Saturday, September 8, 2012

Brain-Aching

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah yang menetapkan qada' dan qadar, hari ni aku telah melalui satu hari yang sangat kompleks. Hari yang penuh dengan ujian. Bukan ujian yang menduga kemahiran hidup tapi ujian keduniaan. Ujian yang perlu aku hadapi sebagai penuntut ilmu. Hari ni je empat kertas ujian aku sempurnakan. Penghulu segala hari yang paling memenatkan sepanjang tahun ni. Banyak tenaga aku gunakan untuk memerah otak mencari jawapan.

Aku ketika ni baru je habis main futsal. Rasa sangat tenang. Damai di hati yang teramat ceria. Selepas melalui satu lagi minggu yang menyesakkan dada, akhirnya aku dapat menarik nafas lega. Seperti gambar di bawah ni. Tapi pompuan tu bukan aku. Cuma gambar yang aku pinjam.


Hari ni sangat banyak cerita yang boleh aku ceritakan. Kalau aku nak huraikan secara mendalam, mungkin perlu tujuh generasi baru selesai. Okey, hari Jumaat aku bermula dengan ujian topik subjek Statistik. Insya-Allah aku tak rasa stres pun sebab aku rasa aku faham setakat ni. Kalau tak dapat markah penuh pun, mungkin sebab kecuaian yang tak dapat dielakkan. Soalan tak terlalu susah. Cuma langkah pengiraan yang diminta oleh lecturer aku agak rumit dan memakan masa. Aku rasa cuma ada satu sub question yang aku tak berapa yakin sebab aku memang tak hafal. Yang lain tip top. Aku harap sangat aku tak buat silap.

Subjek kedua hari ni adalah Kimia. Dan kitorang semua dapat semula kertas ujian yang dilakukan baru-baru ni. Aku dengar kawan dari kelas lain dapat rendah. Aku rasa aku dapat jawab. Alhamdulillah, keputusan memuaskan hati aku. Walaupun sekadar 82%, masih gred A. Ada sedikit cuai, jadi sepatutnya aku dapat lebih tinggi. Memang tak mengecewakan langsung. Sekurang-kurangnya kombinasi keputusan Kimia dan Matematik semalam meneutralkan kedukaan keputusan teruk dalam ujian Speaking. Ada sorang kawan senegeri aku dapat 98%. No wonder la, dia budak kuiz kimia kebangsaan bulan Julai lepas. 

Tamat je kelas, aku habiskan masa menelaah contoh-contoh esei yang pensyarah bagi. Bermula jam 2.30 petang, aku akan menghadapi tiga jam yang panjang untuk tiga lagi disiplin IELTS. Selepas solat Jumaat, segalanya bermula. Kitorang tak tahu disiplin mana antara tiga yang akan dilangsungkan dulu. Listening, bahagian kedua yang aku agak lemah selain Speaking, menjadi ujian pertama dari tiga serangkai. 10 soalan pertama dari 40 soalan mudah. Aku dah rasa konfiden. Tapi 10 soalan seterusnya menjahanamkan mood aku. Kena dengar penerangan pasal pantai. Tujuh tempat kosong aku tak dapat isi. Aku perlu dapat 30/40 untuk dapat band 7. 

Band IELTS keseluruhan akan dikira berdasarkan purata empat disiplin yang ada. Aku perlu seimbangkan band rendah dalam Speaking dengan mendapat band tinggi untuk baki disiplin yang ada. Tapi Listening tu agak menyakitkan hati, aku pun menyerah. Aku tak berapa risau dengan dua bahagian yang tinggal. Kedua-dua bahagian yang merisaukan aku dah berlalu. Disiplin seterusnya adalah Reading. Aku bersyukur sebab aku punya cukup masa untuk menjawab dengan fokus dan periksa semula. Aku perlu dapat 35/40 untuk band 8. Hopefully i get it!

Disiplin yang terakhir tertangguh kerana masalah teknikal. Kitorang tunggu kat luar dewan dan masih bincang pasal Listening. Aku rasa terkejut sebab ada perkataan 'pine trees' tapi aku dengar '.... shrimps'. Dem! Aku kena berlatih banyak lagi. Disiplin terakhir adalah Writing. Aku konfiden sikit sebab aku dah dapat teknik menjawab semalam. Aku yakin dengan diri aku. Keseluruhannya, aku rasa aku puas hati dengan jawapan aku. Sama ada pensyarah pun puas hati atau tidak, kena tengok keputusan aku nanti. Hoho. 

Panjang lebar aku bercerita. Boleh je aku huraikan selama seminggu tapi aku yang tulis pun nak pengsan. Sekarang jam 12.18 tengah malam. Aku rasa mengantuk. Masa untuk tidur selepas satu minggu yang sangat menyeksakan. Hujung minggu telah tiba. Esok aku nak tengok kawan-kawan aku main paintball dalam satu karnival di INTEC. Aku sendiri akan main baling selipar, dengan izin Allah. Kemudian, aku nak tonton filem Fetih 1453 tentang Sultan Muhammad al-Fateh yang aku dah hafal ceritanya. Ahad pulak ada jamuan raya di rumah kawan sekelas aku. Minggu depan akan hadir membawa cabaran baru. Sebelum tu, aku nak rehat puas-puas. Aku dah penat. Letih sangat...











p sepak s : Selamat malam...


2 comments:

nik ros said...

rehat la dik.perlu jawab 4 kertas ujian dalam sehari.hebat btol ni.

M Fizan said...

@nik ros haha. bukan hebat... TERPAKSA >.<

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif