Sunday, September 30, 2012

Wake Me Up

Assalamualaikum.

Wake me up..... when September ends.... Ya, tajuk tu adalah sebahagian dari sebaris lirik lagu Taylor Swift. Taylor adalah antara penyanyi kegemaran aku. Lirik dan melodi yang sangat melekat di hati aku. Okey, itu bukan persoalan entri ni. Lupakan Taylor Swift yang mukanya macam anak patung Barbie.

Hari ni 30 September. Esok bermula bulan baru. Oktober. Begitu pantas masa berlalu. Berlari-lari memecut mengejar Usain Bolt. Aku terlalu sibuk. Urusan duniawi begitu menyeksa. Tidak sempat rasanya untuk merehatkan badan tanpa memikirkan bebanan ujian yang menanti satu demi satu. Sehingga aku tidak mempunyai banyak masa untuk berfikir mencari ilham untuk mengemas kini blog. Lantas aku biarkan blog bersawang kerna lebih banyak prioriti yang memerlukan khidmatku.

Ujian demi ujian telah aku lepasi. Dan ujian demi ujian masih lagi menanti. Esok, ujian Statistik. Rabu, ujian Biologi. Hujung minggu ini perang lebih besar dan mencabar. Bahagian pertama untuk peperiksaan IELTS sebenar. Speaking. Aku kian gementar dan cuak. Aku masih terkial-kial untuk bertutur dengan fasih dalam bahasa mat saleh. Kurang seminggu, aku perlu berhadapan dengan ujian sebenar untuk menentukan pencapaian aku. Bukan lagi main-main.

Hujung minggu ini, aku seperti mengalah. Terlalu banyak urusan membebani minda sehingga terlalu berat. Aku tidak tahu mana yang perlu diutamakan. Maka Biologi aku biarkan. Isnin baru mula jika mengikut rancangan. Topik yang aku belajar dalam masa sebulan akan aku ulang kaji dalam masa dua hari. Begitulah resam seorang pelajar bernama aku. 

Petang tadi, aku menyiapkan lab report untuk subjek Biologi. Itulah yang membantutkan niat aku untuk khatam Biologi. Aku perlu memerah otak untuk menyiapkan dalam masa dua tiga jam. Terlalu mencabar. Sekarang aku rasa nak tidur. 10.54 malam. Dua jam dari sekarang, September telah berlalu. Aku mahu lena. Wake me up when September ends. Aku lelah. 












p peluk s : Selamat malam...

Tak Cukup Masa

Assalamualaikum.

Percaya atau tidak, tak cukup masa hanya dalam fikiran kita. Okey, aku tak cakap kosong. Aku bagi situasi yang aku pernah alami. Situasinya.... jeng jeng jeng... buat Reading, salah satu bahagian IELTS. Aku kena jawab empat soalan berdasarkan tiga petikan yang sangat panjangnya pun adoi dalam masa sejam. 60 minit tu termasuk nak pindahkan jawapan dan periksa semula ejaan dan sebagainya. 

Keadaan pertama, aku buat latihan sendiri di kolej. Buat dalam keadaan santai. Macam berjimba tepi pantai. Menghirup udara nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tengok, dah masuk bahasa karangan PMR. Oleh sebab terlalu rileks, maka aku mengeluh kerana merasakan masa tidak mencukupi. Bukan setakat lebih seminit dua, sejam setengah pun belum tentu siap.

Keadaan berbeza bila aku dalam kondisi peperiksaan. Secara tiba-tiba dan misteri yang teramat nusantara, aku boleh siap dalam masa yang ditetapkan. Bukan saja aku berjaya menyiapkan dalam masa yang ditetapkan, malah aku berjaya memindahkan jawapan dan memeriksa semula jawapan dalam masa sejam. Wowww. How amazing can it be? Macam mana latihan yang aku tak boleh siapkan di kolej, aku boleh siapkan dalam peperiksaan? Benda yang sama, Reading.

Ekceli, masa cukup atau tidak itu mindset kita. Dah tentu aku tetapkan dalam minda bahawa masa akan cukup masa nak menjawab peperiksaan. Kalau mindset yang sama aku tetapkan di kolej, boleh saja aku sempurnakan satu set latihan kurang dari sejam. Korang pun mesti pernah alami kan. Masa yang selalunya tak cukup akan jadi cukup bila korang terdesak.

Itu berlaku kerana dalam keadaan memaksa, diri kita akan melonjak ke satu batasan baru. Kita selalu sebut limit. Kita selalu rasa sesuatu membataskan apa yang kita lakukan. Kemalasan membataskan usaha kita. Tapi kalau kita mahu, atau kita terpaksa, kita akan ubah batasan itu. Push limit to a new extent. Batasan itu boleh berubah. Limit is flexible.

Believe me, i've tried it. Anda mampu mengubahnya.












p sepak s : Oh yeah...

Kuciwa

Assalamualaikum.

Kuciwa bukanlah perkataan Jepun. Beliau adalah perkataan bahasa Melayu yang telah dijahanamkan. Perkataan asalnya adalah KECEWA. Menyaksikan pasukan bola sepak kesayangan korang tewas bukanlah satu perasaan yang enak. Sekurangnya itulah yang dapat aku gambarkan bila Manchester United tumbang kepada Tottenham Hotspurs 3-2 di Old Trafford. Kalah tetap kalah. Tak ada alasan walaupun perlawanan sangat dramatik. United bermula buruk dan harus membayar harganya.

Babak awal perlawanan semalam memang sangat menghampakan. Seawal minit kedua, United dah ketinggalan. Terlalu banyak ruang untuk Jan Vertonghen bertukar hantaran dengan Gareth Bale dan memecut dari bek kiri ke kotak penalti United sebelum rembatannya ditampan Jonny Evans ke gawang sendiri. Masa tu aku tak berapa kisah lagi. Masih terlalu awal. Dan United tak boleh dikatakan kalah hanya dengan ketinggalan satu gol! United terkenal dengan kebangkitan.

Namun perlawanan diteruskan dengan United berhempas pulas menyaingi permainan Spurs. United beraksi dengan formasi 4-2-3-1. Rafael, Rio Ferdinand, Jonny Evans, Patrice Evra - Paul Scholes, Michael Carrick - Nani, Shinji Kagawa, Ryan Giggs - Robin van Persie. Wayne Rooney di bangku simpanan dan United kekurangan semangat, keyakinan dan idea kreatif. Terlalu banyak ruang dan pemain United malas untuk bermain.

Giggs, Scholes dan Ferdinand terlalu perlahan kerana dimamah usia untuk bersaing dengan kepantasan pemain Spurs seperti Bale dan Aaron Lennon. Vertonghen menyerang dari bek kiri bermakna United tidak mengancam. United berjaya mengatur beberapa serangan tetapi diperangkap permainan balas pantas yang begitu efektif. Larian solo Bale dari tengah padang menembusi benteng pertahanan United sebelum rembatan kaki kirinya menjadikan kedudukan 2-0. Malang sekali tiada sorang pun pemain United melakukan sebarang terjahan untuk menghentikan larian kencang tersebut.

Sir Alex Ferguson terkenal dengan gelaran hair-dryer kerana kegarangannya di bilik persalinan sering membawa perubahan positif dalam permainan United. Dan ia berlaku lagi. Babak kedua membawa senyuman kepada aku walaupun akhirnya aku tetap berduka. Fergie membawa masuk Rooney menggantikan Giggs untuk menambah sengat dalam barisan serangan United. Ternyata kepintaran taktikal Fergie masih utuh. Rooney menambah bisa serta-merta. Jika Spurs terlalu berbahaya pada separuh masa pertama, babak kedua milik United sepenuhnya. Spurs bertahan sehingga tamat permainan.

United ketinggalan dua gol dan mengasak seawal wisel permulaan dibunyikan. Akhirnya, kehadiran Rooney terasa bila hantaran silangnya dari sebelah kanan ditampan Nani untuk mengurangkan defisit. Aku yakin United boleh bangkit. Game on! Sayangnya, dalam keghairahan menyerang, kubu pertahanan United bocor lagi. Bale berjaya lolos di belakang barisan pertahanan seminit selepas gol United dan merembat kencang. Anders Lindegaard di gawang Red Devils berjaya menepis ke tengah kotak penalti tetapi...... tak ada sorang pun pemain United!

Maksud aku, tak ada sorang pun pertahanan United mengawal Clint Dempsey yang menolak ke gawang terbuka. Tapi defisit dua gol hanya bertahan seminit. Giliran Kagawa meneruskan drama. Hantaran Van Persie memecahkan tembok pertahanan dan kaki kiri Kagawa ternyata terlalu berbisa. Tiga gol dalam masa tiga minit. Dua untuk United, satu untuk Spurs. Game on! 2-3. Masih terlalu awal. Belum pun sampai detik setengah jam. Asakan demi asakan membuatkan Spurs mula cemas. United ada setengah jam untuk sekurang-kurangnya mencari gol penyamaan.

Tetapi gol penyamaan tu tak muncul-muncul walaupun United menghentam kubu Spurs bertubi-tubi. Serangan demi serangan bertali arus. One-way traffic. United mendominasi permainan ketika Spurs bertahan dengan semua pemain dan hanya mengharapkan serangan balas. Pemain United selesa bertukar-tukar hantaran dengan Scholes menunjukkan kemahirannya melakukan hantaran jauh yang tepat. United mengambil risiko dengan hanya bertahan menggunakan dua orang pemain, Evans dan Ferdinand. Malah di penghujung permainan, hanya Ferdinand di kawasan United. Evans semakin ke depan membantu serangan. Aku terus berharap kerana gol lewat adalah tradisi Manchester United.

Di hujung masa kecederaan, Lindegaard turut berada di kawasan Spurs. United mencuba sedaya upaya mencari gol penyamaan yang tak kunjung tiba. Aku sedikit kecewa kerana United gagal. Tapi aksi babak kedua membuatkan aku puas hati. Jika babak pertama United beraksi seperti pasukan bawahan liga, United berubah wajah pada babak kedua. United beraksi seperti biasa, menepati status juara. Kehadiran Rooney menambah satu perisa yang tak terlawan oleh Spurs.

Keseluruhannya, jika United beraksi lebih baik pada awal permainan, kekalahan itu takkan berlaku. Kelekaan pertahanan membenarkan tiga gol mudah juga tak dapat dimaafkan. Ditambah kegagalan pengadil memberikan tiga sepakan penalti yang jelas pada pandangan aku. Van Persie diterjah lewat oleh Gallas walaupun bola itu 50-50. Nani dijatuhkan oleh Vertonghen walaupun sedikit samar. Bola terkena tangan pertahanan Spurs adalah situasi ketiga. 

Nasib juga tak menyebelahi United. Dua kali bola terkena tiang. Pertama, sepakan percuma kaki kanan Rooney yang cantik menewaskan semua pemain Spurs kecuali tiang yang tidak mahu membenarkan bola itu masuk untuk menyamakan kedudukan. Seterusnya, tandukan Carrick hasil sepakan sudut juga terkena palang. United terlalu unggul pada babak kedua sehingga statistik perlawanan berubah. Jika babak pertama menyaksikan Spurs memiliki lebih banyak peluang dan sepakan sudut dengan United hanya ada rembatan Nani yang tepat ke dakapan Friedel, babak kedua statistik perlawanan terbalik.

United pada akhirnya memiliki lebih banyak serangan, sepakan sudut dan lebih mengancam. Hanya tuah tidak memihak United kali ini. Tiada alasan. Tiga sepakan penalti yang tidak dihadiahkan dan dua kali bola terkena tiang tidak dikira sebagai gol. Spurs bertahan seperti tembok Konstantinopel dan seharusnya menang kerana memanfaatkan kealpaan United pada babak pertama. Jika United mahu mencabar Chelsea di puncak liga, aksi seperti pada babak pertama malam tadi tidak sehaarusnya diulangi.

Aku puas hati. Sekurangnya aksi pada babak kedua malam tadi sangat hebat. Diorang kalah melawan. Jika aksi babak pertama berterusan, mungkin aku dah sumpah seranah. Kalah tak melawan tu sangat menyakitkan. Tapi diorang kalah selepas berjuang habis-habisan. Pada hari lain, mungkin United mendapat tiga sepakan penalti dan dua lagi bola tidak terkena palang sebaliknya menerjah jaring. Malam tadi bukan milik United. Syaitan Merah akan terus bangkit kerana itulah yang mengalir dalam DNA kelab kesayangan aku. 













p sepak s : Sangat hampa, tak terkata..


Kebangkitan Juara

Assalamualaikum.

Menang tetap menang. 

Minggu lepas, pasukan kesayangan aku, Manchester United, berjaya menewaskan musuh tradisi, Liverpool 2-1 di gelanggang lawan. Permainan itu telah kecoh sebelum perlawanan bermula lagi dengan kerisauan akan berlaku ketegangan melampau berikutan permusuhan zaman-berzaman antara dua kelab paling berjaya dalam bola sepak Inggeris. Ada satu persamaan antara diorang. Kedua-dua kelab pernah mengalami tragedi. Pemain Manchester United terkorban dalam nahas kapal terbang di Munich dan 96 orang penyokong Liverpool terbunuh dalam tragedi Hillsborough. Dikatakan tragedi Hillsborough disebabkan oleh penyokong Liverpool.

Para penyokong kedua-dua kelab selalu mengejek antara satu sama lain. Penyokong Liverpool menggayakan aksi kapal terbang dengan tangan. Penyokong United sering melaungkan "Selalu menjadi mangsa, tidak pernah bersalah" kepada penyokong Liverpool yang dibebaskan dari kesalahan tragedi Hillsborough oleh satu tribunal siasatan baru-baru ini. Satu lagi isu besar sebelum perlawanan itu adalah pertembungan Patrice Evra dan Luis Suarez. Suarez pernah digantung lapan perlawanan kerana dikatakan mengeluarkan ejekan berbaur perkauman kepada Evra. Dalam pertemuan sebelum ini, Suarez tidak mahu menerima huluran salam dari Evra.

Kedua-dua isu itu berakhir pada hari perlawanan. Penyokong Liverpool dan Manchester United berkelakuan baik di Anfield kerana menghormati permintaan orang atasan di kedua-dua kelab yang mahukan perlawanan pertama selepas keputusan tribunal siasatan itu berlangsung aman dan lebih diingati kerana kualiti aksi bola sepak berbanding kekecohan penyokong. Sebelum sepak mula, Sir Bobby Charlton menyampaikan kalungan bunga kepada ikon Liverpool, Ian Rush, dan kapten kedua-dua pasukan pada malam tersebut (Ryan Giggs dan Steven Gerrard) melepaskan 96 belon untuk memperingati mangsa tragedi Hillsborough.

Ada beberapa perkara yang harus aku akui. Ya, aku sangat kecewa dengan aksi Manchester United. Teruk. Sudah beberapa perlawanan menghampakan aku yang mengharapkan aksi bertenaga dan mantap. United tak dapat menguasai bola dan gagal merampas bola dari para pemain Liverpool yang bersemangat beraksi di tempat sendiri. Tak nampak macam pasukan elit langsung. Akibat gagal mendominasi permainan, United terpaksa menyerap asakan bertalu-talu dari skuad The Kops. Apabila bola berjaya dirampas, pemain-pemain United gagal mengawal bola dengan kemas.

Ketiadaan Paul Scholes dalam skuad utama amat dirasai. Scholes berada di bangku simpanan bersama David De Gea, Anderson, Javier Hernandez, Danny Welbeck, Tom Cleverley, dan Alexander Buttner. Anders Lindegaard mengawal gawang United. Rafael, Rio Ferdinand, Jonny Evans dan Patrice Evra membentuk benteng pertahanan. Giggs dan Carrick mengawal tengah padang. Antonio Valencia, Shinji Kagawa, dan Nani menyerang bersama penyerang tunggal, Robin van Persie. Tiada nama kapten, Nemanja Vidic, yang direhatkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Aku harus akui Liverpool bermain lebih baik malam itu dan tidak layak kalah. Sekurang-kurangnya diorang harus seri. Menang memang tidak. Diorang mendominasi permainan tetapi tidak mampu menyudahkan peluang yang ada. Aku juga tidak dapat menafikan beberapa keputusan pengadil seperti menyebelahi United. Banyak keputusan pengadil amat kontroversi dan menimbulkan kemarahan penyokong Liverpool.

Misalnya, keputusan pengadil memberikan kad merah kepada Jonjo Shelvey yang mengasari Jonny Evans. Walaupun  ada yang berpendapat kedua-dua pemain berebut bola 50-50, pengadil hanya membuang Shelvey dari padang. Ulang tayang menunjukkan Evan sampai lebih dulu walaupun kedua-dua pemain menerjah menggunakan kedua-dua kaki. Ada yang berpendapat Evans juga perlu menerima nasib sama jika Shelvey dibuang padang. Bagi aku, siapa yang sampai lebih awal, dia berkelebihan. Shelvey kurang bernasib baik kerana sampai sedikit lewat. Terjahan itu amat berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan. Pengadil tiada pilihan.

Bermain dengan 10 orang pemain, Liverpool masih menguasai permainan. United masih gagal merampas penguasaan tuan rumah. Malah, Liverpool mendapatkan gol pendahuluan yang selayaknya diorang miliki seminit memasuki babak kedua. Gerrard mendada bola di tengah kotak penalti dan melakukan rembatan kaki kiri yang kencang ke sebelah kiri gawang. Aku dah frust masa tu. Dah main 10 orang pun masih lagi tak dapat disekat oleh United. Tetapi seperti biasa, United mula bernyawa selepas ketinggalan.

Bagi aku, gol Rafael sangat cantik dan wajar dipuji. Hantaran silang Valencia dari sayap kanan didada oleh Kagawa dalam kotak penalti. Bola itu jatuh tepat di laluan Rafael yang melakukan satu sentuhan sebelum melencongkan bola ke sebelah kanan gawang Reina. Bola itu terkena tiang dan melantun masuk. Satu penyudah luar biasa dari bek kanan untuk menyamakan kedudukan dan mengurangkan tekanan pasukan pelawat. Apa yang lebih penting, gol itu dijaringkan hanya lima minit selepas tuan rumah mendahului walaupun beraksi dengan kekurangan seorang pemain.

Tuan rumah masih enggan mengalah. Diorang terus menguasai bola dan mengasak United. Ada dua lagi keputusan kontroversi yang melibatkan pengadil. Pertama, pengadil gagal menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool setelah Luis Suarez dijatuhkan di dalam kotak penalti. Kedua, pengadil gagal memberikan kad merah kepada Van Persie yang melakukan terjahan dari belakang. Kedua-dua keputusan itu tepat. Suarez tidak disentuh dan jatuh sendiri. Sukar untuk membuat keputusan walaupun ulang tayang dilakukan berkali-kali. Pengadil pula terpaksa membuat keputusan serta-merta.

Terjahan Van Persie pula hanya menggunakan kaki dan layak mendapat kad kuning. Kad merah mungkin adil tetapi dia tak menggunakan dua kaki untuk merebut bola. Dan Van Persie adalah wira penyelamat United. Suku jam sebelum perlawanan berakhir, Antonio Valencia meloloskan diri dengan merampas bola di tengah padang dan memecut ke kotak penalti Liverpool. Ketika dia teragak-agak membuat pilihan, Glen Johnson mencabar dari belakang, gagal mendapatkan bola, dan menyentuh buku lali Valencia yang rebah. Pengadil menghadiahkan sepakan penalti. Sepakan itu tergendala selepas pertahanan Liverpool tercedera.

Sebaik perlawanan bersambung, Van Persie merembat kencang menggunakan kaki kiri ke sebelah kiri gawang Pepe Reina. Arah sepakan itu dibaca dengan tepat oleh Reina, berjaya disentuh tapi gagal ditepis keluar. Kepaduan sepakan itu membawa bola itu menerjah jaring. Reina kecewa kerana dia telah berjaya menyentuh bola itu sedikit. Akhirnya, gol itu menjadi gol kemenangan United walaupun 10 orang pemain Liverpool tidak mengaku kalah dan mengancam sepanjang tujuh minit masa kecederaan.

United beraksi buruk. Itu benar. Liverpool layak seri. Itu juga benar. Tapi mentaliti United yang tidak berputus asa walaupun ketinggalan kepada pasukan yang beraksi dengan 10 orang pemain adalah kekuatan. Para pemain United sering menang walaupun beraksi sangat teruk. Itulah resepi kejayaan Sir Alex Ferguson sepanjang 26 tahun memimpin Red Devils. Itu adalah rahsia sang juara. Bermain buruk dan tetap menang.

Orang boleh kata United membeli pengadil. Tapi bagi aku, orang seperti itu bodoh dan kebudak-budakan. Kalah tetap kalah. Aku boleh komplen jika United kalah, tapi ia telah menjadi sejarah. Tak ada apa yang boleh diubah. Kita tidak hidup dalam sejarah. Lupakan sejarah yang membanggakan. Kita hidup pada masa kini untuk masa depan. Itu yang perlu kita tumpukan perhatian. Yang berlalu takkan berulang. Fokus pada apa yang mendatang. Glory glory Manchester United.










p sepak s : Newcastle next...



Thursday, September 20, 2012

Burung Biru Kecoh

Assalamualaikum.

Aku tak main Burung Biru (Twitter), tapi aku tau semalam Burung Biru kecoh. Tetiba je budak poyo yang masih hijau jadi trending Twitter gara-gara dia tinggal semua orang yang dia follow untuk follow girlpreng dia sorang. Berita 'menarik' tu tersebar sampai ke MukaBuku. Tetiba junior aku (Tingkatan 5, SPM) kecoh pasal Acerap Eron. Aku pun hairan. Apasal pulak.

Aku sangkakan 'beliau' tu dah hina Rasulullah ke apa. Aku bersegera mengGoogle nama Acerap Eron. Tak perlu lar dinaikkan nama budak baru nak up yang tetiba je femes sebab terlalu poyo. Apa yang sebenarnya terjadi? Aku punya lar semangat nak tau. Bila aku dapat tau je sebabnya, muka aku terus berubah mencebik. Cehh, poyo punya mamat.


Kemain ramai yang sokong dia. Golongan mana tu? Semua budak-budak sekolah. Remaja yang terlalu mentah dan sudah terjebak dengan cinta monyet. Semua yang sokong dia cakap dia romantik. Dan ramai remaja fomfuan yang lemah iman tu dah mintak pakwe sorang macam dia.

Ya, aku akui dia ada rupa. Reaksi aku terhadap keromantisan dia? Phuiii. Baru tingkatan berapa dah berangan nak romantik bagai. Tak ke mana lar der. Ni ha, 'abang' kau dah terlalu berpengalaman. Tingkatan empat baru aku kenal cinta. Budak-budak sekarang sekolah rendah dah pandai cintan cintun. Ni lar jadinya. Aku tak hairan langsung. Aku dah tengok cukup banyak untuk cakap hubungan diorang takkan ke mana.

Romantik ke apa yang dia buat? Bagi aku, tak langsung. Kalau romantik, sila pergi pinang awek dia. Itu baru romantik. Setakat follow Twitter awek dia sorang, memang takde apa sangat. Aku gelak je semalam. Phuii, aku tak jeles sikit pun lar. Aku dah buat lebih daripada tu. Jauh lebih ekstrem. Baru setahun jagung tak payah lar romantik sangat. Geli geleman aku.

Yang aku hairan, siap ada page sokong dia tu. Jahanam teruk dah belia Malaysia ni. Aku tak kisah kalau penyokong Asyraf Aronz baca artikel aku. Boleh diorang jadi haters aku. Boleh je kalau nak buat page anti-Lelaki Dari Marikh. Ada aku kisah? Sikit pun aku tak rugi. Aku tetap dengan pendirian aku.

Kisah Asyraf Aronz follow awek dia sorang memang cerita paling kelakar 2012. Kalau diorang kawin, sila bagitau aku. Aku nak delete post ni. Kalau tak, aku nak gelak bila baca entri ni masa aku main dengan cucu nanti.











p peluk s : Budak mentah..


Victorious Devil

Assalamualaikum.

Aku tidur berapa jam je malam tadi. Sampai bangun Subuh terawang-awang. Aku tengok perlawanan Liga Juara-Juara Eropah melibatkan kelab kesayangan aku, Manchester United, pada pukul 3 pagi. Perlawanan berakhir dua jam kemudian dan aku menyambung lenaku walaupun hajat di hati nak melakukan qiamullail. Dem! Sejam je aku tidur sebelum bangun solat dan terasa badan aku bergerak tanpa jiwa. Arrghh.

United memulakan kempen 2012/2013 selepas tersingkir di peringkat kumpulan musim lepas. Sir Alex Ferguson tidak mahu bergurau lagi dengan membariskan pasukan terkuat. David De Gea kembali mengawal gawang dan Rafael - Nemanja Vidic - Jonny Evans - Patrice Evra membina benteng di hadapannya. Paul Scholes - Michael Carrick membentuk gandingan pemain tengah bertahan dalam formasi 4-2-3-1. Tiga pemain tengah menyerang dari kanan ke kiri ialah Antonio Valencia - Shinji Kagawa - Nani. Robin van Persie kembali dari kecederaan untuk menjadi penyerang tunggal.

Beraksi di kubu sendiri, Old Trafford, penyokong lebih teruja untuk menantikan kemunculan semula Darren Fletcher selepas 10 bulan menyepi dari arena bola sepak akibat masalah kesihatan. Fletcher tersenarai dalam pasukan Fergie dan berada di bangku simpanan bersama Anders Lindegaard, Tom Cleverley, Anderson, Javier Hernandez, Danny Welbeck dan Rio Ferdinand. Bagaimanapun, United bermula kurang baik apabila terselamat daripada menghadapi sepakan penalti selepas Nemanja Vidic mengasari Umut Bulut ketika permainan baru bermula.


Namun. kualiti serangan United terserlah apabila Kagawa berjaya mengesan larian Carrick yang menggelecek penjaga gol sebelum menolak ke gawang terbuka. Carrick sudah terjatuh ketika itu kerana dikasari penjaga gol lawan, Fernando Muslera, tetapi dia memilih untuk mengambil peluang ketika sepakan penalti dan kad merah untuk Muslera akan menjadi realiti jika Carrick tidak meneruskan tindakannya. 

Selepas itu, segala-galanya tidak menjadi buat United. Red Devils menghadapi beberapa serangan berbahaya sepanjang permainan ketika diorang sendiri terlepas beberapa peluang keemasan. Nordin Amrabat dan Hamit Altintop hanya dinafikan oleh tiang untuk pasukan pelawat dalam mencari gol penyamaan. De Gea terpaksa beraksi cemerlang sepanjang perlawanan termasuk melakukan satu aksi menyelamat berkelas dunia pada separuh masa kedua untuk mempertahankan defisit satu gol.



United bukanlah tidak memiliki peluang. Deretan peluang yang pada hari lainnya sudah berada di dalam gol, tidak menjadi buat United awal pagi tadi. Mungkin tuah sudah kehabisan, jentera serangan United mempersiakan satu demi satu peluang. Penyerang prolifik, van Persie seperti hilang punca apabila gagal menyudahkan peluang yang biasanya tidak dibiarkan. Penggantinya, Javier Hernandez juga tidak kurang membazir. Peluang demi peluang dicipta tetapi gagal disempurnakan. Debaran memuncak apabila Galatasaray melancarkan serangan kerana United hanya mendahului 1-0. 


Nani pula sukar diramal awal pagi tadi. Bukan saja tidak konsisten dari perlawanan ke perlawanan, malah persembahan Nani naik turun dari minit ke minit. Aksi menentang Galatasaray membuktikan persembahan Nani sukar untuk dipuji atau dikritik. Baru saja dipuji apabila dia beraksi cemerlang, tiba-tiba dia melakukan kesilapan. Dan baru saja dikritik, tiba-tiba dia menunjukkan kepintarannya. Pemain yo-yo yang perlu dikutuk jika mahu melihat kehebatannya.

Apa pun, Nani telah menjadi pemain United ketiga yang gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan ketiga berturut-turut. Selepas van Persie dan Hernandez, sepakan lemah Nani diselamatkan Muslera selepas Rafael dijatuhkan. Sangat mengecewakan dan membuatkan perlawanan ini sangat mendebarkan ketika menuju penghujungnya. Jika ditakdirkan United seri, Nani akan dipersalahkan oleh semua staf dan penyokong United. 

Keseluruhannya, clean sheet dalam kemenangan 1-0 ini sangat penting untuk membina keyakinan bahawa unit pertahanan United semakin utuh dengan adanya Nemanja Vidic selaku kapten berwibawa yang tenang mengharungi badai serangan bergelora dari Galatasaray. Vidic menggunakan segala pengalaman yang ada untuk menyekat arus serangan pasukan juara Turki. Permainan menyerang juga ada ketikanya sangat bagus. Peluang demi peluang dicipta menembusi benteng pertahanan Galatasaray yang tersusun rapi. Gerakan sepasukan sangat lancar dan hanya penyudah perlu dipertajamkan.

Aksi menentang Liverpool menanti Ahad ini. Jika seni menyerang sama dipersembahkan, tidak mustahil Liverpool akan dibelasah teruk. Yang penting, para pemain United tidak boleh terlalu baik hati dan simpati. Diorang perlu lebih kejam dan menyempurnakan peluang sezalim yang mungkin. I'll wait for that.











s peluk s : Bahagia...


Colourful Opening

Assalamualaikum.

Selepas aksi Kumpulan A-D bermula awal pagi semalam, pertarungan memburu kemasyhuran dalam Kumpulan E-H diteruskan awal pagi tadi. Baki gergasi Eropah yang tinggal memulakan aksi peringkat kumpulan dengan nasib berbeza. Beberapa gol cantik dijaringkan dan beberapa sepakan penalti gagal disudahkan. Rebiu kerancakan aksi awal pagi tadi menyusul selepas mukadimah ini.

KUMPULAN E


Di Stamford Bridge, Chelsea (England) terikat 2-2 dengan Juventus (Itali) walaupun mendahului 2-0. Pemain baru Chelsea, Oscar, dari Brazil meledak dua gol termasuk gol kedua yang sangat cantik untuk meletakkan tuan rumah di depan dengan defisit dua gol. Malangnya, kehilangan konsentrasi pada pengujung kedua-dua babak membenarkan Arturo Vidal dan Fabio Quagliarella menceriakan pasukan pelawat untuk pulang dengan satu mata.


Di Donbass Arena, tuan rumah melakukan 20 percubaan berbalas 3 walaupun hanya menguasai hampir 40% permainan. FC Shakhtar Donetsk (Ukraine) menang 2-0 ke atas FC Nordsjælland (Denmark). Wira Shakhtar malam tadi ialah Henrik Mkhitaryan yang menjaringkan kedua-dua gol. Mkhitaryan melakukan dua penyudah tenang dan tajam untuk menghampakan pasukan pelawat. Penjaga gol Nordsjælland, Jesper Hansen, terpaksa bekerja keras untuk mengelak daripada dibolosi lebih banyak gol. Ini bukan debut yang diimpikan oleh kelab Denmark yang membuat kemunculan pertama dalam kejohanan ini.

Shakhtar kini bertakhta di hadapan Chelsea dan Juventus.

KUMPULAN F


Di Grand Stade Lille Métropole, satu lagi tuan rumah tumbang. Lille OSC (Perancis) menguasai 54% permainan dan melakukan 24 percubaan ke arah gawang berbanding 6 untuk FC BATE Borisov (Belarus) tetapi tetap tewas 1-3 kepada pasukan pelawat. Aleksandr Volodko, Vitali Rodionov, dan Edgar Olekhnovich meletakkan Borisov selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama. Gol saguhati tuan rumah dijaringkan oleh Aurélien Chedjou pada separuh masa kedua.


Di Fußball Arena München, FC Bayern Munich (Jerman) hanya mampu menang tipis 2-1 menentang Valencia CF (Sepanyol) walaupun sangat dominan dengan 74% penguasaan bola dan melakukan 17 percubaan ke arah gol berbalas 4. Gol-gol Bayern dijaringkan oleh Bastian Schweinsteiger dan Toni Kroos di setiap babak. Gol Valencia pula disumbat oleh Nelson Valdez dalam masa kecederaan untuk memberikan penamat dramatik. Adil Rami masih sempat dibuang padang kerana mengasari Arjen Robben di dalam kotak penalti dan Mario Mandžukić gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Bayern dan Borisov berkongsi tiga mata sebagai pendahulu kumpulan tetapi Borisov memiliki kelebihan jaringan.

KUMPULAN G


Di Celtic Park, tuan rumah, Celtic FC (Scotland), seri tanpa jaringan dengan SL Benfica (Portugal). Celtic menguasai 52% bola tetapi Benfica memiliki lebih banyak serangan. Pemain tengah Celtic, Kris Commons beraksi hebat di tengah padang untuk menjadi pemain terbaik perlawanan. Kegagalan untuk meruntuhkan tembok pertahanan lawan membuatkan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata.


Di Camp Nou, FC Barcelona (Sepanyol) dominan seperti biasa dengan menguasai 65% permainan dan melakukan 18 percubaan ke arah gol berbalas 5. Barca menewaskan FC Spartak Moscow (Rusia) 3-2. Tello menjaringkan gol pendahuluan Barca dari luar kotak penalti. Spartak Moscow bangkit untuk mendahului 2-1 menerusi gol sendiri oleh pertahanan Barca, Daniel Alves, dan penyudah tenang Romulo. Namun, bintang Barca, Lionel Messi, menjadi wira apabila gagal disekat untuk menjaringkan dua gol lewat. 

Barcelona kini mendahului Kumpulan C dan dijangka tidak berdepan masalah untuk menjadi juara kumpulan.

KUMPULAN H


Di Old Trafford, tuan rumah, Manchester United FC (England) menewaskan Galatasaray AŞ (Turki) 1-0 dalam perlawanan yang sengit dan seimbang. Michael Carrick menjaringkan gol tunggal perlawanan di awal permainan. Dua percubaan pemain Galatasaray terkena palang. Nani gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan United dalam kedudukan selesa. David De Gea pula mempamerkan aksi menyelamat berkelas dunia untuk menafikan gol penyamaan pasukan pelawat.


Di Estádio Municipal de Braga, tuan rumah mendominasi 65% penguasaan bola, melakukan 35 percubaan ke arah gol dengan 23 percubaan tepat, tetapi gagal menjaringkan gol ketika pemain pasukan pelawat menyempurnakan dua daripada empat percubaan tepat yang dihasilkan. SC Braga (Portugal) tumbang 0-2 kepada CFR 1907 Cluj (Romania). Tambah menarik, kedua-dua gol Cluj disumbat oleh bekas pemain Braga sendiri, Rafael Bastos. Penjaga gol Cluj, Mário Felgueiras, beraksi cemerlang untuk mengelakkan gawang pasukan pelawat daripada dibolosi.

Cluj berkongsi takhta kumpulan H dengan Manchester United tetapi Cluj memiliki kelebihan jaringan.


Barcelona diterajui Lionel Messi berjaya mencatat kemenangan. begitu juga Manchester United dan Bayern Munich yang menang tipis dengan masing-masing gagal menyempurnakan satu sepakan penalti. Chelsea mendahului 2-0 tapi diikat Juventus. CFR Cluj dan BATE Borisov berjaya menang hasil ketajaman jentera serangan walaupun tidak menguasai bola. Peringkat kumpulan akan diteruskan awal bulan depan.











p sepak s : Kecewa dengan United..


Wednesday, September 19, 2012

Menghargai Kesilapan

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak kongsi sesuatu untuk direnungkan lagi. Supaya korang dapat merenung jauh. Ekceli aku dapat madah ni dari Facebook. Aku suka. Tapi kalau aku jadikan status, orang tau sangat lar aku cilok. Harharhar. Aku rasa lagi bagus aku kongsikan untuk orang lain hayati. Mana tahu aku dapat merubah korang menjadi lebih baik. Semua tu dengan izin-Nya.

Okey, memendekkan cerita agar tidak meleret lebih panjang, ada dua madah yang aku nak 'sharing is caring' malam ni. 

It's funny how you can do nice things for people all the time and they never notice. But once you make one mistake, it's never forgotten.

Ia kelakar tapi ia benar. Cuba korang perhatikan betul-betul. Korang buat baik hari-hari, orang tak pernah nampak. Susah sangat lar orang nak puji. Bukan tak ada, bukan semua orang. Ada je orang yang reti hargai kebaikan kita, tapi kebanyakan orang takkan sedar pun kita buat baik.

Tapi bila kita buat sedikit kesilapan, orang akan ingat sampai bila-bila. Moralnya di sini bukan lar kita jangan buat silap. Macam mana kita insan biasa yang tak mungkin sempurna ni nak elak kekhilafan? Memang tak boleh. Jadi kita perlu lebih waspada untuk elak kesilapan tu berlaku. Dan kita juga jangan fikir sangat kritikan orang yang membuatkan kita lemah.

Selamanya orang takkan lupa kalau sekali kita buat salah. Carilah sesuatu yang positif dan teruskan kehidupan. Orang akan ingat salah kita, itu lumrah. Life must go on.


Eh, belum thank you lagi. Belum habis lagi entri aku. 

Learn to appreciate what you have, before time makes you appreciate what you had.

Aku suka ayat ni dan aku selalu cakap pasal ni. Penghargaan. Orang selalu lupa untuk menghargai. Sukarkah untuk berkata 'terima kasih'? Nampak ringkas tetapi sangat bermakna untuk orang yang melakukan kebaikan. Madah pertama di atas pun ada kaitan. Bila kita buat baik, orang tak pernah nak ingat. Kita jangan jadi diorang tu. Kita kena ingat jasa orang. Hargai kebaikan orang.

Bila sebut ni, aku suka cakap pasal cinta. Atau apa yang kita ada. Ketika mengejar sesuatu, kita selalu terlupa apa yang telah kita miliki. Sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ini sering berlaku. Kesilapan yang mengecewakan. Kita nampak sesuatu yang jauh, tapi tak pernah nak cuba lihat apa yang ada dekat dengan kita. 

Berhentilah, dan renungilah di sekeliling kita. Hargai saja apa yang telah kita miliki. Jangan sampai masa membuatkan kita menghargai apa yang kita PERNAH ada. 

Orang yang hebat bukan orang yang tak pernah silap. Tapi orang yang belajar dari kesilapan sendiri dan jugak kesilapan orang lain. Orang lain melakukan kesilapan, maka kita jangan ulangi kesilapan tersebut. Kemusnahan kaum terdahulu adalah untuk kita jadikan iktibar. 

Wallahualam.












p sepak s : Main tulis je...


Babak Pertama

Assalamualaikum.

Babak pertama bermula, saatku terlihatmu. Waktu seakan terhenti, terpinga mencari. Upsss, tu lagu Drama Band. Babak pertama yang aku maksudkan adalah Liga Juara-Juara Eropah musim 2012/2013 yang telah membuka tirainya awal pagi tadi. Kepada korang yang anti-bola atau kaki meja, sila baca entri yang lain. Kaki bola sekalian bolehlah membaca laporan keseluruhan semua perlawanan yang berlangsung.

KUMPULAN A


Di Stadion Maksimir, FC Porto (Portugal) menguasai bola dan menang bergaya 2-0 ke atas tuan rumah, GNK Dinamo Zagreb (Croatia). Kapten, Lucho Gonzalez, menjaringkan gol di penghujung babak pertama sebelum Steven Defour membunuh harapan Zagreb dengan jaringan dalam waktu kecederaan separuh masa kedua.


Di Parc Des Princes, bintang baru PSG (Perancis), Zlatan Ibrahimovic, mengetuai pasukan tuan rumah membenam Dynamo Kyiv (Ukraine) 4-1. Ibrahimovic meledak sepakan penalti untuk menjadi pemain pertama menjaringkan gol untuk enam kelab berbeza dalam Liga Juara-Juara Eropah. Tiga lagi gol disumbat oleh Thiago Silva, Alex, dan Javier Pastore. Gol saguhati Kyiv dijaringkan oleh Miguel Veloso.

PSG berkongsi mata dengan Porto di puncak Kumpulan A dengan memiliki kelebihan jaringan.

KUMPULAN B


Di Stadium Georgios Karaiskakis, Olympiacos (Greece) menguasai 60% bola tetapi tewas kepada pelawat, Schalke 04 (Jerman). Benedikt Höwedes menjaringkan gol untuk pasukan pelawat di penghujung separuh masa pertama. Djamel Abdoun menyamakan kedudukan menjelang detik setengah jam. Hanya seminit saja tuan rumah ceria. Klaas-Jan Huntelaar menjaringkan gol kemenangan sebelum gagal menyempurnakan penalti selepas itu.


Di La Mosson, satu lagi tuan rumah tumbang. Montpellier Hérault SC (Perancis) melakukan lebih banyak serangan ke arah gol walaupun penguasaan bola memihak kepada Arsenal (England). Tuan rumah mendahului menerusi sepakan penalti menarik dari Younés Belhanda. Dua gol dalam tempoh tiga minit oleh Lukas Podolski dan Gervinho membantu kebangkitan Arsenal. Kedua-dua gol Arsenal mendapat sentuhan bekas bintang tuan rumah, Olivier Giroud.

Arsenal dan Schalke berkongsi tempat teratas.

KUMPULAN C


Di La Rosaleda, tuan rumah menang bergaya. Pendatang baru Liga Juara-Juara Eropah, Málaga CF (Sepanyol) membelasah FC Zenit St Petersburg (Rusia) 3-0. Pemain muda berusia 20 tahun, Isco, menjadi wira dengan dua gol cantik sebelum dan selepas jaringan Javier Saviola. Bukan malam yang diinginkan oleh bintang baru Zenit, Hulk yang berpindah dari Porto.


Di Stadio Giuseppe Meazza, keputusan seri tunggal dan pertama musim ini dicatatkan dengan penguasaan bola seimbang. AC Milan (Itali) selaku tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan RSC Anderlecht (Belgium). Penjaga gol Anderlecht, Silvio Proto menjadi hero apabila menyelamatkan beberapa percubaan bahaya tuan rumah. 

Keputusan seri ini membolehkan Malaga mendahului Kumpulan C.

KUMPULAN D


Di Estadio Santiago Bernabéu, Real Madrid (Sepanyol) mengecewakan Manchester City (England) 3-2 dalam pertembungan dua juara liga domestik. Perlawanan dramatik ini bermula lewat dengan jaringan pemain gantian pelawat, Edin Džeko, 22 minit sebelum perlawanan tamat. Marcelo menyamakan kedudukan lapan minit kemudian. Aleksandar Kolarov kembali meletakkan City di hadapan dengan sepakan percuma cantik lima minit sebelum masa sebenar permainan tamat. Dua minit berselang, Karim Benzema meledak untuk mengikat jaringan. Beberapa saat sebelum tamat masa permainan sebenar, rembatan kencang Cristiano Ronaldo memberikan kemenangan buat tuan rumah. Real Madrid sememangnya layak menang dengan percubaan yang jauh lebih banyak (30 berbalas 8).


Di BVB Stadion Dortmund, tuan rumah juga muncul pemenang hasil jaringan lewat permainan. Borussia Dortmund (Jerman) menang 1-0 ke atas Ajax Amsterdam (Belanda) dalam satu lagi pertemuan dua juara liga domestik negara masing-masing. Robert Lewandowski begitu tenang mengawal bola di dalam kotak penalti sebelum menjaringkan gol pada minit ke-87. Lewandowski menyelamatkan maruah tuan rumah selepas Mats Hummels gagal menjaringkan sepakan penalti sebelum itu.

Real Madrid dan Borussia Dortmund berkongsi takhta Kumpulan Maut.


Keseluruhannya, awal pagi tadi menjadi malam yang berwarna-warni. PSG yang berbelanja besar menang bergaya. Malaga membuat kemunculan pertama dalam kejohanan ini seperti pasukan berpengalaman. Arsenal pulang gembira ketika AC Milan hampa di laman sendiri. Madrid dan Dortmund pula memulakan aksi Kumpulan maut dengan langkah kanan. 

Kumpulan E-H akan diteruskan awal pagi esok melibatkan pasukan kesayangan aku, Manchester United. Sekian dulu, wassalam.











p palang s : Tak sabar...


Telah Lelah

Assalamualaikum.

Pertama sekali, aku mintak maaf kepada pemilik blog sahabat yang telah menggunakan gambar ini terlebih dahulu. Bukan niat di hati ini untuk meniru konsep entri anda. Sekadar bersetuju dengan isinya yang menyimpulkan rasa di hati ini.


Terjemahannya: "Aku penat menangis, aku penat menjerit, aku penat berasa sedih, aku penat berpura-pura. aku penat bersendirian, aku penat berasa marah, aku penat merasa gila, aku penat merasa tersekat, aku penat memerlukan bantuan, aku penat mengingati, aku penat merindui benda, aku penat berbeza dengan orang lain, aku penat merindui orang, aku penat merasa tak berguna, aku penat merasa kosong di dalam hati, aku penat tidak dapat merelakan, aku penat berharap aku dapat memulakan semuanya semula, aku penat berangan memiliki hidup yang tak mampu aku miliki. Yang paling memenatkan, aku penat berasa penat."

Ya, aku sudah penat dengan segala kesukaran yang membebani diri ini. Aku berjaya melaluinya kerana aku mampu. Allah memberikan aku ujian kerana aku bisa melepasinya. Namun, jauh di sudut hati, aku semakin kepenatan dengan setiap dugaan.

Aku telah lelah.












p sepak s : Penatnya baca...


Tuesday, September 18, 2012

Pilihan Di Tangan Anda

Assalamualaikum.

Korang kena ada pendirian. Korang kena buat pilihan sendiri. Jangan biar orang lain mempengaruhi keputusan korang. Korang boleh mintak pandangan, tapi berdirilah di atas kaki sendiri. Berhenti bergantung kepada orang lain. Kita yang menentukan masa depan kita. Err, meleret sikit mukadimah aku.

Aku akan bagi satu kisah. Dan kisah ni akan berakhir tergantung. Aku bagi korang dua pilihan untuk menjadi penamat kepada kisah ni. Ingat, ini soal pengorbanan. Dalam hidup, kadang-kadang kita perlu berkorban. "Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia", begitulah lirik lagu P. Ramlee.

Kisahnya begini...

Gadis : Hari ini saya akan jalani pembedahan jantung.
Jejaka : Saya tau. Saya sayang awak.

Bila sedar dari pembedahan, gadis tengok ayahnya saja yang ada. 
Tiada jejaka yang dikasihinya.

Gadis : Mana kekasih hati saya ayah?
Ayah : (Muka sedih) Tak tahu ke siapa yang mendermakan jantung untuk kamu?
Gadis : Apa??? (Terus menangis)


MASA MEMBUAT PILIHAN

Pilihan 1 : Bapa si gadis hanya bergurau dan berkata, "Ayah melawak je. Kekasih kamu pergi tandas".

Pilihan 2 : Bapa si gadis menyatakan jantung itu didermakan oleh sang jejaka dan memberikan surat terakhir yang ditulis oleh kekasih si gadis.

Aku dah bagi dua pilihan. Korang tentukan penamat bagaimanakah yang menjadi pilihan korang. Adakah penamat yang gembira ataupun sedih? Ada orang suka happy ending, tapi ada jugak yang suka sad ending. Pandangan orang lain tak diterima. Pandangan korang sendiri yang dikira.











p sepak s : You decide your own choice..


Tak Bosan

Assalamualaikum.

Hurm. Cuba korang hayati dan renungkan ayat dalam gambar di bawah. Adakah korang pernah mengalaminya atau tidak?


Aku jumpa benda alah ni kat Facebook tadi. Aku suka. Sebab berkait rapat dengan hidup aku. Bukan aku sorang je. Aku pasti ramai di luar sana pernah atau sedang menghadapi pengalaman ni. Keadaan di mana kita text atau SMS seseorang siang dan malam tanpa rasa jemu.

Ya, sesetengah orang yang cepat bosan akan muak untuk melakukannya. Siang malam 24/7 SMS orang yang sama. Dalam tandas SMS, masuk dapur SMS, tengok TV pun SMS. Dalam kelas balas text, tengah memandu balas text, sambil jalan pun balas text jugak. Parah sungguh kan. Sebelum tidur dan bangun tidur pun cari henfon dulu.

Mungkin orang yang tak pernah mengalaminya akan rasa perbuatan tu bodoh. Ayah aku sendiri pernah cakap, "Entah apa yang berbalas-balas SMS setiap hari? Balik-balik ulang soalan yang sama". Yup, nak tak nak persoalan makan, mandi, solat dan aktiviti seharian tu akan dimainkan setiap hari. Apa boleh buat? Tak SMS, rindu. Bila SMS, soalan yang sama jugak diulang. Kecuali ada topik yang dapat dibualkan.

Ada jugak orang yang SMS berkala. Ada waktu-waktu tertentu saja SMS. Macam hujung minggu saja, atau selang beberapa hari. Kononnya nak mengelakkan kebosanan. Okey, itu tak perlu dibincangkan dalam entri ni. Apa yang aku nak cakap, ada orang yang SMS 24 jam seminggu, siang dan malam. Aku salah sorang dalam golongan tu. 

Aku akui, kadang-kadang memang akan hilang ilham bila kita fikir apa nak ditanyakan seterusnya. Namun, sedar atau tidak, masa akan berlalu begitu pantas ketika sedang berSMS dan akhirnya hari demi hari dilalui. Pejam celik, pejam celik. Bertahun-tahun SMS siang dan malam. Mungkin ada orang yang berpendapat kalau bercinta bagai nak rak sekalipun, kalau tak ada jodoh tu tak ada jugak lar.

Bagi aku, tak ada yang mustahil kalau kita PERCAYA. Mimpi adalah kunci untuk menakluk dunia. Aku SMS orang yang sama siang dan malam, tapi aku tak rasa bosan. Sebabnya, aku sayang orang tu sangat-sangat. Kalau dia baca entri ni, aku harap dia faham dan mengerti perasaan aku. Aku rasa dia mungkin bosan dan fikir aku rasa yang sama. Kadang-kadang perasaan bosan tu melintas di minda, tapi perasaan aku lebih kepada senang dan tenang bila dia ada di sisi. Kalaulah dia mengerti.

Kalau korang sayang seseorang, korang takkan bosan bila SMS dia walaupun 24/7. Sebabnya, perasaan sayang yang mengisi hati tu mekar mewangi bila dia menemani. 











p cubit s : Pengalaman sendiri..


Dapat Jawapan

Assalamualaikum.

Sebaik saja kita mendapat jawapan untuk soalan matematik yang boleh dikatakan ilmu hisab tahap kesembilan puluh ratus, mesti kita akan rasa sangat heaven. Rasa macam dunia ni kita punya. Korang mesti pernah alami situasi ni kan? Kalau korang tak pernah, aku sorang jer kot. Aku suka bermain dengan angka. Teknik rahsia untuk mendapatkan jawapan ialah menguasai nombor. Aku saja merapu sebab nak bagi nampak ada mukadimah. Eh, dah siap pun mukadimah.

Okey, pagi tadi aku ada kelas Matematik. Itu bukan lar persoalan entri ni. Aku belajar topik 34/36 untuk Core Maths A-Level iaitu tajuk Series. Bukan jugak persoalan pokok yang aku nak bicarakan. Aku nak cakap pasal satu kelaziman. Memandangkan aku antara yang terawal siap latihan, aku sempat untuk meninjau perangai rakan sekelas dalam mencari jawapan yang dikehendaki dan akan menghadirkan kebahagiaan yang tak terperi.

Oleh itu, aku menyedari satu trend yang dapat aku rumuskan sebagai langkah mencari kebahagiaan. Ini dalam kes ilmu hisab je. Sudah menjadi tabiat bagi pelajar untuk memeriksa jawapan sebaik saja menyiapkan satu bahagian daripada soalan. Contohnya 1(b). Aku ingat aku sorang je yang akan bergegas menyelak bahagian jawapan selepas mendapatkan jawapan yang belum sahih. Rupa-rupanya memang majoriti buat macam tu.


Ada yang suka tengok jawapan terus. Ada jugak yang suka buat semua soalan sampai habis, baru periksa jawapan. Aku takkan puas hati selagi aku tak dapat jawapan yang tepat untuk mana-mana soalan. Aku akan pastikan aku faham kenapa aku akan dapat jawapan tu. Kadang-kadang aku cuai sebab terlalu cepat melakukan perkiraan. Korang perlu tenang untuk melakukan soalan Matematik. Kalau nak berlumba macam aku baru boleh kira laju-laju. Tapi risiko kecuaian sangat tinggi.

Korang kena akui, perasaan indah syurgawi bila dapat jawapan yang sama dengan jawapan sebenar tu sangat mengasyikkan. Aku pernah lihat orang menari dan bersorak keriangan. Err, ekceli aku pernah buat benda tu. Rasa 'hooray' akan menguasai diri dan adrenalin mengalir pantas. Perasaan berkobar-kobar untuk mencuba soalan seterusnya akan memuncak. Begitu juga bila dapat jawapan yang salah. Rasa sedih sampai nak nangis. Ups, itu hiperbola sangat. Yang betulnya rasa kecewa sampai rasa nak makan nasik.

Tak kira lelaki atau perempuan, pasti akan tersenyum sampai ke telinga dan rasa bangga diri bila dapat jawapan yang betul. Rasa macam nak cakap, "Eh, sape doh buat ilmu hisab ni? Aku dapat je jawapan!". Eksyen je lebih. Aku rasa bangga dengan diri sendiri sebab dapat 'jawapan belakang'. Memang heaven sangat-sangat. Rasa macam Adi Putra tu datang sekejap.

Hakikatnya, pelajar menyelak bahagian belakang buku Matematik untuk menyemak jawapan adalah pemandangan biasa. Inilah cara pelajar Matematik mencari 'kebahagiaan' dalam mempelajari ilmu hisab. Kita semua harus faham. Kadang-kadang aplikasi formula itu sendiri terlalu rumit. Hanya diorang yang belajar ilmu hisab akan faham apa yang aku cakap. Ini adalah kebenaran. Fakta dan bukan auta. Unbelievable? Believe it!











p peluk s : Mathematics, i'm in love...

Sunday, September 16, 2012

Glorious Night

Assalamualaikum.

Malam semalam Manchester United kesayangan aku beraksi garang pada babak kedua untuk membelasah Wigan. Aku rasa bertuah menonton perlawanan semalam. Dah lama aku tak rasa macam tu. Selama ni aku rasa Manchester United menang nasib. Contohnya, RVP mengetuai kebangkitan lewat permainan dalam perlawanan terakhir dua minggu lepas sebelum aksi liga berhenti rehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Oh ya, malam tadi, Paul Scholes, Sir Alex Ferguson, Ryan Giggs, dan Rio Ferdinand semuanya mencapai satu lagi penanda aras baru dalam lembaran sejarah gemilang diorang. Perlawanan malam tadi adalah perlawanan penting bagi empat figura yang setia dalam kisah cinta pemain dan kelab.


Perlawanan malam tadi merupakan perlawanan liga yang ke-500 bagi Fergie di tempat sendiri. Ryan Giggs pula terus mencipta sejarah baru dengan menjadi pemain pertama merekodkan aksi Liga Perdana Inggeris ke-600. Bek kental, Rio Ferdinand juga tidak mahu ketinggalan mencatat rekod peribadi. Rio menempatkan diri dalam kesebelasan utama untuk beraksi buat kali ke-400 menyarung jersi Manchester United. Pemain tengah tersohor, Paul Scholes, pula beraksi untuk Manchester United buat kali ke-700 dalam semua pertandingan.

Anders Lindegaard memulakan perlawanan di antara dua tiang. Rafael, Rio Ferdinand, dan Nemanja Vidic juga mengekalkan posisi diorang dari perlawanan lepas, sama seperti Lindegaard. Kecederaan Evra menjadi satu rahmat bagi Alexander Buttner yang menyarung jersi senior Manchester United buat kali pertama di posisi bek kiri. Nani, Michael Carrick, Paul Scholes dan Ryan Giggs membentuk jentera tengah. Danny Welbeck dan Javier Hernandez melengkapkan formasi 4-4-2. 

Shinji Kagawa direhatkan bersama RVP selepas masing-masing mengalami sedikit kecederaan semasa aksi antarabangsa. Bangku simpanan dilengkapkan Jonny Evans, Antonio Valencia, Nick Powell, Tom Cleverley, dan David de Gea. Sekalipun tanpa dua bintang baru, barisan Manchester United masih gagah dan bermula garang.


Seawal minit keempat, Danny Welbeck mendapatkan sepakan penalti kontroversi setelah dia kelihatan dijatuhkan oleh penjaga gol Wigan, Ali al-Habsi. Walaupun ulang tayang menunjukkan hanya sedikit sentuhan diterima Welbeck, aku memuji kelicikan Welbeck yang pintar memanfaatkan peluang di mana al-Habsi meluru untuk merampas bola di kakinya. Dia menolak bola ke depan lalu tangan al-Habsi terkena kakinya dan dia terjatuh. 

Pengadil tak teragak-agak memberikan sepakan penalti. Ali al-Habsi mungkin merasakan keadilan berpihak semula kepadanya setelah sepakan penalti Javier Hernandez sangat lemah dan mudah ditepis olehnya. Sepakan penalti kedua yang gagal disempurnakan pemain Manchester United selepas RVP turut mengecewakan ketika menentang Southampton. 

Babak pertama diserikan dengan kegagalan Danny Welbeck yang memiliki begitu banyak peluang tetapi gagal disempurnakan. Babak pertama berakhir tanpa jaringan. Para pemain Wigan pasti berasa lega kerana diorang terpaksa menghabiskan majoriti babak pertama dengan bertahan menentang jentera serangan United yang diterajui oleh Giggs dan Scholes. Serangan bertali arus yang dilancarkan Manchester United membuatkan aku yakin, hanya masa yang akan menentukan bilakah United akan membolosi gawang Wigan.


Jika Wigan berjaya bertahan sepanjang babak pertama, diorang tak dapat terus mengawal gawang daripada dibocori dan tiada watak lain yang lebih layak untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini melainkan Paul Scholes. Nani menewaskan pertahanan di sayap kanan dan melorongkan bola ke tengah kotak penalti. Welbeck kehilangan bola tapi Carrick berjaya melakukan hantaran tepat kepada Nani di sebelah kanan otak penalti. Hantaran silang Nani ditepis al-Habsi. Malangnya, Scholes berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat untuk menolak mudah ke gawang terbuka, sama seperti yang dilakukan RVP ketika menentang Southampton.


Satu mana cukup. Chicharito menebus kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti di awal perlawanan dengan gol kedua untuk Syaitan Merah. Chicharito tidak dikenali kerana rembatan kencang tetapi kerana naluri pemusnah yang dimilikinya. Hernandez akan berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat. Penyerang prolifik dalam kotak penalti, Hernandez adalah pakar penggempur jarak enam ela dengan satu lagi penyudah berbisa. Rembatan Buttner ditampan Hernandez melepasi al-Habsi. Walaupun para pemain Wigan meminta gol itu dibatalkan kerana ofsaid, ulang tayang mengesahkan jaringan Hernandez sah kerana dia berada dalam posisi onsaid.


Selepas mencipta gol untuk Hernandez, Buttner mencetak namanya sendiri sebagai penjaring gol. Aksi sulung Buttner bersama Red Devils dihiasi dengan larian kencang di sebelah kiri padang. Buttner memastikan malam debut disudahkan dengan nota ceria. Mengutip bola di sayap kiri, Buttner memecahkan benteng dengan menewaskan beberapa orang pemain sebelum rembatan kaki kirinya ditepis oleh al-Habis ke dalam gol. Kehebatan yang sungguh gemilang dari bek kiri baru United. Evra kelihatan sudah memiliki pencabar untuk posisi yang dikuasainya selama ini.


Seorang lagi pemain yang beraksi buat kali pertama dan satu lagi gol menarik. Danny Welbeck melakukan larian yang cuba merobohkan tembok pertahanan Wigan sekali lagi. Dia dijatuhkan, tidak mendapat sepakan percuma dan bola dikeluarkan. Sayangnya, bola itu tepat ke kaki Hernandez yang berjaya mengesan larian Nick Powell. Pertahanan Wigan merebahkan badan untuk menahan rembatan Powell tetapi dia diperdaya. Powell melakukan satu sentuhan untuk membebaskan diri dari pertahanan dan melepaskan satu rembatan yang sangat kencang. Gawang bergegar menandakan betapa derasnya sepakan padu pemain berusia 18 tahun yang gagal diselamatkan oleh al-Habsi.

Seorang pemain veteran yang menjaringkan gol dalam perlawanan penting. Seorang penyerang berbisa yang menebus kegagalan sepakan penalti. Dua orang pemain baru yang menjaringkan gol dalam aksi pertama. Satu lagi kemenangan untuk Sir Alex Ferguson. Satu kemenangan mudah untuk skuad Manchester United yang tidak membariskan pasukan terkuat. Satu persediaan yang mantap bagi Red Devils sebelum memulakan aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang kelab Turki, Galatasaray, awal pagi Khamis ini.

Satu malam gemilang buat diorang semua. Juga satu mimpi indah bagi aku dan para peminat setia, kipas-susah-mati Manchester United. Glory glory Red Devils. Keputusan seri untuk Chelsea dan Manchester City menambah perisa keseronokan semalam. Selepas Galatasaray, Liverpool menanti untuk pertembungan dua gergasi liga Inggeris. Aku tak sabar menanti RVP dan Kagawa beraksi semula. Jika aksi semalam berjaya diteruskan, Liverpool mungkin dibelasah teruk. ^_^












p palang s : Galatasaray next..


Saturday, September 15, 2012

Saya Amat Mencintainya

Assalamualaikum.

Oh yeah, tajuk memang cannot go. Sangat tak boleh blah. Ekceli tajuk tu cuma memanipulasi tajuk filem S.A.M arahan pengarah muda, Syafiq Yusof yang mula ditayangkan masa hari raya bulan lepas. Well, aku baru jer tengok. Dan itu bukan lar masalahnya di sini. Masalah yang berlaku bukan jugak aku amat mencintai seseorang seperti tajuk yang mintak penumbuk tu.

Masalahnya di sini tidak berkaitan dengan Shaheizy Sam. Seorang aktor yang aku sangat minati dan hormati lakonannya. Aku suka bila Sam jadi hero. Tak kira lar filem rempit, aksi atau cinta, bagi aku emosi dan penghayatan Sam sangat 'hidup'. Orang kata 'real'. Sam pandai menjiwai lakonannya. Dan.... sekali lagi, itu tidak menjadi masalah yang aku nak kritik.

Ini dia, abang Saya Amat Mencintaimu (SAM).


Pagi tadi aku baru tonton filem SAM buat kali pertama dalam hidup aku. Aku tengok sorang-sorang. Orang tengok dekat pawagam, aku tengok dekat laptop je. Sadis sungguh. Okey, korang boleh abaikan part yang tak penting ni. Sekadar plot tambahan untuk menjadikan entri aku lebih dramatik. Sebenarnya aku nak bercakap tentang ending atau penamat atau dalam penulisan, orang panggil plot peleraian. Plot ni berlaku selepas klimaks. Bagaimana skrip dihabiskan selepas debaran memuncak. 

Aku akui filem ni ada sesuatu yang 'ummphh'. Bila orang cakap filem ni lain dari yang lain, aku terfikir jugak apa yang hebat sangat filem ni. Selepas aku menonton sendiri, aku puas hati. SAM memang ada kelainan. Dari babak romantis yang sangat memikat pemerhatian aku dan idea serta jalan cerita yang belum pernah aku saksikan, cerita ni memang unik pada pengamatan aku.

Sayangnya, peleraian sangat klise. Aku baru saja tengok peleraian yang sama tahun ni jugak. Dan, lebih memilukan, dari aktor hebat yang sama. Genre filem juga sama. Aksi plus cinta. Kalau korang pernah tengok filem "8 Jam" yang juga lakonan Sam, korang mesti tau kan Sam menjadi pembunuh di akhir cerita kerana cintanya tak kesampaian. Sam membunuh kekasihnya (Yana) agar tak dimiliki orang lain. Aku masih ingat katanya, "kalau aku tak dapat kau, orang lain takkan dapat". 

Kalau dalam filem 8 Jam, Sam seorang yang waras, Sam adalah sebaliknya dalam filem SAM. Dia seorang pesakit mental. Pada akhirnya, dia membunuh kekasihnya sekali lagi. Lisa Surihani pulak menjadi mangsa. Aku agak kecewa dengan ending tu. Kecewa sebab aku dah bazirkan masa untuk tengok filem tu sampai habis dan tak dapat happy ending. Memang lumrah kesudahan hidup kita berbeza dan bukan semuanya ceria, tapi aku expect sesuatu yang boleh sempurnakan kemantapan garapan pengarah muda ni.

Aku tak tau pandangan orang lain. Bagi aku, aku harap sangat tak ada lagi filem lain yang tiru penamat sama. Sangat klise dan tak seronok. Bagi jer lar hero dengan heroin kahwin. Kenapa hero nak bunuh heroin? Arrghhhh. Tension aku macam ni. Kesian heroin. Tak pasal-pasal mati. Okey, saja berdrama sikit. Aku puas hati dengan filem SAM. Kalau ending tu berbeda sikit, mungkin lebih best! Sekian, salam hujung minggu.












p sepak s : Saya sayang dotdotdot...


Friday, September 14, 2012

Nak Pengsan

Assalamualaikum.

Jumaat, penghulu segala hari. Hari Jumaat yang sangat memenatkan kali ni. Ketika ini aku rasa seperti berlari maraton 50 kilometer, berenang 70 batu, naik turun bukit 80 kali dan seterusnya lompat bintang 100 kali. Aduh, teruk sangat hiperbola. Analogi yang cuba aku berikan nampaknya tidak relevan.

Hari ni aku jadi sukarelawan untuk INPRO. Karnival sukan inter program di INTEC. Aku tolong uruskan perjalanan sukan frisbee atau ultimate. Sepatutnya bermula pukul 4 petang tapi terlewat atas sebab beberapa masalah dan hanya tamat selepas jam 7 petang. Fuhh, nasib baik hajat aku tertunai nak tengok futsal. 

Selepas selesai menguruskan frisbee, aku pergi saksikan baki perlawanan futsal yang akhirnya dimenangi bebudak Korea dan Jepun. Handal jugak diorang main futsal. Aku terkejut tengok ADFP dan Ausmat tersungkur layu. Aku rasa selama ni aku begitu kagum dan takjub tengok diorang main. Nampaknya aku terlalu hormat pada diorang. Bagus jugak pasukan juara main. Tadi aku macam "Wow!". 


Walaupun kepenatan dan rasa nak pengsan, aku tak rasa menyesal mendaftar untuk jadi sukarelawan. Aku puas hati. Tak dapat dinafikan kulit aku dibakar terik mentari dan bebanan tugas sangat menyeksakan. Tetapi pengalaman yang aku timba tu sangat berharga dan tiada nilainya. Pengalaman tak boleh dibeli. Kita harus menghadapi pengalaman untuk lebih matang dalam menjalani kehidupan di masa depan. Aku belajar bagaimana susahnya menguruskan sesuatu acara dan melayan kerenah para peserta yang bermacam-macam ragam.

Sedikit sebanyak juga aku dapat belajar tentang permainan frisbee dari orang yang lebih berpengalaman. Walaupun aku tak bermain dan hanya melihat perjalanan permainan sambil menjaga masa yang tidak pernah berhenti walau sesaat, aku belajar beberapa peraturan permainan. Aku belajar benda baru seperti keep time, dan keep score. Masa yang kitorang main tadi cuma 7 minit untuk satu permainan. Aku dimaklumkan biasanya pertandingan mengambil masa 15 minit untuk keep time atau 9 mata untuk keep score. Jika telah sampai masa 15 minit atau salah satu pasukan telah memungut 9 mata, permainan ditamatkan.

Jika seri, pemenang akan ditentukan melalui universal point. Jika 15 minit telah berlalu, perlawanan akan diberhentikan sebaik saja mana-mana pasukan memungut mata. Korang kena belajar benda-benda baru. Mungkin korang rasa tak penting. Tapi kalau korang tau banyak benda, susah orang nak tipu korang. Jadi susah lar bebudak frisbee nak tipu aku.

Mungkin korang akan cakap, tak perlu jadi sukarelawan untuk belajar pasal frisbee. Atau ada kawan aku nak upah jadi sukarelawan. Dem! Bagi aku, aku tak perlukan semua tu. Bukan upah di sini yang aku cari. Negeri akhirat yang kita tuju. Biarlah Allah SWT yang membayar upah kita di sana. Aku akui badan aku lenguh. Keletihan mencengkam dan menguasai diri ini. Tapi apa yang aku belajar hari ni tiada ganti. Masa untuk tidur. Selamat malam. ^_^











p palang s : Penat sangat...


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif