Welcome To My Life...

Thursday, September 13, 2012

Menenangkan

Assalamualaikum.

Menenangkan. Itulah gambaran cuti hujung minggu aku kali ni yang lebih panjang dari kelaziman. Moga-moga begitu. Ianya belum terjadi. Ianya masih lagi sekadar harapan. Mengharapkan Tuhan memakbulkan permintaan. Aku sudah keletihan. Memikul beban tekanan sangat memenatkan. Tenaga aku sudah berkurangan.

Sepatutnya esok masih ada kelas yang perlu aku hadiri. Tapi kerana kebijaksanaan kitorang semua bebudak 12M5, dan kerjasama pensyarah yang sporting lagi kiut miut (bodek!), we'ols dapat cuti esok kerana kelas telah digantikan lebih awal. Kelas untuk subjek Statistik digantikan petang semalam dan Kimia pulak petang tadi.

Kebanyakan kawan-kawan sekelas aku balik malam ni kerana cuti empat hari bermula esok. Isnin ni kan 16 September, hari penubuhan Malaysia. Cuti rasmi seluruh negara. Berpesta lar kitorang dari Jumaat sampai Ahad. Bebudak kelas lain masih ada kelas. Tapi aku tak balik. Aku perlu uruskan karnival sukan INPRO esok selaku sukarelawan yang mendaftarkan nama dengan suka dan rela. Aku nak cari pengalaman.

Esok akan berlangsungnya sukan futsal dan frisbee (ultimate). Aku akan membantu menguruskan sukan frisbee. Hati aku berat. Aku nak tengok futsal. Aku suka tengok futsal dan main futsal. Oleh sebab aku tak main, maka aku nak tengok. Nampaknya hajat itu terpaksa aku lupakan kerna tugas lebih memerlukan aku.


Hari ni agak mengecewakan bagi aku. Aku dah dapat keputusan ujian Biologi yang aku jawab selepas cuti raya. Harapan aku tinggi melangit. Malangnya aku tak dapat apa yang aku nak. Oh, sungguh kuciwa hati ini. Keputusan ujian subjek lain dah cantik. Biologi dah spoil mood aku. Aku perlu fokus lebih sikit untuk subjek ni. Oh tidak....

Aku dah malas nak fikir. Memeningkan fikiran. Masih ada homework Matematik yang perlu disiapkan. Kalau rajin, aku nak study. Yang penting, aku ada empat hari untuk rehat puas-puas. Sabtu ni aku akan ke rumah mak cik kawan aku di Klang. Aku terima ajakan dia memandangkan aku pun tak ada rancangan dan tak ke mana-mana. Apa salahnya aku merantau. 

Aku sangat berharap cuti ni akan menjadi cuti yang menenangkan. Insya-Allah.











p palang s : Lelah...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif