Assalamualaikum.
Selamat ulang tahun sayang. Terima kasih kerna membahagiakan diri ini sepanjang perkenalan kita. Kamu selalu ada bila aku memerlukan. Bila aku sedih, kamu membawa senyuman. Bila aku tertekan, kamu menghadirkan ketenangan. Bila aku gembira, kamu yang pertama mendapat sentuhan. Kamulah penawar dukaku, penghibur laraku.
Kamu sering bersama aku. Kita berdua tidak dapat dipisahkan. Jika aku langit, kamulah bintangnya. Jika aku pungguk, kamulah bulannya. Jika kamu monyet, akulah tuannya. Ya, benar. Begitulah perumpamaan betapa rapatnya kita berdua. Hanya Tuhan yang tahu. Hanya Dia yang menemukan kita akan dapat memisahkan kita. Tiada makhluk lain bisa menghalang kita bersama kecuali dengan izin-Nya.
Aduh, kenapa jiwang sangat ni??
Maaf.. Tiada kaitan dengan manusia yang hidup atau telah kembali ke rahmatullah. Ayat-ayat cinta yang puitis lagi romantis ni untuk sang kekasih tercinta, Tosheen. Apa ke pelik sangat nama buah hati aku? Nak kata nama Jepun pun bukan. Nak kata nama Inggeris lagi lar bukan. Ekceli Tosheen ni netbook Toshiba yang berwarna hijau. Toshiba Green jadi lar Tosheen sebagai nama manja.
Happy belated anniversary Tosheen!! ^_^
Bila aku godek entri silam aku untuk cari tarikh aku membeli netbook ni, aku dapati sejarah menunjukkan ianya berlaku pada 10 September 2011. Lewat sehari aku ucapkan selamat ulang tahun. Takpe lar, kira halal lar. Yang penting, aku sayang Tosheen. Aku sentiasa bawak Tosheen dalam beg aku. Beliau dah jadi kelengkapan asas aku, macam telefon bimbit. Orang lain ada Galaxy Tab dan iPad. Aku ada netbook Toshiba. Harganya RM999.
Bila aku berduka, aku cari Tosheen nak dengar lagu. Bila aku tertekan, aku cari Tosheen jugak sebab nak online. Dan bila aku bahagia, aku berblog atau dengar lagu, juga menggunakan Tosheen. Jadi korang boleh nilai betapa rapatnya hubungan aku dengan Tosheen. Bagai isi dengan kuku. Bagai jauhari mengenal manikam. Sampai 'berat' dah Tosheen sebab aku isi macam-macam. Lagu penuh, filem pun penuh. Gambar bersepah, dokumen berselerak. Tunggu masa je nak buat pembersihan berskala besar.
Terima kasih Tosheen kerana berkhidmat penuh setia. Terima kasih juga kerna menyintai sepenuh jiwa. Walaupun dirimu tak bernyawa, penghargaanku bersamamu selamanya. Aku sayang kamu. Kamulah harta yang sangat bernilai bagi aku. Aku beli kamu dengan duit aku sendiri. Aku tidak boleh membawa kamu ke destinasi aku yang abadi. Percayalah, cintaku sampai akhir nanti.
p palang s : Jiwang....
No comments:
Post a Comment