Welcome To My Life...

Saturday, December 31, 2011

Azam Baru Aku


Assalamualaikum..

Yeay, esok dah tahun baru Masihi.. ehem, diulang sekali lagi.. MASIHI.. 2012.. rasa macam tak percaya hari nie dah 31 Disember 2011.. rasa macam 1 Januari jer.. aku masih risau pasal keputusan SPM.. hoho.. sekarang aku dah nak masuk semester kedua di INTEC UiTM Shah Alam.. 3 Januari nie bersambung lar kisah hidup aku sebagai pelajar lagi..
Chapter 2 : Study Again..

Azam 2011? Entah lar.. tak letak azam pun.. haha.. jadi nak kata tercapai atau tak tu memang tak lar.. sob sob sob.. sedih lar kan.. tak ada azam nak diceritakan.. Muhamad Azam tak ada kaitan dalam entri aku nie.. Sharifah binti Azam pun tak terlibat.. tapi untuk 2012 nie aku ada azam.. memandangkan badan aku dah membesar, aku berhajat nak kuruskan semula badan.. :)

Apa pulak azam korang semua? Tak kisah lar apa pun.. sama-sama lar kita berusaha untuk mencapai azam masing-masing.. berdoa lar kepada Yang Maha Esa moga dikukuhkan kesungguhan kita.. aku benar-benar tekad untuk kurus.. isk isk.. harap-harap berjaya lar.. yang penting malam nie Manchester United akan beraksi menentang Blackburn Rovers.. glory glory Red Devils.. (fans kelab lain jangan jeles.. hahaha)

Aku pun dah sibuk nak kemas barang malam nie.. jadi mungkin tak sempat nak update entri tahun baru malam nie.. tapi aku akan sempatkan jugak untuk wish HAPPY NEW YEAR 2012.. tambahkan ibadat, banyakkan amalan sunat.. sekian, wassalam..











p palang s : Nak keluar makan kenduri..


Thursday, December 29, 2011

Take Care Toshiba


Assalamualaikum..

Senangnya dalam hati.. dengan ini secara rasminya Lelaki Dari Marikh mengisytiharkan :

INI ENTRI YANG KE-300


Okey, poyo sekejap.. hehe.. setelah tujuh bulan bergelumang dalam dunia blogging yang penuh dugaan serta pancaroba, akhirnya hari nie lengkap juga entri yang ke-300.. ekceli entri nie yang ke-294 untuk 2011.. tambah 6 entri lapuk dari 2009, tu yang cukup 300.. mungkin tak sempat nak cukupkan 300 entri dalam tahun 2011..

Esok lusa aku akan berjauhan dengan netbook kesayangan yang dibeli semasa cuti raya.. sob sob.. selama nie aku tak pernah lagi berenggang dengan netbook tercinta aku.. dah macam baby.. aku usung ke sana sini.. pergi INTEC untuk menuntut ilmu pun wajib aku bawak Toshiba hijau aku.. netbook ini akan dipinjam oleh umi aku untuk pembentangan kerjanya esok..

Toshiba hijau aku akan ke Shah Alam tanpa ditemani aku.. isk isk.. moga selamat lar Toshiba hijau yang setia menemani aku selama nie.. berhujan berpanas bersama.. menyenangkan aku nak berfacebook.. membantu aku menyiapkan assignment.. memang susah lar kalau takde Toshiba hijau nie.. biar kecik, tapi berbakti..

Jaga diri baik-baik yer Toshiba hijau.. daddy love you..
take care Tosheen
..











p palang s : Baru bagi nama Tosheen :)


Salah Mengasuh Anak


Assalamualaikum..

Tadi aku tengok iklan satu rancangan realiti hiburan kanak-kanak di satu stesen televisyen yang popular dengan trademark "Di Hatiku".. melihat kanak-kanak seusia itu sudah dididik menjadi penghibur membuatkan aku rasa meluat.. anak siapakah itu? Siapa ibu bapa mereka? Begitukah cara mereka menunaikan amanah Allah mendidik anak-anak? Sangat memualkan.. anak-anak muda sekarang diasuh untuk menjadi artis.. dibentuk mencari kekayaan dengan jalan mudah..

Apa yang ibu bapa diorang nie fikirkan? Kekayaan dunia yang tidak kita bawa sesen pun ke akhirat? Meloyakan anak tekak Lelaki Dari Marikh.. mengapa dunia yang fana ini dikejar seperti hidup diorang tiada mati? Anak-anak sekecil ini seharusnya dididik dengan ilmu agama.. kerana agamalah benteng paling kukuh menampan bisa-bisa racun modenisasi.. anak-anak kecil dibentuk menjadi hedonis, cintakan hiburan.. kecil-kecil diajar tidak memakai tudung, mendedahkan aurat.. untuk apa? Publisiti? Populariti?

Anak seusia diorang sepatutnya disuapkan dengan ilmu pengetahuan dan bukan hiburan.. ke manakah hiburan dapat membawa mereka? Apakah kekayaan ada nilainya di sisi Allah? TIDAK.. tidak sama sekali.. Allah tidak memandang kekayaan yang akan mereka miliki.. yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang bertakwa.. dan dengan ilmulah kita akan mengenal Pencipta.. bukan dengan hiburan dan sensasi dunia di lensa kamera..

Usahlah dikejar dunia hiburan yang melalaikan.. didiklah anak-anak mencari ilmu pengetahuan.. agar terjamin masa depan..











p peluk s : Beri didikan sempurna..


Wednesday, December 28, 2011

Usah Bersedih


Assalamualaikum...

Entri khas buat adik lelakiku..

Seminggu lepas umi aku maklumkan nak pergi KL sebab ada urusan kerja.. dan aku pulak nak balik ke Shah Alam untuk menyambung semester kedua di INTEC.. tapi aku tak nak balik lagi sebab masih ada dua hari yang aku nak habiskan di baiti jannati (rumahku syurgaku).. adik aku nak ikut dan umi aku cakap okey untuk teman dia.. tup tup tak bagi ikut pulak..

Kemain sedih adik aku.. sekental-kental dia, menangis tadi.. kesian lar pulak aku tengok.. aku kan abang mithali.. jadi lepas solat maghrib aku pun bagi lar tarbiah sikit.. untuk dia.. dan untuk semua hamba Allah yang berduka.. pesanku, usahlah bersedih.. daripada menangis, lebih baik berwuduk dan duduk di sejadah..

Tadah tangan dan berdoalah memohon kekuatan kepada Yang Maha Mendengar.. sesungguhnya Allah memberi ujian yang setimpal dengan kemampuan kita menanggungnya.. mohonlah kepada-Nya moga dikuatkan semangat untuk menghadapi dugaan.. sesungguhnya selepas setiap kesulitan pasti ada kemudahan.. itu janji Allah.. dan Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya..

Apabila kita bermunajat dan berserah kepada Allah, kita akan merasa lebih tenang.. aku pernah lakukannya dan aku rasa kedamaian yang tiada bandingnya.. cuba lar..

LA TAHZAN (^_^)











p palang s : Nak tengok 3 Idiots..


Ibu Bapa Punca Maksiat


Assalamualaikum..

Yeah.. walaupun entri nie akan menimbulkan konfrontasi dengan Persatuan Ibu Bapa Semalaya, aku tak kisah.. kerana mewakili anak-anak, fakta ini harus dikemukakan ke tengah.. bukan ke tengah laut yer.. sesungguhnya maksiat pada hari nie berleluasa berpunca daripada ibu bapa sendiri..

Wahh.. tuduhan berat tu.. Persatuan Ibu Bapa Semalaya mungkin akan menyaman Lelaki Dari Marikh kerana sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan menghukum ibu bapa atas segala maksiat yang berlaku.. bukan salah ibu mengandung.. tapi ada benarnya..

Ibu bapa hari nie mahukan anak-anak terutamanya wanita menghabiskan pengajian ijazah terlebih dahulu sebelum berkahwin.. maka ramailah andartu-andartu yang berkahwin lewat 20-an.. jangan kita lupa naluri manusia.. manusia memiliki nafsu terhadap kaum berlawanan jantina.. oleh sebab itulah Allah mengharuskan perkahwinan..

Malang sekali dek halangan ibu bapa yang tidak membenarkan anak muda berkahwin semasa belajar telah mengakibatkan remaja zaman sekarang menyalurkan nafsu mereka ke jalan yang salah.. berlakulah zina, maksiat dan seks bebas.. sedangkan perkahwinan itu bukanlah satu dosa.. malah perkara yang baik.. it's a good thing indeed..

Hasilnya anak luar nikah dibuang merata-rata.. dunia, dunia.. perbuatan yang menghalalkan naluri manusia dilarang.. perkahwinan adalah jalan penyelesaian kepada masalah ini.. jadi salah siapa apabila maksiat dan gejala sosial tidak dapat dibendung? Renung-renungkan.. selamat beramal.. :)











p palang s : Berat sungguh tajuk...


WW #21 : Heartbeats


Never So True

Assalamualaikum..

JUST FOR LAUGH (^_^)

#1 : Facebook Bukan Tempat Menangis

Memang lar status Facebook tu tanya "What's on your mind?".. tapi bukan lar dia suruh tulis karangan panjang lima kilometer.. dia cuma tanya status terbaru kita.. ada hamba Allah yang sedih bergaduh dengan boipren sampai buat esei gred A kat bahagian status tu.. kalau nak berdoa, tak payah tulis status fb.. duduk atas sejadah, berdoa pada Allah.. kalau nak menangis, sila ambil tisu tandas!


#2 : Henfon Murah Tetap Terbaik

Yang nie, aku setuju sangat.. gelak sorang-sorang baca nie tadi.. hehe.. memang tak dapat dinafikan langsung.. ini fakta.. henfon murah lebih tahan lasak.. contoh henfon lama nie adalah henfon umi aku yang masih kental bertahan sejak 2006.. contoh henfon baru pulak milik aku yang dah rosak beli tahun lepas.. mungkin tak ada masalah jika dijaga dengan baik.. tapi henfon canggih kalau jatuh, skrin pecah.. henfon lama pulak kalau jatuh, LANTAI PECAH! hahaha.. = )











p sepak s : Terbaik... boboiboy...


Monday, December 26, 2011

Esok Masih Ada


Assalamualaikum...

Tolong aku!! Apa lar nak jadi dengan aku nie.. petang tadi main futsal.. malam nie nak tengok Ip Man.. dan sekarang otak melayang memikirkan nasib pasukan game Fantasy Premier League aku.. haihhh.. entah lar.. bila nak mula buat issue report jer, mula lar syaitan bisik 'tak payah'... dari 17 November aku mula cuti sampai hari nie.. masih tak berganjak lagi kerja rumah aku..

Cuak jugak fikir cuti sem dah nak habis.. 3 Januari nie mula lar semester kedua aku di INTEC UiTM Shah Alam, Kampus Seksyen 17.. apa lar nasib keputusan peperiksaan akhir semester aku.. semua bayangan amat mengerikan.. cuti tinggal kurang seminggu..

Bila aku rasa nak buat issue report, hati pun cakap "esok masih ada".. satu virus yang membunuh kerajinan aku.. "Esok masih ada" dari 18 November sampai ke hari nie.. esok masih ada kan? Masalahnya cuti pun dah nak habis.. tolong aku!!

Takpe... esok masih ada..........











p palang s : Kecewa dengan diri sendiri..


Sunday, December 25, 2011

Berlibur Bersama Famili

Assalamualaikum..

Jumaat lepas aku jalan-jalan bersama famili.. pergi shopping di Star Parade Alor Star.. ada lar sikit gambar kenangan nak tunjuk kat cucu.. haha..


Sampai-sampai terus cari McD.. melantak dulu.. baru ada semangat nak jenjalan kan.. maka gambar di bawah nie lar hasilnya.. air Sprite, french fries, fish o filet (wajib ada) dan double cheeseburger.. kalau ada yang kaya nak belanja Lelaki Dari Marikh, sangat dialu-alukan :)


Gambar seterusnya, dua orang adinda Lelaki Dari Marikh yang dikasihi.. yang paling kecik tu Nursyahed Natif.. ayah aku panggil dia "Comel".. sebelah kanan pulak segak dengan baju berwarna oren, Nurkhaled Nasif..


Hari tu memang sesak dengan orang yang turut jakun di hari cuti.. haha.. sesak Star Parade hari tu.. nak cari parkir pun susah.. alhamdulillah, ada rezeki.. kebetulan penghujung cuti sekolah, ramai yang berkeliaran cari barang-barang sekolah.. :)


Gambar terakhir, awek mana pulak nie.. jeles si jantung hati nanti.. huhu.. ramai couple aku tengok di sana.. pemandangan yang tidak menyenangkan bagi pemikir seperti aku.. oh, tapi gambar di bawah nie adalah satu-satunya kakak kandung aku, Nursyahida Abriza yang menuntut di UiTM Arau..



Gambar aku jer takde.. sob sob.. actually ada aku tangkap.. tapi chubby.. tak nak ah share.. nanti dah kurus baru korang boleh tengok gambar terbaru Lelaki Dari Marikh.. hahahaha.. gelak jahat.. bajet ada orang nak tengok jer.. sekian dulu memori hari Jumaat.. entri seterusnya aku story pasal memori hari Sabtu ke Pantai Merdeka.. :)











p palang s : Sakan jenjalan..

Tahniah Yusry dan Lisa

sumber : Kosmo

Assalamualaikum...

Pagi yang indah.. dua hari tak update.. busy jalan-jalan dan habiskan masa bersama famili.. nanti aku upload gambar kenangan.. hehe.. semalam aku dimaklumkan Yusry KRU dan Lisa Surihani buat sidang media untuk mengumumkan tarikh perkahwinan mereka di Putrajaya..

Pagi nie dah keluar paper.. maka rasmilah mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari 2012.. bila cakap Yusry nak kahwin, aku teringat Wedding of The Year 2003 antara Yusry dan Erra Fazira.. sayangnya jodoh diorang tak panjang.. apa nak buat kan.. dah ketentuan.. Erra juga telah berkahwin lain..

Kini tiba giliran Yusry.. dengan trend artis kahwin dan bercerai, aku jadi tertanya-tanya apakah perkahwinan ini dapat bertahan dalam arus lensa dan gosip liar yang menggoncangkan kepercayaan.. tapi Lelaki Dari Marikh mengucapkan tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli ini kerana bakal mendirikan masjid..

Yang menariknya, persamaan mereka adalah sama-sama kidal dan peminat tegar Manchester United.. Red Devils' die-hard-fan.. eh, same lar dengan kite (nada Boboi).. glory glory Manchester United..

Seluruh penghuni Marikh dengan ini mendoakan pernikahan diorang jika terjadi kekal hendaknya sehingga ke akhir hayat.. ini perkahwinan kedua buat Yusry tetapi yang pertama bagi si cantik manis, Lisa Surihani.. memang serasi bagai pinang dibelah dua.. pendek kata, aku ucapkan semoga bahagia selamanya..











p palang s : Nak nikah jugak...


Friday, December 23, 2011

Angkara Bintang


Assalamualaikum..

Yer, semuanya gara-gara bintang..

Gara-gara telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang yang ditayangkan di Astro Ria pukul 9 malam tadi.. dek kerana kemanisan babak-babak ranjang Elfira Loy dengan Randy Pangalila, penuh news feed facebook aku sebaik cerita itu tamat..

Seperti biasa, lagak gadis Melayu yang tipikal mengupdate status mereka kerana terbeliak biji mata tengok laki kacak..

"Shuwiittttt lar Randy peluk Elfira tadi...."

"Kalau lar i dapat boyfie macam Randy, i buat kenduri tiga ratus malam.."

"Sumpah comel Randy.. tapi.... dia peluk Elfira.. waaaaa!!"

And the list goes on......

Aku mampu senyum jer lar baca status-status pramatang diorang nie.. hehe.. tak dinafikan aku suka babak Randy peluk Elfira.. romantis jer.. tapi.... kenapa babak macam tu jadi santapan anak-anak kecil? Nak ajar budak-budak bergomol dengan bukan muhrim ke? Hmm.. i'm wondering.. apa lar yang difikirkan oleh kanak-kanak yang innocent..

Kalau mimpi, biar sampai ke bintang.. supaya jatuhnya ke langit saja.. :)










p sayang s : Mimpi nak jadi bintang..


Jiwang Malam


Assalamualaikum..

Bercahaya hidupku dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku jangan lepas lagi
Kupatri setia seteguh kasihmu buatku
(Cintamu - Datuk Siti Nurhaliza)

Entah apa motif dan tujuan aku melayan lagu jiwang tahap Shakespeare sebegini ketika malam telah pun tidak mengakui dirinya masih muda.. bila larut malam.... tarakucah tarakucah cah cah.. erkkkk?

Pungguk yang merindukan bulan masih setia di pohon cemara untuk memaklumkan beliau dapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah 2011.. tahniah buat pungguk..

Putera Raja Ilya Dewata pula sedang bahagia cuba mendapatkan zuriat bersama Sania.. nanti dapat cahaya mata boleh sambung filem Misteri Jalan Lama 2..

Aku? Aku masih setia menemani si jantung hati yang letih sepetang berjimba di Queensbay Mall sampai lenguh kaki.. Black menyanyikan "Sofea Jane" di cuping telinga..

Kurang dua minggu untuk kembali ke INTEC.. aku belum bersedia.. arrrgghhh..










p palang s : Selamat malam cinta..


Thursday, December 22, 2011

Glory Glory Red Devils

Assalamualaikum..

Pasukan kesayangan aku, Manchester United, menumbangkan Fulham 5-0 di gelanggang lawan awal pagi tadi.. lima gol, lima penjaring berbeza dan lima detik yang indah..


Danny Welbeck tenang menyudahkan lintangan Nani..


Nani menanduk masuk sepakan sudut Ryan Giggs..


Ryan Giggs meledak hantaran pendek Nani..
gol ke-19,999 Liga Perdana Inggeris..


Wayne Rooney dengan magis dari jarak 30 meter..


Dimitar Berbatov menyempurnakan tolakan Antonio Valencia dengan satu cheeky backheel..



Kemenangan bergaya buat Red Devils yang bagaimanapun dibayangi keceraan menimpa Phil Jones dan Ashley Young.. tahniah kepada Ryan Giggs, living legend berusia 38 tahun yang meneruskan rekod-sukar-dicabar iaitu menjaringkan gol dalam semua 20 musim Liga Perdana Inggeris.. kuda tua yang masih gagah menunjukkan kehebatannya.. sekian dulu laporan Buletin Marikh.. glory glory Manchester United..









p peluk s : Nani terbaik..

PMR Dah Dijangka


Assalamualaikum..

Pagi yang gelap kini sudah cerah.. matahari bersinar indah.. terserlah sinar di wajah-wajah cemerlang Penilaian Menengah Rendah 2011 yang mendapat keputusan straight A's.. aku ucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kegemilangan korang semua.. nikmati saat kejayaan ini.. kepada yang tidak bernasib baik, aku ucapkan semoga berjaya pada masa akan datang.. korang dah beri yang terbaik.. redha lar dengan ketentuan Ilahi.. usaha tangga kejayaan.. ini semua adalah hasil usaha korang.. kalau tak dapat apa yang korang nak, mungkin usaha korang belum cukup baik..

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, tempat aku membesar daripada seorang budak kepada remaja, aku dimaklumkan tiga orang mendapat 8A.. aku sebagai senior yang kacak dan bertanggungjawab mewakili penduduk Marikh mengucapkan tahniah yang setinggi angkasa atas kejayaan.. korang kena teruskan menjadi legenda Sintok.. teruskan legasi aku.. buktikan kepada semua orang, tempat belajar tak jadi halangan.. eh, anak Sintok dah ke INTEC tahu?? Aku bangga bergelar anak Sintok.. tidak perlu ke Maktab Rendah Sains Mara ataupun Sekolah Berasrama Penuh.. di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan..

Nada Musafir Kelana (adik angkat aku), Suraya Najieha dan Ikhwan Yusuf adalah pelajar-pelajar cemerlang daripada Sintok.. Nada, i'm proud of you sis.. aku kenal diorang sebagai pelajar yang rajin.. they deserve it..

Aku dengar khabar mengatakan keputusan PMR 2011 adalah yang terbaik dalam empat tahun.. aku sikit pun tak hairan.. PRU13 dah dekat kan? Biasa lar bila pilihanraya dah dekat, keputusan peperiksaan awam mesti cemerlang.. standard pendidikan Malaysia mesti tinggi melangit.. hehe.. untung lar korang budak-budak batch 96's.. nasihat aku, cemerlang atau tidak, jangan berhenti di sini.. SPM is a whole new world.. Physics, Chemistry, Biology are whole new things.. jangan jadikan Tingkatan 4 sebagai zaman berbulan madu.. teruskan usaha ke puncak jaya..










p palang s : Aku anak Sintok..


Duit Baru Untuk Semua

Assalamualaikum..

Akak BNM posing dengan duit baru

Planet : Bumi
Negara : Malaysia
Bulan : Disember 2011

Buletin Marikh dengan ini melaporkan satu kejadian aneh telah berlaku di planet Bumi dalam bulan terakhir tahun 2011 Masihi ini.. sepasukan alien-alien telah dihantar ke planet Bumi untuk mengintip kejadian misteri ini yang melibatkan satu pihak bernama Bank Negara.. pihak ini telah mencetak semula wang keluaran 2012.. laporan ini menguatkan lagi keyakinan para pelabur di planet Pluto yang ingin melabur di sebuah negara Asia Tenggara yang dinamakan Malaysia..


Syiling yang comel

Selain wang kertas, Buletin Marikh dimaklumkan syiling baru juga dikeluarkan.. nampak comel-comel belaka, seperti Justin Bubur saja gamaknya.. mungkin syiling ini boleh menggantikan Lindsay Ikan Lohan menjadi model majalah Playboy yang terbaru.. jika syiling comel ini menjadi heroin filem di Malaysia, Lisa Surirumah mungkin boleh memohon untuk berpindah ke Marikh demi sesuap nasik..

Duit baru untuk semua

Dikhabarkan RM20 (not berwarna kuning) juga telah dicetak semula selepas dihentikan pengeluarannya 16 tahun lepas.. pengeluaran RM20 memudahkan jual beli kerana terdapat jurang besar antara RM10 dan RM50.. nampaknya berita dari planet Bumi sangat tidak menyenangkan penghuni Marikh yang masih menggunakan daun untuk urus niaga..

Sekian Buletin Marikh.. selamat malam..










p palang s : Masa RM20 tak lagi dicetak, aku baru 2 tahun..


Wednesday, December 21, 2011

Goodluck 96's


Assalamualaikum..

Kepada semua budak-budak batch 96's, Lelaki Dari Marikh dengan ini mewakili seluruh penghuni Marikh mengucapkan setinggi-tinggi ucapan semoga berjaya bersempena dengan upacara mengambil keputusan Peperiksaan Menengah Rendah pada hari esok, Khamis bertarikh 22 Disember 2011 Masihi bersamaan 26 Muharam 1433 Hijrah.. hari yang bersejarah bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 bagi tahun 2011..

Ada dua cara untuk mengambil keputusan.. sama ada melonjak keriangan ataupun menangis.. dan menangis juga ada dua sebab.. kerana gembira atau kerana kecewa.. anda mampu mengubahnya.. hehe..

Buat adik-adik sekalian, jangan lupa doa banyak-banyak.. nak ambik keputusan baru reti nak doa.. :) kat Marikh sekarang nie hujan.. orang kata doa ketika hujan makbul.. cuba lar.. selamat mengambil keputusan.. goodluck!!











p palang s : Tak lena tidur lar korang..


WW #20 : Heart


Tuesday, December 20, 2011

Hiburan, Hedonis, Hancur

Gambar hiasan

Assalamualaikum..


HIBURAN
Tiba penghujung kisah manusia
Akhir zaman di dunia fana
Termasuk di negaraku tercinta
Hiburan menjadi santapan minda
Tumbanglah belia yang lemah imannya

HEDONIS
Itulah bangsaku dibadai modenisasi
Sudah hilang nilai jati diri
Hanya hiburan yang sibuk dicari
Siang malam petang dan pagi
Lalai dan leka mengejar duniawi

HANCUR
Propaganda Barat menjadi ikutan
Asyik menelan makanan hiburan
Hingga lupa kepada Tuhan
Hancurnya generasi masa depan
Sedialah untuk dimusnahkan


Nukilan M Fizan
20.12.2011 (1.10 am)









p palang s : Original..


Monday, December 19, 2011

Nak Tiru Jugak

Assalamualaikum...




Hari nie aku nak kongsikan satu video.. ramai dah tengok nie...

Oh, tidak! Aku terlambat.. peduli apa kan..

Aku pun heran kenapa ramai suka video nie dua hari lepas..

Aku buat tak tau jer.. malas nak layan kefanatikan orang..

Tapi hari nie aku tengok jugak sebab dah ramai sangat tengok..

Aku nak tau apa yang menarik perhatian..

And..... I LIKE IT!

Tambah pulak lagu tema "Thousand Years" feberet aku tu..

Sumpah best.. aku nak tiru macam laki dalam nie jugak..

Kepada yang belum tertengok, selamat menonton.. :)










p peluk s : Dipinang dan bertunang.. sweet..


Saturday, December 17, 2011

Tetap Terbaik


Assalamualaikum..

Sob2.. ape daa.. mula entri dah sedih.. memang cis betul.. mana taknya kan.. hero badminton kita, Datuk Lee Chong Wei tumbang di separuh akhir BWF Super Series Finals 2011.. sangat mendukacitakan.. eh, aku patriotik okey... semangat tengok LCW main walaupun tewas..

LCW akur selepas bertarung rubber game dengan Chen Long.. aku rasa pemain China tu bernasib baik hari nie.. segala taktik dia menjadi.. tapi aku puas hati lar LCW kalah melawan.. sebab tu dia pemain nombor satu dunia..

Memang best tengok LCW melompat untuk melakukan smesy.. rugi lar korang yang terlepas.. pertahanan LCW pun kental.. segagah harimau.. cuma beberapa kesilapan mudah memakan diri.. mungkin tekanan beraksi di hadapan ribuan penyokong lawan..

Tak mengapa LCW.. kalah menang jutaan rakyat Malaysia pasti memberi sokongan padu.. LCW tetap terbaik di hati kami..











p peluk s : Jom tengok Masterchef..


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif