Welcome To My Life...

Monday, September 3, 2012

Main Darah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni aku dah berjaya mencapai dua tahap baru dalam hidup aku. Hari yang boleh dikatakan bersejarah jugak lar. Bersejarah lar sangat... Ekceli benda biasa-biasa saja. Setiap hari adalah pencapaian bagi kita. Baik atau buruk, bergantung apa yang kita lakukan. Dan hari ni aku mencapai dua perkara yang tidak pernah aku bayangkan dapat aku lakukan. What your mind believe, your body can achieve. Itulah prinsip yang aku pegang. 

Oh ye, sebelum tajuk tu basi tanpa aku sentuh, sebenarnya hari ni aku bermain dengan darah. Bukan darah orang lain mahupun darah haiwan, tapi darah aku sendiri. Ye, my own blood. Seumur hidup tak pernah derma darah. Sebab takut dan sayang darah. Huhu. Buat medical check-up pun nak tak nak je. Itu pun buat sebab terpaksa. Ayah aku sekarang selalu buat blood pressure test untuk periksa level diabetes. Itu pun aku elak sebab takut jarum. Tu pun berangan nak jadi doktor...


Bila lecturer aku explain prosedur kena keluarkan darah sendiri dari jari, aku dah cuak. Dem! Boleh ke aku buat ni? Nak je aku pinjam darah kawan sikit. Tapi rasa nak cuba tu berkobar-kobar. Aneka rasa bercampur. Rasa takut jangan cakap lar. Belum pernah aku buat kerja macam ni seumur hidup. Untuk keluarkan darah tu, kena urut-urut supaya darah bergerak ke hujung jari sebelum lukakan guna blood lancet dalam gambar di atas. Tajam kan?

Korang mungkin boleh kata, apa lar sangat benda tu. Nasihat aku, kalau belum pernah buat, sila buat dulu, kemudian datang cakap besar lagi. Aku punya lar risau sebelum nak mulakan eksperimen tu. Aku tak percaya aku akan lukakan jari aku dan 'bazirkan' darah aku untuk satu 'permainan'. Bahasa lebih tepat, uji kaji. Kemudian, aku dengar lecturer bermadah, "Nak jadi doktor macam mana kalau takut darah?". Fuhh, tercabar kejantanan aku. Aku boleh buat! Semangat membara.


Macam ni lar rupanya bila korang titiskan 200 mikroliter darah, bersamaan empat atau lima titik je. Hoho. Aku antara yang terawal memecut untuk siapkan eksperimen ni cepat. Aku tak nak berlengah. Kawan aku, Zulkifli, yang tolong aku keluarkan darah. Mula-mula darah tu tak nak menitik. Aku dah cuak. Kalau jari tu tak dapat keluarkan darah, kena cuba jari lain. Aku dah ngeri nak bayangkan cucuk satu lagi jari. Mujur kawan aku tu cekap dan darah aku mula memenuhi Receiver Tube

Aku dan tiga orang lagi rakan sekelas (sorang rakan sebilik aku) memecut mendahului rakan-rakan yang lain. Ada yang masih cuba keluarkan darah ketika kitorang dah proses darah masing-masing. Ini baru part DNA isolation. Dua jam masa lab tak cukup. Minggu depan sambung buat tiga part lagi. PCR, DNA digestion dan Electrophoresis. Aku nak kaji DNA aku. Aku berjaya bermain dengan darah aku sendiri.

Satu lagi, hari ni aku telah menyempurnakan seminggu puasa berturut-turut. Selain puasa bulan Syawal, aku tak pernah berjaya puasa straight walaupun hanya seminggu. Kali ni aku dah berjaya. Sebenarnya puasa enam aku dah sempurna Sabtu lepas. Tapi aku sambung semalam dan hari ini berterusan dari hari Selasa. Aku rasa esok nak ambik cuti kejap. Memang menduga kesabaran bila puasa ketika orang lain di sekeliling tak puasa. Memang memerlukan daya ketahanan. Alhamdulillah, aku diberikan kekuatan dengan izin-Nya.

Mungkin lepas ni aku nak teruskan dengan puasa sunat Isnin dan Khamis. Nak mengejar pahala beribadat sambil mendapat manfaat puasa. Moga-moga aku terus istiqamah dan berjaya menjadi insan yang lebih baik. 











p peluk s : Op op op opocot...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif