Welcome To My Life...

Saturday, December 31, 2011

Azam Baru Aku


Assalamualaikum..

Yeay, esok dah tahun baru Masihi.. ehem, diulang sekali lagi.. MASIHI.. 2012.. rasa macam tak percaya hari nie dah 31 Disember 2011.. rasa macam 1 Januari jer.. aku masih risau pasal keputusan SPM.. hoho.. sekarang aku dah nak masuk semester kedua di INTEC UiTM Shah Alam.. 3 Januari nie bersambung lar kisah hidup aku sebagai pelajar lagi..
Chapter 2 : Study Again..

Azam 2011? Entah lar.. tak letak azam pun.. haha.. jadi nak kata tercapai atau tak tu memang tak lar.. sob sob sob.. sedih lar kan.. tak ada azam nak diceritakan.. Muhamad Azam tak ada kaitan dalam entri aku nie.. Sharifah binti Azam pun tak terlibat.. tapi untuk 2012 nie aku ada azam.. memandangkan badan aku dah membesar, aku berhajat nak kuruskan semula badan.. :)

Apa pulak azam korang semua? Tak kisah lar apa pun.. sama-sama lar kita berusaha untuk mencapai azam masing-masing.. berdoa lar kepada Yang Maha Esa moga dikukuhkan kesungguhan kita.. aku benar-benar tekad untuk kurus.. isk isk.. harap-harap berjaya lar.. yang penting malam nie Manchester United akan beraksi menentang Blackburn Rovers.. glory glory Red Devils.. (fans kelab lain jangan jeles.. hahaha)

Aku pun dah sibuk nak kemas barang malam nie.. jadi mungkin tak sempat nak update entri tahun baru malam nie.. tapi aku akan sempatkan jugak untuk wish HAPPY NEW YEAR 2012.. tambahkan ibadat, banyakkan amalan sunat.. sekian, wassalam..











p palang s : Nak keluar makan kenduri..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif