Welcome To My Life...

Tuesday, September 4, 2012

Tanah Lego

Assalamualaikum.

Pernah tak korang main lego? Haha. Budak-budak moden ni mana kenal lego. PS2, PSP kenal la. Siapa kanak-kanak 90-an yang tak kenal lego? Memang tak ada childhood lar korang ni. Cos of sesiapa yang membesar sebelum tahun 2000 akan terlibat dan bergelumang dengan lego. Aku tak terkecuali. Oh, sungguh indahnya zaman kanak-kanak. Dan kini...

Ya, lego telah kembali. Bukan setakat lego kecik. Tapi besar punya lego... Kini lego telah membentuk satu kawasan yang dipanggil Tanah Lego. What? Tak pernah dengar? Yup, sebab Tanah Lego memang agak dramatik bunyinya. Legoland. Sounds familiar? Yeah, kalau korang tengok iklan kat TV, mesti korang tau pasal tempat ni.


Kalau korang tak pernah tau, atau cuma tau melalui TV, mesti jeles kan aku dah sampai tempat ni? Kelmarin kawan aku update status dia nak pergi Legoland. Aku pun bagi gambar ni kat inbox. Maka dia pun jeles kerna aku telah berada di sana. Harharhar. Jahat kan aku? Tak jahat pun, nakal sikit. Apa pun, orang Johor rasanya tak akan jeles sebab.... Ya, sebab Legoland ni berada di Johor. Legoland akan dibuka pertengahan bulan ni walaupun tak sepenuhnya lagi. Masih ada waktu-waktu tertentu yang dibenarkan masuk. Tahun depan akan dibuka sepenuhnya.

Aku pergi ni masa hari raya ke-5. Lebih tepat, hari Khamis, 23 Ogos. Dah hampir dua minggu berlalu. Baru nak tempek kat diari maya kesayangan aku ni. Aku pergi ni kejap je, sebab pak long aku saja bawak pusing-pusing memandangkan petang tu tak ada aktiviti. Bas parents aku balik Kedah pukul 9 malam. Dan bas aku balik Shah Alam jam 11 malam. Jalan-jalan untuk posing sakan. Nak pergi banyak tempat pun tak sempat. Lepas Legoland, terus ke stesen bas Larkin.

Kalau korang nak pergi Legoland, ajak aku sekali. Nak mengembalikan memori zaman muda-mudi. Riang ria ceria tanpa duka nestapa. Alangkah indahnya. 











p cium s : Ekceli nak tempek gambar..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif