Thursday, December 22, 2011

Glory Glory Red Devils

Assalamualaikum..

Pasukan kesayangan aku, Manchester United, menumbangkan Fulham 5-0 di gelanggang lawan awal pagi tadi.. lima gol, lima penjaring berbeza dan lima detik yang indah..


Danny Welbeck tenang menyudahkan lintangan Nani..


Nani menanduk masuk sepakan sudut Ryan Giggs..


Ryan Giggs meledak hantaran pendek Nani..
gol ke-19,999 Liga Perdana Inggeris..


Wayne Rooney dengan magis dari jarak 30 meter..


Dimitar Berbatov menyempurnakan tolakan Antonio Valencia dengan satu cheeky backheel..



Kemenangan bergaya buat Red Devils yang bagaimanapun dibayangi keceraan menimpa Phil Jones dan Ashley Young.. tahniah kepada Ryan Giggs, living legend berusia 38 tahun yang meneruskan rekod-sukar-dicabar iaitu menjaringkan gol dalam semua 20 musim Liga Perdana Inggeris.. kuda tua yang masih gagah menunjukkan kehebatannya.. sekian dulu laporan Buletin Marikh.. glory glory Manchester United..









p peluk s : Nani terbaik..

4 comments:

EZAD AMIR said...

Oh itu yg kita mahukan..!!

M Fizan said...

@EZAD AMIR itu jugak yang kita mahukan...

suha said...

hidup chelsea! erk?hehe

M Fizan said...

@suha maaf, chelsea yang anda minat tak diterima di sini ^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif