. ^_^ 



Sri Petaling
1115
28/05/2014


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif