Assalamualaikum.
Kuciwa bukanlah perkataan Jepun. Beliau adalah perkataan bahasa Melayu yang telah dijahanamkan. Perkataan asalnya adalah KECEWA. Menyaksikan pasukan bola sepak kesayangan korang tewas bukanlah satu perasaan yang enak. Sekurangnya itulah yang dapat aku gambarkan bila Manchester United tumbang kepada Tottenham Hotspurs 3-2 di Old Trafford. Kalah tetap kalah. Tak ada alasan walaupun perlawanan sangat dramatik. United bermula buruk dan harus membayar harganya.
Babak awal perlawanan semalam memang sangat menghampakan. Seawal minit kedua, United dah ketinggalan. Terlalu banyak ruang untuk Jan Vertonghen bertukar hantaran dengan Gareth Bale dan memecut dari bek kiri ke kotak penalti United sebelum rembatannya ditampan Jonny Evans ke gawang sendiri. Masa tu aku tak berapa kisah lagi. Masih terlalu awal. Dan United tak boleh dikatakan kalah hanya dengan ketinggalan satu gol! United terkenal dengan kebangkitan.
Namun perlawanan diteruskan dengan United berhempas pulas menyaingi permainan Spurs. United beraksi dengan formasi 4-2-3-1. Rafael, Rio Ferdinand, Jonny Evans, Patrice Evra - Paul Scholes, Michael Carrick - Nani, Shinji Kagawa, Ryan Giggs - Robin van Persie. Wayne Rooney di bangku simpanan dan United kekurangan semangat, keyakinan dan idea kreatif. Terlalu banyak ruang dan pemain United malas untuk bermain.
Giggs, Scholes dan Ferdinand terlalu perlahan kerana dimamah usia untuk bersaing dengan kepantasan pemain Spurs seperti Bale dan Aaron Lennon. Vertonghen menyerang dari bek kiri bermakna United tidak mengancam. United berjaya mengatur beberapa serangan tetapi diperangkap permainan balas pantas yang begitu efektif. Larian solo Bale dari tengah padang menembusi benteng pertahanan United sebelum rembatan kaki kirinya menjadikan kedudukan 2-0. Malang sekali tiada sorang pun pemain United melakukan sebarang terjahan untuk menghentikan larian kencang tersebut.
Sir Alex Ferguson terkenal dengan gelaran hair-dryer kerana kegarangannya di bilik persalinan sering membawa perubahan positif dalam permainan United. Dan ia berlaku lagi. Babak kedua membawa senyuman kepada aku walaupun akhirnya aku tetap berduka. Fergie membawa masuk Rooney menggantikan Giggs untuk menambah sengat dalam barisan serangan United. Ternyata kepintaran taktikal Fergie masih utuh. Rooney menambah bisa serta-merta. Jika Spurs terlalu berbahaya pada separuh masa pertama, babak kedua milik United sepenuhnya. Spurs bertahan sehingga tamat permainan.
United ketinggalan dua gol dan mengasak seawal wisel permulaan dibunyikan. Akhirnya, kehadiran Rooney terasa bila hantaran silangnya dari sebelah kanan ditampan Nani untuk mengurangkan defisit. Aku yakin United boleh bangkit. Game on! Sayangnya, dalam keghairahan menyerang, kubu pertahanan United bocor lagi. Bale berjaya lolos di belakang barisan pertahanan seminit selepas gol United dan merembat kencang. Anders Lindegaard di gawang Red Devils berjaya menepis ke tengah kotak penalti tetapi...... tak ada sorang pun pemain United!
Maksud aku, tak ada sorang pun pertahanan United mengawal Clint Dempsey yang menolak ke gawang terbuka. Tapi defisit dua gol hanya bertahan seminit. Giliran Kagawa meneruskan drama. Hantaran Van Persie memecahkan tembok pertahanan dan kaki kiri Kagawa ternyata terlalu berbisa. Tiga gol dalam masa tiga minit. Dua untuk United, satu untuk Spurs. Game on! 2-3. Masih terlalu awal. Belum pun sampai detik setengah jam. Asakan demi asakan membuatkan Spurs mula cemas. United ada setengah jam untuk sekurang-kurangnya mencari gol penyamaan.
Tetapi gol penyamaan tu tak muncul-muncul walaupun United menghentam kubu Spurs bertubi-tubi. Serangan demi serangan bertali arus. One-way traffic. United mendominasi permainan ketika Spurs bertahan dengan semua pemain dan hanya mengharapkan serangan balas. Pemain United selesa bertukar-tukar hantaran dengan Scholes menunjukkan kemahirannya melakukan hantaran jauh yang tepat. United mengambil risiko dengan hanya bertahan menggunakan dua orang pemain, Evans dan Ferdinand. Malah di penghujung permainan, hanya Ferdinand di kawasan United. Evans semakin ke depan membantu serangan. Aku terus berharap kerana gol lewat adalah tradisi Manchester United.
Di hujung masa kecederaan, Lindegaard turut berada di kawasan Spurs. United mencuba sedaya upaya mencari gol penyamaan yang tak kunjung tiba. Aku sedikit kecewa kerana United gagal. Tapi aksi babak kedua membuatkan aku puas hati. Jika babak pertama United beraksi seperti pasukan bawahan liga, United berubah wajah pada babak kedua. United beraksi seperti biasa, menepati status juara. Kehadiran Rooney menambah satu perisa yang tak terlawan oleh Spurs.
Keseluruhannya, jika United beraksi lebih baik pada awal permainan, kekalahan itu takkan berlaku. Kelekaan pertahanan membenarkan tiga gol mudah juga tak dapat dimaafkan. Ditambah kegagalan pengadil memberikan tiga sepakan penalti yang jelas pada pandangan aku. Van Persie diterjah lewat oleh Gallas walaupun bola itu 50-50. Nani dijatuhkan oleh Vertonghen walaupun sedikit samar. Bola terkena tangan pertahanan Spurs adalah situasi ketiga.
Nasib juga tak menyebelahi United. Dua kali bola terkena tiang. Pertama, sepakan percuma kaki kanan Rooney yang cantik menewaskan semua pemain Spurs kecuali tiang yang tidak mahu membenarkan bola itu masuk untuk menyamakan kedudukan. Seterusnya, tandukan Carrick hasil sepakan sudut juga terkena palang. United terlalu unggul pada babak kedua sehingga statistik perlawanan berubah. Jika babak pertama menyaksikan Spurs memiliki lebih banyak peluang dan sepakan sudut dengan United hanya ada rembatan Nani yang tepat ke dakapan Friedel, babak kedua statistik perlawanan terbalik.
United pada akhirnya memiliki lebih banyak serangan, sepakan sudut dan lebih mengancam. Hanya tuah tidak memihak United kali ini. Tiada alasan. Tiga sepakan penalti yang tidak dihadiahkan dan dua kali bola terkena tiang tidak dikira sebagai gol. Spurs bertahan seperti tembok Konstantinopel dan seharusnya menang kerana memanfaatkan kealpaan United pada babak pertama. Jika United mahu mencabar Chelsea di puncak liga, aksi seperti pada babak pertama malam tadi tidak sehaarusnya diulangi.
Aku puas hati. Sekurangnya aksi pada babak kedua malam tadi sangat hebat. Diorang kalah melawan. Jika aksi babak pertama berterusan, mungkin aku dah sumpah seranah. Kalah tak melawan tu sangat menyakitkan. Tapi diorang kalah selepas berjuang habis-habisan. Pada hari lain, mungkin United mendapat tiga sepakan penalti dan dua lagi bola tidak terkena palang sebaliknya menerjah jaring. Malam tadi bukan milik United. Syaitan Merah akan terus bangkit kerana itulah yang mengalir dalam DNA kelab kesayangan aku.
p sepak s : Sangat hampa, tak terkata..
United pada akhirnya memiliki lebih banyak serangan, sepakan sudut dan lebih mengancam. Hanya tuah tidak memihak United kali ini. Tiada alasan. Tiga sepakan penalti yang tidak dihadiahkan dan dua kali bola terkena tiang tidak dikira sebagai gol. Spurs bertahan seperti tembok Konstantinopel dan seharusnya menang kerana memanfaatkan kealpaan United pada babak pertama. Jika United mahu mencabar Chelsea di puncak liga, aksi seperti pada babak pertama malam tadi tidak sehaarusnya diulangi.
Aku puas hati. Sekurangnya aksi pada babak kedua malam tadi sangat hebat. Diorang kalah melawan. Jika aksi babak pertama berterusan, mungkin aku dah sumpah seranah. Kalah tak melawan tu sangat menyakitkan. Tapi diorang kalah selepas berjuang habis-habisan. Pada hari lain, mungkin United mendapat tiga sepakan penalti dan dua lagi bola tidak terkena palang sebaliknya menerjah jaring. Malam tadi bukan milik United. Syaitan Merah akan terus bangkit kerana itulah yang mengalir dalam DNA kelab kesayangan aku.
p sepak s : Sangat hampa, tak terkata..
No comments:
Post a Comment