Sunday, September 30, 2012

Wake Me Up

Assalamualaikum.

Wake me up..... when September ends.... Ya, tajuk tu adalah sebahagian dari sebaris lirik lagu Taylor Swift. Taylor adalah antara penyanyi kegemaran aku. Lirik dan melodi yang sangat melekat di hati aku. Okey, itu bukan persoalan entri ni. Lupakan Taylor Swift yang mukanya macam anak patung Barbie.

Hari ni 30 September. Esok bermula bulan baru. Oktober. Begitu pantas masa berlalu. Berlari-lari memecut mengejar Usain Bolt. Aku terlalu sibuk. Urusan duniawi begitu menyeksa. Tidak sempat rasanya untuk merehatkan badan tanpa memikirkan bebanan ujian yang menanti satu demi satu. Sehingga aku tidak mempunyai banyak masa untuk berfikir mencari ilham untuk mengemas kini blog. Lantas aku biarkan blog bersawang kerna lebih banyak prioriti yang memerlukan khidmatku.

Ujian demi ujian telah aku lepasi. Dan ujian demi ujian masih lagi menanti. Esok, ujian Statistik. Rabu, ujian Biologi. Hujung minggu ini perang lebih besar dan mencabar. Bahagian pertama untuk peperiksaan IELTS sebenar. Speaking. Aku kian gementar dan cuak. Aku masih terkial-kial untuk bertutur dengan fasih dalam bahasa mat saleh. Kurang seminggu, aku perlu berhadapan dengan ujian sebenar untuk menentukan pencapaian aku. Bukan lagi main-main.

Hujung minggu ini, aku seperti mengalah. Terlalu banyak urusan membebani minda sehingga terlalu berat. Aku tidak tahu mana yang perlu diutamakan. Maka Biologi aku biarkan. Isnin baru mula jika mengikut rancangan. Topik yang aku belajar dalam masa sebulan akan aku ulang kaji dalam masa dua hari. Begitulah resam seorang pelajar bernama aku. 

Petang tadi, aku menyiapkan lab report untuk subjek Biologi. Itulah yang membantutkan niat aku untuk khatam Biologi. Aku perlu memerah otak untuk menyiapkan dalam masa dua tiga jam. Terlalu mencabar. Sekarang aku rasa nak tidur. 10.54 malam. Dua jam dari sekarang, September telah berlalu. Aku mahu lena. Wake me up when September ends. Aku lelah. 












p peluk s : Selamat malam...

9 comments:

tirahzairi said...

bangun bangun! dah oktober dah....hihi

RealNS said...

goodluck la eh ?
life as a student mmg memenatkan,but one day student life akan jadi memori paling best ^_^

ஜ miss klanika ஜ said...

semoga oktober lebih bermakna !

dear yayah said...

Subjek bio senang je.. ha ha (poyo je akk ni kan)

msuk U pn buat report y sama gak.. dr spm-smpaila skrg.. ha ha..
gud luck

Edy Fee said...

sama la..edy pon takde mood nak study lg.busy sgt

Edy Fee said...

dh lama tak blajar biologi.hehehe penat membaca

asfira aminuddin said...

semoga berjaya dalam ujian speaking! :)

M Fizan said...

@tirahzairi hihi, awalnya kejut.... :D

@RealNS huhu, yup. macam lagu ogy. wajah rahsia hati. :)

@ஜ miss klanika ஜ thanks klanika! ^_^

M Fizan said...

@dear yayah haha, poyonya... memang senang sangat.... thanks kak :)

@Edy Fee haha, lega dah study leave. baru boleh reply komen :P

@asfira aminuddin thanks asfira ^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif