Welcome To My Life...

Monday, January 14, 2019

Piala Asia 2019: Peringkat Kumpulan #1

Assalamualaikum.

Piala Asia edisi ke-17 untuk sukan bola sepak sedang diadakan di Emiriah Arab Bersatu. 24 pasukan ditempatkan dalam enam kumpulan untuk merebut slot ke pusingan 16 terbaik.

Ketika ini sedang berlangsung pusingan kedua untuk peringkat kumpulan. Selepas tamat pusingan pertama, tidak banyak kejutan yang dapat disaksikan.

Keputusan penuh: 

Kumpulan A: UAE 1-1 Bahrain; Thailand 1-4 India
Kumpulan B: Australia 0-1 Jordan; Syria 0-0 Palestin
Kumpulan C: China 2-1 Kyrgyzstan; Korea Selatan 1-0 Filipina
Kumpulan D: Iran 5-0 Yaman; Iraq 3-2 Vietnam
Kumpulan E: Arab Saudi 4-0 Korea Utara; Qatar 2-0 Lubnan
Kumpulan F: Jepun 3-2 Turkmenistan; Uzbekistan 2-1 Oman

------

Perlawanan pembukaan menyaksikan tuan rumah hanya mampu seri. Dalam kumpulan yang sama, India membelasah pasukan Gajah Perang. Kejutan terbesar dapat disaksikan dalam Kumpulan B apabila juara bertahan dan pilihan utama, Australia, dikejutkan oleh Jordan.

Dua lagi pasukan dari Asia Tenggara memberikan cabaran sengit kepada gergasi Asia sebelum kecundang. Filipina hanya tewas tipis kepada Korea Selatan. Vietnam pula mendahului Iraq dua kali tetapi tewas dengan sepakan percuma cantik di hujung permainan. Iran mencatat kemenangan dengan jurang terbesar selepas membedil Yaman 5-0.

Kesemua pasukan pilihan dalam Kumpulan E dan Kumpulan F mengutip tiga mata penuh. Arab Saudi dan Qatar serta Jepun dan Uzbekistan unggul dalam kumpulan masing-masing.

Kekalahan ketiga-tiga pasukan Asia Tenggara membuktikan jurang dengan tahap tertinggi Asia masih jauh. 



Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif