Sunday, January 11, 2015

Hilang dan Kembali

Assalamualaikum.

The time when you give up hope and think things are impossible, that is when Allah take matters into His hands and show you He is indeed the Almighty. 

Allahuakbar!

Hoodie rumah sukan ni hilang dari koleksi aku lebih sebulan lamanya. Puas aku mencari kiranya cuba menafikan kecuaian diri yang tertinggal. Aku buntu memikirkan di mana kali terakhir aku memegang hoodie ini. Aku fikirkan di rumah kawan aku. Tapi bila dicari di sana, tiada. Hilang tanpa khabar. Lenyap tanpa bicara.

Dua tiga kali dicari di tempat terakhir yang aku yakin aku tertinggal, akhirnya aku putus asa. Seperti sudah hilang harapan. Peluang untuk menemui semula hoodie aku adalah 0%. Sesekali teringat juga tapi apakan daya. Benda yang mustahil tak guna difikirkan. Hanya menyerabutkan fikiran. 

Aku sudah berkira-kira untuk membeli semula hoodie ini kerana aku sangat bangga akan nama rumah sukan dan juga sebagai tanda kenangan di universiti tempat aku melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Allah. Segala puji-pujian hanya bagi Allah yang Maha Esa. Dua hari lepas, kawan aku memaklumkan hoodie ini sememangnya ada di tempat terakhir dalam ingatan aku ia pasti berada. Walaupun aku sudah mencari di sana dan sudah bertanya kepada kawan tersebut sebelum ini, hanya ketika ini hoodie kesayangan dijumpai. 

Aku tak tahu apa hikmahnya. Sesungguhnya Allah saja yang Maha Mengetahui. Aku kira kehilangan seketika ini mengajar aku erti kesabaran. Dan aku kira aku sangat redha dengan apa pun ketentuan-Nya. Sesungguhnya nikmat tawakal itu sangat indah.

Alhamdulillah, akhirnya ketemu jua.



Friday, January 2, 2015

Andalus

Assalamualaikum.
 
Salam Tahun Baru Masihi. 
 
Azam tahun baru aku termasuklah nak menulis dengan lebih kerap di blog yang dah lama bersawang lantaran kesibukan dalam bidang perubatan. Masa terluang sebenarnya banyak tetapi dihabiskan dengan menonton filem. Hmm, tahun ni aku rasa nak luangkan sikit masa untuk menaip. Walaupun pendek, biar ringkas. Tapi isinya padat dan jelas.
 
Entri pertama 2015, Andalus.
 
1 Januari 1492. Detik keramat jatuhnya Andalus (kini Sepanyol) menjadi jajahan Islam. Inilah antara detik-detik kegemilangan yang menjadi kebanggaan tamadun Islam selain zaman keemasan Abbasiyah dan penaklukan Konstantinopel (kini Istanbul) oleh Sultan Muhammad al-Fateh.
 
Cukupkah kita hanya bangga dengan kejayaan nenek moyang kita? Layakkah kita sekadar bermegah dengan kehebatan datuk-datuk kita ketika orang kafir begitu angkuh memijak saudara-saudara seagama kita di seluruh dunia?
 
Inilah sindrom wahan (cintakan dunia dan takut akan mati) yang ditanam dalam minda anak-anak muda Islam menerusi perang saraf yang dirancang beratus tahun sehingga mereka yakin 'tidak akan gagal'. Yakinlah kita yang beriman dengan enam rukun iman bahawa keyakinan mereka tidak berasas kukuh kerna Islam pasti bangkit menguasai dunia. 
 
Kisah Andalus dan Konstantinopel akan berulang semula.
 
 

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif