Assalamualaikum.
Aku tak sabar menanti tirai Liga Juara-Juara Eropah musim 2012/2013 dibuka 18 September ini dengan 32 pasukan akan memulakan peringkat kumpulan. Meh aku nak bagi sikit prebiu sebelum musim baru bermula. Ini bahagian pertama melibatkan kumpulan A-D. Baki kumpulan E-H akan menyusul dalam bahagian kedua.
KUMPULAN A
FC Porto (Portugal) layak automatik selaku juara Primeira Liga. Dynamo Kyiv (Ukraine) pula adalah naib juara Ukrainian Premier League dan mendapat slot peringkat kumpulan selepas mengatasi Borussia Monchengladbach dari Jerman dengan agregat 4-3 dalam play-off. Paris Saint-Germain (Perancis) juga mendapat tiket automatik selepas menjadi naib juara Ligue 1 musim lepas. Dinamo Zagreb (Croatia) merupakan juara Prva HNL tetapi terpaksa melalui play-off dengan menewaskan kelab Slovenia, NK Maribor, dengan agregat 3-1.
Pada pandangan aku, Porto dan PSG akan layak jika Kyiv gagal menyinar.
KUMPULAN B
Kesemua pasukan dalam kumpulan ini layak secara automatik dari liga negara masing-masing. Arsenal FC (England) menyandang tempat ke-3 English Premier League. FC Schalke 04 (Jerman) pula mendapat tempat ke-3 Bundesliga musim lalu. Olympiacos FC (Greece) adalah juara Superleague Greece musim 2011/2012. Manakala Montpellier HSC (Perancis) menjadi juara Ligue 1 buat pertama kali.
Arsenal dan Schalke berpeluang cerah, tetapi Montpellier tidak boleh dipandang rendah.
KUMPULAN C
AC Milan (Itali) mara secara automatik selepas bergelar naib juara Serie A. FC Zenit Saint Petersburg (Rusia) merupakan pemenang liga domestik selepas menjadi juara Russian Premier League. RSC Anderlecht (Belgium) terpaksa melalui play-off walaupun berstatus juara Belgian Pro League. Diorang menundukkan AEL Limassol dari Cyprus 3-2 secara agregat. Malaga CF (Sepanyol) juga mara selepas menempuhi saingan play-off dengan mengalahkan Panathinaikos FC dari Greece dengan agregat 2-0. Malaga menamatkan musim lepas di tempat ke-4 La Liga.
Berdasarkan prestasi semasa, Milan dan Malaga akan layak kecuali Zenit menyerlah.
KUMPULAN D
Inilah Kumpulan Maut musim ini tanpa sebarang keraguan. Empat liga utama Eropah bertembung sesama sendiri untuk merebut hanya dua slot ke pusingan kalah mati. Semua pasukan layak secara automatik ke peringkat kumpulan. Real Madrid (Sepanyol) ialah juara La Liga musim lepas ketika Manchester City FC (England) ialah juara English Premier League. Ajax Amsterdam (Belanda) pula berstatus penyandang juara Eredivisie dan Borussia Dortmund (Jerman) bertaraf juara Bundesliga musim 2011/2012.
Sukar untuk membuat pilihan, namun Real dan City memiliki sedikit kelebihan.
Kumpulan A menyaksikan PSG akan mencabar Porto untuk menjadi juara kumpulan. PSG berbelanja besar dalam pasaran perpindahan pemain musim panas ini. PSG membawa masuk pemain berkualiti tinggi seperti Zlatan Ibrahimovic, Thiago Silva dan Lucas Moura. Tiada cara terbaik untuk menceriakan para peminat PSG kecuali beraksi hebat dalam peringkat kumpulan.
Kumpulan B pula menyaksikan kemunculan Montpellier sebagai juara Ligue 1 Perancis, antara liga berprestij Eropah. Schalke membawa ancaman dari Jerman, ketika Olympiacos pernah menewaskan Arsenal dalam peringkat kumpulan musim lepas. Pertemuan Arsenal vs Montpellier akan memberikan peluang kepada pemain baru Arsenal, Olivier Giroud, untuk menentang kelab lamanya.
Kumpulan C kelihatan akan menjadi milik Milan walaupun diorang kehilangan Zlatan Ibrahimovic dan Thiago Silva. Kemaraan Malaga dari La Liga tidak boleh dipandang rendah ketika Zenit pula layak ke pusingan kalah mati musim lalu. Anderlecht merupakan pasukan yang nampaknya paling lemah tetapi apa saja boleh berlaku dalam bola sepak. Bola itu bulat.
Kumpulan D boleh dikatakan bukan Kumpulan Maut, tetapi Kumpulan Neraka. Empat juara liga domestik negara masing-masing akan berentap untuk merebut hanya dua tempat ke pusingan seterusnya. Liga domestik diorang pula bukan picisan sebaliknya liga utama di Eropah yang melahirkan bintang-bintang penghibur dunia. Real, City, dan Dortmund mungkin lebih sesuai untuk berada di dua posisi teratas. Namun, sukar untuk menolak peluang Ajax memberikan tentangan.
p palang s : Tak sabar...

No comments:
Post a Comment