Assalamualaikum.
Amaran keras. Menyaksikan perlawanan Manchester United tidak baik untuk kesihatan jantung korang. Tambahan pula kalau korang kipas-susah-mati United macam aku. Setiap detik perlawanan bagaikan satu tusukan ke jantung korang yang mula-mulanya sihat tapi kemudiannya rasa disiat-siat. Memang sangat mendebarkan jua mencemaskan. Situasi cemas adalah normal jika menonton United beraksi.
Aku sangat lega apabila Robin van Persie berjaya dibeli oleh Sir Alex Ferguson. Wayne Rooney terlalu tidak konsisten untuk memikul harapan selaku ayam tambatan United, kelab gergasi dalam bola sepak dunia. Rooney selalunya hilang arah ketika dia dibebani tugas sebagai penyerang utama. Kehandalan van Persie tidak perlu dipertikaikan lagi. Sebelum ini, van Persie adalah satu-satunya pemain Arsenal yang dapat diharapkan untuk meledakkan gol.
Aku tahu kualiti yang dimiliki oleh van Persie. Aku tahu dia akan menjadi satu fenomena. Malam tadi dia membuktikannya. Ketika United bergelut mencari rentak, van Persie meledakkan hatrik untuk membantu United melakukan kebangkitan lewat. United memulakan perlawanan dengan barisan belakang yang lebih dikenali dengan kembalinya bek tengah, Rio Ferdinand membentuk gandingan bersama kapten, Nemanja Vidic. Perlawanan menentang Southampton malam tadi menandakan perlawanan liga ke-1000 buat pengurus Red Devils, Sir Alex Ferguson.
Memulakan perlawanan dengan rentak menyerang, United diketuai ayam tambatan baru, RVP mencari gol awal dan van Persie tidak menunggu lama untuk melakukan percubaan pertama. Hantaran lambung Michael Carrick dari tengah padang didada sebelum RVP menolak sedikit liar dengan dicabar pemain lawan. Selepas itu, Saints mula mendapat keyakinan dan United mula diancam. Secara tiba-tiba, Saints mendahului United. Penyerang berbisa yang merupakan penjaring terbanyak liga Championship (divisyen kedua bola sepak Inggeris), Rickie Lambert, menanduk masuk hantaran lintang Jason Puncheon dari sayap kanan.
Seterusnya, tidak lain dan tidak syak lagi, giliran RVP untuk mengganas. Memulakan perlawanan buat kali kedua menyarung jersi kelab termasyhur di dunia, RVP mendada hantaran silang Antonio Valencia (juga dari sebelah kanan), dan menggunakan kaki kirinya yang terkenal untuk merembat kencang ke sudut bawah sebelah kiri penjaga gol. Rembatannya terlalu kencang untuk disekat oleh penjaga gol Saints, Kelvin Davis.
Permainan selepas itu milik Southampton. United tercari-cari rentak yang diorang impikan sebelum musim bermula. Hantaran tidak kemas dan pertahanan longgar United terlalu mudah ditembusi. Tak tahu apa yang tak kena. Barisan pertahanan semalam adalah yang terbaik dapat diturunkan Fergie dan tiada alasan lagi untuk mengatakan dia tidak memiliki pertahanan utamanya. Semua pertahanan ialah yang terbaik di posisi diorang dan tidak ada sebab untuk beraksi sebegitu buruk sebagai pemain Manchester United. Ya, apa jua kritikan, diorang tetap manusia. Separuh masa pertama berakhir seri 1-1.

Separuh masa kedua bermula dengan skrip yang sama. United beraksi sangat mengecewakan dengan para pemain berpengalaman seperti Carrick melakukan hantaran yang tidak sepatutnya berlaku. Hilang penguasaan bola begitu mudah, pertahanan United juga terlalu terdedah dan diasak tentera Saints yang begitu yakin mendominasi permainan. RVP terlepas peluang keemasan selepas kesilapan penjaga gol lawan menghadirkan satu peluang. Ketika gol lebih berkemungkinan, RVP menyepak liar dengan kaki emasnya.
Ternyata kegagalan itu mahal harganya. Saints melakukan serangan balas dan hantaran silang Lambert dari sayap kiri ditanduk masuk oleh Morgan Schneiderlin yang langsung tidak dikawal di tengah barisan pertahanan United ketika Patrice Evra tergelincir. Padang terlalu licin. Gol pertama RVP dibantu oleh bek kanan Saints yang juga tergelincir. Beberapa kali pemain tergelincir pada separuh masa pertama. Apabila tiba giliran bek kiri United menerima nasib serupa, Saints mendahului 2-1.

Kemasukan Nani dan Paul Scholes menggantikan Tom Cleverley dan Shinji Kagawa membawa bersama nafas segar. Nani membantu United memenangi sepakan penalti selepas dia mengawal kemas bola dari sebelah kiri dan menolak kepada RVP di tengah kotak penalti. RVP menyentuh bola dan dijatuhkan dari belakang memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti. Aku dan para peminat Red Devils lega untuk seketika. Tetapi RVP gagal membuatkan semua penyokong United terkedu. Harapan untuk menyaksikan RVP mudah merembat masuk penalti itu tak kesampaian. RVP menyepak lemah dengan harapan dapat memperdaya Davis. Malangnya, Davis berjaya menepis sepakan itu untuk mengejutkan RVP.
Ketinggalan 2-1, kegagalan RVP mungkin terlalu mahal harganya. United menuju kekalahan mengejut ketika dijangka mudah membenam cabaran Saints. Nani membuka jalan kebangkitan apabila sepakan sudutnya dari sebelah kiri menuju ke sayap kanan dan bek kanan, Rafael, melakukan hantaran lintang yang ditanduk oleh Ferdinand. Tandukan itu terkena tiang tetapi RVP berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat untuk menolak bola ke gawang terbuka selepas Davis melayang untuk cuba menahan tandukan Ferdinand. Ketika itu, masa permainan sebenar hampir berakhir. Seri dilihat sudah cukup untuk menyelamatkan maruah United daripada dimalukan.
Tiba-tiba, United mula mendapat keyakinan untuk menang. Empat minit masa kecederaan memberikan harapan kepada aku dan jutaan peminat Red Devils. Mujur Nani masih belum selesai. Satu lagi sepakan sudut selepas dua minit memasuki permainan masa kecederaan menyaksikan sepakan sudut Nani dari sebelah kiri membawa tuah. Sepakan itu begitu cantik dan RVP sekali lagi menyinar. RVP menanduk cantik bola itu, melambungkannya melepasi Davis. Sorakan para penyokong Red Devils menggambarkan kelegaan. Wira baru telah ditemui. Wira yang boleh diharapkan.
Bagi aku, aksi goyah semalam tidak sepatutnya diulangi walau dengan apa cara sekalipun. Fergie perlu mencari ramuan untuk memperbaiki dua kelemahan utama semalam. Pemain tengah gagal mengawal bola, dan pertahanan terlalu terdedah. Mungkin keserasian masih belum dicapai antara Ferdinand dan Vidic. Mujur kepintaran taktikal Fergie merubah permainan. Fergie sangat arif selepas 999 perlawanan liga dan taktiknya membawa masuk Nani dan Scholes menterbalikkan keputusan permainan. United hampir tewas dan berjaya bangkit.
Perlawanan malam tadi memang sangat dramatik. Ketinggalan 2-1 sehingga minit ke-87, peminat kelab lain tahu United belum boleh dikatakan kalah. Kebangkitan lewat permainan sudah sebati dalam lembaran sejarah Manchester United di bawah pimpinan Sir Alex Ferguson. Percaya, percaya, dan terus percaya. Tidak kalah sebelum benar-benar kalah. Bermain sehingga wisel penamat dibunyikan. Itulah resepi kejayaan yang menjadi rahsia Fergie membina empayar Red Devils. Beraksi buruk dan tetap menang, itulah kelebihan United yang menjadi ramuan membina kelab tersohor dunia. United adalah kelab dengan tradisi yang unik dan lain daripada yang lain.
Red Devils terkenal dengan kebangkitan lewat dan itu telah menjadi identiti tersendiri. Fergie meraikan perlawanan liganya yang ke-1000 dengan kemenangan dramatik. Mimpi indah buatnya dan seluruh penyokong United. Malam tadi milik Sir Alex Ferguson. Malam tadi milik Robin van Persie. RVP menjaringkan gol liga ke-100. United kini memiliki penyerang berbisa yang merupakan mesin gol. RVP sepatutnya boleh meledak lima gol malam tadi. Dia gagal menyempurnakan sepakan penalti, tetapi masih menjadi wira. Hat-trick hero struck the Saints!
Glory glory Manchester United~
p peluk s : Dramatik...

No comments:
Post a Comment