Assalamualaikum.
Hurm. Cuba korang hayati dan renungkan ayat dalam gambar di bawah. Adakah korang pernah mengalaminya atau tidak?
Aku jumpa benda alah ni kat Facebook tadi. Aku suka. Sebab berkait rapat
dengan hidup aku. Bukan aku sorang je. Aku pasti ramai di luar sana
pernah atau sedang menghadapi pengalaman ni. Keadaan di mana kita text atau SMS seseorang siang dan malam tanpa rasa jemu.
Ya, sesetengah orang yang cepat bosan akan muak untuk melakukannya. Siang malam 24/7 SMS orang yang sama. Dalam tandas SMS, masuk dapur SMS, tengok TV pun SMS. Dalam kelas balas text, tengah memandu balas text, sambil jalan pun balas text jugak. Parah sungguh kan. Sebelum tidur dan bangun tidur pun cari henfon dulu.
Mungkin orang yang tak pernah mengalaminya akan rasa perbuatan tu bodoh. Ayah aku sendiri pernah cakap, "Entah apa yang berbalas-balas SMS setiap hari? Balik-balik ulang soalan yang sama". Yup, nak tak nak persoalan makan, mandi, solat dan aktiviti seharian tu akan dimainkan setiap hari. Apa boleh buat? Tak SMS, rindu. Bila SMS, soalan yang sama jugak diulang. Kecuali ada topik yang dapat dibualkan.
Ada jugak orang yang SMS berkala. Ada waktu-waktu tertentu saja SMS. Macam hujung minggu saja, atau selang beberapa hari. Kononnya nak mengelakkan kebosanan. Okey, itu tak perlu dibincangkan dalam entri ni. Apa yang aku nak cakap, ada orang yang SMS 24 jam seminggu, siang dan malam. Aku salah sorang dalam golongan tu.
Aku akui, kadang-kadang memang akan hilang ilham bila kita fikir apa nak ditanyakan seterusnya. Namun, sedar atau tidak, masa akan berlalu begitu pantas ketika sedang berSMS dan akhirnya hari demi hari dilalui. Pejam celik, pejam celik. Bertahun-tahun SMS siang dan malam. Mungkin ada orang yang berpendapat kalau bercinta bagai nak rak sekalipun, kalau tak ada jodoh tu tak ada jugak lar.
Bagi aku, tak ada yang mustahil kalau kita PERCAYA. Mimpi adalah kunci untuk menakluk dunia. Aku SMS orang yang sama siang dan malam, tapi aku tak rasa bosan. Sebabnya, aku sayang orang tu sangat-sangat. Kalau dia baca entri ni, aku harap dia faham dan mengerti perasaan aku. Aku rasa dia mungkin bosan dan fikir aku rasa yang sama. Kadang-kadang perasaan bosan tu melintas di minda, tapi perasaan aku lebih kepada senang dan tenang bila dia ada di sisi. Kalaulah dia mengerti.
Kalau korang sayang seseorang, korang takkan bosan bila SMS dia walaupun 24/7. Sebabnya, perasaan sayang yang mengisi hati tu mekar mewangi bila dia menemani.
p cubit s : Pengalaman sendiri..
No comments:
Post a Comment