Friday, December 16, 2011

Jauh Lagi Perjalananmu


Assalamualaikum..

Kerap sangat bila aku blogwalking, aku akan jumpa blog yang cerita pasal masalah dengan kekasih.. okey, itu bukan masalah bagi aku.. mungkin blog peribadi.. tapi bila tengok umur, alahai... aduhai adik.. baru 13 tahun.. nak masuk Tingkatan Dua tahun depan..

"Adik, perjalanan masih terlalu jauh.. kenapa yang berpacaran macam nak kahwin esok? Alahai adik.. utamakan pelajaran tu dulu.. cinta boleh datang kemudian.. bila masalah mengganggu minda, pelajaran pun terkesan.. masa depan tu lebih penting.."

Sekurangnya aku makan garam lebih sikit beberapa tahun.. hehe.. aku dah banyak pengalaman.. sebab tu aku tak nak diorang nie ikut jejak aku.. tapi aku tak lar bercinta masa baru masuk sekolah menengah.. nampak sangat tak matang.. memang monyet sungguh.. percaya lar cakap aku.. kalau dah nak keluar sekolah tu, nampak lar rupa manusia sikit.. :)

Moral of the story, kalau 13 tahun, dan nak kahwin umur 25 tahun, berapa tahun lagi nak tunggu? 12 tahun tu.... bukan sekejap.. jadi adik-adik yang baru menerjah dunia remaja tak payah lar terleka dibuai keindahan zaman monyet nie.. nanti dah keluar sekolah, nak berpacaran suka hati lar.. dah besar, tak kuasa aku nak nasihat.. sabar yer.. kawal sikit hormon tu.. ^_^











p peluk s : Nasihat berdasarkan pengalaman..



2 comments:

Miss Nadya said...

budak2 sekarang kan??

p/s :: nad cuma mengongsikan je..:)

M Fizan said...

@Miss Nadya hehe.. budak2 zaman sekarang..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif